CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

Pergolakan di Gaza - Update - sempadan mesir-gaza dibuka 3 hari!!

[Copy link]
 Author| Post time 17-1-2009 04:40 PM | Show all posts
Gaza: Sidang kemuncak Liga Arab jadi perhatian
17/01/2009

BANDARAYA KUWAIT 17 Jan. - Tanpa sebarang penyelesaian terhadap serangan Israel ke atas Gaza, dunia Arab kini bergantung pada sidang kemuncak Liga Arab Isnin ini bagi bertindak tegas menghentikan kezaliman rejim Zionis itu.

Menteri-menteri Luar Arab telah mengadakan mesyuarat di sini semalam untuk meluluskan draf resolusi mendesak Israel menghentikan serangan mereka ke atas Gaza, yang sehingga ini telah mengorbankan lebih 1,000 rakyat Palestin.

Mesyuarat tersebut juga meluluskan cadangan meminta negara-negara Arab memberi jaminan bantuan kewangan bagi pembinaan semula wilayah Gaza yang dianggarkan AS$2 bilion (RM7.12 bilion) dan bantuan tambahan AS$500 juta (RM1.78 bilion) kepada pihak berkuasa Palestin. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2009 06:20 PM | Show all posts
Israel bombards Gaza, weighs ceasefire
By Nidal al-Mughrabi

GAZA (Reuters) - Israeli bombardment killed two boys sheltering at a U.N. school and five other people in the Gaza Strip on Saturday, as Israel weighed a unilateral ceasefire to its three-week-old offensive against Hamas militants.

An Israeli soldier covers his ears as a mobile artillery unit fires a shell towards Gaza in the early morning near the Gaza border during Israel's offensive January 17, 2009. (REUTERS/Yannis Behrakis)
Israeli Prime Minister Ehud Olmert's security cabinet was due to meet in the evening and political sources said ministers might decide whether to halt the fighting without concluding any deal with the Palestinian Islamist movement that controls Gaza.

Adnan Abu Hasna, a spokesman for the U.N. Relief and Works Agency, said two brothers had been killed and 14 people wounded, including the boys' mother, when Israeli tank fire hit a school run by UNRWA in the northern town of Beit Lahiya.

An Israeli army spokesman said he was checking the report.

"Israel must be held accountable for what happened," Abu Hasna told Reuters.

About 45,000 Gazans fleeing battle zones are sheltering in U.N.-run schools in the enclave. Israeli shelling killed 42 people who had taken refuge at a U.N. school on Jan. 6. An UNRWA compound was hit twice on Thursday and three staff were wounded.

Hospital staff said four people had been killed by tank fire in another Gaza neighbourhood on Saturday. Hamas said one of its fighters had also been killed.
Muawiyah Hassanein, director of the Hamas-run ambulance service, said more than more than 1,199 Palestinians have died, among them 410 children, and 5,300 wounded, including 1,630 children. Israel launched an air blitz on Gaza on Dec. 27 and sent in ground forces a week later.

Ten Israeli soldiers and three civilians, hit by rockets fired from Gaza, have been killed during the campaign.
Israeli jets roared over Gaza before dawn and heavy explosions flashed to the south and north of the city.

The army said it had attacked 50 targets overnight, including 16 tunnels, two mosques from which gunmen had fired on troops, three bunkers, eight rocket-launching pads and six mined areas including a booby-trapped building.

OBAMA INAUGURATION

Israel might want to halt the Gaza offensive before Barack Obama is sworn in as U.S. president on Tuesday, to avoid clouding a historic day for its main ally. Israelis mostly back the war, but much of the world wants the bloodshed to stop.

An overwhelming majority of states at the U.N. General Assembly called on Friday for an immediate, durable ceasefire in what diplomats described as a cohesive, moderate world viewpoint that would strengthen Egyptian mediating efforts.

The unending pain of Gaza civilians is also harrowing.

Israeli television on Friday broadcast the desperate cries for help of a Palestinian doctor who called an Israeli TV contact to say his children had just been killed.
"I want to know why they were killed, who gave the order?" Izz el-Deen Aboul Aishhe cried in a voice shaking with emotion.

Troops later helped the family's survivors.

Dismissing notions of "proportionate" response, Israel has used devastating firepower for the past three weeks to stop militants firing rockets at Israel civilians in southern cities.

The rockets have tapered off but not ceased. On Friday at least 15 rockets and mortar shells hit Israel, wounding five.

Israeli sources said Egyptian mediation with Hamas was not progressing. But Israel may believe it has now "taught Hamas a lesson", as Olmert described its aim, and prefer to simply stop rather than give Hamas the satisfaction of a negotiated deal.

Foreign Minister Tzipi Livni, hoping to succeed Olmert when Israel votes on Feb. 11, said on Friday the war need not end "in agreement with Hamas but rather in arrangements against Hamas".

She was in Washington sealing a pact for U.S. help to ensure Hamas no longer smuggles arms to Gaza via Egypt. She noted that Hamas still holds kidnapped soldier Gilad Shalit, whom the Islamist militants consider a trump bargaining card.

Exiled Hamas leader Khaled Meshaal on Friday called Israel's ceasefire terms unacceptable. Demanding an end to the punitive Israeli blockade of Gaza, he said Hamas would fight on.

Hamas negotiators, however, were due to meet the Egyptians on Saturday to discuss Israel's response to their conditions.

Hamas offers a one-year, renewable truce on condition that all Israeli forces withdraw within a week and that all the border crossings with Israel and Egypt are opened.

Aside from aid, crossings have been closed by an Israeli-led blockade since Hamas seized control of Gaza in 2007.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 08:52 PM | Show all posts
Dengan tekcnologi terkini pun Israel tak boleh bedil target specific...ni terbom kubur la ..hospital...or all these disengajakan??? Bila nk laknat puak2 Zionisme ni???? :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 08:55 PM | Show all posts
Originally posted by amazed at 6-1-2009 05:57 PM aku kutuk israel sekutuk kutuknyer... :@


Kutuk tu perkataan yg paling MILD untuk haiwan2 ni baik LAKNAT terus....:@
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 10:33 PM | Show all posts
Originally posted by kulit at 17-1-2009 08:52 PM
Dengan tekcnologi terkini pun Israel tak boleh bedil target specific...ni terbom kubur la ..hospital...or all these disengajakan??? Bila nk laknat puak2 Zionisme ni???? :@ :@ :@


kita x perlu dengar dah alasan2 israel ni..mmg jelas menipu secara terang2an...mmg jelas semuanya disengajakan utk melumpuhkan terus gaza aka hamas....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 03:49 AM | Show all posts
perkara ni x akan selesai kalau tok arab sendiri pun bodoh...

negara arab sendiri pn x bersatu dalam hal ni..

sibuk dok buat meeting apa ke bala tah liga arab tu...

sibuk dok buat genjatan senjata...ingat zionis tu nk ikut sangat ka....

israel la negara yg paling byk langgar plan damai yg dianjurkan oleh UN

arab saudi ngan mesir tu pn sekutu amerika...wtf..

guna la minyak utk bagi tekanan kat amerika..

bangangnya pak arab...........

[ Last edited by  slier81 at 18-1-2009 03:52 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-1-2009 08:41 AM | Show all posts
Israel bunuh dua kanak-kanak


SEBAHAGIAN kanak-kanak meninjau lokasi dua kanak-kanak
dibunuh akibat bedilan kereta kebal Israel di sebuah sekolah
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Gaza semalam.



BANDAR GAZA - Dua kanak-kanak yang berlindung di sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terbunuh di Gaza selepas terkena bedilan sebuah kereta kebal Israel semalam.

"Dua kanak-kanak lelaki itu jelas tidak berdosa," kata Ketua Agensi Bantuan PBB (UNRWA) di Gaza, John Ging selepas sekolah itu dibedil di bandar Beit Lahiya.
Dia berkata, kanak-kanak lelaki itu adalah adik beradik dan mereka berumur lima serta tujuh tahun manakala ibunya cedera tetapi kedua-dua kakinya putus.

"ersoalan sekarang adakah pembunuhan semua penduduk awam yang tidak bersalah di Gaza adalah satu jenayah perang?" soal Ging.

Tentera Israel menyatakan ia menyerang 50 sasaran pada malam kelmarin termasuk 16 buah terowong, dua buah masjid, tiga kubu bawah tanah, lapan pelancar roket dan enam lokasi termasuk sebuah bangunan.

Sementara itu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mendesak satu gencatan senjata perlu diwujudkan dengan segera.

Ki-moon menegaskan keganasan di wilayah Palestin akibat serangan tentera Israel itu tidak pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini.

Sejak 27 Disember lalu, lebih 1,202 penduduk Palestin terbunuh termasuk 410 kanak-kanak manakala 5,300 lagi cedera. - Reuters




bukan 2 ajer... dah beribu-ribu kanak2 juga  mati dibunuh regim zionist nih!!! :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2009 09:48 AM | Show all posts
Israel lancar 50 serangan termasuk ke atas sekolah, masjid

BANDAR GAZA 17 Jan. - Israel melancarkan sekurang-kurangnya 50 serangan, termasuk ke atas sebuah sekolah dan dua buah masjid di Bandar Gaza, hari ini.

Enam rakyat Palestin, termasuk seorang wanita dan seorang kanak-kanak terbunuh dalam serangan ke atas sekolah kendalian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di utara Genting Gaza, awal hari ini.

Sekolah itu digunakan sebagai tempat berlindung oleh penduduk yang melarikan diri berikutan pertempuran antara askar Yahudi dengan pejuang Palestin.

Sejumlah 11 orang lain cedera dalam serangan yang turut menyebabkan sebahagian bangunan lain di pekan Beit Lahiya itu terbakar, kata jurucakap Agensi Bantuan dan Perkhidmatan PBB (UNRWA) bagi pelarian Palestin, Christopher Gunness.

Kejadian itu berlaku ketika pertempuran meletus di sekitar sekolah berkenaan, apabila sebuah kereta kebal Israel berbalas-balas tembakan dengan pejuang Palestin.

Ini merupakan kali keempat Israel membedil sekolah yang dikendalikan oleh UNRWA sepanjang konflik di Gaza, yang masuk hari ke-22 hari ini.

Dalam serangan dahsyat pada 6 Januari lepas, 43 orang terbunuh apabila sebuah kereta kebal Israel membedil sebuah sekolah UNRWA di pekan Jabaliya, utara Gaza.

Dalam serangan berasingan hari ini, seorang kanak-kanak berusia dua tahun terbunuh apabila tentera Israel membedil pekan Beit Hanun.

Tiga lagi terbunuh dalam serangan Israel di bahagian lain di utara Gaza.

Serangan Israel itu disasarkan apa yang didakwa rejim Zionis itu sebagai kedudukan Hamas di Genting Gaza, termasuk serangan ke atas terowong rahsia, tapak pelancar roket dan tempat menyimpan senjata, kata tentera Zionis.

Serangan bagi meneruskan tekanan ke atas Hamas itu dilancarkan ketika pemimpin Israel bersiap sedia untuk menghentikan kempen keganasan di Genting Gaza yang telah membunuh lebih 1,200 rakyat Palestin dan menyebabkan kemusnahan meluas di wilayah Palestin itu.

Israel memperhebatkan serangan itu menjelang Kabinet Israel bermesyuarat malam ini dan mengadakan pengundian berhubung usul gencatan senjata sebelah pihak bagi menamatkan konflik tersebut.

Rejim Zionis Israel sebelum itu telah mendapat jaminan Amerika Syarikat (AS) dan Mesir bahawa kedua-dua negara itu akan membantu mencegah penyeludupan senjata kepada Hamas melalui sempadan Mesir dekat Gaza.

Menurut syarat gencatan senjata yang dicadangkan, Israel akan menghentikan serangan tanpa sebarang persetujuan balas daripada Hamas.

Askar Israel akan terus berada di wilayah itu untuk tempoh yang belum ditetapkan dan sekatan akan terus dikenakan ke atas Gaza, kata seorang pegawai kanan Israel.

Sementara itu, ketua politburo Hamas yang hidup dalam buangan di Syria, Khaled Meshaal memberitahu pemimpin Arab di Doha semalam, Hamas tidak akan mempersetujui sebarang gencatan senjata yang tidak meliputi pengunduran seluruh askar Israel dan pembukaan semula pintu sempadan Gaza termasuk ke Mesir.

Timbalan beliau, Mussa Abu Marzuk berkata, Hamas tidak akan membuat keputusan mengenai gencatan senjata yang diisytiharkan oleh Israel sehinggalah delegasinya mengadakan rundingan lanjut dengan perantara Mesir hari ini. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2009 04:08 PM | Show all posts
hari sabtu lepas, aku tengok berita indon..
mereka tunjuk dukun2 tengah menyantet  PM Israel..
nak tergelak pun ada, tp itu antara usaha mereka nak bantu rakyat palestin..
dgn berpakaian hitam, para pak dukun ni mula la baca mentera2 kemudian tusuk kan hujung keris tepat pada jantung PM Israel tu..
lepas tu, ketua dukun tu pun pengsan..
selepas sedar, dukun tu cakap, mereka telah pun menghantar urg suruhan yg paling ganas nak bunuh PM tuh..

dah puas aku carik artikel pasal nih, tp belum jumpa.. aku tengok kat TransTV..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 04:37 PM | Show all posts

Balas #146 slier81\ catat

walaupun israel jahat tapi kita umat islam kena la mencontohi israel dalam beberapa perkara.Negara kecik tapi kuat dan ditakuti oleh byk negara..

paling mudah israel ni rata2 org yg berilmu.Jadi umat islam pun kena la sentiasa berilmu tinggi supaya org lain hormat dan takut akan umat islam mcm time zaman umat islam dlu kuat kerana berilmu.

byk lagi yg bleh dicontohi..rajin2 cari
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 05:08 PM | Show all posts
masjid ape yg kene bom da???
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2009 08:05 AM | Show all posts
Bilakah dunia ni nak aman ... aman macam ni

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2009 09:57 PM | Show all posts
January 20, 2009 18:55 PM           

Israeli Army Forces Storm Eastern Gaza Strip

GAZA, Jan 20 (Bernama) -- Israeli army bulldozers backed by tanks rolled Tuesday into an area near Kissofim military post east of central Gaza Strip town of Deir el-Ballah, as naval gunship vessels fired at Gaza coastal areas, China's Xinhua news agency reported quoting witnesses as saying.

The witnesses in the area said that Israeli army bulldozers razed trees and levelled the ground into a Palestinian farm in the neighbourhood of Abu Hamam east of Deirt el-Ballah in central Gaza Strip.

Residents of al-Maghazi refugee camp in central Gaza also said that several Israeli army tanks rolled into an area near the border between east of the refugee camp and Israel. No injuries or damages were reported.

The Israeli arm incursions into central Gaza Strip were carried out, although the Israeli army had announced that it would gradually pull out its ground forces from areas it seized during 22 days of Israeli offensive on Gaza began on Dec 27 last year.

Meanwhile, Palestinian witnesses living in western Gaza said that Israeli army naval gunship vessels opened heavy fire at the coastal area of northern Gaza Strip, no injuries or damages were reported.

The Israeli army forces which seized large areas into Gaza in early January, had withdraw from most of these posts, but kept some forces into the territories, near the outskirts of northern Gaza.

Meanwhile, the rescue teams and civil defence forces continued on Tuesday searching for dead Palestinians under the rubbles of the destroyed houses all over Gaza. Twelve bodies were found on Monday, medics said.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 02:02 AM | Show all posts
Seperti dilanda gempa



SEBUAH keluarga Palestin duduk dekat rumah mereka yang
musnah akibat serangan tentera Israel di Gaza, semalam.


BANDAR GAZA - Kawasan yang suatu masa dahulu ditumbuhi pokok zaitun yang rimbun, deretan rumah dan beberapa bangunan kilang kini hanya tinggal batu-batu seperti padang jarak padang terkukur.

"Keadaan ini (di Gaza) sepuluh kali lebih dahsyat berbanding kejadian gempa bumi," kata seorang jurutera, Ashraf Faraj.

Tidak ada sebuah bangunan pun yang berada dalam keadaan baik di Qirem, Jabaliya dan Abed Rabbo.

Jabaliya ialah kawasan terawal yang menjadi sasaran bedilan tentera Israel dalam perang selama 22 hari yang bermula pada 27 Disember sebelum berakhir pada Ahad lalu.

Seorang penduduk, Mohammad Hassan, 52, menyatakan dia kehilangan semua bekalan makanan dan perniagaan hotel.

"Mengapa mereka (Israel) memusnahkan segala-galanya?" katanya.

Serangan tentera rejim Zionis dari arah laut, udara dan darat memusnahkan lebih 5,000 rumah manakala 20,000 unit lagi rosak teruk dengan kerugian dianggarkan bernilai AS$1.9 bilion (RM6.4 bilion), kata seorang jurucakap Hamas, Taher al-Nunu.

Lebih 1,300 kematian direkodkan dan 5,000 lagi cedera, kata petugas-petugas perubatan.

"Setiap kali berperang, tentera Israel akan memusnahkan pokok-pokok zaitun. Saya tidak faham mengapa mereka perlu berbuat demikian," kata seorang penduduk Palestin.

- AFP
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 03:46 AM | Show all posts
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2009 07:16 AM | Show all posts
Hamas rai pengunduran Israel

PENDUDUK Palestin membawa bendera Hamas sambil melaung-laungkan slogan anti-Israel semasa berarak di kawasan runtuhan bangunan di Jabaliya, Gaza, semalam. - AP

GAZA 21 Jan. - Pengisytiharan Hamas sebagai pemenang dalam menentang serangan pencerobohan habis-habisan tentera rejim zionis Israel Selasa lalu disambut dan dirai oleh ribuan penyokongnya dengan bendera Islam berwarna hijau berkibar megah di lautan kemusnahan Gaza.

Dengan penuh kebencian para pejuang Islam menzahirkan cemuhan ke atas rejim zionis melalui sepanduk besar dalam bahasa Hebrew berbunyi - 'Kekalahan yang memalukan Yahudi Israel', 'Gaza hanya perlu membaling seketul batu untuk menyingkirkan negeri Yahudi'.

Pemimpin Hamas, Ismail Radwan ketika berucap dari tingkat atas dataran Gaza dengan membelakangkan bangunan parlimen yang musnah teruk pada perhimpunan raksasa itu berkata: "Hamas sekarang lebih berkuasa dan digeruni."

Hamas bagaimanapun tidak menyatakan sebarang rancangan pelan pembangunan semula Gaza yang habis ranap ekoran serangan pencerobohan lebih tiga minggu tentera rejim zionis Israel dan menyebabkan kerugian kira-kira AS$2 bilion.

Turut musnah ialah di kawasan sempadan Gaza antara Mesir dan Israel yang hanya akan dibuka semula jika para pejuang melepaskan kawalan mereka.

Beberapa meter daripada kawasan Hamas berhimpun, pemimpin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon meninjau ibu pejabat PBB di Gaza dan memeriksa kerosakan serta kemusnahan akibat pengeboman serta bedilan dalam serangan pencerobohan tentera rejim Israel minggu lalu. Kedai membaiki kereta dan tiga buah gudang penyimpanan tepung, minyak dan stok bekalan makanan untuk keperluan penduduk di situ habis musnah.

Lima hari selepas tamat serangan, semua bekalan beras, kekacang dan ubat-ubatan masih terbakar dan asap putih meluap ke udara, hanya beberapa meter sahaja dari tempat Ki-moon bercakap kepada pemberita dengan pesawat peninjau tanpa juruterbang Zionis terbang berhampiran.

Pemimpin tertinggi dunia itu 'benar-benar marah dan kecewa' dengan serangan ke atas gudang dan dua bangunan sekolah PBB dengan mengarah agar siasatan penuh dilakukan. Rejim zionis Israel bagaimanapun mendakwa serangan dibuat untuk membalas tembakan para pejuang di kawasan terlibat dan berjanji untuk membuat siasatannya sendiri.

Hasil lawatan tersebut Ki-Moon memberitahu bahawa ratusan tong bekalan makanan dan ubat-ubatan habis musnah dalam serangan Khamis lalu. "Ia betul-betul tidak berperikemanusiaan dan langsung tidak boleh diterima," katanya sambil menggelengkan kepalanya.

Ketika melawat bandar Sdetor di sempadan Israel yang menjadi sasaran serangan roket Hamas kemudiannya, dia hanya melahirkan simpati kepada penduduk setempat dengan berkata; "Hari-hari hidup anda ditemani bunyi dan letupan roket di udara. Tidak ada manusia yang boleh hidup dalam negeri seperti ini."

"Saya mengharap undang-undang hak asasi kemanusiaan dapat melindungi kehidupan orang-orang awam agar ia lebih diyakini dan dihormati," kata Ki-Moon.

Secara peribadi, Ki-Moon bersungguh-sungguh untuk berusaha menamatkan peperangan yang membunuh lebih 1,300 orang rakyat Palestin termasuk 900 orang awan dan 168 polis awam, menurut Pusat Hak Asasi Kemanusiaan Palestin (PCHR).

Di Gaza sahaja, menurut laporan itu, kira-kira 156 pejuang terbunuh termasuk 48 pejuang Hamas, 34 dari kumpulan Jihad Islam dan yang lain adalah kumpulan sokongan Fatah di bawah pimpinan Presiden Palestin Mahmoud Abbas.

Pegawai Kementerian Kesihatan Gaza, Dr. Moawiya Hassanain berkata, beliau yakin Hamas tidak melaporkan semua pejuangnya yang terkorban.

Pemimpin Hamas tidak pernah memberi kenyataan mengenai angkatan pejuangnya yang terkorban kerana tidak mahu melemahkan semangat mereka. Hamas mempunyai kira-kira 20,000 orang pejuang.

Cuma pada beberapa kes tertentu diisytiharkan oleh Hamas seperti pelancaran lebih 2,500 roket ke kawasan Israel sebagai serangan balas sepanjang dua minggu. - AP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2009 05:08 PM | Show all posts
Penduduk terbakar akibat bom fosforus

SEKUMPULAN kanak-kanak bermain dengan percikan
yang dipercayai sisa bom fosforus di Gaza pada Isnin lalu.



GAZA - Seorang penduduk Palestin, Sabbah Abu Halima mengalami kebakaran kulit pada bahagian tangan dan kaki yang teruk. Kumpulan doktor di Hospital Shifa di Gaza yang merawat wanita itu percaya dia menjadi mangsa bom fosforus tentera Israel.

Pakar perubatan itu kemudian menunjukkan sejumlah sampel bahan hitam di dalam bekas plastik yang mengeluarkan bauk busuk.

"Ia akan mengeluarkan asap jika ia dibiarkan terdedah kepada udara," kata pakar bedah, Dr. Sobhi Skaik.

Kumpulan tersebut juga sempat merakam gambar kecederaan penduduk Palestin akibat bahan sama, malah, ada mangsa yang mati akibat bahan kimia itu terus membakar tisu otot.

"Bau luka akibat kebakaran fosforus seperti daging panggang yang terbakar. Kami merawat lebih 10 kes.

Kebanyakan sudah dipindahkan untuk dirawat di Mesir atau Arab Saudi. Kami tidak tahu lokasi sebenar mereka," kata Sobhi.
Dalam satu laporan akhbar Haaretz di Israel kelmarin, tentera Yahdui dipercayai melancarkan siasatan terhadap 20 peluru yang dibedil ke wilayah Gaza.

Haaretz melaporkan, tentera Israel membedil 200 peluru fosforus dan 180 disasarkan terhadap pejuang kumpulan Hamas.
Israel melancarkan serangan tiga minggu terhadap penduduk Gaza pada 27 Disember lalu atas alasan pertahanan diri setelah wilayah itu menjadi tapak pelancaran roket.

Lebih 1,300 penduduk mati termasuk kanak-kanak dalam operasi itu manakala beribu-ribu lagi cedera.

"Ia (bom fosforus) seperti bintang terang yang jatuh dari langit. Cahayanya sangat terang," kata Sabbah.
Dalam kejadian pada 4 Januari itu, Sabbah turut kehilangan suami dan seorang anak lelaki. - Reuters
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2009 06:23 PM | Show all posts
Terowong digali semula

GAZA: Terowong penyeludupan yang dimusnahkan peluru berpandu tentera Israel ketika operasi pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin selama 22 hari sudah digali semula dan hampir sedia untuk digunakan, menurut laporan.

Di sempadan antara Gaza dan Mesir, berpuluh-puluh orang dilihat menggali dan mencakar, dengan penyodok dan tangan, timbunan serpihan akibat pengeboman Israel.

Tentera Israel melancarkan beratus-ratus pengeboman di sepanjang 14 kilometer sempadan antara Gaza dan Mesir, mengebom anggaran 300 hingga 500 terowong yang melintasi di bahagian bawah tanah kedua-dua negara.

Laluan itu adalah antara jalan utama membawa makanan, bekalan dan senjata ke Semenanjung Gaza sejak Israel mengepung wilayah itu selepas Hamas mengambil alih kuasa pada Jun 2007. - Agensi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2009 06:50 PM | Show all posts
Penduduk Palestin menanti maut
Laporan dari Gaza oleh Mohd Jamillul Anbia Md Denin



FARIS HAMDAN MAHMUD, bersama anak saudaranya, Al Rafah Saiedi, sedih kemusnahan rumah serta kematian anggota keluarga di kampungnya, Zaitun Selatan di Gaza City, Palestin.


Generasi masa depan tunggu kematian akibat senjata biologi, kimia diguna askar Yahudi

KESENGSARAAN penduduk Palestin akibat keganasan rejim Zionis masih belum berakhir kerana berpuluh-puluh ribu rakyatnya, termasuk anak kecil kini berdepan maut akibat penggunaan pelbagai senjata dan bom yang diharamkan ketika serangan dilakukan di wilayah berkenaan.

Selain kerosakan sel, mangsa walaupun masih hidup, dikatakan hanya menunggu masa sebelum disahkan sebagai penghidap penyakit kronik seperti barah beberapa tahun lagi berikutan penggunaan senjata maut seperti bom kimia dan fosforus putih.

Senjata itu adalah bahan kimia mudah terbakar dan meninggalkan kesakitan teramat sangat kepada mangsa, termasuk melecur.


Ini boleh disaksikan menerusi paparan foto menyayat hati mayat kanak-kanak yang melecur dengan tompokan warna putih, seperti terpampang di kebanyakan media utama dunia ketika serangan kejam Israel ke atas wilayah Gaza selamat tiga minggu, mulai 27 Disember lalu.

Apa dikesali, pelbagai senjata biologi dan kimia berbahaya yang digunakan askar Zionis yang menyalahi peraturan antarabangsa itu, sengaja disasarkan di kawasan padat penduduk yang menjadi antara taktik kejam pembunuhan sistematik generasi muda serta rakyat Palestin.

Perkara ini didedahkan Menteri Kesihatan Palestin yang juga pemimpin kanan pergerakan Hamas, Dr Basem N Naim yang menyifatkan perbuatan Yahudi itu bukan saja tidak berperikemanusiaan, tetapi membukti-kan niat sebenar mereka melenyapkan rakyat Palestin daripada tanah air mereka.


"Rejim Zionis ini syaitan bertopengkan manusia. Mereka tidak sekadar berniat jahat menakluki bumi Gaza, malah berhajat besar melenyapkan kaum Palestin dari muka bumi ini," katanya ketika ditemui semalam.

Basem turut menyifatkan bom fosforus putih itu sebagai antara 'bom syaitan' paling kejam.

"Mangsa akan mati dengan cara perlahan-lahan apabila kimia ini meresap hingga mengikis jantung, hati dan organ utama lain."

Selain itu, katanya, masih ramai rakyat Palestin di pinggir kota Gaza yang diserang, mendakwa tidak hanya dihujani peluru, malah turut ditembak dengan sejenis gas saraf putih yang menyebabkan penduduk kampung mengalami gangguan pernafasan, suhu badan naik mendadak selain menyebabkan tubuh lemah serta-merta.

" Pihak berkuasa Palestin dengan kerjasama agensi NGO turut mendapati wujud pelbagai jenis peluru roket dan mortar milik Israel yang mengandungi sisa uranium. Kimia radioaktif ini sengaja diletupkan bersama bom berkenaan bagi memastikan debu radioaktif itu mengenai penduduk Palestin.

"Tidak hairanlah selepas serangan Israel pada 2006, berlaku peningkatan mendadak kes barah di kalangan penduduk berusia bawah 30 tahun yang mewakili 70 peratus rakyat di Palestin di Gaza.

"Selain beberapa bom berkenaan, Palestin kini turut diancam sejenis bom misteri yang menyebabkan sistem sel tubuh untuk menyembuhkan luka gagal berfungsi," katanya.

Beberapa doktor yang merawat pesakit mendapati luka mangsa yang terkena serpihan bom `misteri' itu akan terus berdarah tanpa henti.

"Tisu kulit mangsa akan pecah walaupun dijahit berulang kali sebelum mangsa akhirnya mati akibat kehilangan terlalu banyak darah dari luka berkenaan.

"Selain itu, saya diberitahu oleh wakil perubatan dari Norway berhubung sejenis senjata dipanggil 'dime bom' yang akan meletup dan menyebabkan badan mangsa di sekitar kawasan itu hancur," katanya.

Bom kejam yang pernah digunakan tentera Amerika ketika perang di Iraq dulu menyebabkan mangsa menderita cacat seumur hidup.

Sementara itu, kesempatan pertemuan lebih dua jam berkenaan turut menemukan angkasawan negara , Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yang mewakili Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Pemuda Masjid) dengan menteri berkenaan dalam usaha membantu mangsa peperangan yang kini terlantar di hospital.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2009 06:52 PM | Show all posts
Catatan Gaza: Tersentuh kisah 'budak tomato' selamatkan dua mangsa

ROMBONGAN meninjau sisa runtuhan dan kawasan bencana perang sekitar kawasan Jabal Rais, Gaza, dengan menaiki bas bersama 27 doktor sukarelawan dari pelbagai negara, panik seketika apabila pemandu bas terpaksa membuat pusingan U sejurus mengesan kehadiran helikopter pejuang Apache milik Israel.

Dalam kejadian jam 5.30 petang semalam (11.30 waktu Malaysia) pemandu bas, Issam Ahmed, 44, segera memecut meninggalkan kawasan terbabit berikutan bimbang bas dipandu menjadi sasaran roket helikopter berkenaan.

Semua penumpang cemas seketika berikutan roket milik Zionis dari helikopter berkenaan berupaya meletupkan bas usang berkenaan dalam sekelip mata.


Bagaimanapun, rasa panik reda apabila helikopter Apache yang membuat rondaan di sempadan Israel-Gaza itu berlalu pergi selepas beberapa minit dilihat berlegar-legar di ruang udara.

Seorang doktor neurologi Turki, Dr Amr Iman lantas berdiri di dalam bas sambil berkata, dia tidak bernasib baik hari itu kerana tidak mati syahid ketika berjihad membantu mangsa perang.

Dengan suara penuh semangat, dia berdiri sambil memberitahu penumpang bas bahawa dia langsung tidak gentar mati di tangan senjata Israel sebaik menjejakkan kaki di bumi Gaza seperti ribuan mujahid sebelum ini.

Perjalanan singgah ke kampung South Zaiton turut meruntun jiwa apabila disajikan pemandangan sayu penduduk kampung yang terkial-kial membina pondok untuk berlindung selepas semua rumah di kampung berkenaan disapu bersih kereta kebal Israel.

Sekurang-kurangnya 50 penduduk kampung berkenaan turut diseksa kejam oleh tentera Israel sebelum dibunuh dengan pelbagai cara termasuk diletupkan hingga menjadi serpihan tulang halus.

Turut meruntun hati dengan kisah 'budak tomato' berusia 10 tahun yang dikatakan menyelamatkan dua mangsa yang tersepit di bawah runtuhan rumah selama tiga hari sejurus serangan Israel.

Budak lelaki berkenaan dikatakan sanggup berulang alik ke tapak runtuhan itu dengan membawa tomato untuk disuapkan kepada mangsa yang hanya mampu membuka mulut.

Mangsa bagaimanapun akhirnya terselamat selepas orang ramai berjaya mengeluarkan mereka dari tapak runtuhan berkenaan.

Pelbagai kisah yang cuba disampaikan oleh penduduk Gaza menyebabkan wartawan hiba dan sedih kerana kelaziman Israel yang disifatkan sebagai waris firaun di muka bumi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
DJ Best FM menghilang tiba-tiba?
syitaeyqaDJ Best FM menghilang tiba-tiba?
Views : 10429 Replies : 9
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3631 Replies : 40
Bukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe.Anda teruja?
YgBenarBukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Kelu
Views : 6963 Replies : 3
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak buat konten!
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 5435 Replies : 3
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2330 Replies : 19
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 32208 Replies : 46
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48003 Replies : 12
Ramai katanya ditipu acik Kim Seri, tersidai di airport palsukan tiket pelanggan bagai
maklukpenggodaRamai katanya ditipu acik Kim Seri, ters
Views : 17024 Replies : 66
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 309948 Replies : 8926
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 27597 Replies : 92

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.385931 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list