|
amir nampak kelam kabut la...tak berape nak besh...
yg besh chot ngan sepah....ade jalan cerite yg menarik..
next week, kalo tak manbelon yg kuar, mesti bg talam... |
|
|
|
|
|
|
|
samsul ghau2 cuba nk wat lawak sblm dia bg komen, tp msalahnya x lawak pon |
|
|
|
|
|
|
|
Hahhaa..
naper ngan Shamsul ghau gahu smalm??
haha..x leh blah tgk muka dia |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #133 Sarah_Aziz88's post
yer arr...xleh blah arr....heheheh |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #134 wizardLy_boy\ catat
hehehe..
korang raser saper kuar next week?
aku rasa talam la.. |
|
|
|
|
|
|
|
amir mmg hancur
dia nih sesuai jadik badut
sbb tak payah ckp pun, orang dah gelak tgk dia |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #136 Syd's post
x cukup tinggi.....arr ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgk bnyk samsul dgn pojiah plak yg wat lwk
dulu best la, jozan yg kaco2 peserta wat lawak...
dr pengkritik yg gune mase wat lwk...baik jozan
papepun aku suke tgk chot |
|
|
|
|
|
|
|
apsal Manbelon tak kluar...nyampah la tengok...semak...tak gelak aku tgk dia...marah lagi ada
si amir tu lak...mcm tersasul je nk buat lawakk..dah start nervous ke
so far Sepah je ok...yg lain tak dpt nk tengok asyik nk lena je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #136 Syd's post
apa pula, aku tgk si Man Belon tak boleh gelak pon ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
korang rasa, pelawak2 thn nie bole cabar nabil tak??? paling tidak pun sebaris ngan johan n zizan??? |
|
|
|
|
|
|
|
cabar nabil?? xpasti...
setaraf johan zizan leh kot |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #143 amira_adlina's post
betuii..diorang x sekreatin en.nabil..![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
nabil ti mmg the best ever.. rasa taun ni mmg takleh lawan dia
Man belon tue nak hiburkan kanak2 budak2 leh ler ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Peserta wanita menjadi, lelaki...
Oleh Elrafaei Sapi
[email protected]
Rap
BUKAN mudah menghiburkan penonton apatah lagi perlu berlawak menerusi program televisyen secara langsung. Akui peserta Raja Lawak musim ketiga, Adam Abdul Karim Zamri, 19, cabaran yang dilalui sepanjang tiga minggu berada dalam program berkenaan begitu mencabar.
Namun, rezeki pada persembahan malam Jumaat lalu tidak memihak kepadanya apabila menjadi peserta ketiga tersingkir.
Pada minggu lalu, dua peserta Ahmad Faizlam Alam (Mat) dan Shamsir Mohd Shahar (Syem) disingkir sekali gus.
Adam berkata, antara faktor dia disingkirkan ialah penceritaan lawak yang kurang mantap hingga gagal memikat hati tiga juri, Zaibo, Fauziah Nawi dan Shamsul Ghau-Ghau. Minggu ini setiap peserta perlu membuat persembahan lawak berdasarkan topik tabiat orang Malaysia dan Adam menyampaikan aksi lawak menggunakan telefon bimbit untuk tujuan lain seperti mengumpat.
Zaibo memberi teguran kepada aspek penceritaan yang perlu dipertingkatkan.
Fauziah pula berkata, persembahan Adam kali ini lebih baik berbanding minggu sebelumnya manakala kata Shamsul, tiada komunikasi dengan juri dan penonton.
Apapun Adam mengakui tidak menyalahkan juri dan penonton akibat penyingkirannya.
Katanya, dia akur dengan keputusan juri dan penonton yang meletak dirinya di tangga bawah bersama Jihan dan Talam.
Pemuda berasal dari Kuantan, Pahang ini hanya memperoleh undian khidmat pesanan ringkas (SMS) sebanyak 3.8 peratus manakala Jihan 7.4 peratus dan Talam 5.5 peratus.
“Kata juri ada betulnya dan penonton juga bijak dalam membuat penilaian. Mungkin penceritaan saya kurang mantap menyebabkan saya gagal. Cerita kali ini, saya ambil daripada idea yang dikongsi anggota keluarga dan rakan.
“Saya akui berasa gementar dalam persembahan. Sepanjang berada dalam program ini, banyak pengalaman yang saya timba.
“Selain bertemu ramai kawan baru, saya melalui pengalaman sesi perah otak yang membuatkan saya mahu menangis.
“Pernah dua hingga empat kali cadangan lawak saya ditolak, tetapi apapun keputusannya, saya terima kenyataan itu dengan terbuka,” katanya.
Antara 10 peserta yang membuat persembahan malam itu, Mohammad Amirullah Azmi atau Amir mengungguli undian SMS penonton dengan 18.65 peratus.
Walaupun mendapat undian SMS tertinggi, persembahan Amir bagaimanapun gagal mendapat pujian juri.
Zaibo memberikan komen aksi Amir masih mempunyai elemen kelakar, tetapi penyampaiannya kurang lancar. Fauziah pula menilai persembahan Amir hilang fokus manakala Shamsul menganggap Amir terlebih yakin hingga aksinya tidak kelakar.
Peserta wanita, Nuur Jihan Musa atau Jihan menarik perhatian ramai menerusi lawak tabiat ketawa.
Zaibo memuji persembahannya yang menunjukkan peningkatan di samping suara yang jelas dan idea penceritaan menarik.
Fauziah turut berpuas hati dengan persembahan Jihan yang dinilai berjaya dan mempunyai keyakinan berlawak di hadapan penonton.
Shamsul menyamakan Jihan seperti pelawak antarabangsa, Goldie Hawn.
Seorang lagi peserta wanita, Rafizzan Yaacob atau Yann dipuji Zaibo kerana bijak menggunakan bahasa tubuh dengan baik.
Fauziah berpendapat keyakinan peserta berusia 32 tahun ini makin meningkat dengan lontaran vokal yang jelas.
Begitu juga Shamsul, melihat penceritaan yang disampaikan lebih dekat dengan pengalaman sendiri dan tidak mustahil mampu bergelar juara program ini.
Persembahan kumpulan Chot yang dianggotai Hazmeer Hassan dan Muhd Shaiful Bakri turut menarik perhatian juri dan penonton di studio menerusi aksi lawak seperti alat kawalan jauh.
Kata Zaibo, penceritaan kumpulan ini sesuai dengan peringkat usia mereka dengan idea baru dan kombinasi yang baik.
Fauziah berpuas hati dengan sebutan anggota kumpulan ini yang jelas, bertenaga dan menunjukkan peningkatan dari minggu sebelumnya.
Shamsul pula merasakan kumpulan ini makin selesa dengan persembahan mereka yang dinilai mantap.
Kumpulan LNJ dianggotai Afzan Saffuan Ahmad dan Wan Sharizon Rahim pula diulas Zaibo berjaya sampaikan unsur moral pada penonton secara halus.
Kata Fauziah, watak bomoh tidak bertutur secara jelas manakala Shamsul mula menyukai lawak kumpulan ini.
Peserta Aman Shah Asri atau AM mendapat komen positif juri yang mengatakan persembahannya kali ini bertenaga, berkeyakinan dan bertambah baik berbanding minggu lalu.
Begitu juga dengan persembahan Ahmad Faidz Ahmad Yusoff atau Talam yang mempunyai kekuatan pada vokal yang jelas tetapi mempunyai penceritaan yang kurang mantap.
Persembahan Sutarmin Tukichan atau Manbelon kelihatan masih gugup dengan penceritaan bersifat sederhana.
Bagaimanapun, peserta ini yang membawakan watak Cina dan Jawa masih mempunyai kelebihan dari aspek ekspresi. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang ni aku minat kat Yann dan Chot....Yann memang ada bakat besar, sebagai stand-up comedian...dia tak perlukan props, cuma berbekalkan air liur jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
amir lawak? pleeeaaaseee lor...2 minggu pas aku ngk dia nangis cm bdk2 ngk kwn2 dia kua..
amir nie bdk2 skola darjah bpe ek? cekgu dia x marah ke dia msok raja lwak nieh? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif)
![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|