Post Last Edit by dauswq at 5-7-2010 23:47
BAB7: -
Inspektor Julia masih menemani anak-anak buahnya di gerai Pak Amin untuk membincangkan kes pembunuhan Hisham. Jam menunjukkan pukul 7 55 pagi.
“Cepat betul korang makan ,” kata Inspektor Julia kepada anak-anak buahnya. Hoe Lin baru selesai menjamah roti canai manakala Azli dan Mohd sedang menikmati nasi lemak.
Hoe Lin meneguk teh tarik seraya berkata , “Saya nak bagitahu sesuatu pasal Mak Jijah.”
“ Mak Jijah? Kenapa dengan dia? Bukan korang dah bagitahu saya pasal keterangannya?,” tanya Inspektor Julia.
“Anak laki dia yang sorang lagi tu kami tak dapat contact. Kami hanya dapat contact Dr. Azmin sahaja,” terang Hoe Lin.
Mohd menyampuk dengan berkata ,” Dr. Azmin nampak macam pembunuh sebab cara dia menjawab pertanyaan dalam telefon
seperti orang yang takut . “
“Jangan menuduh secara melulu. Mungkin ada sesuatu yang disembunyikan oleh Dr. Azmin. Perkara yang kita tidak boleh tahu ,” kata Inspektor Julia.
“ Macammana dengan Yati tu puan ? Mak Jijah kata dia tak tau sapa Yati tu,” tanya Azli pula.
“Saya tak jumpa pasal tu. Perlu sedikit masa lagi. Kemungkinan bukan ‘orang’ yang dimaksudkan ,” kata Inspektor Julia.
“Hmmm...Korang dah abis makan pun, boleh bergerak ke balai sekarang ,” tambah Inspektor Julia sambil menghulurkan sehelai wang bernilai RM10 kepada Pak Amin.
“Keep the change ,” kata Inspektor Julia kepada Pak Amin. Pak Amin hanya termangu. Kereta polis ditutup dengan rapat. Mohd menghidupkan enjin dan kereta bergerak meluru ke Balai Polis Bukit Aman.
Bayu laut Miami menyejukkan bahang disebabkan musim panas di persisiran pantai itu.Pengunjung pantai tidak kira orang Latino, orang putih American, negro dan orang Asia bermandi-mada di kawasan itu. Ada yang bermain ski, ada juga yang menerbangkan layang-layang dan ada juga yang berjemur di bawah cahaya mentariyang terik. Bal Harbour Shops terletak tidakjauh dari pantai memudahkan para pengunjung bertandang.
Gilbert sedang memerhati jam tangan dalam keadaan gelisah. Dia masih menanti ketibaan Hakimi. Mimik mukanya berubah tatkala melihat Hakimi yang sedang berjalan ke arahnya.
“Thank you for coming. Let go inside ,” ajak Gilbert sambil menarik tangan Hakimi.Hakimi yang memakai kaca mata hitam itu hanya menuruti.
Tanpa melengahkan masa, mereka berjalan ke butik Christian Dior. Sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam butik tersebut, Hakimi mengangkat tangan Gilbert dari pergelangan tangannya. Hakimi kelihatan rimas dengan perlakuan Gilbert. Gilbert segera membelek ‘blouse’ yang berwarna hitam kemerah-merahan.
“ I like the pattern. It look nice, mesmerizing. Maybe I can wear the blouse during the party tonight ,” kata Gilbert.
“ That the right choice ,” kata pekedai itu kepada Gilbert.
Hakimi memeriksa ‘blouse’ itu. Dia kelihatan seperti tidak berminat dengan pakaian tersebut. Tetapi, dia menggangguk setuju. Iphone Hakimi kembali berdering. Hakimi menyelukkan tangannya ke dalam poket lalu segera menekan butang terima panggilan. Gilbert pula membawa ‘blouse’ itu ke dalam bilik yang disediakan.
“Hello.Who is speaking on the other side ? ,” tanya Hakimi.
“ I’m from Hotel South Beach. A girl want to speak with you. She said you lost a key chain here ,” kata
penyambut tetamu itu sebelum menghulurkan ganggang telefon kepada Sarah.
“Hi Kimi. Saya ni Sarah ,” kata Sarah memperkenalkan dirinya.
“Hmmm...Kenapa ni? ,” tanya Hakimi.
“Rantai kunci awak terjatuh. Saya tak sempat nak kejar awak tadi. Awak dah naik teksi,“ kata Sarah. Hakimi memeriksa koceknya sejurus mendapati rantai kuncinya hilang.
“Saya tak dapat balik hotel malam ni. Sebab kena pegi party. Malam esok saya jumpa awak je , “ kata Hakimi.
“Okay.Cuma saya takut awak risau rantai kunci ni hilang ,” kata Sarah.
“Yup.Tapi nasib baik awak yang jumpanya .” Hakimi segera memutuskan panggilan apabila pintu bilik persalinan itu dibuka secara perlahan-lahan.
“Dia putuskan panggilan ,” kata Sarah kepada Aliah.
“Mungkin dia ada urusan penting .” Sarah mengiyakan jawapan Aliah.
Sementara itu, di butik Christian Dior, Gilbert melangkah keluar dengan ‘blouse’ yang dipilihnya tadi. Ukuran ‘blouse’ itu kelihatan sepadan dengan susuk tubuhnya yang ramping. Gilbert berambut perang keemasan dan memiliki sepasang anak mata yang cantik berwarna hitam. Gilbert menggayakan ‘blouse’ itu seperti seorang model terkenal Paris Hilton. Lelaki tua berbangsa Inggeris yang berada di sampingnya dan juga pengujung butik itu tergamam melihat aksi Gilbert.
“Who is speaking, dear ? I heard a bitch’s voice ,” tanya Gilbert dengan nada yang marah.
“ My friend from hometown ,” jawab Hakimi.
“Oh okay. I trust you , “ kata Gilbert.
“ How Kimi? Do you think the blouse gently match my body? ,” tanya Gilbert sambil menggayakan pakaian buatan Christian Dior itu.
“ I think it matches you perfectly .”
“Really? Okay I will pay for it. Thanks honey .” Gilbert masuk semula ke dalam bilik persalinan.
Hakimi menaip nombor tadi dan membuat semula panggilan ke hotel.
“ Can I speak to the girl just now? “ tanya Hakimi.
“ Theyhave already gone ,” kata penyambut tetamu hotel itu.
“Okay.Can you please leave her a message? ,” pinta Hakimi.
“My pleasure .”
“Tell her if she want to see me, just follow the address I give right now. Say to her that we are having a party ,” kata Hakimi lalu memberikan alamat secara lisan kepada penyambut tetamu itu.
“Okay,sir. I will keep your message .” |