|
Reply #164 pinKy180's post
Takdir2 utk makhluk tlh ditulis d Luh mahfuz.Spt yg diterangkn oleh Ibnu Abbas bhw stlh Allah mnjdikn Qalam mk Allah brfirman kpdnya:Tulislah,kemudian pena itu menuliskn apa yg akn trjadi smpai hr kiamat.Pena itu menulis di Luh Mahfuz iaitu ppn tulis yg trpelihara.Takdir yg trtulis di Luh Mahfuz masih menerima perubahan krn ada takdir trtulis di situ yg sudah n ada takdir yg belum putus.Takdir ini dinamakn "takdir Mu'allaq".Umpamanya ada seseorg yg ditakdirkn usianya 60 thn,ttp jk ia mghubungkn silaturrahim yg sudah putus mk umurnya ditmbh oleh Allah SWT.
Ada org yg sudah dituliskan akn dimasukkn ke dlm neraka,ttp jk ia bnyk brdoa kpd Allah,agr dijauhkn dr neraka ia akn dimasukkn ke dlm syurga.Takdir yg semcm ini ditulis jg dlm Luh Mahfuz.Firmn Allah SWT mksdnya:"Allah mghapuskn apa yg Dia kehendaki dn menetapkan (apa yg Dia kehendaki),dn disisiNya trdpt ummul Kitab (Luh Mahfuz).(Ar Ra'd ayat 39)
Menurut Tafsir Qurtubi,smua takdir Allah yg tlh trtulis di Luh Mahfuz itu bleh dihapus oleh Allah jk Ia menghendaki, ataupun Allah ttpkn saja sesuai dgn kehendakNya.Kemudian yg dpt merubah takdir yg trtulis dlm Luh Mahfuz itu adlh doa n perbuatan baik.Rasulullah SAW brsabda:"Tiada yg bleh menolak takdir selain doa,dn tiada yg bleh memnjangkn umur kecuali perbuatan baik". (Riwayat Tirmizi) |
|
|
|
|
|
|
|
pada pendapat saya,hidup kita bukanlah untuk mengenang takdir kita, tapi untuk
buat yg terbaik dlm apa jua keadaan kita sekalipun...itulah yang dinilai tuhan...
senang cita, takdir ni ada ke takda sama jer...sebab kita kena hidup gak...
tapi memang ada...cuma janganlah sibuk pikir pasal takdir, yg penting buatlah yg terbaik...![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #173 Bateesta's post
penjelasan saya x bercanggah dgn ayat2 tu...
sememangnya Allah telah menetapkan takdir setiap makhluknya...
dan manusia x berkuasa nk berbuat demikian..
namun, apa guna org mndoakan agar umur dipanjangkan?
sekiranya takdir tu mmg x bleh diubah...buat apa nk berdoa lg??
inilah yg cuba saya terangkan...yg doa boleh mengubah takdir...
tp x semestinya...smua terletak di tgn Allah...sama ada perkenan atau x doa itu.. |
|
|
|
|
|
|
|
mengenai takdir yang ditentukan.
apa yg saya faham dari pembelajaran saya, ayat "kecuali yang ditentukan oleh Allah" tu bermaksud seperti air yg dimasak akan mendidih. kayu jatuh akan berbunyi. itu contoh.
manusia diberi pilihan sebagai contoh memilih yang baik atau yang jahat. kalau pilih jahat maka Allah tentukan jadi jahat, pilih nbaik Allah tentukan jadi baik. tetapi kita harus ketahui bahawa Allah Maha Mengetahui. Sebelum kita dilahirkan Allah dah tahu kita nak pilih yang mana. Itu satu hakikat yang tak boleh kita tolak. Cuma kita saja yang tak tahu mana satu kita akan pilih. sampai kita akan berdoa minta nak selamat dari bencana pun Allah dah tahu sebelum kita lahir lagi. Tu sebab Allah kata kalau Dia mahu, dia boleh buat semua org beriman. Tapi sebab Allah tak buat? Tu sebab pilihan tu atas kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by <i>Bateesta</i> at 3-2-2007 05:05 AM<br />
Tak kesah apa yg kau percaya pun , smua sangkaan manusia mmg betul , bg mereka lah<br />
Itulah kehidupan yg smua manusia takut nak akui<img src="images/smilies/loveliness.gif" smilieid="79" border="0" alt="" /> <br />
xsemua sangkaan manusia itu betul.. ade betul .. ade salah..
dan Allah berkuasa keatas segala MakhlukNya dan ciptaanNya..termasuklah takdir seseorang..Dan Allah berkuasa untuk melakukan ape sahaja yg Dia kehendaki...
semoga saya dapat Amal..
Wallahu'alam.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah fikir pasal takdir sangat, yang penting sibuk2kan lah diri dengan memikirkan iman kita, lagi baik... |
|
|
|
|
|
|
Mr.Forensics This user has been deleted
|
assalamualaikum
nak tanya,aku sebenarnya musykil...
-adakah semuanya ditentukan Allah sejak dari azali lagi?Kalau ya,adakah pada jam 3.01.56saat saya berkelip mata,telah Allah tentukan juga?Maksud saya,detail2 perlakuan fizikal manusia...
-adakah memang ada manusia yang telah ditentukan masuk neraka?Kalau ya,adakah itu kerana Allah maha Penyayang..Allah tidak akan menzalimi hamba-Nya.(apa definisi 'hamba' dekat sini..kompius samada hamba itu sekalian manusia atau orang2 beriman,atau orang2 yang ditakdirkan masuk syurga,atau orang2 yang memilih jalan kebaikan)
-kalau orang itu bukan islam,katakan kristian yang tidak mendapat juga terlindung dari ajaran islam(duduk dalam gua),dia memilih jalan kebaikan seperti tidak merogol mencuri menipu dan sebagainya,adakah dia akan masuk syurga juga akhirnya,atau masuk neraka.?apakah pemilihan untuk berbuat baik dan jahat ini hanya tertakluk kepada orang islam sahaja?
-adakah orang islam akan masuk syurga juga akhirnya?bagaimana dengan orang yang dilahirkan islam tapi berbuat kejahatan sepanjang hayatnya,adakah dia akan masuk syurga juga hanya kerana dia dilahirkan islam<--off topic sikit tp tetiba terfikir.
-adakah Allah tahu akan jadinya tsunami yang akan mengorbankan nyawa?kalau dikata ini tanda kemurkaan Allah,adakah Allah telah tahu bahawa Dia akan murka pada sekian-sekian waktu?apabila Allah menyebut Dia murka di dalam AlQuran,walaupun tidak boleh/perlu/patut kita membayangkan,adakah murka itu sejenis perasaan?Adakah Allah berperasaan?
aku rasa dah kuar topik takdir,tapi harap2 tak kena edit lah ya..aku cuma wondering..harap buleh kasi tunjuk ajar dan jawapan konkrit...wassalam... |
|
|
|
|
|
|
|
bila bercakap berkenaan takdir, ramai antara kita terpengaruh dengan fahaman jabariah, qadariah, muktazilah dan sebagainya dalam bab takdir. walaupun kita mengaku kita sunnah wal-jamaah.
saya percaya yang kita diberi pilihan oleh Allah swt tetapi Allah maha mengetahui tentang apa yang kita akan pilih sejak sebelum kita wujud lagi. tu la maksud ayat ... kalau dikehendaki Allah boleh jadikan semua orang beriman...
[ Last edited by ibnur at 6-3-2007 04:27 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
aku lebih memegang kepada takdir itu adalah sesuatu yang telah berlaku.
misalnya, pagi tadi aku melanggar bumper kereta orang disebabkan kecuaian aku mencilok (contoh benar), bagi aku, itu dinamakan takdir. telah ditakdirkan aku akan melanggar bumper kereta orang dan melarikan diri tanpa berjaya dikesani.
kalau lah aku lebih berhati |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by munkyG at 6-3-2007 05:12 PM
aku lebih memegang kepada takdir itu adalah sesuatu yang telah berlaku.
misalnya, pagi tadi aku melanggar bumper kereta orang disebabkan kecuaian aku mencilok (contoh benar), bagi aku, itu din ...
dan tuhan juga tahu dari dulu lagi yang awak akan melarikan diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #181 ibnur's post
Dia Maha Mengetahui tapi aku tak mengetahui... betul tak? ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by munkyG at 6-3-2007 05:12 PM
aku lebih memegang kepada takdir itu adalah sesuatu yang telah berlaku.
misalnya, pagi tadi aku melanggar bumper kereta orang disebabkan kecuaian aku mencilok (contoh benar), bagi aku, itu din ...
Kejadian itu telah tercatit sejak azali lagi perihal tingkah laku kamu.Perbuatan kamu itu diatas kehendak kamu sendiri dan Allah SWT yang Maha Bijaksana,yang Mengetahui apa-apa yang sebelumnya,yang sedang berlaku dan yang akan berlaku mencatatnya juga menetapkannya didalam buku dan disimpan diLauh Mahfus.
Mithalnya: Kamu berdoa agar dipanjangkan umur,perbuatan berdoa itu pun telah dicatatkan didalam buku,cuma manusia tidak tahu apakah hasil doa kamu itu dima'bulkan ataupun disebaliknya.
Soalan-soalan....
![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku teringat kisah perjalanan nabi musa dgn nabi khidir.
dlm satu part, nabi khidir telah membunuh seorang budak dgn alasan budak itu bila besar akan menjadi raja yg zalim.
drp kisah tu, kelihatan takdir utk budak tu menjadi raja yg zalim tidak boleh diubah lagi.
begitu jugak perahu yg ditebuk...
apa pandangan korang? |
|
|
|
|
|
|
|
sebab kita tak nampak takdir kita, maka kita boleh berubah. mungkin dari tidak baik kepada yang baik.
jadi, kita seharusnya berusaha 'mencipta' takdir yang baik untuk kita, walaupun takdir itu memang telah 'tercipta' untuk kita...
![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orang_awam at 7-3-2007 10:57 AM
aku teringat kisah perjalanan nabi musa dgn nabi khidir.
dlm satu part, nabi khidir telah membunuh seorang budak dgn alasan budak itu bila besar akan menjadi raja yg zalim.
drp kisah tu, ke ...
Cerita ini mesti disiasat kebenarannya. Ambil dari buku cerita ke?
Baca cerita ini pulak?
Nabi Allah Ibrahim mendapat wahyu agar menyembelih anaknya Nabi Allah Ismail. Kamu semua tahu kisahnya. Dan cerita ini sahih.
Apa kamu nak komen?
![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Perbuatan Nabi Khidir adalah perintah daripada Allah untuk menguji Nabi Musa. Bukan Nabi Khidir mempunyai ilmu laduni.
Al Kahfi ayat 82:.........................Bukanlah yang ku perbuat itu dengan kehendak ku,(melainkan dengan wahyu dari Tuhan).
Oleh itu,tiada percanggahan dengan cerita Nabi Ibrahim yang mendapat perintah agar menyembelih anaknya.
![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #188 Amir's post
aku bagi link tu nak menunjukkan kisah tu bukan dikutip dari israilliyat.
aku tak kata bercanggah.
memang pun perintah dari Allah.
Cuma kalau fahaman aku yg cetek ilmu ni, macam takdir budak tu dah ditentukan sejak kecil lagi dia akan menjadi raja zalim bila dewasa dan layak dibunuh.
ada tafsiran yg boleh direfer tak yg boleh menceritakan lebih detail lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orang_awam at 7-3-2007 03:52 PM
aku bagi link tu nak menunjukkan kisah tu bukan dikutip dari israilliyat.
aku tak kata bercanggah.
memang pun perintah dari Allah.
Cuma kalau fahaman aku yg cetek ilmu ni, macam takdir budak ...
Pertama, sekali kamu tak katakan,perbuatan itu kehendak daripada Allah bukan kehendak Nabi Khidir.
Kedua, budak itu sepertimana tersebut dalam AlQuran bukan menjadi raja zalim tetapi kerana " kami takut bahwa ia akan memaksa keduanya(ibubapa) menjadi aniaya dan kufur."
Ketiga, memang betul le ajal budak itu sampai takat itu saja. Kalau mengikut pendapat aku tentang takdir berkemungkinan budak itu telah berdoa kepada Allah agar ditamatkan riwayatnya sekiranya dia akan memudaratkan kedua orang tuanya. Maka budak itu terpilih diatas dasar itu. Wallahua'alam.
![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Mr.Forensics at 6-3-2007 03:30 PM
assalamualaikum
nak tanya,aku sebenarnya musykil...
-adakah semuanya ditentukan Allah sejak dari azali lagi?Kalau ya,adakah pada jam 3.01.56saat saya berkelip mata,telah Allah tentukan juga?M ...
Sy harap awk rujuk balik pada page 2 topik ni...iaitu rujuk kesimpulan2 yg dh diberikan oleh sdr Akasyah....di mana persoalan2 takdir ini sebnrnya dh selesai. Insya Allah awk akan dpt jwban pd kemusykilan awk di atas.
Selamat membaca![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|