|
aku baru beli album Allah habibi ni semalam...
ok jek lagu2 dia.... but jumlah lagu terlalu sikit utk harga cd tu.. kalau ikutkan ada berapa ketul jek lagu yg betul2 baru...
anyway, aku suka sore dia sebab .... macam mana nak cakap ek.... hmm... 'berat'... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #143 niy\ catat
kan sama la kite...
btw dah beli ek.... musti time beli tu ingatan kat kikin takde la ek |
|
|
|
|
|
|
|
Selasa April 28, 2009
Mawi akur jualan albumnya tidak sehebat dulu
Oleh WAHIDA ASRANI
BAHANG krisis ekonomi yang sedang melanda ketika ini sememangnya turut terkena tempias terhadap rata-rata individu dan pelbagai sektor. Begitu juga industri hiburan tanahair yang dilihat semakin 'parah' apatah lagi dari segi penjualan album.
Jika sebelum ini pasaran album yang lembab sudah lama memberi petanda 'kemurungan' industri hiburan, nampaknya kegawatan ekonomi yang dihadapi kini semakin membuatkan banyak syarikat rakaman sendiri agak 'takut' untuk menghasilkan album artis-artis mereka.
Melainkan jika artis terbabit masih mempunyai 'nama' yang kuat, maka peluangnya mempunyai album mungkin masih cerah. Namun begitu, ia tetap tidak menjanjikan apa-apa dari aspek penjualan album, tambahan pula dengan kecanggihan teknologi masa kini serta muat turun yang sudah menjadi 'trend' ketika ini.
Begitu juga yang dirasai oleh penyanyi popular Mawi yang telah muncul dengan album terbaru berkonsepkan ketuhanan, Allah Habeebi, sejak 28 Disember tahun lalu.
Mawi pada majlis pelancaran album terbarunya, Allah Habeebi - foto THE STAR oleh RICKY LAI
Walaupun bersyukur albumnya itu berjaya meraih jualan kira-kira 15,000 unit sehingga Februari lalu di sebalik kegawatan ekonomi yang melanda, kata Mawi, dia akui, tahap jualan itu amat rendah berbanding album-albumnya terdahulu.
"Saya akui, jualan album ini bergerak agak perlahan. Dan saya tidak nafikan, memang susah untuk dapat jual album seperti dulu. Bukan saja kerana krisis ekonomi, tetapi masyarakat sekarang lebih suka 'download' saja.
"Saya akur dengan senario sekarang. Kalau nak cakap jualan album saya lembab disebabkan populariti yang semakin merundum, saya tidak pernah pun berfikir tentang hal itu sama sekali kerana apa yang penting buat saya ialah bekerja dengan ikhlas," kata Mawi yang ditemui pada majlis pelancaran albumnya di Le Meridien, semalam.
Menurut suami kepada aktres Nora'Ashikin Rahmat atau Ekin ini, walaupun jualan mungkin agak perlahan, tetapi dia sendiri puas hati dengan kualiti album terbarunya itu yang sebenarnya turut mendapat sambutan melebihi 50,000 bagi muat turun nada dering sejak album tersebut mula dipasarkan.
Album yang diterbitkan sepenuhnya oleh Othman Mahmood ini menampilkan komposer-komposer berkaliber seperti Farihin, M.Nasir dan Edry KRU. Single terbarunya, Sujud, ciptaan sepenuhnya oleh Edry ketika ini juga mendapat sambutan hebat.
Selain melalui proses mastering sentuhan Roslan Aziz yang dibuat di Amerika Syarikat, album ini turut menampilkan penggunaan alat-alat muzik yang dimainkan secara 'live' oleh pemuzik-pemuzik seperti Man Kidal, Azman Alias, Napie Spider dan Zahid Ahmad.
"Berbanding album-album saya yang terdahulu, kos pembikinan album Allah Habeebi ini adalah yang paling tinggi iaitu melebihi RM100,000 yang membabitkan kos studio, susunan muzik dan aspek teknikal yang lain.
"Secara keseluruhannya, memang saya berpuas hati dengan penghasilannya. Album ini memuatkan enam buah lagu baru termasuklah dua buah lagu lama yang dirakamkan semula yang mana salah satunya ialah Seroja. Lagu Seroja saya rakamkan semula atas permintaan peminat sendiri.
Mawi turut mengadakan persembahan pada majlis pelancaran itu
"Malah, saya juga berpeluang buat kali kedua menulis lirik lagu Hijab selepas percubaan pertama menghasilkan lirik lagu Ayah yang dimuatkan di dalam album kompilasi lagu-lagu raya AF2007," kata Mawi yang kini berada di bawah naungan Astro Entertainment setelah syarikat pengurusan asalnya, Maestro ditutup.
Dalam pada itu, ditanya sama ada dia berminat untuk menghasilkan album yang berkonsepkan universal pula kelak, kata penyanyi berusia 28 tahun ini, buat masa ini dia belum terfikir untuk berbuat demikian.
"Saya belum tergerak untuk buat album yang lain daripada berkonsepkan ketuhanan. Mungkin satu hari nanti saya akan cuba juga," tutur Mawi yang turut mendapat empat pencalonan di dalam dua kategori di Anugerah Industri Muzik ke-16 (AIM16) iaitu Album Nasyid Terbaik dan Lagu Nasyid Terbaik.
Mulakan Langkah Mawi musim kedua bulan depan
Bulan depan, Mawi bersama produksi MW Entertainment akan memulakan rakaman program Langkah Mawi musim kedua di beberapa buah destinasi antarabangsa seperti Melbourne, Itali dan Hong Kong.
Program yang mengupas tentang muzik, fesyen, makanan dan budaya negara-negara tertentu ini berkemungkinan akan ditayangkan di Astro Ria selepas Hari Raya nanti.
"Bulan depan kami akan ke Melbourne dan pada bulan Jun pula kami akan ke Itali dan seterusnya ke Hong Kong. Destinasi-destinasi ini sebenarnya dipilih setelah berbincang dengan produksi saya dan mengambilkira pelbagai aspek," kata Mawi yang akan turut ditemani oleh isteri tercinta ketika sesi rakaman dibuat di negara-negara terbabit.
Kata Mawi lagi, MW Entertainment juga turut mempunyai perancangan untuk menerbitkan lebih banyak program di bawah produksi itu sendiri kelak.
"Sudah empat tahun berada dalam industri ini, saya rasa sudah sampai masanya saya rancang bagaimana untuk tingkatkan lagi karier saya. Saya tidak rasa sudah lewat untuk mulakan hal-hal seperti ini.
"Mungkin dulu saya masih 'blur' dan tidak ada keyakinan diri untuk bergerak sendiri. Tetapi setelah mengenali ramai orang dalam industri ini, saya rasa saya mampu lakukan," kata Mawi.
[ Last edited by cloudnine_mm at 28-4-2009 11:44 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Rambutnya kembali seperti sediakala pulak, tulah semalam tengok bite Astro Awani aik......rambut Mawi dah cam nipis semula, tapi ari tu lam paper ada dia kata tak selesa rambut panjang, rasa nak potong aje katanya..apa2 pun gook luck untuk Mawi BAGUSlah tu fokus lebih pada kerjaya, banding ngan peribadi..... SEMOGA LEBIH BERJAYA ..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cloudnine_mm at 28-4-2009 11:41
Selasa April 28, 2009
Mawi akur jualan albumnya tidak sehebat dulu
Oleh WAHIDA ASRANI
BAHANG krisis ekonomi yang sedang melanda ketika ini sememangnya turut terkena tempias terhadap ra ...
....
Walaupun bersyukur albumnya itu berjaya meraih jualan kira-kira 15,000 unit sehingga Februari lalu di sebalik kegawatan ekonomi yang melanda, kata Mawi, dia akui, tahap jualan itu amat rendah berbanding album-albumnya terdahulu.
jauhnya.... 15K jer |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by niy at 28-4-2009 17:07
jauhnya.... 15K jer
download ringtone...masih tinggikan...50K.....ok la tu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cloudnine_mm at 28-4-2009 11:41
Selasa April 28, 2009
Mawi akur jualan albumnya tidak sehebat dulu
Oleh WAHIDA ASRANI
BAHANG krisis ekonomi yang sedang melanda ketika ini sememangnya turut terkena tempias terhadap ra ...
first time takder boh.c menempel dgn botak..reputz pung bosan dgn boh.c ni:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #151 kekekek\ catat
suka tgk gambo ni psl kikin takde |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #151 kekekek\ catat
mekasih bono
suka tengok gamba nih
<faham2 ajelah kenapa>
tapi tambah suka..
kalau man bangla tu tak ada kaitan dgn mawi
<dia kan yg lalok kat ostolia,,.. tapi tuduh mawi > |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #153 niy\ catat
x pe niy.....sabar2 ....org itu akan dapat balasan kalo dia memfitnah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #155 cloudnine_mm\ catat
|
|
|
|
|
|
|
suka baca statement mawi dl metro psl kena bersiap sedia tuh..... ade die sbut klau dah laku nanti ramai yg taknak kawan... agaknya mawi dah nmpk kot....
btw bagus die punya planning tuh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #158 niy\ catat
bukak restoren... tulis skrip... buat drama |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dino at 29-4-2009 13:19
suka baca statement mawi dl metro psl kena bersiap sedia tuh..... ade die sbut klau dah laku nanti ramai yg taknak kawan... agaknya mawi dah nmpk kot....
btw bagus die punya planning tuh....
paper metro hari ni ke Dino???? |
|
|
|
|
|
|
| |
|