Dua golongan yang menjadi ahli neraka Sabda Rasulullah: Dua jenis manusia yang akan menjadi ahli neraka, yang mana aku tidak sempat melihat mereka, (kerana tidak ada pada zamanku. Mereka ini akan lahir pada akhir zaman). Yang pertama kata Nabi ialah golongan yang memegang alat sebatan seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia (melakukan kezaliman). Dan golongan kedua kata Nabi SAW adalah kalangan perempuan berpakaian tetapi bertelanjang, pakaian yang menggodakan, pakaian yang nipis, pakaian yang ketat; di atas kepala mereka dihias. Rambutnya laksana bonggol unta. Mereka tidak dapat masuk ke syurga, bahkan tidak dapat menghidu dan mencium keharumannya, walaupun baunya syurga itu dapat dihidu dari jauh. - [HR Muslim 5098].
kalau pakai tudung tapi tak sempurna, mcm hadis tu ckp, sama saja. dosa pahala ni, bukan untuk kita pilih2 mana nak ikut mana tidak. kita kena usaha untuk hindari dosa. usaha itu wajib!
|