CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[R-TV] Sehati Berdansa 3 [ Tahniah! Sean & Nana ]

[Copy link]
Post time 7-12-2009 05:41 PM | Show all posts
wawaw.. xsuka la... mang selimut minat giler kat didie nie... dah la menari lagu pempes tu mantop n gotic sanagt... wawa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2009 06:50 PM | Show all posts
SB3: Isma & Zul Nafi Guna Bomoh!



Teks oleh Thani Hasbullah
Foto oleh Mazlan Yunos


KUALA LUMPUR, 11 DISEMBER 2009: Pasangan Sehati Berdansa 3 (SB3), Isma & Zul, menafikan sekeras-kerasnya mereka menggunakan khidmat bomoh untuk mempertahankan kedudukan serta aura mereka dalam pertandingan realiti itu sekali gus menarik pengundi.


Bercakap kepada murai.com.my semalam, Zul dan Isma kesal gosip itu semakin menular dan tidak tahu siapakah yang bertanggungjawab menyebarkannya.


Mereka menjelaskan gosip tersebut tiba-tiba menimpanya selepas salah satu pasangan lain mendakwa ternampak benda ganjil dan terasa pelik ketika pasangan itu berlatih.


"Saya difahamkan cerita itu timbul selepas satu pasangan yang telah tersingkir kononnya nampak sesuatu yang ganjil ketika sesi latihan. Dia mendakwa ada ternampak nenek tua dan bilik latihan menjadi gelap. Dia mendakwa kejadian itu akhirnya membuatkan dia terlupa langkah tarian dan mula bercerita kepada pasangan lain.


"Kami kesal kerana gosip itu telah tersebar di akhbar dan peminat mula menuduh kami puncanya melalui komen-komen tidak berasas di dalam internet.


"Hairan kenapa kami pula dituduh bermain bomoh dan ilmu hitam sedangkan ini adalah pertandingan untuk mencari dana kebajikan kepada mereka yang memerlukan. Gosip ini kami sudah dengar ketika minggu ke-3 dan ke-4 pertandingan ini lagi.


"Kami harap hentikanlah tuduh menuduh ini dan jangan bercakap tanpa bukti yang sahih," kata Zul atau Zulkefli Majid, 37.


Menurut Isma, 30, pula beliau menganggap gosip sedemikian dalah tindakan orang yang tidak bertanggungjawab yang sengaja ingin mengganggu konsentrasi mereka.


"Mereka telah membuat fitnah yang tidak berasas. Bagi Isma, gosip ini mengarut dan paling kelakar didengar setakat ini. Tapi kami langsung tidak menghiraukannya kerana kami mempunyai misi yang lebih penting iaitu melakukan persembahan yang terbaik pada setiap minggu," kata Isma.


Isma dan Zul yang kini berjaya bertahan hingga minggu ke-8, turut menjelaskan mereka tidak meletakkan keyakinan yang tinggi untuk sampai ke peringkat final. Apa yang penting bagi mereka ialah memberikan persembahan yang terbaik pada setiap minggu.


Isma & Zul juga bersama 4 pasangan lain iaitu Oshin & Firdaus, Sazzy Falak & Nazril Idrus, Dira & Ash serta Syed Hussein & Noor Diyana kini meneruskan saingan dalam pentas SB3.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 07:20 PM | Show all posts
isma and zul:kant:.....go oshin and sazzy:pompom::pompom:final twoo....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2009 12:03 PM | Show all posts
Dira, suami tersingkir
Oleh Elrafaei Sapi
[email protected]


KUALA LUMPUR: Rezeki tidak menyebelahi pasangan Khaidirah Abu Zahar (Dira) bersama suami, Tengku Shafiz-rullah Tengku Mohd Shahid apabila diumumkan tersingkir pada saingan minggu kelapan program realiti, Sehati Berdansa musim ketiga, malam tadi.

Keputusan diumumkan pengacara Awal Ashaari pada program yang berlangsung di Astro, Bukit Jalil di sini. Pasangan Dira tersingkir selepas mendapat markah terendah sebanyak 49 peratus.

Kata Dira, dia bersama pasangannya akur dengan keputusan juri profesional yang bertanggungjawab memberi 50 peratus markah manakala bakinya, diundi penonton menerusi SMS.

“Walaupun tersingkir saya dan suami tetap puas kerana kami sudah beri persembahan yang terbaik,” katanya.

Penyingkiran pasangan Dira bermakna hanya RM8,000 sumbangan diberikan kepada Persatuan Thalassemia Malaysia.

Pasangan Syed Hussein Syed Mustafa dengan Noor Diyana Muhammad mengungguli kedudukan peserta dengan markah 57 peratus. Tempat kedua milik pasangan Ismaliza Ismail bersama suami, Zulkefli Majid (56 peratus), diikuti pasangan Sazlini Shamsul Falak (Sazzy Falak) bersama suami, Nazril Mohd Idrus (53 peratus) dan pasangan Nurul Huda Md Nasir (Oshin) dan Mohd Firdaus Mohd Shukor (51 peratus).

Saingan kali ini menyaksikan peserta perlu melakukan tarian mengikut tema Broadway (Charleston).

Tiga juri profesional yang terbabit adalah Joseph Gonzales selaku juri tetap bersama dua juri undangan iaitu pelakon Radhi Khalid dan penari, Angeline Hew.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 01:20 PM | Show all posts
aku ske je kalo sume terkeluar
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 02:19 PM | Show all posts
aku ske je kalo sume terkeluar
gulie Post at 14-12-2009 01:20 PM


{:3_84:}baik xyah ada sehati berdansa ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2009 08:59 PM | Show all posts
twit away nya minggu ni oshin takda..ish ketinggalan sokmo aku
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2009 09:06 PM | Show all posts
k daat tahu dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2009 09:26 PM | Show all posts
huwaaa isma
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2009 12:44 PM | Show all posts
Zul-Isma Kecundang Di Separuh Akhir 'SB'

oleh WAHI AZIZ




KUALA LUMPUR: Malam Debaran Sehati Berdansa minggu ke-9 telah menyaksikan pasangan Zul dan Isma gagal untuk melangkah ke pentas akhir minggu hadapan apabila tersingkir malam tadi.

Pasangan itu mendapat keputusan undian terendah, 58 peratus berbanding pasangan Sein dan Nana, 70 peratus dan pasangan Sazzy dan Nazril dengan 61 peratus.

Penyingkiran pasangan ini bagaimanapun membolehkan mereka menyumbang sebanyak RM9,000 kepada badan kebajikan yang diwakili mereka, Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia.

Menurut Isma yang ditemui di majlis sidang media selepas itu, dia sedikit kecewa kerana terpaksa akur dengan penyingkiran itu.

Tambahnya, dia dan suami, Zul bagaimanapun berpuas hati dan gembira dengan segala usaha dan komitmen yang telah mereka berikan sepanjang sembilan minggu berada dalam program realiti tarian popular ini.

"Saya akui memang agak sedih dan hampa sebab tidak dapat teruskan cabaran ke Malam Kemuncak minggu depan.

"Namun, saya akur dengan keputusan ini. Kami telah memberikan yang terbaik sepanjang sembilan minggu di sini, mungkin setakat ini saja rezeki kami.

"Saya dan suami sangat gembira dengan apa yang telah kami usahakan. Kami sedikit pun tidak tertekan walaupun terpaksa menari dua jenis tarian untuk minggu ini.

"Walaupun tak berjaya ke Malam Kemuncak, tapi kami telah berikan yang terbaik. Mereka lebih layak ke Malam Kemuncak," kata Isma yang gagal menahan emosinya.

Zul pula menyifatkan, dia tidak pernah menyangka akan bertahan sehingga ke minggu ke-9.

Ketika ditanya mengenai penarikan diri oleh pasangan Oshin dan Firdaus daripada program itu minggu ini, Penerbit Eksekutif Sehati Berdansa, Norazian Zahir berkata, keputusan itu adalah sesuatu yang berada di luar kawalan dan tidak dijangka sama sekali. Pengunduran Oshin adalah disebabkan oleh masalah kesihatan.

Pentas akhir Malam Kemuncak Sehati Berdansa di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 26 Disember depan jam 9 malam akan menyaksikan persaingan dua pasangan, Sazzy dan Nazril serta Sein dan Nana.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 08:46 PM | Show all posts
rsnay lagu yg diaorg pilih masa tarian melayu kontemporari tu x sesuai kot sbb yg lain lagu diaorg gembura jer,isma lak ala2 bengis gitu
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2009 03:10 PM | Show all posts
hmm...isma zul patut berada pada mlm kemuncak..barulah gegar pentas tari tue..

takperlah...rancangan realiti mcm nie dh masak dh..vote nye pasal...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2009 08:28 PM | Show all posts
pemenangya pun mungkin semua dh blh agak
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2009 09:57 PM | Show all posts
knpa aku tak suka dgn keputusan juara sehati berdansa nie.....huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2009 09:59 PM | Show all posts
suara penyokong lain....emmm....si nana punyer family ke yg vote bnyk2 nie.......huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2009 10:03 PM | Show all posts
nana ni bukan anak bekas MB ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2009 10:12 PM | Show all posts
tu la..rasanye dia ni anak dato'..ke up lagi....tan sri....

tapi tak best la result tu .......sorry la klu ade peminat si nana....
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2009 10:45 PM | Show all posts
nana ni anak tan sri muhammad taib kan? n pernah join gangstarz kalo tak silap
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2009 10:45 PM | Show all posts
nana ni bukan anak bekas MB ke?
orglama Post at 26-12-2009 22:03

bekas MB & bekas Menteri
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2009 12:20 AM | Show all posts
pemenang plg x deserve bg aku....xske la nana menari...weird...tp sein ok jerr....tp nak wat camnerr...smsm jd penentu...kalo ada markah juri kompom bnda lain yg jd...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.099729 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list