CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Addministrator

[Tempatan] All About PRU14 (Merged threads)

[Copy link]
Post time 10-4-2018 03:23 PM | Show all posts
mengundi je la uols.. pi balik kampung amik je cuti seminggu. merangkap cuti bersama family..gitu...

saje je depa ni nak menyusahkan rakyat..

pasni..sure bam jib kasi cuti peristiwa hehe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2018 03:27 PM | Show all posts
~boolean replied at 10-4-2018 03:18 PM
Deiiiii...menaip memang mudah.

Tak ada lah aku kemaruk sangat dengan 'benefit' walhal company y ...

ape dei2x,.. aku keje mcm korang..
aku pun ada kampung juga..
tapi aku celik

tak macam kau..
sbb tu meroyan tak tentu pasal..

5 tahun cukup untuk kau planning..
kau tau ape benefit bila kau tuka alamat??
kau tak penah kaji.. sbb tu kau buta..





Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2018 03:28 PM | Show all posts
nasiblaa pusat mengundi aku sebelah opis jek...tukar siap2..kalau tak terpaksa naik kapal terobang...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2018 03:28 PM | Show all posts
WTH mengundi hari rabu........
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2018 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
baru kena korbankan cuti dah huru hara..belum lagi kena tangkap masuk jel..mcm ni ke nk menentang kerajaan zalim?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2018 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bengongnya lah buat tgh minggu. Seriouslah ramai takleh balik. Tah apa2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2018 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
@Anak_Nogori masih bertapa di gua ka? Yuuuhuuuu atok AN, atok masih ngundi BN ka ini tahon? Ka dah lompat pi parti merah2 delima?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2018 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
edoraixora replied at 10-4-2018 12:41 PM
jem dah tentu, semua org balik serentak.....adoiyaiiiii

Sahih jemmm terok la nanti. Dgn nak bekejar balik kg, pastu dr kampung semua pakat nak balik sbb kerja. Apa daaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2018 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertabahlah para pengundi sekalian
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2018 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
zidane_ziege replied at 10-4-2018 12:44 PM
dah tu apasal tak tukar tempat mengundi?

korban cuti pun tak boleh mcm mana la nk korban nyawa ...

Ajar skit cmna nk tukar tmpat ngundi
Esok jugak i pi tukar

Hahah
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2018 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah la pestime nak ngundi ni. Tah balik ke idok. Baru nak semangat pi beratoq nak mengundi
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2018 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Depa kata najib tiru taktik mahathir
Hahaahhahaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2018 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
gujiwa replied at 10-4-2018 03:27 PM
ape dei2x,.. aku keje mcm korang..
aku pun ada kampung juga..
tapi aku celik

Kalau tak sama pendapat sekalipun, tak perlu kot rasanya sampai nak personal attack orang lain...tak pasal2 dituduh meroyan walhal kau sendiri yang tak pasal2 sentap gara2 satu komen aku saja..
Forum aja pun...sah2 lah platform forum ni bukan tempat untuk orang berhati tisu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2018 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
gujiwa replied at 10-4-2018 12:58 PM
Pelik la korang.. kenapa tak tukar alamat mengundi.. ??

korang menetap tempat lain.. nk benefit t ...

Cmna cara tukar
i asyik bertangguh pastu lupa terus
Hahah
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2018 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Fishyyy sangat mengundi tetengah minggu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2018 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutla tiap hari anak i xde homework sbb cikgu x masuk kelas
Sibuk meeting hal ngundi la kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2018 03:50 PM | Show all posts
~boolean replied at 10-4-2018 03:41 PM
Kalau tak sama pendapat sekalipun, tak perlu kot rasanya sampai nak personal attack orang lain...t ...

kau cakap aku keje tak macam kau.. kau okay plak ek..


kau pi google benefit tukar alamat...
3 bulan kau maustatin satu tempat digalakkan utk kau tuka alamat..
benda mcm ni bila2x masa boleh jadi..

dulu zaman org kata pengundi hantu.. SPR banyak kali promosi suruh tukar alamat.. kemaskini alamat
waris update sape2x waris meninggal

ni tunngu kita yang hidup ni.. nak buat dengan idak je..
simple

sorry kata kau meroyan..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2018 03:50 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 10-4-2018 03:20 PM
my kolig ada few duk tukar alamat tp x update2 pn..ni kira dorang tuka last year bila dgr ura2 pas ...

may be ada case bantahan pertukaran alamat tu.  sebab tu masih tak ditukar.
My colleague ada yg buat tukar alamat. lepas tu dpt notice, ada bantahan for his application. you have to go to a proceeding to state your case.

tapi dia ckp dia tak pegi. but in the end, lulus jugak la dia tukar alamat tu.



Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2018 03:51 PM | Show all posts

Majikan Tak Wajib Beri Cuti, Cuma Perlu Beri Waktu Yang Munasabah Untuk Pekerja

Edited by spiderman80 at 10-4-2018 09:34 PM

Majikan tak wajib beri cuti

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/04/329360/majikan-tak-wajib-beri-cuti

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 April 2018 @ 3:15 PM

Fairul Asmaini Mohd Pilus
[email protected]



MAJIKAN perlu memberi waktu yang munasabah kepada pekerja bagi memastikan mereka dapat keluar mengundi pada 9 Mei ini.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, majikan juga tidak diwajibkan untuk memberi cuti khas sehari kepada pekerja masing-masing bagi membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab berkenaan.

Kata beliau, majikan mempunyai tanggungjawab untuk tidak menghalang pekerja mereka sebagai pengundi berdaftar untuk mengundi pada hari berkenaan meskipun Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU-14) kali ini diadakan pada hari bekerja.

"Sebaliknya tempoh masa bersesuaian dan munasabah antara satu hingga dua jam boleh diberikan contohnya masuk pejabat lewat sedikit untuk mengundi pada sebelah pagi, menggunakan waktu rehat atau pulang awal dari pejabat sebelum pusat pengundian ditutup.

"Mana-mana majikan yang secara langsung atau tidak langsung enggan membenarkan pekerjanya keluar mengundi, boleh apabila disabitkan, didenda sebanyak RM5,000 atau dipenjara selama setahun sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 25 (3) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

"Selain itu, majikan juga tidak boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji atau saraan pemilih, mengenakan atau menuntut daripadanya apa-apa penalti kerana tidak hadir bekerja dalam tempoh munasabah yang diberikan berkenaan," katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Shamsuddin berkata, masalah lokasi pengundian jauh di negeri asal bukanlah bebanan di pihak majikan kerana sebagai pengundi yang bertanggungjawab, pekerja seharusnya mengemas kini lokasi tempat pengundian berdasarkan alamat tempat tinggal terkini.

Katanya, masalah biasanya timbul sekiranya pengundi masih mengekalkan alamat kampung halaman masing-masing meskipun sudah berpuluh-puluh tahun menetap di tempat lain.

"Dalam hal ini, pekerja perlu sedar bahawa sekiranya dua jam pelepasan diberikan, syarikat sudah pun kehilangan kira-kira 25 peratus produktiviti kerja.

"Namun, jika majikan dapat memberi kelonggaran, pekerja boleh mengambil cuti tahunan masing-masing untuk membolehkan mereka mengundi dengan selesa tanpa perlu mengejar masa kembali ke pejabat," katanya.

Kelihatan bendera yang mewakili pelbagai parti politik memenuhi di jalan Pentasan Kuantan-Pelabuhan berhampiran Kampung Permatang Badak disini. Negara akan mengadakan Pilihan Raya Umum yang ke-14 tidak lama lagi bagi melaksanakan sistem demokrasi. NSTP/ MUHD ASYRAF SAWAL

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2018 03:51 PM | Show all posts
clarizsa replied at 10-4-2018 03:42 PM
Cmna cara tukar
i asyik bertangguh pastu lupa terus
Hahah

masa aku dulu.. pi je JPN..
dia bgi option nk tukar dalam cip je ke.. nk tuka ic skali..
pastu.. update kat SPR.. either pi la ke pejbat pos pun boleh..

bersusah dahulu .. untuk kesenangan kemudian hari..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.110401 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list