Sewaktu menatap Baitullah hendaklah ada dalam fikiran tentang Kebesaran Baitullah, di samping itu hendaklah membuat andaian bahawa mereka sedang musyahadah dan amat menghormati Pemilik Baitullah itu.
Apabila tawaf keliling Ka'bah jangan hanya tubuh zahir saja mengelilinginya, tetapi hendaklah sedar bahawa dirinya sedang meniru para malaikat yang terlalu rapat dengan Allah SWT sedang mengelilingi 'Arasy.Seolah perbuatan mengelilingi itu sedang berusaha untuk bertemu dengan Tuhan, yang disebutkan oleh Nabi s.a.w. sebagai seolah olah melihat-Nya.
Meskipun manusia tidak dapat melihat Allah SWT (kecuali dalam syurga), tetapi Dia tetap melihat manusia yang mempunyai keinginan untuk bertemu sedang tawaf mengelilingi "Rumah-Nya". Mengapa manusia begitu berhajat kepada Tuhan, tidak lain kerana menyedari kelemahan dirinya sebagai makhluk yang serba kekurangan.
Terlalu berhajat kepada Allah SWT yang serba cukup dan Maha Berkuasa dan Maha Kaya, agar segala kekurangan sama ada dari segi iman, ilmu serta amal soleh dapat dipenuhi dengan kurnia-Nya. Tujuan asal tawaf bukannya sekadar tubuh yang zahir sahaja, bahkan tawaf bersama hati dan fikiran yang sentiasa ingat serta lidah yang sentiasa menyebut nama Allah SWT.
Apabila selesai tawaf disunatkan supaya bergayut pada tabir Ka'bah serta melekapkan dada di Multazam itu untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Lantaran terlalu rindu kepada Pemilik Baitullah untuk mendapat keampunan dan keberkatan-Nya
rupanya masih belum capai matlamat amalan
Ya...Allah terimalah amalan kami..jangan jadikan ianya sia-sia
kami tidak pandai beribadat dan tidak pandai berzikir selayaknya untukMU..
ampunilah kami
[ Last edited by HUSSAINTAHIR at 17-6-2009 23:13 ] |