CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Kes kekejaman bilik tahanan TLDM: 2 meninggal, 2 lagi cedera UPDATE #351

[Copy link]
Post time 1-10-2017 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by OmJualGas at 1-10-2017 09:03 AM

Ayaaaaa...ini askar aaaa   buli dan dera tak dapat dipisahkan.    Ini semua salah british ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2017 08:41 AM | Show all posts
Edited by edee_91 at 1-10-2017 08:43 AM



Kematian Anggota Tldm Diklasifikasikan Mati Mengejut

Polis dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan siasatan awal kematian dua anggota TLDM  itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Perak Datuk Gan Tian Kee, siasatan awal mendapati kematian Laskar Kelas Satu Allahyarham Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat 28 dan Laskar Kelas Satu Muhammad Lailatuiman Mohd Shukri 26 tahun diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Bagaimanapun proses bedah siasat masih dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh bagi mendapatkan punca sebenar kematian kedua dua mangsa.

Allahyarham Laskar Kelas Satu Nik Muhammad Baihaqy dan Laskar Kelas Satu Muhammad Lailatuiman disahkan meninggal dunia petang semalam selepas mengadu kepenatan menjalani latihan di bilik tahanan Sungai Wangi Sitiawan.

sumber: facebook Buletin TV3



Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
NURMIMIE replied at 1-10-2017 01:37 AM
panjang citer dia.. but make it short..

masa dia trainning kat PD dulu, dia lari sebab tak taha ...

Takziah Mimie
I'm truly sorry to hear of the loss of your  beloved brother
InsyaAllah I'll closely follow arwah Haji Farhan, 2 Navies & Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah case
Walaupun depa tiada pertalian darah dgn aku tapi kes mereka sememangnya memberi kesan yg amat mendalam kpd aku
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 08:45 AM | Show all posts
Nur Liya Asmira Yahya, 24, dipapah keluar selepas melihat kali terakhir jenazah suaminya, Allahyarham Laskar Kelas 1 Muhammad Lailatulman Mohd Sukri di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.





Foto : BBXpress
sumber: facebook Buletin TV3
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
mamarock replied at 30-9-2017 03:43 PM
Berdasarkan kenyataan itu, kedua-dua mereka menjalani latihan fizikal mengikut prosedur.

Juru ...

Mmm...latihan fizikal kalo kene lari 100 round bagai musti org buat kt luar....bilik tahanan depa ni mcm penjara ka apa?bau hekan ja...uols ni denda pakai prosedur ka pakai emosi neh?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 08:50 AM | Show all posts
Dulu masa buat diploma kat Alor Gajah, ada sorang ex-army ambik diploma yg sama dan duduk sebilik yg sama. Dlm kami junior kena ragging....yg pelik dia je yg senior tak sentuh,,mungkin sebab factor fizikal yang tinggi dan sado..lps tu tau pulak keja askar, sape nak cuit.
Dah lama baru dia mengaku yg dia AWOL...lari gitu je ambik diploma...sbb bos dia taknak sign surat nak berhenti.
Harap polis dapat ambil tindakan dan ketiga mangkuk ayun tu dibicarakan dengan seadilnya. Menteri pun ambik tau la sikit, pegi kem, sembang santai dengan anggota..jgn percaya sgt ckp org atas ni. Kata NBOS.....Zaman ATM  dgn slogan 'tak diundang, jika ragu sila pulang' bukan lesen besar untuk pijak anak org.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2017 08:50 AM | Show all posts

NUR Liya Asmira Yahya, 24, (kiri) dipapah keluar selepas melihat kali terakhir jenazah suaminya, Allahyarham Laskar Kelas 1 Muhammad Lailatulman Mohd Sukri di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh. - Foto Muhaizan Yahya
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Bestle jadi pegawai tinggi.  Ade kes bunuh mcm ni dan lain2 kes bole Selamat maksud aku byk kes kematian org kerajaan ni x dihakimi dgn adil.  Kematian x dibalas dgn hukuman bunuh juge.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2017 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
ctaf replied at 30-9-2017 07:18 PM
Betul tu..abah aku bekas askar,dulu sekeras-kerasnya larang family aku masuk askar.kawan2 dia rama ...

Samalah....bapak aku & pakcik2 aku blh katakan semua ex army tp kitorg semua dinasihatkan x yah masuk army.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Phimi replied at 1-10-2017 06:10 AM
Boleh jah nk resign sis, tapi jika masih dalam tempoh perkhidmatan wajib ada certain amount yang h ...

I rasa bukan tak tau, tapi dah tak tahan nak continue sampai habis tempoh kontrak. Nak bayar balik puluh2 ribu tak dak duit. Yang betul2 jiwa kental je boleh masuk tentera nih
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Fishy gila...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
3 yg kena tahan tu mesti tgh fikir alasan nk save their asses..kalaunkesayangan org atasan ntah2 bakalan selamat je lepas ni boleh continue mendera tentera lain...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
boboiyot replied at 1-10-2017 09:00 AM
Samalah....bapak aku & pakcik2 aku blh katakan semua ex army tp kitorg semua dinasihatkan x yah ma ...

Kakak aku pon suka paksa adik laki aku g ujian fizikal askor...bg aku..baiklah dia jd tukang masak aje..takut aku adik aku tu kene dera nnt sbb dia jambu
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 09:53 AM | Show all posts
td dgr kt radio arwah kna tahanan coz psl kes dadah ek...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 09:55 AM | Show all posts
aaz replied at 1-10-2017 01:01 AM
Rentetan kes 2008 tu, tahun 2010 yang terlibat menyebabkan kematian arwah dikenakan hukuman penjara
...

7 thun je???xckup utk ape y die buat pada arwah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Latihan apa benda?
Biasa nya ini yang army panggil GD. Untuk army yang kena detention pasal buat offence. Kena angkat senapang atas kepala lari pusing berapa round padang kawat sampai lenguh tangan. Squating jalan mcm itek sepanjang padang kawat pergi balik. Biasa boleh sampai 2 jam torture ni. Push up beratus kali. Mcm2 style torture ada. Tengahari terik buat lagi. Petang buat lagi. Kena maki hamun lagi.
Banyak lah kau punya report cakap latihan konon.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2017 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
tak payah masuk tentera
cipta robot je...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 10:21 AM | Show all posts
Kes Kematian 2 Anggota TLDM Diklasifikasikan Semula Kepada Kes Bunuh Susulan Laporan Bedah Siasat

Ipoh - Polis semalam mengumumkan bahawa mereka mengklasifikasikan semula siasatan kes kematian dalam tahanan dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada kematian mengejut (SDR) kepada kes bunuh.

Keputusan itu diambil susulan laporan bedah siasatan kedua-dua mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini yang mendapati ada kecederaan dalaman pada tubuh mereka yang dipercayai akibat penderaan.

Lapor BH Online, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Perak Datuk Gan Tian Kee, berkata hasil bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa yang ditahan di bilik tahanan Unit Komunikasi TLDM Sungai Wangi, Sitiawan, dipercayai berlaku penderaan yang mendatangkan kecederaan.

"Hasil bedah siasat terhadap mangsa pertama (Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28) pada jam 3.30 petang hingga 7 malam mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul.

"Bedah siasat terhadap mangsa kedua (Muhammad Lailatulman Mohd Sukri,26) pada jam 9 malam hingga 11.50 malam mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut," katanya dalam satu kenyataan.

Kosmo! pula melaporkan, seramai lapan tahanan yang berada di lokasi kejadian dan 11 pengawal bertugas ketika kejadian telah dipanggil untuk memberi keterangan dan berdasarkan hasil siasatan, polis telah menahan tiga suspek lelaki berusia antara 29 hingga 44 tahun pada 9.30 malam tadi bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

"Ketiga-tiga suspek bertugas pada jam 10 pagi hingga 10 malam kelmarin.

"Polis turut merakam kenyataan 11 pengawal yang bertugas di bilik tahanan berkenaan serta merampas set litar rakaman kamera litar tertutup (CCTV), tujuh T baton, buku log bertugas dan beberapa telefon bimbit," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
highcastle replied at 1-10-2017 10:21 AM
Kes Kematian 2 Anggota TLDM Diklasifikasikan Semula Kepada Kes Bunuh Susulan Laporan Bedah Siasat

...

Bagus depa ada CCTV mmg xleh nak menipu la ..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 10:31 AM | Show all posts
Takziah kepada keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.088540 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list