|
kalo tgk sorg2 mmg senyum...
siap imagine lagi...kalo bf/gf aku mcm nikan best... ...
hart_attack Post at 3-8-2010 17:01
tu la psl, rasa macam aku plak yg tgh ckp tpon tu |
|
|
|
|
|
|
|
lmbat nak tggu senin depan...
ape jadi agaknye...
hart_attack Post at 3-8-2010 17:20
buat ubat berangan la modal dialog ana ngan firas tu nk tggu senin depan |
|
|
|
|
|
|
|
buat ubat berangan la modal dialog ana ngan firas tu nk tggu senin depan
bunick Post at 3-8-2010 17:25
kalo org dah bace novel tahu dah la ape nak jdi...
tahun bila ntah novel tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Kau Laksana Bulan akan membawa anda bersama-sama Adrianna mengembara ke dunia karya dan alam cintanya!
Dunia penulisan yang diterokai, merenyahkan perjalanan hidupnya. Terlalu banyak 'kejadian' yang membebankan semangat untuk teruskan kerjaya.
Pun begitu, dunia percintaannya tidak mudah seperti diharapkan. Ibunya mahu melihat Adrianna berkahwin cepat, namun harapan dan impian tidak pernah terjadi sepertimana yang direncanakan. Walaupun sudah ada kriteria yang disusun rapi dalam hal memilih calon, malang baginya kerana sering terperangkap dalam bayangan yang dicipta.
Syafik merupakan cinta pertama, namun terputus buat seketika. Kini lelaki itu kembali mengetuk pintu hatinya. Sementara Razif pula, cinta kedua yang meninggalkan kesan perit dan sakit hinggakan hidupnya terumbang-ambing, kecewa, seterusnya menutup ruang-ruang di hati untuk bercinta lagi. Firas, pemuda yang berbeza karakter daripada kriteria yang ada. Dalam begitu, lelaki itu mampu mengganggu konsentrasinya. Akhir sekali, masih ada Eizlan yang muncul secara misteri, dan mula menghantui hidupnya!
"Kau laksana bulan yang menyinari hidupku... dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan tersenyum di langit" |
|
|
|
|
|
|
|
Kisahnya bermula pada babak Adrianna Johan, gadis yang dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana. Dia telah memilih untuk berhenti kerja dan menumpukan perhatian dalam bidang penulisan sambil melanjutkan pelajaran untuk mengikuti program sarjana di Universiti Malaya.
Walaupun ayahnya sentiasa memberi sokongan, ibu Adrianna, Salmah tidak pernah merasakan bahawa kerjaya anaknya sebagai seorang novelis sesuatu yang boleh dibanggakan. Baginya, lebih elok sekiranya Adrianna bekerja seperti graduan lain dan beri perhatian untuk mencari jodoh. Rungutan demi rungutan daripada ibunya itu meresahkan hidup Adrianna namun dia cuba memahami ibunya yang kebetulan tidak berpelajaran dan merupakan seorang suri rumah yang lebih suka bergosip dengan jiran-jirannya. Adrianna tidak senang dengan tabiat buruk ibunya dan dia juga sentiasa rimas dengan kerenah jiran-jiran tetangga yang suka jaga tepi kainnya.
Dalam bidang kerjayanya pula, Adrianna yang menggunakan nama samaran ‘Jenna Johan’, merupakan seorang novelis ‘Romance Thriller’ yang sedang mengukir nama dalam pesada dunia penulisan. Semasa memulakan program sarjananya, Adrianna sedang sibuk menulis manuskrip untuk novel ketiga yang berjudul ‘Penantian di Hujung Kabus’.
Dalam kesibukan mencari perwatakan yang sesuai untuk manuskripnya itulah Adrianna terserempak dengan Firas Ali di dalam tren komuter Nilai-KL. Dengan tidak sengaja, Adrianna terduduk di atas riba Firas semasa cuba mendapatkan tempat di suatu pagi, semasa menaiki tren komuter itu. Mereka bertemu lagi beberapa kali selepas itu dan pertemuan itu telah mendorong Adrianna untuk melakarkan watak Firas ke dalam manuskrip novelnya.
Adrianna juga pernah suatu ketika dahulu bercinta dengan Syafik, seorang lelaki yang sebaya dengannya, sejak zaman persekolahan lagi. Malangnya, pertalian mereka terputus ketika mereka sama-sama sedang melanjutkan pelajaran di menara gading. Namun Syafik telah muncul kembali dalam hidup Adrianna dengan tiba-tiba sahaja. Kemunculan Syafik itu menggembirakan Salmah, ibu Adrianna yang terlalu suka kepada Syafik dan mengharapkan sangat agar Adrianna memilih Syafik sebagai bakal suaminya sebaliknya kemunculan Syafik telah menimbulkan kekeliruan dalam hidup Adrianna. |
|
|
|
|
|
|
|
Ketika itulah, Adrianna mula memberi perhatian kepada Eizlan. Kerana layanan Adrianna, Eizlan mula menaruh harapan untuk berkasih dengan Adrianna. Tiba-tiba, Adrianna sekali lagi terserempak dengan Firas yang sudah lama hilang dalam hidupnya. Kemunculan Firas kali ini telah mewujudkan perasaan cintanya yang sudah tidak berbelah-bahagi lagi. Mereka memilih untuk mendirikan rumah tangga.
Walaupun itu merupakan perancangan Adrianna, hidupnya menjadi kucar-kacir bila Razif (yang pernah dikatakan meninggal dunia) muncul semula. Dalam begitu, Eizlan terus mengganggu hidupnya. Ke mana sahaja Adrianna pergi, Eizlan menunggunya. Perbuatan Eizlan membuatkan Adrianna menjadi tidak tentu arah.
Pelbagai kejadian kini berlaku membuatkan hidupnya tercabar, penuh suspens dan sentiasa cemas. Begitu juga dengan kehadiran Razif yang telah memporak-purandakan rumah tangga Adrianna bersama Firas. Lalu bagaimanakah kesudahannya? Adakah cinta sejati untuk Adrianna muncul? Saksikan Kau Laksana Bulan di TV2.
**gigih pulak aku tepek semua ni... enjoy the story... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 144# hart_attack
aku bru je beli... otw bca first time kaedahnya bli novel..x penah2 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply hart_attack
aku bru je beli... otw bca first time kaedahnya bli novel..x penah2
shareena88 Post at 3-8-2010 19:44
semangat gile ni...jatuh chenta kat cite ni...
siap bei novel bagai...dapat ke cari...
novel ni tahun 2007... |
|
|
|
|
|
|
|
kalo org dah bace novel tahu dah la ape nak jdi...
tahun bila ntah novel tu...
hart_attack Post at 3-8-2010 17:34
novelni dh lma...nkkena cr blk la ni. heran gak, sebanyak2 novel yg aku beli, x prnh plak terbeli buku ni
wiken nih kna g minerva la jwbnye.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 152# hart_attack
crik kat mph x de... kebetulan g empire mall...ade lak... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply hart_attack
crik kat mph x de... kebetulan g empire mall...ade lak...
shareena88 Post at 3-8-2010 21:39
gigh cari tu..byk kedai ke masuk..? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 156# hart_attack
x de makne msk popular trus jmpe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply hart_attack
x de makne msk popular trus jmpe
shareena88 Post at 3-8-2010 22:01
nsib ade..cam tau2 je kedai buku tu yerk... |
|
|
|
|
|
|
| |
|