CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MAKLANG

ANEKA MASAKAN BERASASKAN TELUR

[Copy link]
Post time 10-8-2006 12:07 AM | Show all posts
hazel...kurma telur best gak.

masak dia mcm kau buat masak kurma daging or ayam la.tapi kali ni u letak telur yang dah direbus n kupas kulit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2006 11:11 AM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 9-8-2006 09:00 PM
Sabor je lah hazel ni Tu saja lah tu...

Tapi bak kata bang Bingka, sementara thread tu ada kat sini, boleh lah layan je kot.. :lol

Ni resepi telur versi "barang dapur tak ada kat ruma ...

Sup ni pernah makan dulu time kat kolej. Makan dengan nasi panas, tempoyak+cili padi dan ikan masin. Layan.
antiQue membangkit kenangan lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 11:27 AM | Show all posts
astaga..!!!
thread telur pulak dah..!!
hmm..macam2 le korang ni..

ok..thread telur ni akan berada di sini 10min. jek lagi.. peh tu kita movekan ke board resipi..
boleh ye hazel??
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 11:29 AM | Show all posts
err..lupa nak jawab soalan..

aku  lagi suka telur masak sambal tumis..
memula ko rebus telur tu.. lepas kupas kulit dia tu.. ko goreng telur rebus tu..angkat dan drykan..
peh tu boleh le tumis sambal cam biasa.. peh tu bubuh le sambal tu..

nak sedap lagi makan ngan kicap..
pergghhh..!! terliur dah air liur aku...!! camne nak diet ni...??!
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 11:35 AM | Show all posts
suke makan telur goreng... buh tomato sos...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 12:28 PM | Show all posts
saya suka masak telur dadar letak mix vegetable @ daun kesum @ daun pucuk manis... yg paling best letak daun kesum...
Reply

Use magic Report

Follow Us
ladyvedt This user has been deleted
Post time 14-8-2006 02:06 PM | Show all posts
butter eggs with toasted bread

bahan-bahan:-

telur 4 biji
susu tepung dibancuh ala-ala setengh gelas
sedikit butter
serbuk bawang putih/lada hitam

bawang besar potong dadu
tomato potong dadu

additional:-
masuk cheese 2 keping ke

pukul skit telur then masuk bahan-bahan yang lain..masak kan dekat api  beberapa minit
pastuh last skali masuk kan cheese...so makan la dengan roti yang telah dibakar

[archived]

[ Last edited by  nhuda at 17-4-2007 01:31 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 03:59 PM | Show all posts
Utk ZieA yg terliur dgn Bistik Telur kawe..Hok ni resepi campak campak jah..panda panda sediri deh ekjah ikuk citaraso.....



Bahan Bahan  

Utk Telur Dadar
Telor - (yg dlm gambar tu menggunakan 2 biji telor besar)
Isi ayam ( 1/4 cawan) - cincang halus
Satu sudu makan bawang kisar
Garam dan sedikit pepper.
Kesemua bahan ini dicampur..dan gorengkan seperti membuat telur dadar.

Bahan Sos.....guna semua jenis sos yg ada kat dapur..hehehe
Sup Tomato Kimball (dlm tin)
Sos cili
Sos Tiram
Sos Sweet Sour
Sos Plum
Sedikit Mix Vege
Sedikit bawang merah dan bawang putih kisar
1/2  biji tomato segar - dipotong baji
Minyak utk menumis.
Air .
Secubit serbuk lada hitam.
Cara.

Tumis bawang hingga layu. Masukkan semua sos. Kacau sebati. Masukkan mix vege dan biarkan sekejap. Tambah air ikut kesukaan anda. Rasakan masin dan manisnya.. tambah yang mana patut .Masukkan serbuk lada hitam. Akhir sekali masukkan tomato segar. Kacau sekejap. Tutup api.
Curahkan atas telur dadar tadi..Sedia utk dihidang.

[archived]

[ Last edited by  nhuda at 17-4-2007 03:06 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2006 04:18 PM | Show all posts
cili api agaknyer ..alahai..typo tu....ni yg teruja ni..balik kang nak cuba masak telur sambal..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 02:33 PM | Show all posts
Originally posted by Index at 18-8-2006 03:59 PM
Utk ZieA yg terliur dgn Bistik Telur kawe..Hok ni resepi campak campak jah..panda panda sediri deh ekjah ikuk citaraso.....



Bahan ...

mekacih Index..nanti zie try campak2 bahan2 yg ada kt dapur rumah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 04:09 PM | Show all posts
siD pn ade resepi yg nk share..tapi maap xde gambo..
telur masak ceplok-kitorg adik beradik bagi nama ni..sbb dia ringkas tapi kaw2 rasa dia

bahan2..
telur-ske ati nk brape biji-biasa 2/3 bj
cili api   5/6 bji rasa2 nk berpinar biji mata tambah lagi
bwg putih  1/2 ulas
bwg merah  1 bj-potong bulat
gula 1/4 sudu besar-sbb pedas
garam scukup rase
kicap 1 sudu besar

cara2..
1) tumbuk ,cili,bwg putih -pastu tumis cam biasa
2) masukan bwg d potong bulat,gaul2 skett n masukan telur tapi biar je jangn gaul
3) masukan garam,gula n gaul ala2 kadar supaya sbati rasa
4) agak2 telur dh nampak nk masak curahkan kicap tu ala2 kadar n angkat...walahh...trus ngap2..
sekian..agak2 ksuntukan masa ..silakan respi ni.

[archived]

[ Last edited by  maisya at 3-11-2008 11:13 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 10:36 AM | Show all posts
zie dah try wat Bistik Telur cam Index, sedap juga..tp bahan sos tak ikut Index 100%..sos plum & sup tomato tak pernah masuk dapur ni..lenkali nak carilah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 04:00 PM | Show all posts
Originally posted by zieA at 22-8-2006 10:36 AM
zie dah try wat Bistik Telur cam Index, sedap juga..tp bahan sos tak ikut Index 100%..sos plum & sup tomato tak pernah masuk dapur ni..lenkali nak carilah.


Zie..basic utk bistik telor hanya sos tomato, sos cili dan sos tiram..
Saya buh semua tu sebab saja gatai tangan...hahhahaha..tak sangka masa 1st try dia jadi sedap..tu yg saya mainten buh mende2 tu
Lagipun saya tak berapa suka buh sos tomato dlm masakan sebb bagi saya rasa dia masam sangat..saya lebih prefer guna sup tomato . Even kalau buat ayam masak merah pun saya guna sup ni...

So...pada yg berminat nak try bistik telor..jgn hadkan diri anda...
Sos plum, sos sweet sour tu hanya option sahaja..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2006 12:49 PM | Show all posts
Originally posted by Index at 22-8-2006 04:00 PM


Zie..basic utk bistik telor hanya sos tomato, sos cili dan sos tiram..
Saya buh semua tu sebab saja gatai tangan...hahhahaha..tak sangka masa 1st try dia jadi sedap..tu yg saya mainten buh men ...

IC..cam gitu ke..patutlah ckp resepi campak2 tp apa salahnya kan..asalkan sedap..acttually tak pernah makan/order kt kedai w/pun ada dlm menu:pmuka:
Reply

Use magic Report

tun_sofia This user has been deleted
Post time 29-8-2006 07:10 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 26-1-2006 02:27 PM
dulu masa kak liza baru akwin..suka betui buat kurma telur...
masukkan cili hijau..cantik jer..
nanti kak liza buat dan amik gambo..

ni resepinya..

Gulai Kurma Telur

GULAI KURMA TELUR

...



sedap:ting::ting:
nak cuba ler nanti. dah lama tak makan:love::love:
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 09:20 PM | Show all posts
baru-baru ni kakliza buat..





TELUR KUKUS

Bahan
3 biji telur
1/2 cawan air
1 pokok daun bawang [racik]
2 tangkai cili merah [hiris]
1 s/b lobak asin [cincang halus]
garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan dan masukkan dalam pinggan tahan panas.
2. Kukuskan selama 20 minit.
3. Angkat dari kukusan dan hidangkan semasa panas dengan nasi putih.


[archived]

[ Last edited by  nhuda at 17-4-2007 03:15 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2006 09:22 PM | Show all posts
aduuuhhhh..bila edit jer.sokmo posting tu lesap...:geram:
Reply

Use magic Report

tun_sofia This user has been deleted
Post time 8-9-2006 11:56 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 8-9-2006 09:20 PM
baru-baru ni kakliza buat..





TELUR KUKUS

...


sodapnya kak liza
:ting::ting:

boleh cuba ni:pmuka::pmuka:
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2006 03:47 PM | Show all posts

telur bistik..

thanks Index for the recipe..
nie lah hasilnya..tapi saya tak bubuh ayam tu dalam telur..saya tumis asing dalam kuah..
saya pun guna 3 jenis sos aje..[sos cili,tomato,sos tiram]
mmg sedap laa..
chup!saya tambah sedikit serbuk cabai..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2006 08:35 AM | Show all posts
semalam sempat gak buat telur bungkus utk bukak poser...







maklang guna resepi ni...dan rasanya :love:

TELUR BUNGKUS
sumber : diana

Bahan-bahannya
5 biji telur
200 gm daging lembu - direbus & dicincang (alternatively guna boneless chicken meat - tak perlu rebus)
200 gm sayur campur (jagung, lobak merah dan kacang pis)
3 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 cm halia - dicincang
1 sudu besar rempah ikan/nampla sauce/oyster sauce
2 sudu besar sos tomato
Sedikit garam & gula
Kalau suka pedas, guna cili padi, cincang halus.

Cara-caranya
Tumis bawang putih, dan halia hingga wangi kemudian masukkan bawang besar. Biarkan bawang besar layu dan masukkan rempah kari serta daging cincang. Kemudian tambahkan sos tomato, garam dan perasa. Akhir sekali masukkan sayuran campur (and cili padi, kalau gunakan). Biarkan sebentar hingga semuanya masak dan bolehlah diangkat. Pukul telur hingga kembang. Panaskan kuali dan goreng seperti membuat telur dadar. Apabila telur setengah masak, letakkan intinya di tengah-tengah dan lipatkan telur supaya intinya tidak terkeluar. Ulangi langkah yang sama sehingga adunan telur habis. Kalau ada kuali yang sangat lebar, buat sekali sahaja.

[archived]

[ Last edited by  nhuda at 17-4-2007 03:32 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.099180 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list