CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Pangtujuh

Kenduri Arwah, tahlil & Amalan Kematian

[Copy link]
Post time 26-12-2007 08:07 PM | Show all posts
JAWAPAN SAYA 6:  
  Hadis yang dinilai sahih oleh al-Abani matanya imraatin dan bukan imraatihi.  

  Sila lihat perbahasan di bawah dari laman al-qayyim.net :  


   Antara lainnya beliau [mereka] berhujah  dengan sebuah hadis, bermaksud;” Daripada  ‘ Asim  bin  Kulaib  daripada  seorang  lelaki  daripada  kaum  Ansar, dia  berkata : kami  telah  keluar  bersama  Rasullullah  s. a.w . pada suatu jenazah, maka aku melihat Rasulullah s.a.w. memesankan  kepada  penggali  kubur , beliau  berkata; Lebarkanlah  dari bahagian  dua  kakinya  dan  bahagian  kepalanya . Maka  manakala  Nabi  pulang, datang  seorang  memanggilnya  dari  pihak  isteri si mati (da’i imra’tihii],                      maka  nabi  memperkenankannya  dan  kami  pun  bersama-sama  beliau  lalu  di hidangkan makanan. Kemudian  Nabi  meletakkan  tangannya  kepada  makanan  itu  dan  begitu  juga  orang  banyak  lalu  mereka  makan  dan  kami  melihat  Rasullullah  s.a.w.  mengunyah  sesuap  dalam  mulutnya” . ( Abu  Daud dan  Baihaqi . Lihat  Majalah  Hikmah , Ogos  , 1979, hal.37 ) .  

  [Penyalin: Asal Hadits salah kalimat  ini dikutip daripada Kitab Hasyiyah Ath-thah-Thawi kemudian dinukil oleh pengarang Ghunyatul Mutamalli lalu diikuti oleh pengarang-pengarang kemudian]  

           Dari  peristiwa  itu  beliau  mengambil  kesimpulan  bahawa  pekerjaan ini ( berkumpul  dirumah ahli mayat  dan  menyediakan  makanan  dan  orang  yang  diundang  memakan  hidangan  itu ) boleh  dan jika  diniatkan  sebagai  sedekah  maka  jadilah  ia  sedekah  tatauwuk ( Ibid, hal . 38 ).  

           Beliau  juga  menjelaskan  bahawa  dari  peristiwa  itu, Al  Syeikh  Ibrahim  Al  Halabi  menfatwakan; “Maka  inilah (hadis) yang  menunjukkan  ahli  si  mati  boleh  menyediakan  makanan dan  mengundang  orang  kepadanya .” (Ibid , hal. 38.).  

           Begitu  juga  kata  beliau  seterusnya , Al  Syeikh  Ali  Al  Qari   menerangkan  dalam  Al   Mirqatu   Sharhu  Miskat ,  katanya, “Hadis  ini menurut  nyatanya  menolak  apa  yang  telah  di tetapkan  oleh  ahli  Mazhab  kita  iaitu  bahawa  makruh  menyediakan makanan  pada  hari  pertama  dan  ketiga  dan  sesudah  seminggu . Oleh  yang  demikian  pendapat  yang  mengatakan  makruh  itu  adalah  tidak  benar .” (Ibid  ,hal. 38) .  

           Hadis  tersebut  di atas   dikatakan  diriwayatkan  oleh  banyak  ahli hadis. Menurut  Al  Syeikh  Muhammad  Ali  Al  Maliki  dalam  Bulughul-Umniah, halaman  191  dan  194, hadis  ini  diriwayatkan  oleh  Imam  Al  Baihaqi  dalam  Kitab  Dalilun-Nubuwah  dan  juga oleh Iman  Abu  Daud, juzuk  2, halaman  218  dan  oleh Al  Syeikh  Waliyudin  Muhammad  Tibrizi  dalam  Misskatu  Al  Masyabih, halaman 544  dan -lain  ulama  hadis.  

           Persoalannya  ialah  apakah  hadis  itu sahih , sehingga  ia  boleh  dijadikan  hujah  untuk  membolehkan  kenduri  arwah  itu  diadakan?  

           Prof.T.M. Hasbi  Ash-Siddieqy  dalam  Koleksi  Hadis-Hadis  Hukum (6:258) menegaskan  bahawa   pengarang  kitab  Subulus  Salam (3:97) menegaskan  hadis itu  tidak  soheh. Beliau  juga  menyebut  ( Koleksi  Hadis-Hadis Hukum 6:258) bahawa  dalam  kitab Mizanul Iktidal oleh Az- Zahabi disebutkan telah berkata Imam Yahya Al- Qattan: Saya tidak mendapati seorang yang bernama ‘Asim melainkan saya mendapatinya seorang yang tidak baik hafalannya.  

  HUKUM  

           Dalam  kitab  yang  sama  (Mizatul  Iktidal)   juga  disebutkan  Imam  Ibn  Madiniy  berkata  bahawa  ‘ Asim  bin  Kulaib  adalah  orang  yang  kita  tidak  dapat  berhujah  dengan  dia  apabila  sesuatu  hadis  itu  dia  saja  yang  meriwayatkannya  ( Koleksi  Hadis-Hadis  Hukum  6:258-259).  

           Maksudnya , kalau  ada  satu  riwayat  dari  jalan  ‘ Asim  bin  Kulaib  itu  dan   tidak  ada  riwayat  melalui  jalan  lain, maka riwayat  atau hadis itu tidak boleh menjadi alasan. Dengan kata lain hadis yang diriwayatkan dari ‘Asim adalah lemah dan tidak boleh dijadikan alasan sesuatu hukum.  

           Sesudah jelas hadis tersebut dhaif, perlu pula dijelaskan sedikit tentang hadis tersebut yang dikatakan diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dan Daruqutni, sebagaimana yang disebutkan dalam Majallah Hikmah yang telah dinyatakan di atas.  

           Terdapat perbezaan kalimat dalam hadis yang menjadi pokok permasalahan itu. Dalam Majalah Hikmah yang disebutkan di atas, kalimah itu berbunyai;  

  “Maka di waktu Nabi pulang [dari penguburan jenazah], beliau bertemu dengan seorang pemanggil [penyeru] perempuannya iaitu isteri si mati.’’.  

           Penulis sendiri tidak dapat memastikan adakah kalimah yang sebegitu  memang terdapat dalam kitab Bulughul Ummiyah oleh Al-Syeikh Muhammad Ali Al Maliki kerana penulis tidak mempunyai kitab tersebut.  

           Walaubagaimanapun, penulis mempunyai Kitab Sunan Abi Daud, Dalam Sunan Abu Daud, juzuk 3, halaman 244, hadis nombor 3332 di bawah Kitab Al Buyuk, kalimah tersebut tidak sebagaimana yang disalinkan dalam Majalah Hikmah itu, tetapi seperti berikut;  

  “Maka di waktu Nabi pulang [dari penguburan jenazah], beliau bertemu dengan seorang pemanggil [penyeru] perempuan.”  

           Ringkasnya dalam Sunan Abi Daud yang asal tidak terdapat kalimah “da’i imra’atihi”  [seorang penyeru perempuan yakni isteri si mati itu] tetapi terdapat “ da’i imra’atiin [ seorang penyeru perempuan].  

           Dengan demikian , hadis tersebut, kalaupun dapat dipandang sahih padahal tidak, kerana ia diriwayatkan melalui ‘Asim bin Kulaib, seorang yang dikatakan tidak aik [lemah hafalannya], tidaklah pula menunjukkan Nabi s.a.w. dan para sahabatnya pergi ke rumah si mati atas undangan isteri si mati itu.  

           Hanya saja hadis itu menunjukkan Nabi s.a.w. dan para sahabatnya pergi ke rumah seorang perempun [ bukan isteri si mati] atas undangan perempuan itu sekembalinya Nabi s.a.w. dari menguburkan jenazah [Koleksi Hadis-Hadis Hukum 6 :259].  

           Dalam Kitab Subulus Salam [3.93] kalimah tersebut berbunyi: “da’i imra’atiin”  [sesungguhnya seorang wanita memanggilnya[Nabi s.a.w.] kepada satu perjamuan].  

           Dalam Kitab Nailul Autar [6:69] kalimah tersebut berbunyi: ”da’i imra’ atiin” [seorang penyeru wanita]. Kalimah yang serupa itu juga terdapat dalam kitab Muktasar [terjemahan Indonesia] Nailul Autar [4:1931]. Dalam Kitab Al Muntaqa [ 2: 406], kalimah tersebut juga berbunyi : “da’i imra’atiin” [seorang penyeru perempuan].  

           Ringkasnya dalam kitab-kitab Subulus Salam [3:93], Nailul Autar [6:69, Muktasar [terjemahan Indonesia], Nailul Autar [4:1931], Al-Muntaqa [2:406],kalimah yang menjadi pokok permasaalahan itu hanya menunjukkan Nabi  s.a.w. dan para sahabatnya pergi ke rumah seorang perempuan atas undangan perempuan itu sekembalinya Nabi s.a.w. dari menguburkan jenazah.  

           Tambah pula menurut sambungan hadis tersebut, Nabi s.a.w. tidak makan di rumah perempuan itu, hanya beliau kunyah-kunyah sahaja, lantas beliau bersabda ; “........kambing ini diambil dengan tidak izin tuannya ......”.  

           Jadi perempuan yang mengundang Rasulullah s.a.w. itu ialah isteri orang yang mempunyai kambing dengan tidak seizin tuannya itu. Dan sekali-kali tidak terdapat qarinah [petunjuk] yang menunjukkan perempuan itu adalah isteri si mati tersebut.  

           Sehubungan dengan ini Prof.T.M.Hasbi Ash-Shiddieqy menegaskan bahawa hadis ini terkenal dengan hadis perampasan kambing [Koleksi Hadis-hadis Hukum 6:259].  

           Syeikhul Islam Ibn Taimiyah membawa hadis ini untuk menerangkan hukum orang yang merampas kambing orang lain, lalu disembelih, dipanggang dan dimasaknya. [Terjemahan Muktasar Nailul Autar 4:1933].  

           Didalam kitab Nailul Autar, hadis ini diletakkan di bawah bab ‘Kambing rampasan yang telah disembelih,dipanggang atau dimasak’ [Ibid, hal.1931-1934].  

           Oleh hal yang demikian penggunaan hadis tersebut sebagai hujah untuk mengharuskan, apatah lagi untuk menyunatkan kenduri arwah atau kenduri arwah baik untuk upacara hadiah pahala adalah jauh dari mendekati kebenaran, disebabkan oleh beberapa faktor .  

           Oleh itu jelaslah sudah bahawa tiada alasan yang membolehkan atau menyunatkan kenduri arwah itu. Pengarang Asy-Syamil menyebutkan iaitu “Adapun bermasak ahli mayat akan makanan dan dihimpunnya orang-orang memakannya maka kerja itu tiada dinaqal daripada sesuatu. Maka [perbuatan itu, iaitu kenduri arwah] ialah bid’ah yang tercela.” [Bahrul Maazi 7:130].  

           Pengarang Asy-Syamil mengambil dalil bagi pendapatnya itu dengan hadis Jarir bin Abdullah r.a. katanya; Adalah kami [ para sahabat ] menganggap perbuatan berkumpul di rumah ahli mayat dan membuat makanan [ kenduri arwah] sesudah ditanam mayat itu termasuk dari ratapan.” [R.Ahmad dan Ibn Majah. Ini adalah riwayat Ahmad, sahih. Adapun dalam riwayat Ibn Majah tidak terdapat kalimah ‘ sesudah ditanam mayat itu ‘, juga sahih].
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2007 08:08 PM | Show all posts
salaf dan khalaf menulis kembali 7:  
  Dan seperti yang disebut di dalam kitab Fawakihud Diwani :  

  [Dan adapun membuat makanan oleh keluarga terdekat si mati dan menjemput manusia untuknya. Maka jika di dalam majlis tersebut membaca qur’an dan aktiviti lain yg dilakukan kerana mengharapkan pahala kepada si mati, maka tiada mengapa dengannya. Dan adapun jika kerana lain daripada demikian itu, maka ia menjadi makruh. Dan tidak patut bagi seseorang untuk makan makanan tersebut, melainkan jika yang membuatnya itu adalah waris yang baligh lagi cerdik, maka tidak mengapa kita makan dengannya. Dan adapun jika wasiat oleh si mati agar membuat makanan apabila dia mati, maka bahawasanya sah pada thulus (1/3) hartanya. Dan wajib diluluskannya, kerana diamalkan dengan fardhunya]- juzu’2 m/s 289.  

  Adapun kitab Al Anwar :[Dan adapun jika wasiat seseorang dengan baca quran di kubur atau bersedekah daripadanya, atau seumpama demikian itu, maka ia juga dibenarkan] - juzu’ 1 m/s 126.  

  Adapun jika buat dengan sebab adat hingga mereka yang tiada kuasa pun buat juga kerana takut menjadi aib (kalau tidak dibuat jamuan). Inilah ynag dinamakan Takalluf pada bahasa Arab. Maka inilah yang dinamakan bida’ah yang dicela oleh syarak, yang ditegah oleh segala Ulamak didalam kitab Jawi ( Melayu) dan Arab. Seperti kata Syekh Ibnu Hajar di dalam Tuhfah :  

  “Dan bermula barang yang diadatkan, daripada membuat ahli mayat didalam makanan supaya menyeru akan mereka diatasnnya itu, makruh lagi bida’ah. Seperti (itu juga hukumnya untuk sesiapa yang) memperkenankan (jemputan) mereka itu, kerana barang yang datang daripada hadis yang Sahih daripada Jarir :  

  ( كنا نعد الأجتماع الى أهل الميت وصنعهم الطعام بعد دفنه من النياحة )  

  Ertinya, “Adalah kami sekalian, berhimpun pada ahli mayyit dan mereka membuat makanan selepas pengkebumian adalah setengah daripada meratap (Niyahah) ”].  

  Maka zahirnya berlawan antara hadis Ashim dan hadis Jarir ini, maka kaedah (usul fiqah)  
  [ Apabila berlawan dua dalil, wajib dihimpun jika mungkin berhimpun], maka disini boleh dihimpun, maka hadis Ashim itu ditanggungkan atas barang yang dibuat tidak kerana adat. Bahkan buat kerana tarahum dan niat hadiah pahalanya kepada si mati. Dan yang ditegah pada hadis Jarir itu, jika buat kerana adat seperti barang yang kami kata sebentar tadi. Wallahu`alam bis Sowab.  

  Berkata Ibnu Hajar di dalam Tuhfah , juzu’ 3 m/s 207. “Bermula wajah dibilangkan dia daripada Niyahah itu, barang yang ada padanya, daripada bersangat-sangatan beramat- amati dengan pekerjaan kerunsingan dan dukacita” .  

  Maka ini ‘illat tidak ada pada kebanyakan pada orang jawi kita, dan apabila tidak ada ‘illat tidak ada hukum. Kerana kata mereka itu, “Bermula hukum itu berkeliling ia serta ‘illatnya, maka murad(yg dimaksudkan) dengan hukum disini ialah makruh berhimpun dan buat kenduri di rumah si mati”. Wa Allahu` alam.  

  Maka berhimpun yang dilarang pada hadis Jarir itu jika tidak kerana baca quran dan zikir. Adapun jika berhimpun kerana baca quran dan zikir pada si mati adalah sunat, seperti barang yang sorih perkataan Imam Nawawi di dalam al-Majmuk :  

  (لا كراهة قرأة القرأن مجتمعين بل هى مستحبة)  
  Ertinya, “Tidak makruh baca quran beramai-ramai bahkan ia itu sunat”- juz’1 m/s 126.  

  Riwayat daripada Abi Hurairah R.A dan daripada Abi Said Al Kudri, ertinya kedua mereka berkata,  

  قالا قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لا يقعد قوم يذكرون الله الا حفتهم الملأيكة وغشيتهم الرحمة وأنزلت عليهم السكينة  
  “Sabda Rasullah S.A.W, tidak duduk oleh satu kaum, menyebut mereka itu akan Allah Taala, melainkan berkelilingi oleh malaikat akan mereka itu. Kerana memuliakan akan mereka itu dan menutupi akan mereka itu oleh rahmat. Dan turun atas mereka itu oleh ketetapan pada hati”. Qauluhu [Yazkuruna] : ertinya, “Barangmana kelakuan daripada segala kelakuan dan barangmana seorang ada ia. Qauluhu [Yazkuruna] : Bermula zikir itu melengkapi akan sembahyang, baca quran dan doa dengan yang lebih pada dunia dan akhirat-Dalilul Faalihin(Syarah Riadus Solihin), m/s 248.  

  Maka kami faham daripada nas- nas ini, bahawasanya baca quran dengan berhimpun itu afdhal, daripada baca seorang diri pada Mazhab kita Syafie.  

  Kerana tidak ada nas daripada alquran dan hadis, melarang tidak boleh baca quran di rumah si mati.  

  Bahkan setengah mereka itu mengqiaskan makruh baca quran di rumah si mati, dengan baca quran di jamban. Maka ini qias batal, kerana “Qias ma’alfaariq”. Kerana syarat sah qias itu hendak ada jamik antara “maqis” dan “maqisu a`laih”. Maka jauh sekali perbezaan, antara rumah si mati dengan jamban itu, kerana rumah si mati tidak ada najis dan jamban itu kotor (tempat najis), maka disini nyata batal qias itu.  

   Maka jika engkau kata, ijtimak pada hadis Jarir itu, am melengkapi ia, barangmana ijtimak nescaya kami jawab, “ Apa faedah boleh ia datang dengan lafaz ma’rifah pada lafaz al ijtimak”. Maka kami faham daripada lafaz al ijtimak, dikehendaki dengan ijtimak yang membawa kepada niyahah yang dilihat dengan mata kepala sendiri di Mekah sana. Maka dimana- manapun, jika ijtimak seperti itu, “Bidaah Mazmumah Muharamah” pada syarak.  

  Kerana kaedah:  

  ( للوسائل حكم المقاصد)  

  Murad dengan wasaail itu ialah ‘ijtimak’ dan murad dengan maqasid itu ialah ‘Niyahah’. Dan jika engkau kata, alif lam pada ijtimak itu. Alif lam apa? Nescaya kami jawab ia adalah: (الف لام للعهد العمى)  

  (iaitu barang yang hasil pada ilmu mukhatab dengan ketiadaan sebutnya yang telah lalu).  

  Dan makna: العهد , الشيء المعهود Ertinya: suatu yang diketahui.  

  Dan jika engkau kata : (الف لام للاستغراق الجنس )?.  
  Nescaya kami jawab tidak betul, kerana syarat الف لام للاستغراق الجنس itu bahawa sah kita letak lafaz (كل) kullu pada tempat dia itu. Maka disini tidak sah kerana jadi fasad (rosak) makna, kerana bunyi maknannya:  

  (كل اجتماع وصنع الطعام من اهل الميت من النياحة )  

  Ertinya, tiap- tiap berhimpun dan buat makan daripada ahli mayat daripada niyahah, maka ini nyata fasad (rosak makna).  

  Ini kesemuanya jika kita berlaku atas qaul yang berkata hadis Jarir itu marfu’. Adapun jika kita berlaku atas qaul yang berkata hadis Jarir itu mawquf, tidak jadi hujjah ( yakni tidak boleh buat dalil dengan dia), kerana syarat perkataan Sahabi ( hadis mawquf ), hendak jadi marfu’ itu, jika ia idofat kepada Rasulullah S.A.W, seperti dia kata :  

  كنا فى زمن النبى كذا وكذا اتو كنا فى حياتى كذا وكذا....  
  seperti barang yang berkata oleh jumhur Muhaddisin dan Ashabul fiqh wal Usul. Dan berkata Imam Nawawi dalam syarah Muslim, “Adakah ia, yakni hadis Mauwquf itu, jadi hujjah atau tidak?”. Ada padanya dua qaul, bagi Imam kita Syafie yang masyhur keduanya. Bermula yang Asah, ialah Qaul Jadid, baginya tidak menjadi hujjah dengan hadis Mauwquf. Dan yang kedua, ialah Qaul Qadim baginya ini dhoif. Maka apabila berlaku kita, atas qaul yang berkata tidak menjadi hujjah, maka bermula Qiyas didahulukan atasnya dan harus bagi Tabi’in menyalahi akan dia, yakni harus kita tidak berdalil dengannya.-(Syarah Muslim juzu’1 m/s 45 -- mulakhisan ( Diringkaskan))  

  Maka difaham daripada perkataan Imam Nawawi ini, tidak boleh kita bermudah- mudah hukum dengan kufur orang itu dan kufur orang ini, dengan makanan kenduri dan baca Qul`hu wallah di rumah si mati. Takut terbalik kepada yang berkata, wa`iyya zabillah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 08:09 PM | Show all posts
Kesahihan Hadis Thawwus r.a.  
  Dalam Kitab Al Hawi lil Fatawa m.s 178 , juzuk 2 :  

  1. حدثنا هاشم بن القاسم قال : حدثنا الأشجعى عن سفيان قال: قال طاوس: ان الموت يفتنون فى قبورهم سبعا فكانوا يستحبون أن يطعم عنهم تلك الأيام.  

  2 . حدثنا أبو بكر بن مالك ثنا عبد الله بن أحمد بن حنبل ثنا أبى ثنا هاشم بن القاسم ثنا الأشجعى عن سفيان قال : قال طاوس : ان الموتى يفتنون فى قبورهم سبعا فكانوا يستحبون أن يطعم  
عنهم تلك الأيام .  

  Sudut pertama: Sanadnya.  
  Kedua-dua hadis tersebut adalah Sahih Isnadnya dan Marfu’. Imam As Sayuthi mengulas dalam kitab tersebut katanya:  

  Rijal Isnad hadis yeng pertama adalah rijal yang sahih. - Thawwus - seorang dari kalangan pembesar Tabi’en. Abu Nuim berkata dalam kitab al Hilyah beliau : Beliau ( thawwus ) adalah dikalangan angkatan pertama dari orang Yaman . Abu Nuim juga meriwayatkan , Thawwus berkata: Saya berjumpa 50 guru dari kalangan Sahabat Rasulullah s.a.w. Berkata Ibnu Sa’ad : Pada hari kewafatannya beliau berumur awal 90 tahun. Sufiyan Athhawri berkata: sesungguhnya Saya menjumpai Thawwus , maka sesungguhnya kewafatan beliau awal tahun 110 h menurut salah satu pendapat.  

  Sudut kedua: Maknanya:  

  قال الرافعى فى شرح المسند : مثل هذا اللفظ يراد به أنه كان مشهورا فى ذلك العهد من غير نكير . فقول طاوس ذلك فكانوا يستحبون : ان حمل علىالرفع كما هو القول الأول كان ذلك من تتمة  
الحديث المرسل ويكون الحديث اشتمل على امرين: احدهما أصل اعتقادى وهو فتنة الموتى سبعة ايام. والثانى حكم شرعى فرعى وهو استحباب التصدق والاطعام عنهم تلك الأيام السبعة .  
كما استحباب سؤال التثبيت بعد الدفن ساعة ويكون مجموع الأمرين مرسل الاسناد لاطلاق التابعى له وعدم تسمية الصحابى الذى بلغه ذلك فيكون مقبولا عند من يقبل المرسل مطلقا . و  
عند من يقبله يشرط الاعتضاد لمجيئه عن مجاهد, وعن عبيد بن عمير . وحينئذ فلا خلاف بين الأئمة فى الاحتجاج بهذا المرسل.  
  Ertinya: Imam Rafie r.a berkata didalam Syarah Musnad: Perkara yang seumpama lafaz ( yang diucapkan oleh Thawus ) ini , yang dikehendaki maksudnya bahawa berlaku pada masa (para Sahabat) tersebut tanpa ada pengingkaran. Maka perkataan Thawus r.a yang tersebut : “ Maka adalah mereka menyukai”. Jika diihtimalkan (di maksudkan) ianya adalah marfu’ sebagaimana pendapat yang pertama, nescaya adalah yang demikian menyempurnakan Hadis Mursal. Dan jadilah hadis Thawus tersebut melengkapi dua perkara: Pertamanya ; Asal I’tiqod. Yaitu fitnah kubur bagi mayyit-mayyit dalam masa 7 hari. Keduanya; Hukum Syara’ yang cabang; yaitu KESUNNATAN bersedekah dan menjamu makan ganti daripada mereka (maksudnya bersedekah makanan untuk disedekahkan pahalanya kepada mayyit) selama 7 hari selepas kematian.  

   Himpunan dua sebab tersebut menjadikan nya Isnad yang Mursal kerana ditujukan kalimat Tabi’en kepada Thawus, tidak dinamakan beliau sebagai Sahabat yang telah memberitakan kepada nya berita tersebut. Maka jadilah ia Maqbul disisi mereka yang menerima Hadis Mursal sebagai hujjah secara muthlaq dan Maqbul juga disisi mereka yang mensyaratkan terdapat penguat-penguat (untuk diterima sesuatu hadis Mursal) kerana adanya hadis Mujahid dan Ubaid bin Umair. Maka ketika itu tiada Ikhtilaf pendapat dikalangan para imam untuk berhujjah dengan Hadis Mursal (Thawus) ini.  

  Kesimpulannya, confirm ulama syafi’iyyah mengharuskan tahlilan. Oleh itu, adakah antum mahu mengatakan kami pembuat bid'ah sedangkan kami telah datangkan dalil yg cukup mendalam. Dimanakah tanda-tanda Bid'ah yg terdapat di dalam pembuktian keharusan hukum tahlil ini, sila tunjukkan wahai Salafiyyah!!! Jadi, jgn mudah2 kata bid'ah hanya dengan "kaedah nabi tak buat" dan hadis Jabir tadi serta Hadis Bid'atun Dholalah.  

  Wallahu a'lam, bertemu di lain pertemuan ....ALLAHU AKBAR. Selamat berpuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 08:09 PM | Show all posts
JAWAPAN SAYA 7:  
  Saya lihat penghujahan ini adalah lebih kuat dari sebelumnya menggunakan dalil imraah yang cuba diputar belitkan dan mengsahihkannya sedangkan hadis yang lafaznya mahfuz dan disahihkan ulamak bukanlah imraatihi tapi imraatin.  

  sila lihat statament dibawah:  

  "Ertinya: Imam Rafie r.a berkata didalam Syarah Musnad: Perkara yang seumpama lafaz ( yang diucapkan oleh Thawus ) ini , yang dikehendaki maksudnya bahawa berlaku pada masa (para Sahabat) tersebut tanpa ada pengingkaran. Maka perkataan Thawus r.a yang tersebut : “ Maka adalah mereka menyukai”. Jika diihtimalkan (di maksudkan) ianya adalah marfu’ sebagaimana pendapat yang pertama, nescaya adalah yang demikian menyempurnakan Hadis Mursal. Dan jadilah hadis Thawus tersebut melengkapi dua perkara: Pertamanya ; Asal I’tiqod. Yaitu fitnah kubur bagi mayyit-mayyit dalam masa 7 hari. Keduanya; Hukum Syara’ yang cabang; yaitu KESUNNATAN bersedekah dan menjamu makan ganti daripada mereka (maksudnya bersedekah makanan untuk disedekahkan pahalanya kepada mayyit) selama 7 hari selepas kematian."  

  MENAIKKAN KATA-KATA TABIIN MARFU` YAKNI SAMPAI KEPADA RASULULLAH:  

   Saya kira kaedah ini adalah terburu-buru sedangkan kata-kata sahabat pun mesti dijelaskan lagi ucapan yang matannya bagaimanakah menunjukkan kepada takrir/pembenaran Rasulullah sallallahu alaihiwasallam atau mendapatkan pengiktirafan rasulullah. Kalau kita lihat kepada hadis yang melarangnya jauh lebih kuat untuk diangkat kepada Rasulullah berdasarkan kefahaman sahabat berbanding dengan ucapan Tawus seorang tabiin yang tak pernah langsung berjumpa dengan rasulullah.  

  Sedangkan larangan sahabat terhadap kenduri kematian atau ma'tam adalah berdasarkan penguat hadis yang mengatakan sunnah memberi makan orang lain kepada keluarga si mati. Kalau kita cuba menguatkan ucapan tawus, bermakna kita ingin menghapuskan sunnah rasulullah dan ucapan rasulullah yang sarih (jelas) dan lebih kuat dan sahih hadisnya.  

  Hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud, al-Tarmizi dan Ibnu Majah dari Abdulllah bin Ja'far, beliau berkata apabila tiba berita kematian Ja'far (bin Abi Talib) nabi bersabda:  



  Maksudnya: "Hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli Ja'afar (isteri-isteri dan anak-anaknya). Sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yang mengharukan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 08:10 PM | Show all posts
KAEDAH MENGGABUNGKAN HADIS SECARA SALAH DAN BATIL  
  Usaha menggabungkan hadis dengan takwilan seperti tersebut oleh tuan guru pondok adalah keterlaluan dan sebenarnya menafikan terus maksud hadis atau larangan tersebut bahkan seolah-olah hadis itu didaifkan dan dibuang terus dari maksud perbahasannya.  

  Penggabungan hadis-hadis yang saling bertentangan tersebut kalau dikatakan riwayat tawus itu sahih atau boleh dijadikan hujah ialah mengatakan hadis yang membenarkan itu adalah hadis tentang sedekah yang umum dan tidak ada ucapara ritual keagamaan sedangkan hadis yang melarang ialah perkumpulan dengan upacara khusus atau kenduri. Kan ini cara penggabungan yang lebih baik dan lebih menenangkan jiwa.  

  Penggabungan hadis memang diutamakan oleh ulamak-ulamak dalam memahami nas tapi mestilah dipastikan lagi kesahihannya dan maksud matan tersebut. Kalaulah dikatakan benar dan sahih ucapan Tawus tersebut, Adakah benar di zaman sahabat perkara itu dilakukan ataukah maksud dari ucapan tawus itu bukanlah sahabat yang di iktiraf tapi pernah muncul di zaman sahabat yang di ingkari sahabat-sahabat yang besar kerana tidak diriwayatkan langsung sahabat-sahabat besar melakukan atau mengiktirafnya dan mungkin bukanlah sahabat tapi adalah golongan yang terseleweng dari jalan kebenaran di zaman sahabat. Terseleweng dari sunnah di zaman sahabat. Syiah dan ajaran-ajaran yang sesat yang lain telah muncul dizaman sahabat.  

   Amalan sahabat yang benar-benar di iktiraf ialah mesti dipastikan tiada pertentangan atau hujah yang menentangnya dari sahabat lain atau amalan itu benar-benar berlaku dengan pengetahuan umum dan mestilah riwayatnya terkenal. Kalau tidak, sunnah yang sarih dari ucapan rasulullah seperti suruhan rasulullah untuk menyediakan makanan kepada keluarga si mati lebih utama di ikuti dan dapat mengelakkan diri ahli qaryah dan orang kampung terjebak dari perkara syubhat dan haram.  

   Tentang hadis yang mengatakan ujian 7 hari atau 40 hari kalau dibenarkan pun bukanlah bermaksud untuk menetapkan ucapara khusus ritual keagamaan dan bahkan kata-kata ulamak yang mengikuti Imam Sayuti semuanya tidak menjelaskan kebenaran ma'tam dirumah si mati tapi mereka sekadar maksud bersedekah yang tidak ditetapkan upacara-upacara keagamaan yang khusus seperti tahlilan dan sebagainya. Oleh itu jalan yang lebih selamat dan berdasarkan keputusan ulamak-ulamak besar dalam semua 4 mazhab ialah dilarang sama ada makruh atau haram mengadakan ma'tam di rumah si mati dan yang sunnah ialah orang lain menyediakan makanan kepada keluarga si mati.  

  Kita pun tahu dalam 4 mazhab jelas melarang berkumpulnya untuk takziah di rumah si mati tambahan lagilah upacara-upacara ritual keagamaan yang direka ini sudah tentu lebih dilarang oleh agama yang ditegakkan berdasarkan tujuan syariat untuk memudahkan umat dan menjalankan prinsip-prinsip yang jelas dan tidak samar-samar.  

   Kalaulah ingin bersedekah bagi orang yang mampu yang tidak ditetapkan caranya oleh masyarakat dan ahli agama pun cubalah sedekahkan kepada budak-budak pondok yang susah makan minum mereka atau orang-orang fakir yang miskin yang masih ramai dan tidak perlulah dijalankan upacara ma'tam (ritual keagamaan) yang bertentangan dengan sunnah tersebut.  

   Ulamak termasuk Imam Sayuti adakah jelas perkataannya membenarkan ma'tam? atau sekadar bersedekah di 7 hari tersebut sahaja yang tidak ditetapkan upacara-upacara ritual keagamaan?  

  Dalam atsar tersebut, Tawwus menerangkan bahawa mayit ditimpa fitnah pada tujuh hari pertama selepas dikebumikan. Maka para sahabat mensedekahkan makanan pada 7 hari yang pertama itu agar pahala daripadanya dapat disampaikan kepada mayat, dengan harapan ia dapat menjauhkan mayat tersebut daripada fitnah.  

  Soalannya, sedekah makanan yang bagaimanakah dapat menjana pahala? Ia adalah sedekah makanan kepada orang miskin, anak yatim dan sebagainya. Orang yang bercukupan tidak masuk dalam kategori ini kerana sedekah kepada orang yang bercukupan telah disentuh oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis berikut: “Tidak halal sedekah bagi orang yang kaya, dan tidak bagi orang yang berkebolehan lagi normal (sihat dan kuat).” [Sahih Sunan Abu Daud - no: 1634] iaitu sedekah yang berbentuk mengharapkan pahala yang besar dan berkeutamaan dan ditetapkan oleh syarak.. Kepada orang kaya lebih berhak di panggil hadiah dan bukan sedekah.  

  Statement  

  "Kesimpulannya, confirm ulama syafi’iyyah mengharuskan tahlilan. Oleh itu, adakah antum mahu mengatakan kami pembuat bid'ah sedangkan kami telah datangkan dalil yg cukup mendalam"  

  adalah jelas sekali satu pembohongan fakta atau jenayah ilmiyyah sedangkan dalam mazhab syafiilah yang paling tegas dalam persoalan mengadakan kenduri kematian. Pendapat yang membenarkan hanyalah sebahagian yang sangat-sangat kecil.  

  Sila lihat pandangan ulamak2 besar dalam semua mazhab dalam melarang (makruh/haram) upacara kenduri kematian.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 08:11 PM | Show all posts
Hujah asas dalam mengikuti sunnah dan melarang kenduri kematian:  

  Hadith Jarir riwayat Ahmad dan Ibnu Majah, sanadnya jayyid:  

  حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى قَالَ حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ مَنْصُورٍ حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ ح و حَدَّثَنَا شُجَاعُ بْنُ مَخْلَدٍ أَبُو الْفَضْلِ قَالَ  
حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ عَنْ إِسْمَعِيلَ بْنِ أَبِي خَالِدٍ عَنْ قَيْسِ بْنِ أَبِي حَازِمٍ عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْبَجَلِيِّ قَالَ  

  كُنَّا نَرَى الِاجْتِمَاعَ إِلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنْعَةَ الطَّعَامِ مِنْ النِّيَاحَةِ  

  (سنن ابن ماجة)  

  حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ بَابٍ عَنْ إِسْمَاعِيلَ عَنْ قَيْسٍ عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْبَجَلِيِّ قَالَ  

  كُنَّا نَعُدُّ الِاجْتِمَاعَ إِلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنِيعَةَ الطَّعَامِ بَعْدَ دَفْنِهِ مِنْ النِّيَاحَةِ  

  مسند أحمد  

  1) Hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud, al-Tarmizi dan Ibnu Majah dari Abdulllah bin Ja'far, beliau berkata apabila tiba berita kematian Ja'far (bin Abi Talib) nabi bersabda:  



  Maksudnya: "Hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli Ja'afar (isteri-isteri dan anak-anaknya). Sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yang mengharukan mereka.  

   Dalam Hadis diatas, rasulullah sallallahu alaihi wasallam mengharapkan jiran tetangga yang tinggal berhampiran dengan keluarga si mati agar membuat makanan kepada mereka yang ditimpakan musibah dan dukacita kematian. Ja'afar bin Abi Talib telah mati syahid dalam peperangan mu'tah pada tahun kelapan Hijrah. Sebaik sahaja berita kematian sampai, nabi menyuruh jiran tetangganya melakukan perkara itu kepada ahlinya bagi meringankan beban dukacita ahli keluarga si mati dengan memberi makan kepada mereka.  


  2) Hadis Jarir bin Abdullah Radiallahu anhu katanya:  



  Maksudnya: "Kami mengira berhimpun orang ramai kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas pengkebumiannya adalah sebahagian dari ratapan kematian".  

  (Diriwayatkan oelh Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Majah dengan isnad yang sahih).  

  Hadis diatas menunjukkan kepada kita bahawa orang ramai yang berhimpun dirumah ahli si mati dan memakan makanan yang dimasak dan disediakan oleh ahli si mati adalah sebahagian dari perbuatan ratapan kematian. Dan ratapan selepas kematian adalah perbuatan jahiliyyah yang hukumnya adalah haram sebagaimana dimaklumi.  


  Ahli si mati tidak patut membuat makanan dan memberi makan atau menjamu orang lain kerana perbuatan itu tidak disyara'kan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2007 08:11 PM | Show all posts
PANDANGAN ULAMA NUSANTARA  
  1. Sheikh Daud Al-Fatani  

  Dalam kitabnya Bughyatul Tullab pada mukasurat 33 - 34 telah menjelaskan seperti berikut :  
  "Dan makruh lagi bida'ah bagi orang yang kematian memperbuat makanan menyerukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti diadatkan kebanyakan manusia. Dan demikian makruh lagi bida'ah bagi segala orang yang diserukan dia memperkenankan seruannya."  

  2. Sheikh Muhammad Arsyad Al-Banjari  

  Dalam kitabnya Sabiilal Muhtadin telah menulis di jilid 2 mukasurat 87 seperti berikut :  
  " Dan sunat bagi segala isi kampung orang yang kematian dan segala keluarganya jikalau jauh sekalipun membawa makanan akan yang kematian sekadar cukup akan dia pada siangnya dan malamnya atau selama ada mereka itu masyghul dan hendaklah disentiasakan atas mereka itu dengan makan supaya tiada daif mereka itu dengan tiada makan. Dan makruh lagi bida'ah bagi yang kematian memperbuat makanan yang diserukannya segala manusia atas memakan dia dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang teradat. Dan demikian lagi makruh lagi bida'ah bagi segala mereka yang diserunya memperkenankan serunya dan haram menyediakan makanan akan yang menangis dengan menyawak (meratap) kerana yang demikian itu menolong atas perbuatan maksiat."  

  3. Sheikh Zainul Abidin bin Muhammad Al Fatani  

  Dalam kitabnya Kashful Litham jilid 1 mukasurat 85 beliau telah menjelaskan :  

  " Barang yang dikerjakan oleh ahli mayat daripada memperusahakan makanan dan berhimpun manusia atasnya dahulu daripada tanam mayat dan kemudian daripadanya dan menyembelih pada kubur dan demikian lagi dikerjakan oleh manusia dengan barang yang dinamakan dia dengan kaffarah dan daripada dikerjakan WAHSHAH yakni berhimpun memberi makan awal malam kemudian daripada ditanam mayat dan tujuh hari dan dua puluh dan empat puluh dan umpama yang demikian itu seperti yang diperbuat oleh kebanyakan orang adalah segala yang tersebut itu Makruh Yang Dicela Oleh Syara'. "  



  PANDANGAN ULAMA MUKTABAR  

  1. Imam Nawawi r.m.h.(Meninggal 676H)  

  Dalam kitabnya Al-Majmuk Jilid 5 mukasurat 320 telah menulis seperti berikut :  

  " Berkata sahabat-sahabat kami r.m.h., dan jika adalah wanita-wanita itu meratap tidak harus disediakan makanan mereka kerana ia membantu maksiat. Dan Pengarang kitab Al-Syamil dan lainnya ; dan adapun menyediakan makanan oleh keluarga simati dan menghimpunkan manusia (menjemput) kepadanya maka tidak dinakalkan sesuatupun (dari orang dulu) dan ia adalah bida'ah yang tidak disunatkan. Ini adalah kalam pengarang kitab Al Syamil dan dia mengambil riwayat dari Sahabat Rasulullah s.a.w.iaitu Jarir Bin Abdullah r.a telah berkata :"Kami (para sahabat) menganggap berhimpun pada ahli keluarga simati dan menyediakan makanan selepas menanamnya sebagai NIYAHAH (MERATAP) ......Riwayat Imam Ahmad Dan Ibnu Majah dengan sanadnya yang sahih."  

  2. Imam Qurtubi r.m.h. - Nama sebenar Shamsuddin Abi Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakar Bin Farh Al-Ansari Al-Qurtubi (Meninggal 671H)  
  Dalam kitabnya yang mashyur Al-Tazkirah Fi Ahwal Mauta menjelaskan dengan panjang lebar dalam Jilid1 mukasurat 137 -138 seperti berikut :  

  " Telah berkata Ulama dan sebahagian dari demikian mengeraskan suara dengan Zikrullah, Subhanahutaala atau selainnya di keliling jenazah dan binaan atas kubur, berhimpun di kubur-kubur dan masjid-masjid untuk membaca (Al-Quran) dan selainnya untuk simati dan demikian juga berhimpun pada keluarga si mati, menyediakan makanan, bermalam dengan mereka, semua itu adalah amalan jahiliyyah dan  

  seumpama lagi makan yang disiapkan oleh keluarga si mati pada hari ini pada hari ke tujuh dan berhimpun manusia padanya untuk mengharapkan pahala bagi simati dan rahmat ke atasnya, semua ini adalah MUHDITH (perkara baru) yang tidak terdapat pada zaman dahulu(Zaman Nabi s.a.w dan Sahabat r.a), dan ia tidaklah sesuatu yang dipuji oleh Ulama.  

  Telah berkata Al Muallif r.m.h ;Semua perkara ini telah menjadi Sunnah pada manusia hari ini dan meninggalkanya adalah bidaah iaitu keadaan telah terbalik dan berubah. Telah berkata Ibnu Abbas r.a. ; Tidak akan datang ke atas manusia satu tahun melainkan dimatikan padanya sunnah dan dihidupkan bida'ah sehingga matilah sunnah dan hiduplah bida'ah."
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 08:11 PM | Show all posts
ULAMA-ULAMA MASA KINI  

  Dalam kitab FIQH MANHAJI karangan Dr. Mustafa Khid, Dr Mustafa Al-Bugho dan Ali Asy-Barji iaitu kitab Ilmu Fiqh berdasarkan Mazhab Imam Syafie telah menjelaskan dalam mukasurat 286 seperti berikut :  

  " Di antara bida'ah yang dilakukan oleh keluarga simati ialah menjemput orang ramai untuk makan sempena berlalunya 40 hari kematian keluarganya dan seumpamanya. Sekiranya makanan yang disediakan itu adalah daripada ahli waris yang belum baligh, maka ia ditegah dan diharamkan. Ini kerana ia adalah perbuatan memakan HARTA ANAK YATIM dan mensia-siakan hartanya yang tidak memberi apa-apa maslahat (kebaikan) kepadanya. Semua dikira terlibat dalam melakukan perbuatan haram itu sama ada keluarga yang menjemput atau mereka yang datang memakannya."  


  dari laman al-qayyim.net  

  PENDAPAT  ULAMA  SYAFI’IYAH  

           Berikut ini penulis nukilkan pula beberapa pendapat ulama Syafi’iyah untuk direnungi bersama, khususnya kepada orang-orang yang mengaku bermazhab Syafi,ie.  

           Ibn Hajar Al-Haithami dalam Tuhfatul Muhtaj  berkata apa yang dibiasakan oleh masyarakat sekarang [zamannya] iaitu keluarga si mati membuat makanan dan memanggil orang untuk memakannya adalah bid’ah makruhah. Juga menerima panggilan dan mendatanginya bid’ah makruhah.  

           Al-Ramli dalam Nihayatul Muhtaj berkata; “Dimakruhkan keluarga si mati membuat makanan dan mengumpulkan orang untuk memakan makanan itu, baik sebelum orang mati itu dikuburkan maupun sesudahnya. Perbuatan itu adalah suatu bid’ah mengingat perkataan Jarir.....”[Koleksi Hadis-Hadis Hukum 6:261].  

           Dalam Hasyiah Al Qalyubi [1:353] disebutkan; “Telah berkata syeikh kami iaitu Syeikh Ramli: termasuk bid’ah munkarah yang dibenci melakukannya seperti yang tersebut dalam ‘Al Raudhah’, apa yang dilakukan oleh manusia yang dinamakan ‘kifarah’ dan orang yang membuat makanan untuk berkumpul-kumpul atasnya sebelum kematian atau sesudahnya dan juga dari sembelihan atas kubur”.  

           Al Jamal dalam Hasyiah Syarhil Manhaj menerangkan; “Diantara bid’ah munkarah ialah mengerjakan perbuatan wahsyah, jumak dan 40, yakni membuat perjamuan pada hari kematian, pada setiap Jumaat dan pada hari ke-40 [kenduri arwah]. Semua itu haram hukumnya, jika dikerjakan dengan harta yang masih boleh bertasarruf atau dari harta si mati yang mempunyai hutang atau menimbulkan kesulitan-kesulitan kerananya.”[Koleksi Hadis-Hadis Hukum 6:261].  

           Ibn’Abidin dalam Raddul Muhtar berkata “diterangkan dalam Fathul Baari : dan sangat dibenci keluarga si mati mengadakan jamuan makan [ kenduri arwah] kerana yang demikian itu adalah suatu bid’ah.” [Koleksi Hadis-Hadis hukum 6:261].  

           Dalam kitab Al-Bazaziyah diterangkan:” Dimakruhkan kita mengadakan jamuan pada hari yang pertama kita mengadakan jamuan pada hari yang pertama [kematian], pada hari ke-3, sesudah seminggu berlalu, sebagaimana tidak disukai kita membawa makanan ke  kubur pada waktu-waktu tertentu “. [Ibid, hal.262].
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2007 08:12 PM | Show all posts
FATWA-FATWA MUFTI EMPAT MAZHAB  
           Seterusnya dinyatakan pula fatwa-fatwa daripada mufti-mufti 4 mazhab di Mekah sebagaimana yang tersebutkan dalam Iknatut Talibin [ 2:145-146].  

           Syed Ahmad Zaini Dahlan, Mufti Mekah dari mazhab Syafi’i berkata ;”Ya ! Apa yang diperbuat orang, iaitu berkumpul di [rumah] sisi ahli mayat dan membuat [menyediakan] makanan[untuk orang-orang yang berkumpul itu] adalah dari bid’ah munkarah yang diberi pahala [kepada] ketua negeri atas menegahnya.” [I’natut Talibin 2: 145].  

           Seterusnya beliau menyatakan:”Dan tidak syak bahawa menegah manusia daripada bid’ah mungkar ini [kenduri arwah], bererti menghidupkan sunnah, mematikan bid’ah, membuka pintu kebajikan dan menutup pintu kejahatan, lantaran masyarakat terlalu memberatkan diri buat mengerjakan yang demikian, sehingga perbuatan menjadi haram”.[Ibid, hal 146].  

           Dalam kitab yang sama [ 2:146] juga disebutkan fatwa daripada Mufti Mazhab Hanafi sebagai berikut;”Ya ! Diberi pahala ketua negeri......atas melarang manusia daripada perkara-perkara yang masuk bilangan bid’ah yang jelek di sisi jumhur”.  

           Seterusnya disebutkan pula;”Telah menjawab seperti dua-dua jawapan itu [ jawapan Mufti mazhab Syafi’i dan mufti Mazhab Hanafi] oleh Mufti [Mazhab] Maliki dan mufti[ Mazhab] Hanbali.”[Ianatut Talibin 2: 146].  

  MAKRUH AHLI SI MATI MEMBUAT MAKANAN UNTUK DIJAMU KEPADA ORANG RAMAI - PENDAPAT 4 MAZHAB  

  Sebagaimana telah dikatakan, adat resam ini telah menjadi amalan sebahagian besar masyarakat islam dinegara kita, malah ada sesetengah bijak pandai islam sendiri mempertahankan tradisi ini, tanpa berpegang kepada dalil-dalil dan hujah-hujah yang kukuh.  

  Bagi memahami permasalahan ini, ada baiknya dibentangkan dahulu nas atau teks asal dalam bahasa arab oleh ulamak dari 4 mazhab, kemudian diiringi dengan maksudnya dalam bahasa melayu.  


  Pendapat mazhab Maliki:  

  Maksudnya:"Perhimpunan orang ramai pada makanan dirumah si mati adalah bid'ah yang makruh(dibenci), tidak ada sandaran riwayat yang boleh dipegang sedikit pun, dan ia bukan tempatnya yang sepatut dan ianya dicela."  

  (Syarah al-Saghir Wahasyiah al-Sahawi, Juzuk 1 halaman 199)  


  Mazhab Syafie:  

  Maksudnya: "Jika ahli si mati membuat makanan untuk orang ramai dan menghimpun mereka kepada makanan itu, maka ianya tidak ada sandaran riwayat yang boleh dipegang sedikitpun, dan perbuatan itu bid'ah yang tidak disunatkan. Berdalil dengan hadis Jarir bin Abdullah radiallahu anhu  

   "Kami mengira perhimpunan kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas pengkebumiannya adalah dari ratapan kematian:"  

  (al-Majmuk Syarah al-Muhazzab, juzuk 5 halaman 286)  


  Mazhab Hanbali:  

  Maksudnya: "Jika ahli si mati membuat makanan untuk dijamu kepada orang ramai, maka hukumnya makruh, keranan perbuatan itu menambahkan lagi ke atas musibah mereka dan memperbanyakkan lagi kesibukan ke atasnya kesibukan mereka yang sedia ada dan kelakuan itu seperti perbuatan golongan jahiliyyah.  

  (al-Mughni oleh Ibnu Qudamah al-Hanbali, Juzuk 2 halaman 550)  

  Tetapi dalam mazhab Hanbali ini ada pengecualiannya, iaitu jika terpaksa ahli si mati membuat makanan kepada orang yang datang dari perkampungan atau dari tempat-tempat yang jauh untuk menziarahi mayat, dan mereka terpaksa bermalam dirumah mereka (ahli si mati), maka tak dapat tidak ahli si mati terpaksa menerima mereka sebagai tetamu. Maka pada ketika itu hukumnya boleh memberi mereka makan.  

  Mazhab Hanafi:  

  Maksudnya: "Hukumnya adalah makruh ahli si mati menerima tetamu dengan memberi makan kepada mereka, kerana yang demikian itu hanya disyara'kan pada waktu gembira bukan pada waktu tak baik (waktu sedih selepas kematian), dan ianya suatu bid'ah yang keji.  

  Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Majah dengan isnad yang sahih dari Jarir bin Abdullah, katanya:  

  "Kami mengira perhimpunan kepada keluarga si mati dan mereka membuat makanan (untuk dijamu kepada orang yang berhimpun itu) adalah dari ratapan kematian"  

  (Fathu al-Qadir Syarah al-Hidayah Fiqh al-Hanafiah, juzuk 1 Halaman 473)
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 08:12 PM | Show all posts
FATWA MUFTI MESIR  
  [Penyalin:          Al Ustaz Syied Rajab, Mufti Negara Mesir pada tahun 1947/1366 menyiarkan fatwanya di akhbar Al Ahram menerangkan bahawa sambutan kematian itu adalah bid’ah yang sangat tercela yang tidak berasas dari Islam, Siaranya di Majalah Nuurul Islam keluaran Al Azhar di antara lain mengingatkan ummat Islam supaya meninggalkan adat ma’tam atau sambutan hari kematian yang sedang mencengkam jiwa ummat Islam dan agar kembali kepada pimpinan Ugama dan Syariat yang luhur.[Baca: Hashim Ghani: Urusan Jenazah Dalam Islam menurut As- Sunnah hal.75]  

           Kesimpulannya mengadakan kenduri arwah baik sebelum atau sesudah mayat dikebumikan  samaada membilang hari ataupun tidak hukumnya adalah berkisar di antara bid’ah makruhah [makruh], bid’ah munkarah atau pun haram; sekali-kali tidak sunat. Begitu juga hukum mendatangi [hadir] majlis kenduri tersebut. Oleh itu berhati -hati dan takutlah kepada azab Allah sebelum membela dan mengamal tradisi Jahiliah ini.  

           Sekurang-kurangnya  kenduri  arwah  itu  bida’ah  makruhah  ataupun  makruh  hukumnya  kerana  perbuatan  itu  akan  menambah  kesusahan  bagi keluarga  simati  itu;serta  perbuatan  itu  juga  merupakan  peniruan  atau  penyerupaan  perbuatan  orang  Jahiliah. Seringkali  juga  permasaman  muka  tidak  bertegur-sapa  atau  perkelahian  terjadi  diantara  ahli  keluarga  mayat  dengan  tetangganya  kerana  sesuatu  ‘ kerenah’  ( perkara  tak  baik)yang  timbul  semasa  mengadakan  kenduri  arwah  itu. Dan  bila ini  benar  terjadi  maka  hukumnya  tidak  lagi  makruh  tetapi  sudah  menjadi  haram.  

           Adapun  yang  dikatakan  makruh  itu  adalah  sekiranya  makanan  atau  belanja  untuk  kenduri  itu  diambil  dari   kepunyaan  orang-orang  yang  melakukannya  sendiri, yakni  tidak  diambil  dari  harta  peniggalan  simati, terutamanya  sekiranya  simati  itu  meninggalkan  hutang  ataupun  anak  yang  mempunyai  anak  yang  masih  kecil. Juga  kenduri  itu  tidak  menimbulkan  ‘ kerenah’ sebagaimana  yang  disebutkan  di atas.  

           Sebaliknya  jika  belanja  atau  makanan  untuk  kenduri  arwah  itu  diambil  dari  harta  peninggalan  simati  yang  mempunyai  hutang atau  yang  mempunyai  anak  yang  masih  kecil  ( anak  yatim) atau  yang  masih belum  dapat  di dengar  suaranya, atau  perbuatan  itu  boleh  menimbulkan  perkara-perkara  yang  tidak  baik  atau ‘ kerenah’  seperti  yang  disebutkan  diatas, maka  dengan  tIdak  ragu-ragu  lagi  perbuatan  itu  menjadi  haram.   



  ANTARA MEMBEBANKAN DAN TIDAK MEMBEBANKAN  

  Ada antara mereka yang cuba membahagi-bahagikan persoalan kenduri kematian kepada yang memberatkan diri dan yang tidak. Sebenarnya apabila satu-satu keluarga yang baru menghadapi kematian sudah tentu perkara yang diterima akal yang sihat mereka menghadapi kesusahan dan kalaulah mereka bersusah payah menyediakan kenduri atau makanan kepada orang lain sudah tentu kesusahan mereka akan bertambah dan membebankan berdasarkan akal yang sihat tanpa pengaruh hawa nafsu. Oleh sebab itulah ulamak-ulamak besar di samping mengatakan bid'ah makruh mereka juga mengaitkan langsung dengan persoalan beban yang sudah pasti tertimpa kepada keluarga si mati. Sedangkan kenduri-kenduri pula disyariatkan ketika dalam suasana gembira atau menghadapi kegembiraan.  



  TAK PERLU IKHLAS - PAHALA TETAP SAMPAI?  

  Ada antara mereka yang cuba mempertahankan adat amalan kenduri kematian mengatakan bahawa mereka yang datang makan kenduri kematian menyedekahkan pahala sama ada ikhlas atau kerana nak makan tetap pahalanya sampai kepada si mati!!  

   Alangkah dahsyatnya alasan-alasan mereka yang ingin menegakkan bid'ah. Sedangkan amalan kita sendiri pun belum tentu diterima bahkan ditolak oleh Allah jikalau tidak ikhlas atau tidak mencari keredaan Allah!!! Bagaimana mungkin kita upah orang lain supaya buat ibadah untuk kita sehingga ibadah mereka untuk kita jauh lebih diterima dari kita sendiri buat amalan untuk diri kita sendiri?!!! Jelas sekali ucapan ini adalah batil dan cubaan qias yang melampau dan mengatasi akal yang waras dan sihat.  




  ANTARA WAHSYAH DAN KAFFARAH  

  Ada pula yang beralasan atau bertakwil bahawa yang dilarang itu hanyalah dalam bentuk wahsyah dan kaffarah sahaja tapi diterangkan dengan jelas apakah maksud wahsyah dan kaffarah. Sedangkan ulamak-ulamak besar dan imam syafie tidak mengaitkan persoalan wahsyah dan kaffarah dengan maksud kesunyian atau denda penghapusan dosa dalam membid'ahkan perbuatan kenduri kematian. Imam syafie hanya menyangkut persoalan bid'ah itu kepada perkara yang bertentangan dengan sunnah dan ada larangan dari sahabat serta ia membebankan keluarga si mati sahaja. Oleh itu cubaan untuk melarikan maksud larangan dari kitab-kitab muktabar kepada maksud yang dikhususkan tanpa penjelasan dan menyorok apa yang sebenarnya diucapkan oleh ulamak muktabar adalah cara jenayah ilmiyyah.  

   Saya masih boleh menerima jikalau mereka menolak pendapat imam syafie atau mengatakan pendapat imam syafie adalah salah dan pendapat mereka adalah benar dan ia adalah khilaf tapi saya tak boleh terima apabila mereka mengatakan yang dilarang oleh ulamak sama ada mengatakan bid'ah makruh atau haram hanyalah dalam bentuk wahsyah dan kaffarah. Ini adalah penyelewengan dan jenayah ilmiyyah.  

  Imam al-Syafie menegaskan dalam kitabnya al-Umm:  

   Maksudnya:"Aku suka jiran si mati atau orang yang mempunyai pertalian keluarga dengannya (keluarga jauh) memberi makan kepada ahli mayat (si mati), yang mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya, kerana itu adalah sunnah dan itu juga ingatan (zikir) yang mulia, dan ianya adalah perbuatan golongan yang baik-baik sebelum dan selepas kita. Ini kerana apabila tiba berita kematian Ja'afar, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:  

  Buatlah kamu makan kepada keluarga Ja'afar kerana telah datang perkara yang mengharukan kepada mereka."  

  Maksudnya: "Aku benci diadakan ma'tam iaitu perhimpunan, walaupun tidak ada tangisan kepada mereka, kerana sesungguhnya perbuatan itu memperbaharuan dukacita dan membebankan tanggungan"  

  (Muhammad Idris al-Syafie, al-Umm, juzuk 1 halaman 278-279)  

  Kitab jawi yang menyebut istilah wahsyah dan kaffarah dan juga kitab Hasyiah Al Qalyubi tetap juga memaksudkan wahsyah dan kaffarah yakni membebankan keluarga si mati dan tidak mengaitkan larangan bid'ah makruh atau haram kepada persoalan menghadapi kesunyian (wahsyah) atau kaffarah dosa seolah-olah yang membid'ahkan perbuatan kenduri kematian berdiri sendiri tanpa di kaitkan dengan wahsyah dan kaffarah tapi ia (wahsyah dan kaffarah) adalah pengukuh dan penguat sahaja akan kekarutan upacara kenduri kematian yang bersifat ritual keagamaan yang menyusahkan umat. Seolah-olah tiada cara lain untuk menyedekahkan pahala kepada si mati. Seolah-olah cara rekaan upacara tertentu menyedekahkan pahala seperti tahlilan dan kenduri kematian semestinya!!?  

  Sila lihat ayat dari kitab tersebut..(bughyatu al-tulab):  

  "Dan sunat bagi jiran keluarga mayat dan orang yang berkenalan dengan keluarganya, jikalau bukan jirannya sekali pun, dan segala kerabatnya yang jauh, membawa makan makanan akan orang yang kematian yang mengenyangkan mereka itu pada hari dan malamnya (serta) menyungguh2 akan mereka itu suruh memakan kerana mereka itu terkadang meninggal akan memakan sebab sangat terkejut hati mereka itu....  

  dan makruh lagi bid'ah bagi orang kematian memperbuat makanan menserukan (menyerukan) segala manusia atas memakan dia, sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang telah diadatkan kebiasaan manusia. Demikian lagi makruh lagi bid'ah bagi segala orang yang diserukan dia memperkenakan seruannya.  

  dan setengah daripada qabihat lagi makruh mengerjakan dia barang yang dikerjakan kebiasaan manusia barang dimakan dengan kafarat dan wahsyah dan 7 hari dan 40 hari dan umpamanya yang demikian itu....  

  Ada pun asal sunat mensediakan makanan itu pada barang yang dahlunya sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam, tatkala datang khabar kematian saidina Ja'afar bin Abu Talib pada perang mu'tah, perbuat oleh mu bagi keluarga Ja'afar makanan maka sesungguhnya telah datang akan mereka itu barang yang membimbangkan mereka itu. "  

  ( Syeikh Daud bin Abdullah alFatani Bughyatu al-Tulab, Juzuk 3 Halaman 33-34)
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 08:13 PM | Show all posts
Ulasan saya:  
   Di sini adalah terang sekali bahawasanya maruh lagi bid'ah adalah semata-mata berdirinya kenduri kematian sendirian tanpa wahsyah dan kaffarah..  

  sedangkan kalau disabitkan dengan wahsyah dan kaffarah bertambah kukuh lah akan larangannya dan bertambah dahsyat lagi bid'ahnya iatu di katakan oleh syeikh daud fatani sebagai qabihat lagi makruh yang dibenci lebih lagi dalam masalah ini. Oleh itu makruh lagi bid'ah kenduri kematian tanpa wahsyah dan kaffarah dan semakin teruk dan dahsyat makruh lagi bid'ah lagi qabih kepada kenduri kematian yang berdasarkan wahsyah dan kaffarah.  

  Harap dapat difahami dengan akal yang sihat persoalan ini.. Jangan menyembunyikan fakta yang sejelas ini.. Cubaan untuk menukarkan pendapat ulamak atau takwilan ini adalah jenayah ilmiyyah.. Kalau nak tolak pendapat imam syafie dan syeikh daud fatani kata tak kuat, bolehlah kita memaafkan mereka tapi masalahnya mereka memutar belitkan kata-kata ulamak dan mentakwil untuk memuaskan nafsu mereka.  

   Mana perginya derma kepada orang susah dan miskin?  

   Mana perginya derma kepada sekolah agama rakyat yang menanti rebah di bumi di sebabkan tiada derma-derma dari masyarakat melayu?  

   Mengapa orang melayu yang beragama Islam sanggup menghabiskan duit dalam perkara bid'ah yang karut marut dari menegakkan dakwah dan agama atau menegakkan sekolah agama rakyat serta membantu orang-orang miskin yang begitu ramai lagi dalam masyarakat kita?  


  UPACARA MENUNGGU KUBUR??  

  Setelah bid'ah kenduri kematian timbul maka disana satu lagi bid'ah yang lebih dahsyat disebabkan putar belit membolehkan kenduri kematian.. iaitu upacara ibadah di kubur atau menunggu kubur. Ada yang sanggup meninggalkan solat berjemaah kerana menunggu kubur.. ada yang sanggup  tidur atau duduk di atas kubur semata-mata ingin menemani orang di kubur tersebut dan menyedekahkan pahala kepada si mati di kubur... Hairan betul.. kenapa tak bertapa di masjid untuk sedekah kepada si mati kalau benarlah mereka kata amalan mereka boleh sampai kepada si mati.. lagi logik.. walaupun bid'ah.. Ini tunggu di kubur tempat yang kotor dan boleh menyebabkan tertinggalnya kewajipan-kewajipan yang lain termasuk solat berjemaah.. Tidak ada langsung dalam syarak iktikaf di kubur kecuali ajaran syiah karut.  

   Alangkah dahsyatnya dan celakanya cubaan qias dari tulisan ulamak-ulamak yang cuba disalah fahami.  

   Ulamak berbeza pendapat dalam sampainya pahala dan bukanlah mereka membenarkan upacara-upacara rekaan gila ini. Mereka tidak pernah membenarkan upacara-upacara khusus keagamaan dan ritual sehingga menjadikan ia sunat dalam bentuk dan cara tertentu tanpa pandunan nas. Oleh itu sudah terang dan jelas pendapat yang membenarkan upacara menunggu kubur adalah berasaskan sumber syiah atau ahli sunnah yang terpengaruh dengan syiah..  

   Kalaulah diterima bacaan tertentu dapat menyampaikan pahala kepada si mati buatlah secara umum atau masing2 atau juga oleh anak-anak sendiri yang salah satu dari usaha ibu bapanya mendidik sehingga bacaannya insyaallah diterima sampai kepada si mati tanpa perlu diadakan upacara khusus.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 08:15 PM | Show all posts
BERHUJAH DENGAN KHILAF (PERBEZAAN PENDAPAT) ?  
   Orang-orang yang ingin menegakkan bid'ah biasanya mereka suka mengatakan perkara ini adalah khilaf. Benar, khilaf ada yang diterima syarak sebagai benda yang boleh berlapang dada. Tapi disana ada khilaf yang keji dan tidak menerima sikap berlapang dada bahkan kita wajib menyalahkan dan menyerang dengan sungguh-sungguh pendapat yang batil tersebut walaupun ia di ijtihadkan oleh mujtahidin sendiri sama ada mujtahid mutlaq atau muqayyad.  

   Contohnya boleh makan anjing, bank konvensional bukan riba, riba berkali ganda sahaja yang haram, tamakninah bukan rukun solat, arak hanya dari perahan anggur dan seumpamanya. Perkara ini jelas bertentangan dengan nas dan akal yang sihat. Ijtihad sebegini kita tidak boleh berlapang dada. Ini adalah khilafiah yang keji dan kita bukan menyerang individu atau ulamak besar yang salah dalam persoalan ini tapi kita wajib menyerang dan menghapuskan pendapat yang batil ini atau khilafiah yang keji ini.  

   Tapi disana ada lagi khilafiah yang tidak putus nasnya dan boleh menerima pemahaman yang berbeza di kalangan ulamak.. Dalam persoalan ini banyak yang salah dalam memahaminya sehingga menganggap seolah-olah khilaf ini adalah hujah agama sehingga mereka menerima segala pendapat ulamak-ulamak walaupun memudahkan sehingga terkeluar dari batasan nas yang jelas dan sarih serta qat'ie. Atas dasar inilah terjadinya talfiq yakni campur mazhab dengan mengambil yang mudah sehingga mengabaikan soal dalilnya.  

   Berinteraksi dengan khilafiah yang tidak jelas nasnya mestilah dengan adab dan cara yang betul iaitu kita tetap dengan mendahulukan al-quran dan sunnah serta ijmak dan qias dan bukan mengikut hawa nafsu sehingga mencampur adukkan mazhab dengan ikutan hawa nafsu dengan mengambil yang termudah bagi kita atau bersesuaian dengan adat setempat. Kita tetap wajib mengatakan yang benar ialah yang menghampiran al-quran dan sunnah serta ijmak dan qias dan yang menyelisihinya atau berjauhan pemahaman terhadap kaedah fiqh tersebut maka ia sebenarnya lari dan tidak boleh dan haram kita mengambilnya sebagai pendapat yang diterima kerana kita telah membelakangi Allah dan Rasul dengan cara sebegitu.  

   Bagaimana dengan isu KENDURI KEMATIAN?  

   Sebelum kita pergi jauh perlulah kita memahami persoalan menyediakan makanan oleh keluarga si mati kepada orang lain sama ada sedekah atau lainnya seolah tidak menerima khilaf apabila ia di lihat dari sudut kitab-kitab muktabar yang menjadi rujukan utama dalam semua mazhab. Yang menjadi masalahnya ia masih belum sampai ke tahap ijmak apabila di kaji dari sudut kitab-kitab sampingan yang bukanlah menjadi rujukan utama dalam ke empat-empat mazhab.  

  Tapi mesti di ingat apa yang dikatakan oleh ulamak yang membenarkan pun tidaklah jelas perkataan mereka dalam soal kenduri kematian yang di adakan di rumah si mati tapi lebih kepada bentuk sedekah oleh keluarga si mati dalam masa 7 hari atau 40 hari tanpa ditetapkan di mana dan cara bagaimana.. yakni tiada upacara ritual khusus yang ditetapkan oleh ulamak tersebut.  

   Oleh itu jalan yang benar dalam menghadapi isu ini ialah mengkaji dalilnya dan memahami dalilnya dan berpegang kepada dalil yang jelas dan paling kuat tanpa di dorong oleh hawa nafsu kebiasaan manusia.. Ambillah jalan yang paling selamat dan jelas dalilnya. Sudah tentu dalam masalah ini takwilan yang diadakan oleh sesetengah golongan untuk membenarkan kenduri kematian adalah seumpama jenayah ilmiyyah kerana memutar belitkan kebenaran dan sebenarnya jumhur ulamak telah memahami hadis yang dikatakan riwayat Tawus itu ada kecacatan sama ada dari segi sanad dan lebih samar pula dari segi maksud matan hadis (sudah tentu tidak logik untuk memarfu'kannya (menyampaikannya) kepada (takrir-pembenaran) Rasulullah sallallahu alaihi wasallam) dan riwayat Asim pula ada kesalahan dalam sesetengah riwayat (yakni yang mahfuznya lain -daimratin - seorang perempuan).  



  JAWAPAN HAFIZ FIRDAUS:  

  Ana lihat ada 4 hujah yang valid untuk diberi perhatian.  

  PERTAMA tentang keikhlasan. Ia benar tetapi niat yang ikhlas tidak cukup kerana amalan itu sendiri perlu bertepatan dengan al-Sunnah. Demikian juga sebaliknya, jika amalan bertepatan dengan sunnah tetapi tidak ikhlas, maka ia tidak diterima juga.  

  HUJAH KEDUA, hadis riwayat Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dimana dalam perjalanan balik dari satu majlis perkebumian, Rasulullah s.a.w. dijemput oleh seorang wanita (isteri kepada yang baru dikebumikan?) untuk menjamu makan. Maka baginda dan para sahabat ikut serta makan.  

  Di sini timbul soalan, adakah jemputan makan oleh isteri atau wanita tersebut itu bersempena dengan adanya kematian atau semata-mata jemputan? Saya lihat ia semata-mata jemputan. Seandainya ia adalah jemputan bersempena kematian, maka sudah tentu amalan menjemput makan akan berlaku untuk hampir semua kematian pada zaman Rasulullah serta al-Salaf al-Shalih dan bukannya dalam satu kes ini sahaja.  

  HUJAH KETIGA, atsar daripada Tawwus rahimahullah. Imam as-Sayuti mensahihkannya dalam al-Hawi al-Fatawi dan al-Dibagh. Ia dikeluarkan oleh Ahmad dalam Kitab al-Zuhud dan Abu Nu’iam al-Asfahani dalam Hilyah al-Auliya’ Saya sedikit musykil dengan pensahihan ini kerana dalam sanad tersebut, Sufyan mengambilnya daripada Tawwus. Padahal setahu saya Sufyan tidak mendengar secara terus daripada Tawwus. Jadi sanadnya terputus (munqathi’).  

  Tak apa, kita boleh juga mengambil pensahihan al-Sayuthi. Dalam atsar tersebut, Tawwus menerangkan bahawa mayit ditimpa fitnah pada tujuh hari pertama selepas dikebumikan. Maka para sahabat mensedekahkan makanan pada 7 hari yang pertama itu agar pahala daripadanya dapat disampaikan kepada mayat, dengan harapan ia dapat menjauhkan mayat tersebut daripada fitnah.  

  Soalannya, sedekah makanan yang bagaimanakah dapat menjana pahala? Ia adalah sedekah makanan kepada orang miskin, anak yatim dan sebagainya. Orang yang bercukupan tidak masuk dalam kategori ini kerana sedekah kepada orang yang bercukupan telah disentuh oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis berikut: “Tidak halal sedekah bagi orang yang kaya, dan tidak bagi orang yang berkebolehan lagi normal (sihat dan kuat).” [Sahih Sunan Abu Daud - no: 1634]  

  Oleh itu jika kita hendak mengamalkan atsar dari Tawwus, hendaklah diberi makan kepada kaum miskin, anak yatim dan sebagainya.  

  HUJAH KEEMPAT: Hadis keutamaan majlis zikir. Hadis-hadis seperti ini memang banyak dan sahih-sahih belaka. Hanya yang menjadi perbincangan adalah apa dan bagaimana kaifiat majlis zikir tersebut.  

  Katakanlah ia adalah zikir yang memuji dan membesarkan Allah. Ini mungkin tetapi tidak semestinya dilakukan dengan serentak dengan suara yang kuat. Ini kerana tidak semua amalan dalam Islam apabila ia dilakukan dalam berkumpulan, bererti ia adalah secara serentak dan kuat.  

  Perhatikan amalan tawaf, ia dilakukan dalam kumpulan tetapi tidak serentak antara semua orang yang tawaf. Perhatikan solat zohor berjamaah, ia dilakukan dalam kumpulan tetapi dengan suara yang perlahan/sirr.  

  Oleh itu hadis-hadis tentang majlis zikir masih memerlukan pengkhususan tentang kaifiatnya. Jika tidak ada dalil yang mengkhususkan, kita tidak boleh mengkhususkannya. Apa yang umum lagi terbuka hendaklah diamalkan dalam bentuknya yang umum lagi terbuka juga.  

  Demikian sedikit pandangan dan komen saya.  


source: http://www.opensubscriber.com/message/[email protected]/5826413.html
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 09:01 PM | Show all posts
Syekhul Mazhab Al Imam Nawawi r.a :

Tersebut dalam  Majmuk Syarah Muhazzab juzuk 5 muka surat 311 , cetakan Daarul Fikar : 揇isunnatkan bagi orang yang menziarahi kubur bahawa membaca apa-apa yang mudah dari Al Quran dan mendoakan untuk mereka (yang mati) selepas bacaan (Quran). Telah me Nash kan (ya抧i menyebut dengan terang/ jelas) oleh Imam Syafie padanya. Ashhab (juga) telah sependapat (pada masaalah ini).  Menambah beliau (Imam Syafie) ditempat lain dengan katanya 慗ika mengkhatamkan  bacaan Quran oleh mereka (yang hidup)  diatas (sisi) kubur lebih lah afdhalnya
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 10:32 PM | Show all posts
Imam Abu Dawud r.h berkata dalam kitab Masaa抜l Imam Ahmad (ms. 158):  

揂ku mendengar Imam Ahmad ketika beliau ditanya tentang baca al-Qur抋n di pemakaman? Beliau menjawab: 揟idak Boleh
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 10:39 PM | Show all posts
Para ulamak telah berselisih pendapat tentang hukum membaca al-Qur抋n di kuburan untuk mensedekahkan pahalanya kepada penghuni kubur tersebut. Yang lebih menepati pandangan Imam al-Syafi抜 r.h adalah kiriman pahala tersebut tidak sampai dan beliau berhujah dengan firman Allah S.W.T. :

(Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. - Al-Najm : 38-39

Telah berkata al-Hafidz Ibnu Kathir r.h di dalam kitab Tafsir al-Qur抋n al-Adzim ketika mentafsirkan ayat di atas:

揑aitu sebagaimana seseorang tidak akan memikul dosa orang lain demikian juga seseorang tidak akan memperolehi ganjaran (pahala) kecuali apa-apa yang telah dia usahakan untuk dirinya sendiri. Dan dari ayat yang mulia ini Imam al-Syafi抜 bersama para ulamak yang mengikutinya telah mengeluarkan hukum bahawa bacaan al-Qur抋n tidak akan sampai hadiah pahalanya kepada orang yang telah mati. Kerana bacaan tersebut bukan dari amal dan usaha mereka. Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengsyari抋tkan umatnya (untuk menghadiahkan bacaan al-Qur抋n kepada yang telah mati) dan tidak juga pernah menggemarinya atau memberikan petunjuk kepada mereka baik dengan nash (dalil yang jelas lagi terang) dan tidak juga dengan isyarat dan tidak pernah dinukilkan dari seorangpun sahabat (bahawa mereka pernah mengirim pahala bacaan al-Qur抋n kepada orang yang telah mati). Jika sekiranya amalan itu baik tentu para sahabat telah mendahului kita mengamalkannya. Dan di dalam masalah ibadah ianya hanya terbatas pada dalil dan tidak boleh dipalingkan dengan qiyas-qiyas atau pendapat-pendapat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2007 12:25 AM | Show all posts
adalah lebih baik kita bawakan makanan & juadah, beras ke, gula ke rumah orang2 yg mengalami kematian utk mengurangkan kesedihan & beban mrk.

upah solat jenazah (walaupun mrk kiaskan sbg sedekah) & jamuan utk orang ramai yg hadir di majlis kenduri kematian itu sebenarnya dah jadi adat yg membebankan. kalau ada option tentu mrk tak buat semua tu (sebab tuan rumah kena keluar duit utk jamu orang), tapi memandangkan ianya dah jadi budaya maka beratlah bagi mrk utk berkata tidak lalu terpaksa memasak bihun dan sebagainya utk kenduri kematian. mrk takut nanti masyarakat sekeliling berkata "kesian aruah, keluarga arauh tak buat kenduri kematian utk aruah.....".
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2007 08:24 AM | Show all posts
Al Khilal berkata:Berkhabar pada ku AlHasan bin Ahmad Al Waraq, beliau berkata menceritakan daku Ali bin Musa Al Hadad , beliau seorang yang sangat benar , beliau berkata [Adalah aku bersama-sama Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Qudamah Al Jauhary mengiringi jenazah. Maka apakala selesai ditanam mayyit tersebut, duduklah seorang buta membaca Quran disisi kubur itu. Imam Ahmad berkata  (menegur) 揌ai lelaki ini,,,,, Bahawa membaca Quran di tepi kubur , bida抙
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2007 08:27 AM | Show all posts
Al Khilal menyebut lagi 揂dalah  golongan (sahabat) Al Ansar, apabila kematian dikalangan mereka , mereka pergi ke kubur yang kematian itu, membaca Quran disisnya
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2007 08:30 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 06:13 PM | Show all posts

BUAT MAJLIS TAHLIL BERDOSA???

TADI Aku pi dgr ceramah kat ngan sebuah tempat belajar terkemka,sajer2 lepak kat situ bulan2 pose nih,tehn aku terdengar si ustaz ckp bhw jika kita sambut majlis tahli,kita akan dikira berdosa sbbnyer imam syafi i kata xsmpt pahala buat yasin kat org mati,so cmner ek??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.124925 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list