|
Prince William of Wales; update: kawen kate 29/4 kat westminster abbey!!
[Copy link]
|
|
William terlalu sibuk untuk kahwin
PUTERA WILLIAM bersama teman wanitanya Kate Middleton.
| LONDON: Putera William menolak kemungkinan beliau akan mengahwini teman wanitanya Kate Middleton tahun depan kerana beliau terlalu sibuk untuk berbuat demikian.
Sebaliknya, pewaris kedua takhta Britain itu akan meningkatkan peranan di Rajanya dengan mengadakan lawatan ke Afrika Selatan dan Australia.
Putera itu juga berhajat untuk menghabiskan kursus latihan memandu helikopter dan lulus untuk ditauliahkan sebagai juruterbang mencari dan menyelamat Angkatan Tentera Udara Diraja (RAF).
Jadual ketat itu bermakna William dan Kate - kedua-duanya sekarang berusia 27 tahun - kemungkinan akan mencapai usia 30 apabila mereka berkahwin kelak.
Akhbar tabloid Britain News of the World memetik seorang sumber istana sebagai berkata: "Sebarang spekulasi mengenai perkahwinan di Raja musim panas depan tidak tepat sama sekali." - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
http://img443.imageshack.us/img443/93/19901217rexcby0hc1.jpg |
|
|
|
|
|
|
|
William, Middleton kahwin 2012
LONDON: Putera William belum melamar Kate Middleton tetapi pembesar istana sudah diberi taklimat untuk bersedia menghadapi perkahwinan mereka yang mungkin diadakan pada 2012.
Akhbar The Mail on Sunday kelmarin diberitahu, perkahwinan itu diperkatakan secara terbuka di Istana Buckingham dan rundingan peringkat awal sedang dijalankan untuk persediaan perkahwinan William dan Middleton sempena sambutan Jubli Intan Ratu Elizabeth.
Perancangan terlebih dulu dibuat untuk sambutan jubli itu walaupun ini adalah pertama kali terdapat cadangan perkahwinan William dan Kate dijalankan pada tahun sama. William akan berusia 30 tahun pada 2012, usia yang sesuai untuk berkahwin.
Menurut sumber, Ratu menegaskan sambutan jublinya dibuat berasingan dari Olimpik London 2012, secara peribadi berkata amat gembira jika perkahwinan William bersempena sambutan jubli intannya. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
mesti all out wedding william nanti..queen yg sapot..william pun dah ckp nak kawin umur 30..ngam2 je..about time le..kesian kat kate, setia dia menanti... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau lady d ada anak p'puan mesti lawa mcm dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Istana nafi William pikul tugas ratu
LONDON – Pihak Istana Buckingham menafikan satu laporan akhbar bahawa pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II menyerahkan lebih banyak tanggungjawabnya kepada cucu baginda, iaitu Putera William (gambar).
Jurucakap Diraja, Miguel Head berkata, laporan bahawa William ‘dipersiapkan’ untuk menjadi Raja Britain sekali gus mengetepikan bapanya, Putera Charles adalah sebagai tidak berasas.
Sebuah akhbar tempatan semalam melaporkan bahawa Ratu Elizabeth II, 83, telah menyerahkan sebahagian besar `tugas’ umum kepada putera berkenaan bagi meringankan kerja baginda.
Laporan itu menyebut, ia memperoleh maklumat sulit bahawa William akan membuat tuntutan perbelanjaan tambahan kerana beliau bakal memangku tanggungjawab neneknya itu.
Mengulas mengenainya semalam, Head berkata, William akan beransur-ansur memikul lebih banyak tanggungjawab tetapi tumpuan utama putera itu masih terhadap kerjaya ketenteraannya.
William merupakan pewaris kedua takhta diraja Britain selepas bapanya, Charles. – Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
emmm dah nampak botak sikit... |
|
|
|
|
|
|
|
hencem lagi RMJ..heheheh... |
|
|
|
|
|
|
|
Putera William tidur di tepi jalan
GAMBAR menunjukkan William (kanan) bersedia untuk tidur di satu laluan di London.
LONDON - Sebatang lorong di tengah London yang sejuk tidak sepadan dengan keadaan di dalam sebuah istana.
Namun, pewaris kedua takhta Britain, Putera William memilih untuk tidur di sebatang lorong dengan tujuan untuk mengetengahkan penderitaan remaja yang tidak mempunyai rumah.
Beliau menghabiskan masa dekat Jambatan Blackfriars pada minggu lalu bersama dengan Ketua Eksekutif Centrepoint, Seyi Obakin.
Putera William merupakan penaung Centrepoint iaitu sebuah pertubuhan kebajikan untuk golongan yang tidak berumah.
"Kemiskinan, masalah mental, alkohol, dadah dan keluarga menyebabkan orang ramai merempat dan tiada berumah.
"Saya berharap dengan meningkatkan pengetahuan saya terhadap isu ini, saya boleh membantu untuk menolong orang yang paling terdedah di jalan-jalan," kata William semalam.
Putera itu terdedah dengan penderitaan kehidupan di jalan-jalan di London apabila ibunya, Puteri Diana membawanya melawat ke sebuah pusat perlindungan pada 1996.
Semasa itu, beliau berumur 13 tahun dan melawat rumah perlindungan tersebut bersama adiknya, Putera Harry.
WILLIAM (kanan) berbual dengan orang awam semasa melawat pertubuhan
kebajikan Centrepoint di London pada Rabu lalu.
Ibunya, mendiang Puteri Diana dikenali kerana melakukan banyak kerja amal.
Menurut laman web kebajikan Centrepoint, Obakin menyatkan idea William tidur di jalanan timbul pada Mac lalu.
"Beliau berazaman dan itulah sifatnya, untuk megetahui dengan mendalam masalah golongan tidak berumah yang mungkin dihadapi oleh remaja," kata Obakin.
"Bagi saya, ia merupakan pengalaman yang menakutkan. Di luar keselesaaan di atas katil saya.
"Di sana (jalanan), suhu sejuk melampau pada waktu malam dengan -4 darjah Celsius. Namun ia, sama buat William. Beliau bertekad untuk melakukannya," jelas Obakin.
Menurutnya, mereka menemui sebuah tempat di belakang tong sampah untuk berehat sepanjang malam.
"Namun, ia tidak mempunyai perlindungan daripada suhu sejuk atau lantai konkrit atau ketakutan atau didekati oleh pengedar dadah atau pengendali pelacur atau mereka yang memberikan 'tendangan' terhadap golongan tidak berumah," jelasnya.
Wiiliam kini sedang menjalani latihan untuk menjadi juruterbang Tentera Udara Diraja Britain. - AP |
|
|
|
|
|
|
|
Hehehehe,,,pic baru makin botak rambut dia...tp xreti nk load kat cni... |
|
|
|
|
|
|
|
William semakin botak
SETIAP pemuda pasti bimbang apabila rambut mula gugur. Keadaannya pasti lebih teruk, umpama satu mimpi ngeri jika individu terbabit adalah seorang yang sentiasa menjadi tumpuan.
Putera William kini pasti merasainya selepas rambutnya dilihat semakin tipis ketika beliau mengunjungi sebuah rumah kebajikan di London baru-baru ini.
Beliau mengunjungi badan kebajikan, Centrepoint di Soho yang menyediakan rumah gelandangan berusia 16 hingga 25 tahun. Malang bagi William, jika rambut adiknya, Putera Harry masih penuh, beliau pula terpaksa berdepan warisan keluarganya, apabila rambut di kepalanya dilihat semakin menipis.
Lebih menyedihkan, William mungkin tidak mampu mengelakkannya kerana beliau mewarisinya daripada keluarga ibu dan juga bapanya.
Rambut bapa ibunya, Earl Spencer sentiasa tipis di bahagian atas, sama seperti bapanya, Putera Charles dan juga pakciknya, Putera Edward.
Bagaimanapun, putera berusia 27 tahun kelihatan tidak menghiraukan kekurangan dirinya itu meskipun lensa kamera sentiasa memburunya.
Hakikatnya, William sudah lama dan secara terbuka menyokong program pertubuhan kebajikan itu yang menjadi pertubuhan pilihan mendiang ibunya, Puteri Diana, Puteri Wales sejak menjadi Penasihat Dirajanya pada 2005.
Pada lawatan sempena ulang tahun ke-40 Centrepoint, William membantu memasak sarapan pagi untuk muda-mudi yang dibantu pertubuhan itu.
Namun, pergerakannya sentiasa diperhatikan polis demi keselamatan dan kebajikannya. William mendedahkan beliau tidak dibenar memegang kuali tanpa memperoleh arahan terperinci cara-cara menggunakannya terlebih dahulu.
"Sahlah skil memasak saya amat teruk. Saya tidak dibenar mendekati dapur, walaupun untuk menggoreng telur sebelum mendengar penerangan yang memakan masa sejam terlebih dahulu," katanya.
Bagaimanapun, beliau sebenarnya seorang tukang masak yang hebat kerana seluruh penghuni asrama di Greek Street memujinya.
"Sosej dan telur paling sedap pernah saya rasa," kata pemuzik, Tresor, 21.
Selepas sarapan William yang berpakaian ringkas kemudian memotong kek dan mengagihkan kepada semua penghuni. Beliau sempat berjenaka apabila melihat seorang wanita bergegas ingin mengambil potongan kek pertama daripada tangannya: "Pembantu saya akan menunjukkan cara-cara memakan kek ini."
Apapun, William kelihatan selesa berbual dan berjenaka dengan kakitangan, penghuni hostel dan mereka yang pernah memperoleh manafaat daripada kewujudan hostel percuma itu.
Beliau turut memuji kerja keras kakitangan dan pertubuhan itu yang membantu kira-kira 800 penghuni dan menyediakan pelbagai jenis tempat tinggal, termasuk tempat tidur kecemasan malam dan juga hostel tempoh singkat.
"Saya kagum melihat hasil dan juga kebarangkalian masa depan yang boleh dikecapi meskipun ia hanya batu loncatan untuk masa depan lebih baik. Saya harap dapat memberi sokongan selama-lamanya.
"Saya suka dengan suasana di sini kerana berasa lebih dekat dengan mereka yang terbabit, mendengar kisah dan mengenali mereka, tidak seperti di majlis rasmi besar. Bagi saya, suasana begini lebih bermakna kerana ia lebih menarik kerana kita terbabit dengannya secara langsung," kata William.
Awal tahun ini, William mengadakan makan malam di Apartmen Negara di Istana St James untuk mengumumkan tarikh sambutan majlis ulang tahun itu.
Centrepoint diasas pada musim sejuk 1969 oleh Ken Leech, yang membuka bilik bawah tanah gerejanya, St Anne di Soho untuk membantu gelandangan di West End, London.
Pada masa ini, 16 hostel diurus pertubuhan itu yang turut menyediakan tempat tinggal bekas banduan muda, pusat wanita hamil dan ibu tunggal, dan Safe Stop yang menawarkan tempat menginap kecemasan sembilan hari untuk golongan muda berusia 16 hingga 25 tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
Putera William tak akan ambil peranan bapa
LONDON - Pewaris kedua takhta Britain, Putera William (gambar) menegaskan bahawa beliau tidak akan mengambil alih peranan ayahandanya, Putera Charles sebagai pewaris takhta buat masa ini, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang jurucakap istana St James berkata, putera yang berusia 27 tahun itu bercadang mahu memberi perhatian penuh terhadap kerjayanya sebagai tentera pada tahun depan.
" Putera William tidak akan memilih untuk menjadi 'raja bayangan' walaupun kemungkinan peluang itu ada," kata jurucakap itu.
"Dalam beberapa tahun akan datang, Putera William akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya baginda sebagai tentera," ujarnya lagi.
Katanya, Putera William juga akan meningkatkan lagi penglibatannya dalam aktiviti kebajikan masyarakat.
Pihak istana memberi reaksi berhubung satu laporan media yang melaporkan pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II mahu cucunya dilatih menjadi raja bayangan dan berada bersama bapanya. - dpa |
|
|
|
|
|
|
|
First painting of Princes William and Harry
Young, handsome, regal, yet casual and relaxed.
Sounds good. It is no surprise that Prince William and Prince Harry are very pleased with the first official oil portrait showing just the two of them.
The artist has helped nature a bit, replenishing Williams' already thinning hair, but used a realistic depiction of Harry's nose, which was broken in a high school rugby match.
The new painting of the youthful princes in full-dress military uniforms and assorted medals and sashes has been put on display at the National Portrait Gallery alongside other royal portraits, gallery spokesman Neil Evans said Thursday.
The gallery commissioned the historic work, painted by London-based artist Nicky Philipps, after a series of sittings at her studio in the South Kensington neighborhood.
"It will be on display for at least six months," said Evans.
A spokeswoman for the princes said they viewed the work before Christmas and were delighted with the way they are portrayed.
The work shows the princes having a casual moment outside the library at Clarence House, Prince Charles' official residence, before reviewing the annual Trooping the Color festivities in 2008.
They are both depicted wearing the dress uniform of the Household Cavalry that they wore that day.
Philipps said she chose the moment to capture "a behind-the-scenes glance at the human element of royal responsibility and to emphasize their brotherly relationship."
She said the princes - the sons of the late Princess Diana - were "very good company" during the repeated sittings.
Philipps also said she was pleased with the profile of Harry and the depiction of his nose, which was broken during a rugby match when he was being schooled in Eton.
Palace officials confirmed that Harry suffered the injury, which was never made public, when he was about 15.
In the portrait, William - second in line to the British throne _ is wearing the sash and star of the Order of the Garter and the Queen's Golden Jubilee medal.
Harry, third in line, wears the queen's medal and the medal he received for serving in Afghanistan.
The portrait has, predictably, divided London's vociferous art critics, as was the case in 2001 when acclaimed artist Lucien Freud painted an extremely unorthodox portrait of the princes' grandmother, Queen Elizabeth II. - AP
Published Jan 7, 2010 |
|
|
|
|
|
|
|
Britain's Prince William took the reins of the
winning America's Cup yacht and visited the
site of the 2011 Rugby World Cup in New Zealand
on Sunday at the start of his first official overseas
trip on behalf of his grandmother, Queen Elizabeth II. |
|
|
|
|
|
|
|
tak hensem prince william nihh:kant: |
|
|
|
|
|
|
| |
|