|
Aku rasa orang salah tafsir la kenyataan Amani ...
"I sound like stupid if I speak in Malay" (Saya rasa seperti orang bodoh kalau saya bercakap dalam Bahasa Melayu)- kerana dia kurang fasih BM....jika dia cakap bahasa melayu, dia akan kelebihan orang bodoh atas pentas...
bukannya bermasud sebab bahasa tue dia akan jadi bodoh...
Kalau Amani cakap
" I feel stupid if I Speak in Malay" - ini baru bermaksud...saya rasa bodoh kalau saya cakap BM
" I sound like stupid if I Speak in Malay" - ini lebih bermaksud...saya kedengaran seperti orang bodoh kalau saya cakap BM... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #147 ColbyRaikkonen's post
-- whatever it is
zip it - no need to say u sound like stupid ka
u sound stupid ka - you feel stupid ka --
u look stupid ka when u speak in malay..
just go ahead and give the speech --
ramai yang tahu pun most of the time dia berkomunikasi
in english -- so wont be a biggie -- if the text is in english --
she recognized that -- although she meant well --
some MAY take it in different meaning...
hence all the kecoh..
dia dah minta maaf -- dan saya yakin dia jadikan
ini satu pengalaman dan pengajaran..
she is a promising actress -- hopefully dia dapat
berlakon dengan lebih bermutu di masa2 akan datang..
dan jaga keperibadian and be down to earth... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ColbyRaikkonen at 16-8-2006 12:51 PM
Aku rasa orang salah tafsir la kenyataan Amani ...
"I sound like stupid if I speak in Malay" (Saya rasa seperti orang bodoh kalau saya bercakap dalam Bahasa Melayu)- kerana dia kurang ...
Dua-dua pun tak ada maksud dia menghina BM.
kesimpulannya: Teruk sungguh bahasa Ingeris si bapak menteri budaya tu sampai kenyataan yang mudah pun tak faham. Wartawan jangan ceritalah - bahasa Melayu pun tunggang langgang.
[ Last edited by pessoa at 16-8-2006 01:38 PM ] |
|
|
|
|
|
|
belaianjiwa This user has been deleted
|
Walaupun tuan punya badan telah mohon maaf tetapi apa pun Damage Has Been Done...
Ramai yang beri komen di sini.. Walau bagaimanapun to me, one forumnist by the name of harkktuih tak faham isu.. Dia tak habis2 menyesali sikap bangsa Melayu yang dikatakan macam2.. I don't think I should explain to u (karkktuih) ttg isu sebenar yang dibangkitkan.. One forumnist here by the name of dexa telah mengemukakan hujah-hujah bernas beliau.. So please fahami apa yg dimaksudkan dexa and I hope u can stop your attack against the Malays (bangsa u sendiri if it's true u mmg melayu lah) coz I really found it disgusting.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jati diri
Sejarah ada mencatatkan bangsa melayu / tanah melayu jatuh ke tangan penjajah kerana bangsa melayu sendiri.
Apa beza nya sekarang. Benda yang orang nampak remeh seperti inilah yang akan bernanah dikemudian hari.
Aku sendiri fasih dalam bahasa melayu dan inggeris. Tapi tak perlulah kita rasa diri ni nampak bodoh bercakap melayu kalau tidak fasih berbahasa sendiri. Jika tidak fasih berbahasa melayu, mix language pon orang tak akan marah. Kita memang menggalakkan boleh bertutur dalam pelbagai bahasa. Tak semestinya bahasa inggeris sahaja. Jika bijak dalam bahasa mandarin atau tamil tu sudak kredit untuk diri kita. Ini bukan masalah BANGSA MELAYU sahaja. Tapi ini tentang JATI DIRI.
Jika telah di nobat pelakon terbaik kenapa untuk hanya berucap dalam bahasa melayu tidak boleh selama 1 minit. Buat lah macam sedang berlakon filem waktu berucaptu.
Hari kebangsaan pon dah nak dekat, harap setiap individu Malaysia in lebih menghargai susah payah nya datuk enek kita ingin memastikan negara sendiri tidak dijajah. Kalau boleh tengok lah cerita jungle green khakis brown tV3 tu. Bagus untuk flash back zaman azab tanah melayu nak merdeka. |
|
|
|
|
|
|
|
cipan punya budak. aku marah betul la. |
|
|
|
|
|
|
|
Barang siapa kat kata isu ni remeh dan hanya diperbesar2kan oleh media..adalah BODOH!!!!
Kalu itu dianggap remeh....aku x heran la lepas ni apa apa acara pun semua dok pakat berbahasa inggeris dan memberi alasan nampak macam bodoh jer kalu cakap melayu. Suka yer korang bila bahasa melayu dianak tirikan dr hari ke hari sehingga dijatuhkan martabatnya di festival perdana macam FFM tu..korang anggap remeh??? Seorang melayu perasan mengaku darah kacukan yg hidup di bumi melayu x reti berbahasa melayu di anggap remeh????Aku x berapa nak heran kalu dia cakap macam tu kat rancangan cit cat azwan ker..melodi ker..one in a million ke AF ker...tp ini FFM...ada ke pernah anda lihat anugerah kat bollywood...seorang mat salleh menang dan ketika memberi ucapan cakap..i'll sound stupid if i speak american...lepas tu cakap bahasa france?
Korang yg membacking amani sangat ni kenapa? apa yg hendak dibanggakan sangat? Yer..dia memang pelakon berbakat dan berhak menang. Tp korang kena la menerima kenyataan yg dia memang x pandai berdiplomasi...kalu baca alasan2 dia yg bodoh tu...lagila aku geram. Antara alasan bodoh dia spt " I anak kacukan...india cina arab?" so what??? muka pun macam melayu..kalu dlm IC tulis melayu...siap Datuk nenek moyang semua cakap english...so what? riaknya.
Kesilapan mungkin kecil tp kesannya besar....yg muda2 memangla sokong amani ni sebab semuanya jenis getis2 dan tidak memikirkan kesan masa panjang pd bahasa melayu. Agaknya depa ni berangan jadi negro kot one day.
[ Last edited by harisbee at 16-8-2006 04:59 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Amani sudah mohon maaf, PFM anggap isu selesai
16-08-2006
Oleh ZIEMAN
PETALING JAYA: Isu ucapan kontroversi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 19 (FFM-19), Sharifah Amani, dianggap selesai dengan permohonan maaf daripada pelakon berusia 20 tahun itu.
"Dia pun sudah memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan Datuk (Seri Dr) Rais (Yatim) jadi tak perlu lah kita ungkit lagi perkara ini," ujar pemangku Presiden Persatuan Filem Malaysia (PFM) Ruhani Rahman.
Ruhani berkata demikian apabila diminta pandangannya tentang ucapan Amani yang kononnya ?emperlekehkan? bahasa Melayu di majlis kemuncak FFM-19 di PWTC Ahad lalu.
Menurut Ruhani lagi, "Keterlanjuran kata-kata yang dikeluarkan oleh Amani pada malam itu mungkin disebabkan faktor dia gabra. Lagipun Amani masih muda. Saya harap Amani akan mengambil iktibar dari episod ini. Semoga ia menjadi satu pengajaran bagi Amani agar lebih berhati-hati apabila menyuarakan pendapatnya di masa hadapan."
Difahamkan, selepas isu ini hangat diperkatakan, Amani telah pun menghantar faks kepada semua media dan juga ke pejabat Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim memohon maaf di atas keterlanjuran kata-katanya yang telah menghiris hati ramai orang Melayu.
Antara isi ucapan Amani yang telah menimbulkan kontroversi yang tidak diundang itu adalah "I would sound stupid if I were to speak in Malay" (Saya akan kedengaran seperti orang bodoh jika saya bercakap dalam bahasa Melayu) dan mengakhiri ucapannya dengan berkata:
"If the film (Gubra) mencemar budaya, let's do it more often (Jika filem Gubra mencemar budaya, mari kita hasilkan lebih banyak lagi).''
Tetamu kehormat malam itu, Dr Rais, jelas cukup tersinggung dengan kata-kata Amani dan menyelar sikap pelakon berbakat ini.
Ketika ditemuramah, Amani melahirkan rasa kesal terhadap insiden yang telah mengheret dia dikecam hebat oleh ramai pihak. Amani dengan rasa rendah hati memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana ucapannya.
"Saya sama sekali tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa atau bersikap kurang ajar. Ini lah dugaan yang paling hebat yang pernah saya alami selama saya bergelar aktres. Ini akan menjadi satu pengajaran pada saya pada masa depan. Saya bersyukur semuanya sudah selesai. Saya masih muda dan banyak lagi yang perlu saya belajar,'' katanya yang kini berada di Kuching, Sarawak untuk menjalani penggambaran sebuah filem.
Menurut Amani lagi, "Hanya Allah sahaja yang tahu isi hati saya ketika mengeluarkan kenyataan itu. Bukan bermaksud menghina bahasa atau menghina sesiapa?"
---------------------------------------------------------------
perhaps she is truly sorry -- kita bagi dia benefit of the doubt..
dan harap ia sebagai satu pengajaran buat kita semua
-- bukan dia saja..
boleh berbahasa inggeris --- any languages ---
tapi berbanggalah kerana kita pandai juga berbahasa
malaysia ---
BAHASA JIWA BANGSA... |
|
|
|
|
|
|
|
Kemenangan filem itu (Gubra) memberi isyarat yang tidak baik kepada generasi akan datang. Sudah tentu generasi masa itu nanti akan melihat apa yang dipaparkan dalam Gubra adalah betul.
Pada hal, kita ketahui cerita dalam Gubra memang menyimpang daripada norma dan nilai budaya kita, budaya orang Melayu, luah seorang produser filem wanita yang enggan dikenali.
- Ini mesti RAJA AZMI nie..... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau la isteri korang baru beranak, anak korang dah masuk darjah satu pun isu ni masih ingin didebatkan...
huhuhuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by harisbee at 16-8-2006 04:56 PM
Barang siapa kat kata isu ni remeh dan hanya diperbesar2kan oleh media..adalah BODOH!!!!
Kalu itu dianggap remeh....aku x heran la lepas ni apa apa acara pun semua dok pakat berbahasa inggeris dan ...
seperti yg hamba katakan... "kalau la isteri korang baru beranak, anak korang dah masuk darjah satu pun isu ni masih ingin didebatkan..."
huhuhuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #147 ColbyRaikkonen's post
susah sgt ker aper english yg amani pakai sampai org2 meLAYU mi susah nk paham? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by harkktuih at 16-8-2006 05:56 PM
susah sgt ker aper english yg amani pakai sampai org2 meLAYU mi susah nk paham?
Kalau sampai bapak menteri (malu ada menteri kebudayaan! Seni! Warisan! macam ni! Malu!) pun terkial-kial. Agaknya susah kot... |
|
|
|
|
|
|
|
biasa jer English si Amani tu..sebutan 'often' tu london sangat. Rais Yatim tu kan Menteri kesenian dan kebudayaan...sudah tentu dia concern...kalu dia x concern buat apa jadi menteri budaya...baik dimansuhkan aja kementerian tu. Itu sbhgn dr skop keje dia nak memertabatkan bahasa melayu. Dah insiden berlaku kat depan mata ..x kan buat dono jer...
X salah Amani berbahasa Inggeris...tp memalukan mengaku x fasih BM...lepas tu kasi excuse yg gedik2..
Tp Amani ok kot...nanti kemudian hari...dia akan lebih berhati2...lebih menghormati majlis. Dia berbakat...sedikit kontroversi ni x akan apa2...sbg pengajaran utk artis lain gak.
Bercakap pasal budaya jugak..Dr Rais patut tegur jugak si Badul dan Ida nerina yg tergedik2 itu dan bersembang lucah serta artis2 yg seksi meksi tu....By the way sembang2 lucah ni dah memang biasa dah....artis seksi meksi tu pun lagila biasa...cuma Amani jer yg diluar kebiasaan...sensasi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rozza at 15-8-2006 02:26 PM
MASA DIA JADI JURI KITKAT START DULU...BAHASA DIA OK JERR..
BETINA BANGANG.. DIA DIA BAGUS.. ANAK BABI..
with your language, you are no better than her. Actually it makes you sound even worse than her. At least she didnt call anybody babi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|