anakperantau This user has been deleted
|
Reply #7 honeybee1802's post
Saya tak tahu apa namanya, tapi kalau orginal model tu memang ada yang honeybee cari tu, saya cadangkan tanya kat manufacturer.. Macam saya ni ada convertible car seat Graco (utk anak no.1) , kusyennya dah buruk tapi body masih baik, sayang pulak, so saya order kusyen saja dari Graco, boleh guna lagi seat tu dgn wajah baru untuk adik nya pula yang akan lahir. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by honeybee1802 at 14-9-2006 10:07 PM
dah terlajak oorg bertanya about carseat nih...nak tanya ler.kan ada mcm satu gadget kat dada tuh yg nak kasik secured lgk..tu apa nama dia ek?kat ner leh carik?as for for me rsnyer anakku tu ok ga ...
benda tu panggil "retainer/chest/harness clip". Tak surelah kat mana jual separately, selalunya comes with the car seat. Cuba try kat mothercare atau butik yang jual high end car seat yang harga ribu riban tu kot ada jual accesories/parts
Lebih kurang macam ni kan?
[ Last edited by KakFie at 15-9-2006 08:24 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by snowy at 14-9-2006 08:01 PM
tima kasih suma. me kalau boleh sampai2 je, carseat tu dah siap pasang dlm kete.my son duk dlm car seat still leh bukak pintu kete even dah strap.
umur dia nearly 2. tu yg nak carik carseat group ...
I see...baru nak masuk 2...rasanya shouldnt be a problem kot nak cari. Kalau yang sampai umur 4 tahun rasanya susah nak cari yang harga macam tu unless you are willing to pay more sebab yang imported brand saja yang ada car seat sampai 4 tahun. Awareness tentang car/booster seat masih kureng lagi among rakyat Malaysia so demand tak banyak. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 KakFie's post
oo..tq...nanti nak g carik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by honeybee1802 at 15-9-2006 09:07 AM
oo..tq...nanti nak g carik..
wokeyy....akak baru je menge-baykan car seat anak akak. Dah upgrade ke booster seat dah si kecik yang tak berapa kecik lagi tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by KakFie at 15-9-2006 09:18 AM
wokeyy....akak baru je menge-baykan car seat anak akak. Dah upgrade ke booster seat dah si kecik yang tak berapa kecik lagi tu.
eh yeke
Kak Fie letak lam ebay mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by katak_kiut at 15-9-2006 11:25 AM
eh yeke
Kak Fie letak lam ebay mana?
ebay malaysia....tapi dah terjual dah la kk |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by KakFie at 15-9-2006 11:58 AM
ebay malaysia....tapi dah terjual dah la kk
cessssssssss!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Berita Harian 15 september.
Lagi kejadian yang boleh dielakkan jika ada kesedaran tentang perlunya memakai tali pinggang/car seat di kalangan anak-anak.
Dalam straits timest dtulis yang mangsa tidak memakai tali pinggang keledar di belakang. Manakala anak yang umur dua tahun tu duduk di passenger seat depan. Sepatutnya dalam Berita Harian pun kena tulis jugak , kalau tidak masyarakat (Melayu khususnya yang baca BH) tak nampak apa akibatnya jika kita ambik seat belts dan car seat for granted.
Kesian anak-anak....
Al Fatihah.
________________________________________________________________________________________________________________
JOHOR BAHRU: Seorang murid Tahun Satu maut, manakala adiknya berusia dua tahun cedera, apabila kedua-duanya tercampak keluar dari kereta yang dipandu ibu mereka dalam satu kemalangan di Taman Impian Emas di sini pagi semalam.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, Mohd Rashid Chong Amir Abdullah meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Pakar Puteri akibat cedera parah di kepala manakala adiknya, Nurdiana, cedera di muka.
Bagaimanapun, ibu mereka, Nazira Marakar, 32, serta anak sulungnya, Nuralisa, 11, yang turut berada dalam kenderaan itu hanya cedera ringan dan kini dirawat di hospital berkenaan.
Ibu saudara mangsa, Chong Set Fan, 46, ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA), berkata ketika kejadian, Mohd Rashid duduk di belakang bersama Nuralisa manakala Nurdiana di sebelah ibunya.
Bapa kanak-kanak itu, Chong Amir Abdullah, 45, yang bekerja sebagai juruteknik dimaklumkan mengenai kejadian itu di tempat kerjanya dan terus bergegas ke rumah mayat HSA untuk menuntut jenazah Mohd Rashid.
Nazira yang tidak bekerja, setiap hari menghantar dua anaknya ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kempas, yang terletak tidak sampai satu kilometer dari rumah mereka.
Sementara itu, Ketua Trafik Johor Bahru Selatan, Deputi Superintendan Ooi Kok Seong, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Kancil dipandu Nazira cuba mengelak sebuah Proton Wira yang keluar dari simpang di Jalan Selatan 7, taman perumahan berkenaan.
?emandu Perodua Kancil itu dipercayai gagal mengawal keretanya ketika cuba mengelak Proton Wira menyebabkannya melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik lalu merempuh pokok,? katanya.
Seorang lagi saudara mangsa yang enggan dikenali berkata, kepantasan Nuralisa menyelamatkan adik bongsunya yang tercampak ke tengah jalan, berjaya mengelakkan tragedi lebih buruk.
?uralisa memaklumkan bahawa sebaik dapat keluar dari kereta ibunya yang terbalik, dia melihat Nurdiana berada di tengah jalan menangis dan segera meluru mendapatkan adiknya,? katanya.
Datuk saudara Mohd Rashid, Abdul Rahman Mohamed, 53, berkata jenazah cucunya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kebun Teh, sebaik proses bedah siasat selesai.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Abdul Rahim Idris di talian 07-2277566 bagi membantu siasatan. |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahiwainnailahi rajiun.....
sbb tu aku cukup berkeras ngan hb kalo dia suh pangku je baby dok kat depan... me lebeh prefer anak dok dalam car seat |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HerSheys at 15-9-2006 01:33 PM
innalillahiwainnailahi rajiun.....
sbb tu aku cukup berkeras ngan hb kalo dia suh pangku je baby dok kat depan... me lebeh prefer anak dok dalam car seat
betul hershey...macam dalam kejadian tu, jarak ke destinasi tak sampai 1 kilometer, maknanya memang dekat sangat dengan rumah. Kita selalunya kalau nak gi dekat lagilah tak kisah nak bercar seat, seat belt segala sebab rasa macam apa sangatlah yang boleh berlaku. Sedih jugak.
Akak kalau drive tengok kereta kat depan biar anak-anak berdiri dalam kereta kat belakang rasa macam nak pergi susup ke depan dan suruh driver berhenti kereta ..nak bagi kata-kata nasihat sikit. Kalau emergency break memang tercampak budak-budak tu keluar. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #136 KakFie's post
KakFIe
cik dee setuju sesangat...
haritu balik kampung MIL cakap kesian biar baby dok kat dalam car seat... nak cakap bebanyak tanak la kan... karang kecik pulak hati
yg cik dee ni buat kering ajer la... yg duduk tu anak kita
yang nak selamat pun anak kita
for me safety is ultimate
balik kampung di KB memang jauh tapi alhamdulillah tak penat nak meriba
dia dok kat dalam seat tu pun tido most of the time
tapi ada gak dia nangis bila lenguh
so bila dia penat tu cik dee and hubby berhenti la... kasik dia amik angin sket... tengok pokok2 and burung2
dalam setengah jam cam tu sambung balik perjalanan
memang berbaloi beli car seat ni
cik dee pakai cosco elite |
|
|
|
|
|
|
|
for me accident ni jadi tak kira la perjalanan tu 1 km ke, 1000 km ke... bila tiba masanya akan jadi juga
yg kesalnya accident ni macam car seat tu bukan tak boleh nak pasang, tapi taknak, sebabnya amik space lah, mahal lah, dulu mak2 kita tak pakai pun kita selamat jugek la... macam2 alasan
macam tuan rumah cakap
better a crying child than a dying child... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cik_dee_na at 15-9-2006 05:07 PM
for me accident ni jadi tak kira la perjalanan tu 1 km ke, 1000 km ke... bila tiba masanya akan jadi juga
yg kesalnya accident ni macam car seat tu bukan tak boleh nak pasang, tapi taknak, sebabny ...
zaman kita kecik-kecik dulu tak banyak kereta atas jalan raya.
zaman kita kecik-kecik dulu tak ada Litar Sepang...so tak ada f1 driver wannabees.
zaman kita kecik-kecik dulu berapa ramai sangat yang kena travel jauh balik kampung.
zaman kita kecik-kecik dulu masih tebal lagi Budi Bahasa Budaya Kita di kalangan orang kita.
zaman kita kecik-kecik dulu tak ramai perempuan yang pakai seksi yang boleh distract driver...
:bgrin:
dunia dah berubah bila zaman anak-anak kita kecik sekarang. So buckle up and strap. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #139 KakFie's post
angkat sepanduk
angkat sepanduk!!!
:setuju: :setuju:
dulu mana ada highway mighway ni kan... mana la boleh nak laju2 sgt
pas tu mat minah rempit pun tadek lagi
kereta pun mana ada VVTI la, ntah apa lagi enjin bermacam nama and rupa - camano nak speed sgt
:setuju:
so yes Kak Fie, buckle up and strap... it's for your own as well as the children's safety...
jgn nanti menyesal di kemudian hari...
tadek space dalam keta beli ajer AVANZA, teristimewa... ekekekeke...
p/s saya bukan ejen penjual kereta2 toyota aaa.... saja quote adverts... ekeh ekeh ekeh... |
|
|
|
|
|
|
|
car seat mmg ada tp ayah dia lak tak suka pakaikan konon mls nak bw naik turun kete sbb duk apartment.....
suh letak je dlm kete cam segan kot....teruk tul la ayah dia 2....klu g mana2 ngan sy atau ngan ayag dia berdua je dia duk je la kat seat sblh....selalunya berdiri sbb tak nampak depan....cam bahaya je.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by anakperantau at 14-9-2006 09:24 PM
bila saya balik bercuti ke malaysia, saya selalunya bawa backless booster untuk anak saya, carry on ajer, masuk dalam beg plastic yang besar sikit... depa tak kira sebagai hand luggage pun sebab tu ...
i tak beli seat for my son, kira infant je sbb nak save budget. so buleh jugak ke bawak car seat yg besar tu masa nak boarding? sbb ari tu dah tanya airline, kalau nak check in as luggage mmg kena timbang. kalau boleh bawak masa nak boarding and amik masa final destination, me sanggup bawak je. jimat duit ku..leh sopping2 di mesia.
btw, sale ade lagi ke kat sana? |
|
|
|
|
|
|
anakperantau This user has been deleted
|
Reply #16 snowy's post
Itu yang selalu saya buat lah... car seat/ booster seat/ infant seat/ stroller ... semua bagi masa nak boarding tu.. nanti airline staf tu letak tag, dan berdasarkan tiket kita dia tanya lah nak ambil masa transit or final destination.. bila keluar dari kokpit tu terus depa letak depan pintu... senang sebab tak dikira checked luggage or carry on... |
|
|
|
|
|
|
anakperantau This user has been deleted
|
MAcam yang forumers lain dah bincangkan, memang tanpa car seat ni membahayakan kanak2... bukan itu saja, budak2 ni tend to bergerak dalam kereta.. ingat tak dulu kejadian di Johor kalau tak silap, si bapa terlibat dalam accident meninggal semua sebab anak yang masih kecil tapi ligat ni mengganggu stering bapa yang sedang memandu.
Saya memang sokong penggunaan car seat ni, sapa yang kurang kemampuan, beli yang murah sikit, yang mampu nak beli mahal pun ok.. in fact sepatutnya kanak2 diletakkan dalam booster seat sehingga dia mencecah at least 4' 9". Di sesetangah hospital di US selepas ibu bersalin , kalau tak tunjuk ada infant seat mereka tak benarkan keluar hospital sampai dapat buktikan ada infant seat! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by anakperantau at 15-9-2006 02:34 AM
Saya tak tahu apa namanya, tapi kalau orginal model tu memang ada yang honeybee cari tu, saya cadangkan tanya kat manufacturer.. Macam saya ni ada convertible car seat Graco (utk anak no.1) , kusye ...
off topic jap....
nak tanya fina baru beli stroller graco.....tapi kusyen stroler tu leh ker tukar kalau dah buruk nanti? kat mana nak beli accesories graco nie? |
|
|
|
|
|
|
| |
|