CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: samax

Bagaimanakah Kepelbagaian Bangsa Tercipta?

[Copy link]
Post time 1-4-2010 11:22 AM | Show all posts
So, kalau benarlah ada interbreed antara "manusia Adam" dgn homo sapiens, bila kah spesis homo sapiens ni wujud? Adakah mereka sama2 berada di atas kapal nabi Nuh as?


Minta maaf Hotlips, nak tergelak sikit ...

Ya, homo sapiens aka bani Adam aka manusia dah lama interbreed antara satu sama lain. Cina + India, Melayu + mamak dsb.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2010 11:29 AM | Show all posts
ai tak bedalih.....ang punya statement nih sangat la politik n retorik....nk coverina bagai...tapi prinsip science pom barai....kalu dah namanya tarak bukti tuh bohkan sains la.......sains tak condong mana2 agama atau bangsa....yg becanggah dgn islam hny manusia ponya interpretation...ilmu sains tuh bekembang bdasarkan penemuan2 tp prinsip dio tak penah berubah sbb prinsip dio dah jelaih.ideal...bendo ideal nih islam la...islam takkan becanggah ngn sains...yg becanggah tuh akai manusia.


Mana tang politik, mana tang retorik? Sebut sekular sikit kira politik? Bingai apamcm ni? Sekular merujuk pd pemisahan agama drp semua aspek kehidupan melainkan tujuan peribadi.

ni evolusi manusiawi apokejadahnya? itu ai habaq, evolusi tuh pom ang dok pi mai pi mai tang tu lg, lagi mau ckp pasai manusia pulok? dengaq evolusi sket, teruih ckp sal manusia....ai ckp jelaih, nab adam n keturunan dio bukan hewan berevolusi. yg ang nk apologetic sgt ngn berok2 mawaih tu apaddia?


Kes evolusi yg berlaku depan mata kau tak dpt buktikan. Mana dia kaitan antara mawas & manusia selain cimpanzi? Itupun cimpanzi tak pandai bina tamadun.

wakakaka....ngutuk orang tak hengat tang sejarah....soh org pi belajaq kununnya...yg kekurangan diri sundri tuh tak tengok puloks....lawak sungguh org hok sedap jah ckp....bilo org tunjuk perangai sama kat dia, tau puloks nk ckp....masa dia wt kt org lein, langsong tak hengat.....itulah kalu org kata what goes around comes around.diri sundri ponya backgroun


Sbb tang sejarah kau tak lepas. Sdap jah, sedap noks, itu je la kau blh pusing.

akal yg diberikan allah ka.belajaq dolu seblom main hentam


Asalkan jgn pakai akal tak berguna mcm kau yg menjustifikasi sbgh manusia sbg keturunan mawas & akal kau yg rasis berbahasa homo sapiens yg berbaur homoseks (nyah le nyoks).
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 11:06 AM | Show all posts
141# robotech

It's good to know u have sensed a humor!
Mengenai term, yg akak faham, homo sapiens sapiens tu version upgrade dr homo sapiens. Versi double sapiens ni berevolusi dr perkembangan otak katanya. Ini lah manusia Adam yg beraqal. So manusia sekarang spesis homo sapiens sapiens.
Btw, i might be wrong in defining the term tp motipnye... bila kah interbreed manusia dgn spesies tu berlaku? Sejak zaman Adam atau Nuh? Mengikut old testament, banjir noh berlaku secara global. Maknanya semua musnah. Tp dlm new testament plak kata x berlaku secara global. Jadik ada kehidupan yg wujud selain di kwsn Nabi Noh.

Ikut Quran, x terperinci tp ada citer pasal manusia berkembang melalui zuriat Nabi Noh as. Ikut teori Harun Yahya, dia tafsirkan banjir tu x global sebab ikut logik akal, bleh ke Nabi Noh nak kumpul semut, binatang2 melata yg lain, beruang, panda, polar bear, penguin bagai tu. (ini ikut versi ayat sendirik jah! )

Mengikut satu kitab yg me baca, ulamak menafsirkan banjir Noh berlaku secara global. Meaning semua kehidupan musnah kecuali yg atas kapal. Ikut logik akal, bintang2 laut Nabi Noh x payah kumpul la kot. Pasal depa bleh survive dlm air
And akak berpegang pd tafsiran yg ini... banjir besar berlaku secara  global.
Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 05:10 PM | Show all posts
110# migdal_bavel  
Akak setuju ianya subjektif dan mempunyai tafsiran yg amat berbeza. Bg pendokong zionis tentu shj ia yg terbaik. Secara dasarnya pd akak zionism adalah umpama semangat nasionalism aka assobiyah. Spt umat lain juga, sudah tentu kaum yahudi ingin mempunyai negara sendiri. I can accept that. Cuma akak x bleh or sukar menerima cara pelaksanaan. Berdasarkan berita2 ia terlalu kejam. Spt kata pepatah .. "umpama belanda dpt tanah". Senang citer mcm kes peranglah... takluk dan jajah. Wokeh, apakah perancangan sebenarnya? Ambik palestine jadikan Israel? Then org2 palestine tu pergi mana? Duduk sekali or kena keluar?
HOTlips Post at 23-3-2010 09:48


Sejarah yang diajarkan kepada kami adalah berbeza daripada sejarah yang diajarkan kepada kalian. Ak pernah menerangkan serba sedikit berkenaannya dalam thread ini jika akak terlepas pandang atau terlupa:

Here


http://www.youtube.com/watch?v=YLmc8PMuZmI

Orang-orang di Tanah Besar Syam yang akak gelarkan Palestine ini tidak lari ke mana, kerana mereka telah jadi orang yang kakak kenal hari ini sebagai Arab Israel (Arab di negara Israel proper yang hidup taat setia kepada Israel) dan Arab Jordan yang berajakan keturunan Hashemite dari Hijaz.

Sedangkan sebahagian Arab yang tidak punya negara adalah mereka yang tinggal di Tebing Barat dan Gaza, di mana ia hanya berlaku pada tahun 1967 ketika Jordan dan Mesir hilang penguasaan mereka ke atas wilayah-wilayah tersebut. Mereka tidak mahu menjadi rakyat Israel tetapi mahu menubuhkan negara sendiri, maka kita semua berusaha ke arah itu, melainkan wujudnya golongan yang menuduh Yahudi di Israel proper merampas tanah mereka.

Sedangkan orang Arab yang hampir dua juta di Israel proper inipun tidak pernah menuntut kemerdekaan kerana mereka tidak pernah dihalau. Yang dihalau ialah rakyat di Tebing Barat dan Gaza, di mana mereka dipaksa berpindah oleh askar-askar Arab dari Jordan dan Mesir, bukannya dihalau askar-askar Israel.

Kalau kita lihat zaman perang/pentaklukan Islam, penduduk setempat x dihalau pun. Hak mereka x dinafikan. Malah Omar panggil balik ramai2 yahudi yg lari semasa pemerintahan roman. Sebaliknya berlaku di palestine. Rumah2 dirobohkan suka suka hati. Kat CI migdal ada kata propaganda media yg cuba menutup usaha damai antara yahudi-islam. Tapi sygnya sampai kini akak x nampak kebenaran itu. 2010 membuktikan berlaku lagi serangan2 x tentu hala, penindasan etc.  Okeh, kita ambik basic... perang! Yg menang jadik pemilik. Agree! Tp jgn kejam! Bleh? Btw, kalau org Islam berlaku kejam pd tawanan atau mangsa, akak juga menolaknya. Tp sejarah dulu2 membuktikan tentera2 Islam sgt2 berhemah. Kami (akak esp) percaya pd hadis nabi, Baitulmuqaddis akan kembali pd muslims. 2 x dah tawan. Dan akan berulang sekali lagi. Kali ini utk selama2nya.  I'm just voicing out my opinion ya!


Kita ambil yang jernih buang yang keruh. Benar, masih berlakunya penganiayaan terhadap sebahagian tempat di Tebing Barat dan di Gaza. Yang rumah diroboh ialah rumah orang-orang Hamas, bukannya orang lain yang hidup secara baik. Rumah orang Yahudi yang menjadi pendatang haram di Tebing Barat juga dirobohkan. Malah yang paling tersedih dalam sejarah umat Yahudi ialah petempatan Gush Katif yang telah dibangunkan selama 38 tahun di Genting Gaza kemudiannya sewenang-wenangnya dihancurkan oleh Ariel Sharon YeSh"U pada 2005.

Askar-askar Israel tersangatlah bersedih hati kerana terpaksa menghalau saudara sendiri. Seorang Yahudi tidak akan menghalau Yahudi lainnya tetapi begitulah kehendak dunia, demi mewujudkan sebuah negara Palestin yang merdeka di Gaza dan Tebing Barat, maka kita mestilah berusaha ke arah itu, hatta menghancurkan petempatan kaum sendiri walaupun ianya sah.

Ada juga berlaku kekejaman semasa zaman Khilafah Islamiyah, banyak bangsa yang bukan beragama Islam malah juga orang Islam sendiri (tetapi berlainan mazhab) juga teraniaya. Semua ini wujud dalam lembaran sejarah masing-masing, tiada siapa yang dapat menafikan sejarah sesuatu bangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 05:11 PM | Show all posts
Berbalik pd bangsa... Bangsa Israel bermula dr Yaakob. Namun semua terima leluhurnya dr Ibrahim, Ishak. Seterusnya sampailah ke Daud dan Sulaiman. Semua mengambil kira susur galur pihak lelaki. Akak hairan kenapa masa kini, yahudi diambil dr belah ibu aka perempuan? Bukankah lelaki yg menjadi dominan? Kalau belah2 sini, kami ambik kira ayah. Contoh, kalau ayah tu syed, memg anak pun bleh jadik syed/sharifah. Kalau ibu sharifah kahwin dgn org biasa, anak dah x kuat lagi. hilanglah title syed/sharifah. (tolak tepi la yg main hentam kromo nak taruk jugak tu)


Yahudi adalah kaum ethnoreligious yakni merangkumi kedua-dua aspek. Iaitu etnik dan juga agama. Keduanya tidak boleh dipisahkan sama sekali. Sebab itulah dalam bahasa Arab digunakan istilah al-Asbaat semasa merujuk kepada anak-anak Israel (Ya'akob) dan dalam bahasa Ibrani digunakan istilah Ha-Shevatim yang secara literal bermaksud Tribes apabila merujuk kepada 12 suku Bani Israel yang menjadi leluhur kepada kaum Yahudi.

Istilah Tribe merujuk kepada satu kelompok sosial manusia (biasanya keluarga besar atau klan) yang bersatu atas dasar yang sama (sama ada keturunan, tradisi, kepimpinan) di bawah satu pegangan atau sistem yang mana, orang luar boleh terlibat dalam lingkungan tribe ini melalui perkahwinan atau penghambaan atau syarat-syarat yang ditetapkan oleh mereka sendiri. Bagi kaum Yahudi, agama Yahudi lah sistem yang menyatukan mereka semua sebagai satu Tribe ini. Istilah Judaism tidak ada sebenarnya, ia hanyalah terma yang diterimapakai oleh dunia luar sejak zaman diaspora sebagai mewakili cara hidup yang diwarisi kami melalui leluhur kami.

Agama Yahudi mendefinisikan status keyahudian seseorang itu kepada dua aspek iaitu:

1. Mereka yang dilahirkan oleh seorang ibu Yahudi (sama ada ibu Yahudi yang sememangnya berketurunan Yahudi ataupun ibu yang convert kepada agama Yahudi). Mereka ini adalah Yahudi selama-lamanya biarpun sudah menganut agama lain ataupun tidak menganut mana-mana agama.

Seorang yang berbapakan Yahudi tapi ibunya bukan, maka dia tidak diiktiraf sebagai Yahudi melainkan melakukan proses pengyahudian yang sah.

2. Mereka yang convert yakni memeluk agama Yahudi walaupun bukan dilahirkan oleh seorang ibu Yahudi (termasuklah dalam kes bapanya Yahudi tapi ibunya bukan). Walaupun agama Yahudi sangat tidak menggalakkan seseorang yang bukan berketurunan Yahudi menganut agama ini, ia masih membenarkan mereka yang betul-betul ikhlas untuk menganut agama Yahudi.

Oleh sebab itulah dalam Talmud, para rabbi disuruh menghilangkan minat sesiapa sahaja yang mahu menganut agama Yahudi agar dia benar-benar menunjukkan komitmen yang tinggi. Selepas itu barulah proses pemelukan agama Yahudi bermula iaitu dengan pembelajaran selama beberapa tahun segala hal yang berkaitan dengan Yahudi secara mendalam.

Hal ini sangat rumit dan sukar menyebabkan sepanjang zaman, tidak ramai yang bukan berketurunan Yahudi  melakukan convertion kepada Judaism melainkan mereka yang benar-benar ikhlas. (Kenyataan ini tidak tertakluk kepada Yahudi Karaite dan denominasi Reform). Pendapat Kabbalah mengatakan, golongan yang ikhlas ini sebenarnya adalah mereka yang roh Yahudinya tersesat jalan semasa di Alam Rahim sehingga ia tersalah masuk ke dalam rahim perempuan bukan Yahudi. Maka jasadnya "sakit" sehingga ia mencari-cari roh itu supaya kembali.

Selalunya, setelah melalui pembelajaran itu dengan jayanya, seseorang itu akan menjadi lebih alim dan taat daripada Yahudi secara keturunan ini. Adalah satu perkara biasa apabila seorang convert kepada Yahudi akan menjadi Rabbi kerana dia telah menghabiskan satu jangka masa yang lama untuk mempelajari perihal agama Yahudi, sehingga dia alim dalam selok belok agama.

Secara asasnya, agama Yahudi tidak menggalakkan perkahwinan campuran. Perempuan bukan Yahudi yang ingin mengahwini lelaki Yahudi wajib melalui proses ini jika mahu perkahwinannya sah. Tujuan agama Yahudi mendefinisikan keyahudian atas dasar ibu adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menghilangkan minat lelaki Yahudi daripada mengahwini perempuan bukan Yahudi kerana anaknya yang dilahirkan kelak tidak akan dikira sebagai Yahudi yang sah tanpa seorang ibu Yahudi.

Lagipun, bukanlah satu perkara yang mudah untuk lelaki itu meyakinkan bakal isterinya supaya mendalami ilmu agama yang dia sendiripun belum tentu menguasainya. Maka, lebih baik mencari perempuan yang sama agama sebagai isterinya. Ini adalah berkenaan keagamaan, bukannya bersifat rasisme kerana sepertimana yang ak beritahu sebelum ini, Yahudi adalah ethnoreligious, tidak dapat dipisahkan antara keduanya. Orang Islam juga perlu berkahwin dengan orang beragama Islam yang lain juga, bukan?

ג  וְלֹא תִתְחַתֵּן, בָּם:  בִּתְּךָ לֹא-תִתֵּן לִבְנוֹ, וּבִתּוֹ לֹא-תִקַּח לִבְנֶךָ. ד  כִּי-יָסִיר אֶת-בִּנְךָ מֵאַחֲרַי, וְעָבְדוּ אֱלֹהִים אֲחֵרִים; וְחָרָה אַף-יְהוָה בָּכֶם, וְהִשְׁמִידְךָ מַהֵר

mafhumnya:

Dan janganlah juga engkau mengadakan hubungan perkahwinan dengan mereka (kaum bukan Israelite); dan anak perempuanmu, janganlah engkau berikan kepada anak lelaki mereka (sebagai isteri mereka), ataupun anak perempuan mereka, janganlah engkau ambil bagi anak lelakimu (sebagai suami mereka).Kerana mereka akan membuat anak lelakimu menyimpang daripada-Ku, sehingga mereka beribadah kepada tuhan lain. Sehingga murka Hashem akan bangkit terhadapmu dan Dia akan memusnahkan engkau dengan segera.

(Torah:Sefer Devarim:7:3-4)

Dalam ayat di atas, telah dijelaskan larangan bagi lelaki dan perempuan Israelite dari menikahi perempuan dan lelaki kaum bukan Israelite. Sekiranya seorang lelaki Israelite mengahwini perempuan bukan Israelite, keluarga si perempuan akan menyesatkan agama lelaki Israelite tersebut sehingga menyembah berhala dan bukannya Allah yang Esa. Sebab itulah si perempuan non-Israelite mestilah masuk ke dalam agama kaum Bani Israel terlebih dahulu jika mahu berkahwin.

Tetapi tidak pula dinyatakan jika perempuan Israelite mengahwini lelaki bukan Israelite, maka ia akan disesatkan menyembah tuhan lain. Jadi, para rabbi menerbitkan hukum paling minimum untuk mengiktiraf seseorang itu dalam keluarga Beit Yisrael (the House of Israel) ialah menerusi ibunya yang Israelite/beragama Yahudi.

Berbalik kepada sejarah Bani Israel, sebenarnya ada saja perkahwinan antara Bani Israel dengan bangsa atau kaum lain. Nabi Musa sendiri berkahwin dengan anak Nabi Yethro aka Shu'eib (seorang Midyanite). Raja Daud dan Sulaiman masing-masing mengambil isteri daripada bangsa sekitarnya. Bahkan keturunan Daud sendiri berasal dari Ruth (seorang wanita ternama dari kaum Moabite yang memeluk agama Bani Israel sedangkan asalnya dari suku Mo'av - keturunan nabi Lut). Jadi tuduhan atau dakwaan bahawa kaum Yahudi adalah satu bangsa adalah tidak benar sama sekali. Perkataan yang paling sesuai ialah ethnoreligious, bukannya etnik semata-mata, ataupun agama semata-mata, apatah lagi satu bangsa.

Kami sendiri agak kurang senang apabila digelar bangsa atau ras kerana jolokan itu mengakibatkan kami mengalami diskriminasi dan penganiayaan oleh bangsa-bangsa lain yang rasis ketika berada di perantauan. Kata yang lebih sesuai dan disenangi semua orang ialah umat. Dalam tradisi dan agama kami, sebutan 'Am Yisrael (Umat Israel) atau Beit Yisrael (Bait Israel/House of Israel) atau Bnei Yisrael (Bani Israel/Children of Israel) adalah merangkumi kesemua keturunan Yahudi dan Israelite dan juga penganut Yahudi (yang pada asalnya bukanlah berketurunan Yahudi/Israelite). Tidak pernah kedengaran adanya terma seperti perkataan Mirutz Yisrael/Yehudi atau Goy Yisrael/Yehudi yang bermaksud bangsa Israel atau bangsa Yahudi sepertimana kebiasaan jolokan orang luar terhadap kami.

Usah terkeliru dengan perkataan bangsa Israel moden yang merangkumi rakyat awam negara bangsa moden Israel tanpa mengira etnik dan latarbelakang. Ia bukanlah bersifat keagamaan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 05:11 PM | Show all posts
Well, talking about ahlul bait, Migdal sendiri kata bapa dia jenis syed. But how come migdal nak ambik susur galur belah ibu yg dikatakan yahudi. Bukan belah bapa lagi kuat ke? Bleh bg pencerahan tak migdal?


Ya, keluarga sebelah bapa adalah dari keturunan Ba'alawiy yang tiba ke Tanah Melayu di selatan yakni Johor-Riau-Lingga sejak 1890-an, bukannya di utara Tanah Melayu sepertimana keluarga Genot. Walaupun keluarga ayah boleh dianggap kuat agama, tapi sejak tahun 1980-an, generasi ayah (zaman muda mereka) tidaklah begitu beragama. Ramai yang menetap di US, berkahwin campur. Begitu juga dengan sepupu-sepupu ak, kini ada yang menjadi atheis. Ak mengambil susur galur ibu atau tidak mengambilnya, pokok pangkalnya menurut Judaism, seseorang itu tetap Yahudi jika ibunya Yahudi.

Ada org kata yahudi dr Bunyamin aka Benjamin lebih sohih keturunan bani israelnya sebab depa x campur org luar. Any comment?


Sejak zaman Penawanan Babilonia, sudah tidak ada penyimpanan rekod terhadap keturunan suku-suku Israel dalam kitab-kitab kami kerana institusi kesukuan telah hancur dan menjadi kelam. Semua suku telah bercampur, melainkan keturunan Levi dan Kohen, kerana mereka mempunyai tanggung jawab (Mitzvah) yang khusus menurut Taurat. Maka keturunan mereka dipelihara daripada mengahwini selain Levi atau Kohen. Mereka mengikut susur galur sebelah bapa untuk mendapat title Levi atau Kohen dalam Synagogue.

Jikalau sebelum zaman kehancuran Yehudah dan Samaria, setiap Bani Israel akan dipanggil pada pangkal nama mereka, dengan nama suku masing-masing. Jika dia seorang Benyamin, maka dia akan digelar HaBenyamini (the Benjaminite). Tetapi kini, hanya mereka dari keluarga-keluarga yang berasal dari suku Levi dan Kohen sahaja yang mempunyai pangkal tersebut dalam Synagogue. Sedangkan, orang-orang Yahudi lainnya hanya digelar Yisraeli (Israelite) sahaja sebagai pangkal nama mereka. Walaupun ibu ak seorang Levite, tetapi oleh kerana bapa ak bukan Levite, maka ak tidak layak digelar HaLevi (the Levite) pada pangkal namaku, kerana ia hanya teriktiraf menerusi susur galur bapa.

Ketika kaum Bnei Menasheh dari sempadan India-Myanmar (wilayah Manipur dan Mizoram) yang mendakwa diri mereka sebagai keturunan suku Menasheh yang telah hilang beraliyah ke Israel, ada usul untuk membenarkan panggilan nama HaMenashi (the Manassehite) sebagai pangkal nama setiap dari mereka dalam Synagogue, tetapi ia tertolak oleh muktamar kerana hanya pada zaman kemunculan Messiah, baharulah semua orang mengetahui asal usul mereka dari suku yang mana, dan semua orang dalam umat Israel akan dipanggil menerusi suku masing-masing.






Kaum Bnei Menasheh adalah keturunan Lost Tribes yang mendakwa berasal daripada suku Menasheh yakni anak sulung nabi Yusuf. Hampir 2,000 orang telah beraliyah ke Israel manakala 8, 000 jiwa lagi masih menunggu di negara asal untuk diterima masuk selepas proses conversion menerusi Orthodoxy selesai.

Begitu juga keturunan Daud, kerana Messiah dinubuatkan sebagai lahir daripada keturunan Daud, maka anak keturunan Daud menyimpan rekod salasilah sehingga ke hari ini. Daud adalah dari suku Yehudah (suku terbesar dalam negara Yehudah yang daripada namanya muncul nama Yehudi untuk seluruh saki baki Bani Israel) dan pada hari ini, ramai kaum Yahudi terutamanya dari keluarga ulama ternama, mempunyai rekod salasilah sehingga Daud, Raja Sekalian Israel.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2010 10:37 PM | Show all posts
sama mcm melayu laa, melayu=islam, islam=melayu
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2010 10:18 AM | Show all posts
144# migdal_bavel
Oh! Sudah tentu berbeza mengikut perspektif mana yg kita sokong.

Saksikan kehidupan masyarakat yg hancur akibat campur tangan politaik!



Dan utk pencinta darwin bleh tengok kisah hidup beliau.
Creation
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2010 10:30 AM | Show all posts
147# sekngucing
Exactly! Rengkas tp merangkumi segala rumusan.
So, satu lagi equation.....

melayu=yahudi=BANGSAT!











Buktikan!
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2010 10:42 AM | Show all posts
147# sekngucing
Exactly! Rengkas tp merangkumi segala rumusan.
So, satu lagi equation.....
melayu=yahudi=BANGSAT!

Buktikan!
HOTlips Post at 3-4-2010 10:30



melayu=islam (premis dari org melayu isele)
yahudi=melayu (premis dari sekngucing)
melayu=yahudi=bangsat (premis dari hotlips)

jadi kalu melayu yg sama dgn islam itew adalah sama dgn yahudi, yang keduanya itew bangsat, maknanya konklusi hok ai dapat ialah
islam=bangsat ???
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2010 10:48 AM | Show all posts
150# nanat87

Adakah ini bermakna kita kena menolak equation
melayu=bangsat?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2010 11:02 AM | Show all posts
ai rasa mumkin kena buang equation melayu=islam itew...pasai islam lg sempurna, takkan penah bangsat...dr allah
tp melayu, ado melayu bangsat...sama jugok yahudi...ado yahudi bangsat...jadi pedulik hapa kalu dikatakan melayu atau yahudi itew bangsat....

kekdah hok paling seswai ialah kita buang equation melayu=islam
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2010 11:37 AM | Show all posts
b] 152# nanat87
tp melayu, ado melayu bangsat...sama jugok yahudi...ado yahudi bangsat...jadi pedulik hapa kalu dikatakan melayu atau yahudi itew bangsat....


Disebabkan hujah yg telus, jadik ai terpaksa bersetuju kita buang melayu=islam.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2010 01:48 PM | Show all posts
laju ye uolss....sampai page 7 dah....ai kopipes masuk word convert pdf jah dulu...ada masa ai baca gitew....

eh eh koserrr tau...personal attack kesana kemari dah kalah hujah....uppssss.....org yg berkobar2 perjuangkan budaya melebihi tuntutan ugama rupanya yg buat personal attack ai tak hairan lah nanat....kalau itu orgnya...lupakah kau akan maulid nabi nak berarak meraung2 tgh2 panas bagai nak runtuh rak itu? koserrr khernn?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2010 03:07 PM | Show all posts
laju ye uolss....sampai page 7 dah....ai kopipes masuk word convert pdf jah dulu...ada masa ai baca gitew....

eh eh koserrr tau...personal attack kesana kemari dah kalah hujah....uppssss.....org yg ...
C.K Post at 8-4-2010 13:48


species2 hok bertaklid bota dkt perencah2 adbabi melayu isele smata2 utk poji diri sundri, ke hulu ke hiliq memuja bangsa sundri samapi kalah worang yahudi...
tgk tipikal clinical manifestation bg species2 nih bilo dh berkalah hujah n sakit ati bangsa hina depa itew dihina n dicerca

yg anjing bukan org2 tu,atau kami org melayu..tp ko la yg anjing...

loh bahasa pon mcm pondan jahanam...so memang ko nih low class minded...
so ko tak yah la post kat sini lagi..wat menyemak kat bod ni je....dah la bahase yg ko gunakan tu tah hape2...


http://mforum.cari.com.my/viewth ... age%3D1&page=14

yg kat bawah ni tak yah habaq la, mmg moyan abes
http://mforum.cari.com.my/viewth ... page%3D3&page=3

kalu uols perasanla, yg sentap mentap nih geng yang sama jugok kekdahnya
kalu tak takkanla samapi gigih depa dok hentam genot n miqdal bilo dh kaloh hujah ngn depa....samapai bilo mod fleurza tutop thread tuh, siap boat nick baru bagai utk letak kt thread ni pulok
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2010 03:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 8-4-2010 15:41

hahaha, kalu arab wat perangai cam bangsat pon aku hentammm gak ingat aku heran.... aku dh penah pon dok Saudi, berapa kali dh aku mengkelai ngan arab, paki, indu, pasi depa ada yg bahlol x makan saman kat sana.

yg dok maki2 org penah dok ka kat saudi ka lubnan ka iraq ka? yg aku dok sebot cuma pasai keturunan nabi (saw), yg org dok kata keturunan sembah berhala, Tuhan bohkan antaq dia dgn x pilih2... Dia bohkan bodo n bahlol macam org2 dok puja puji bangsa kendiri... aku x bc sgt pon blog ittu, bek aku bc blog2 yg ada sumber2 rasmi jabatan2 bertauliah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2010 06:15 PM | Show all posts
species2 hok bertaklid bota dkt perencah2 adbabi melayu isele smata2 utk poji diri sundri, ke hulu ke hiliq memuja bangsa sundri samapi kalah worang yahudi...


melampau inferiority complex sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 12:40 AM | Show all posts
Kuasa Allah S.W.t...
edy137 Post at 19-2-2010 17:07

kalau mcm tu baik kita x payah belajar chemistry, fizik, bio. baik tak payah kaji semua yg ada kat dunia ni. Semuanya kuasa Allah .
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 08:43 AM | Show all posts
thread gaduh rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2011 10:40 AM | Show all posts
Reply 3# zaujahzauji

barulah faham sekarang.timasih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 1.156731 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list