CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kebayan

JUADAH BERSAHUR & BERBUKA FORUMER OVERSEAS

 Close [Copy link]
 Author| Post time 18-9-2008 07:40 PM | Show all posts
Originally posted by shinky_pinky at 17-9-2008 02:51 AM
Hari ni berbuka dengan Green Bell Peppers with tomato sauce.

http://i34.photobucket.com/albums/d126/shinky_pinky/bellpepper.jpg


menyelerakan sungguh!!!! dlm kosong je ke atau ade udang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2008 02:09 AM | Show all posts

Reply #141 kebayan's post

kebayan,
mana nak carik udang sini yang oiii....jauh dari laut. dah 4 tahun tak nengok udang he he. kosong jer tuh. kadang-kadang shinky tambah ayam racik...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 02:12 AM | Show all posts
Originally posted by kebayan at 18-9-2008 07:37 PM



ishhh dh lama tak makan popiya basah rupe camni......   
nak buat xpandai.. lgpun ntah mane nak dpt stok... tau makan jek.
balik raye nih... banyak bende le nak makan..


oh balik kampung raya ni ye. bila balik kebayan? berapa lama? bestnyerrrr
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 02:15 AM | Show all posts
Originally posted by Calim閞o at 18-9-2008 04:21 PM
Shinky nanti kasi recipe eggplant bulani dengan ashakey boleh tak..


Cali,
here the recipes, tapi tu lah, den tang resepi ni ada kureng sikit...harap fahamlah yer

Eggplant bulani

Bahan-bahan:

Eggplants
Yoghurt
Daun pudina/saderi

Sauce:
Bawang merah
Tomato
Garam


Cara memasak:

Hiris terung nipis-nipis (kalau nak garing lebih nipis, kalau nak empuk empuk gitu, hiris tebal sikit)

Kemudian goreng terung ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Bila sudah garing, angkat terung dan ketepikan. Jangan berangan, nanti hanguslah pulak terung tu.

Sauce:
Tumis bawang merah yang dipotong dadu hingga naik bau, masukkan tomato yang juga telah dipotong dadu, tumis hingga naik minyak dan tomato menjadi lembut. Tambah garam sesedap rasa. Letak tepi.

Susun terung yang telah digoreng diatas pinggan. Kemudian sapukan yoghurt, ikut citarasa, kalau nak lebih, tuang ler lebih.

Kemudian tuangkan sauce sama rata atas lapisan yoghurt. Kemudian taburkan daun pudina atau saderi yang telah diracik halus.

P/s: boleh dikomersiolkan rasanya dengan menambah cheese atau apa-apa masala yang anda suka. Resepi yg shinky bagi adalah resepi asal orang afghan. Eggplant bulani ni memang popular kat sini, selain eggplant bulani, potatoes bulani pun popular juga.

Makan panas-panas dengan roti naan協uhhh sedappp.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 02:25 AM | Show all posts

ASHAKEY

Cali,
hang macam tau tau jer kami masak ashakey untuk berbuka hari ni

Ni resepinya okay


Honestly, memang leceh nak buat ashakey nih, tapi memang sedap. Salah satu makanan tradisi orang afghan juga. It抯 my fav.

Bahan-bahan:

Inti:
Gandana
Garam

Kulit:
Tepung yang telah diuli dan dijadikan doh untuk kulit ashakey (same like u make a dough for curry puff)

Yoghurt
Daun pudina/saderi
Bawang putih

Untuk Sauce daging:
Bawang merah
Tomato
Daging kisar

Cara memasak:
Potong gandana kecil-kecil kemudian ramas-ramas sehingga keluar air. Jangan sampai hancur lah pulak. Ramas untuk mengeluarkan bau gandana yang harum (smells like daun bawang) Tambah garam secukup rasa. Letak tepi

Untuk kulit (panggil kulit ker卙antam sajalah) sama jer macam kita buat karipap, tapi canai tepung nipis-nipis, so, taklah nanti ashakey kita jadi keras kejung gitu. Isikan gandana yang telah diramas tadi sebagai inti. Pastikan anda tutup atau ketap hujung ashakey dengan rapat, supaya inti tidak keluar semasa direbus nanti.

Setelah siap ashakey, masukkan ashakey tadi ke dalam air yang telah di didih, rebus dalam lebih kurang 5 minit. Bila ashakey (tepung) sudah empuk, keluarkan dan tos. Susun ashakey yang masih panas ke atas pinggan.

Untuk sauce:
Tumis bawang merah yang telah dipotong dadu ke dalam minyak panas. Setelah naik bau, masukkan daging kisar. Goreng hingga daging garing. Kemudian masukkan tomato yg telah dipotong dadu. Tumis hingga naik minyak. Tambah sedikit garam secukup rasa. Tambah air (sedikit sahaja supaya daging empuk) Masak hingga daging betul-betul empuk, lebih kurang 30 minit. Letak tepi.

Tuang yoghurt ke atas susunan ashakey tadi, ikut suka, kalau nak banyak yoghurt, tuang banyak sedikit. Kemudian tuang sauce daging atas lapisan yoghurt. Untuk menambah perisa, taburkan daun saderi atau pudina yang telah diracik halus.

Sedia dihidang, sedap dimakan panas-panas dengan roti naan. Makan begitu sahaja pun dah sedap.

Ashakey selalunya dihidangkan sebagai hidangan istimewa di hari raya, atau majlis-majlis rasmi.


Gandana leaves



Chopped gandana



Uncooked ashakey



Rebus ashakey



Ashakey yang telah sedia untuk di ngap



[ Last edited by  shinky_pinky at 19-9-2008 02:31 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 12:42 PM | Show all posts

Reply #145 shinky_pinky's post

Shinky, ashakey ni macam ravioli ya..Gandana tu apakebendanya....tapi nampak memang sedap..eggplant tu memang nak buat, nampak senang. Kat siini terung sebesar kepala budak..hahahaa

Thank you Shinky
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2008 04:03 PM | Show all posts

Reply #146 Calim閞o's post

Cali,

It's my pleasure
gandana tu hanya orang afghan jer yang tahu menda Allah tu rasanya, dan ada perumpamaan org afghan yg berbunyik macam gini "di mana ada afghan disitu ada gandana" he he. Di mana saja diorg duduk, kat amerika ker kat jordan ker, diorg akan bawa benih gandana ni dan tanam. Macam kitalah kan dengan herbs kita serai, cili padi tu semua

It's a family of shallots actually. Bila shinky kawin ngan org afghan baru jumpa gandana nih. kalau tak jumpa gandana, bolehlah diganti dengan daun bawang, tapi rasa lain sikitlah, gandana ni sedap rasa dia, makan camtu jer pun sedap. Shinky selalu buat ulam.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 05:45 PM | Show all posts

Reply #147 shinky_pinky's post

shinky, rupa gandana ni mcm chives (daun kucai kalau tak salah).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2008 12:21 AM | Show all posts
Originally posted by nour2001 at 19-9-2008 05:45 PM
shinky, rupa gandana ni mcm chives (daun kucai kalau tak salah).



Exactly
cemana boleh lupa kat daun kucai ni ek...he he. yup...macam daun kucai, tapi rasa tak sama.
btw nour dah sihat? hubby you suka makan apa time bukak puasa?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2008 12:29 AM | Show all posts


juadah berbuka BG hari ni...ala2 western gitu...senang dan ringkas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2008 12:39 AM | Show all posts
Originally posted by biggirlduncry at 20-9-2008 12:29 AM


juadah berbuka BG hari ni...ala2 western gitu...senang dan ringkas


my dear, boleh bagi resepi tak, nampak simple dan sedap, nanti boleh try
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2008 02:31 AM | Show all posts
ni aku nak kongsi gakl juadah2 bukak posa oghe2 bujang kt padang pasir ni  yang ni semua lelaki masak taw..mmg kitorang kt sini..laki2 mmg terror masak..pompuan dtg makan jek no offense

antara lauk2 kitorang masak..


nasi ayam.chicken roasted ngn samosa ayam


daging masak kicap...ikan masak cili api..dan entah ape lagi lauk..hehe


telur mata masak sambal..ayam masak merah..sayur campur n laen2..

ni antara lauk kitorang kt doha ni..after seminggu lebih..recycle balik lauk2 ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2008 03:37 AM | Show all posts

Reply #152 payrol's post

tu dia... mcm2 ada...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2008 03:40 AM | Show all posts

Reply #150 biggirlduncry's post

cantiknya pinggan dia....

walah.. nampak sgt aku peminat pinggan mangkuk
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2008 03:49 AM | Show all posts

Reply #153 lilo_kill's post

thx for the kacang,

aha..mcm2 ada...heheh...sbb kejer abis kol 2...tu yg bnyk masa masak2..kalo x...alamatnye makan shawarma tiap2 ari
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2008 04:00 AM | Show all posts
Sahur makan kurma aje and minum susu.  Buka puasa biasanya makan boleh tahan banyak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2008 10:56 AM | Show all posts
Originally posted by emmer_A at 20-9-2008 04:00 AM
Sahur makan kurma aje and minum susu.  Buka puasa biasanya makan boleh tahan banyak
h

Hi Emmer apa khabar? Lama tak dengar berita..still kat Bahrain ke - Not far dari kitorang...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2008 10:58 AM | Show all posts

Reply #152 payrol's post

Payrol..hang kat Doha?..hang ke yang jadi Kutu Beramboi kat Malaysian forum tu????

Lupa nak komen..sedap tengok lauk korang yang meriah tu ya....
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2008 11:36 AM | Show all posts

Reply #149 shinky_pinky's post

beransur sihat alhamdulillah..batuk tu masih ada lagi..biasalah mesti ambik masa lama nak hilang..

suami tu tak memilih sgt, biasa tanya dia dulu nak makan apa..hari ni tuk suami plan nak masak musa'aa (eggplant/mince beef stew),egyptian rice,mixed pickle,salad dan kuih ataif tu je..tuk mak & adik pulak nak buat mi laksa,popia goreng..inshallah..
disini masa nak bukak puasa tu mkn mix dried fruits yg dah direndam dlm ayak kosong (apricot,pineapple,sultanas,cranberry,figs,prune,dates)..bila aku rajin nanti aku snap gambar dia nanti ye..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2008 03:44 PM | Show all posts
Originally posted by Calim閞o at 20-9-2008 10:56 AM
h

Hi Emmer apa khabar? Lama tak dengar berita..still kat Bahrain ke - Not far dari kitorang...


Salut Cali

I masih kat Bahrain.  Berat nak tinggalkan Bahrain sbb duit masih belum cukup lagi, banyak nak kena menabung ni
So where r u now Cali ? Qatar ??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.119745 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list