Reply 141# kompia23
Saya rujuk kpd alkitab yg saya pasti. Saudara yg katakan tidak pasti, maka saudara yg kena buktikan dulu yg asal tu tidak sama dgn salinan. Dapat?? jika kamu rasa pasti, then buktkan, tunjukkan autographnya untuk membuktikan bible itu masih menyamai autographnya. Jika hanya kata, budak tak berilmu pun boleh kata macam tu. Bukti? ada. Permintaan yang berulang. Tapi boleh saja saya ulang buktinya. Lukas 3:33 ada 2 versi. So salah satu versinya pasti tidak sama dengan autograph bible. Lagi-lagi balik ke buku asal. Saudara sendiri pun tahu takde.
so jika dah tak ada, maka tak perlu lah kamu bersangka-sangka terhadap benda yang sudah tak ada tu. Tapi salinannya masih ada, beribu-ribu lagi. Utk saudara menidakkan ini sila tunjuk bukti. Jgn cakap je. Buat dakwaan kena ada bukti, tidak ada itu namanya cakap bersangka-sangka.
So buktikan salinan yg ribu-ribu tu menyamai autographnya. Tunjukkan autgraphnya untuk pembuktian. Bukti? Dgn senang hati saya tunjukkan. Lukas 3:33 ada 2 versi. So salah satu versinya pasti tidak sama dengan autograph bible. Saya dah tunjuk yg ianya tidak ubah sebab sama sepanjang masa. Saudara yg kata ada ubah. Maka saudara tunjuk bila, siapa, mana, apa yg diubah? Dapat? Atau cakap kosong lagi?
Jika kamu rasa tak ubah then, tunjukkan autographnya untuk membuktikan dakwaan kamu itu. Bila? semasa penyalinan di buat. Dimana? Di tempat si penyalin Siapa? si penyalin salinan Mana? Mana apa? apa yang diubah? Contohnya Lukas 3:33 dan wahyu 1:11 tu. Memang dapat. Wow!! Ada sokongan ke atas apa yg saudara katakan ini? Alkitab Perjanjian lama ada dead sea scroll yg dirujuk ke zaman sebelum BC. Itu masih ada. Camna saudara kata dibakar?? Pelik, bersangka-sangka lagi..
Ada. Lihat sejarah. Golongan Arius tidak pernah anggap Jesus sebagai anak Tuhan atau Tuhan. Kepercayaannya adalah Jesus hanyalah utusan Tuhan. Kepercayaan unitarian. Tahu ker tak? So, bible apa yg dirujuknya sehingga dia berkepercayaan seperti tu? Pastinya bible yang berlainan dengan bible yang menyebut Jesus adalah Tuhan. Perjanjian Lama yang dijadikan rujukan oleh umat yahudi sebelum zaman Jesus lagi tu. Pada zaman Jesus, apa yang berlaku? Lihat John 18:19-40. Wujudnya pertembungan antara ajaran Jesus dengan ajaran imam kepala yang masih memegang PL itu. Justeru jika PL yang wujud sebelum 300 AD itu tiada masalah, maka kenapa pertembungan antara ajaran Jsus dan ajaran imam kepala yahudi itu berlaku? Dibakar semua semasa golongan Arius yg wujud 300 masihi. Lupakah yg saya dah beri wujudnya manuskrip yg berumur AD 120 tahun dan sebelum AD300.
Bersangka-sangka lagi???
So pastinya bible rujukan golongan Arius yang dibakar itu pada 300 masihi tu berlainan dengan manuskript yang berumur AD120 tahun dan sebelum AD300 itu. Jika sama, maka kenapa dibakar? Jika sama, maka kenapa kepercayaan golongan Arius tidak sama dengan kepercayaan golongan kristian yang anggap Jesus Tuhan? Lihat manuskript berumur AD120 itu. Ketika penulis autograph PB menulis umur berapa? Menjelang manuskript 120AD itu, menjelaskan umur penulis autograph PB itu pastinya melebihi 120 atau 130 tahun malah pastinya lebih lagi mungkin mencecah 150 tahun. So menjelang manuskript 120AD itu, amat diyakkini penulis asal autograph bible sudah tiada lagi. Jesus lagi dah pasti sudah tiada. Pengumpulan buku-buku Pb saja dikatakan pada abad 1. Ini menjelaskan semasa pengumpulan buku-buku PB itu penulis asalnya berusia melebihi 100 tahun, maybe 140 tahun. So amat diyakini ketika itu penulis asalnya sudah tiada. Justeru manuscript PB itu tidk pernah sampai pada zaman Jesus seperti yg kamu dakwa. So tidak bersangka-sangka. Pelik dah kan saya dah katakan Paulus cuma penulis sebahagian perjanjian baru, bukan pengumpul semua buku tersebut. Buku-buku ini cuma dikumpul sesudah Paulus tiada. Jadi, camna Paulus nak tukar. Golongan lain tukar.... siapa golongan lain ini. Boleh beritahu. Sekali lagi bersangka-sangka?
Justeru itu menjelaskan bahawa kamu sendiri memahami manuscript PB tidak pernah sampai pada zaman Jesus dan pengikut-pengikutnya. Yes, boleh diterima yang mana Paulus tidak mengubah bible tetapi kita tidak boleh nafikan pengikutnya memainkan peranan tersebut yang didalangi oleh Paulus sejak dari peringkat awal lagi melalui tulisan-tulisannya yang disertakan dalam PB itu. Justeru pada masa penyalinan manuscript pertama PB dan pembukuan bible, kehadiran musrid Jesus tidak dapat dikesan, justeru manuscript bible itu tidak pernah disemak atau diperiksa oleh mereka. Maka tidak hairanlah jika pada masa tersebut pengubahsuaian dapat dilakukan. Alkitab cuma dibukukan dlm abad 200AD
http://en.wikipedia.org/wiki/New_Testament
Teliti dulu sebelum bercakap tu.
Yes, itulah yang saya katakan. 200 AD baru dibukukan. Lebih kurang dua abad, 200 tahun. Dikumpulkannya mestilah sebelum 200 AD. Then bila? maybe 100 lebih AD. Justeru pada masa itu ketika dikumpulkan, semua pengikut Jesus, juga penulis autographnya sudah tiada. Fikirkan. Penulis autograph bagi perjanjian baru mula menulis umur berapa? Menjelang bible dibukukan, umur mereka mestilah lebih 200 tahun. Justeru secara logiknya memang dah tak ada. Penulis autogtaph perlanjian lama, lagi la pulak tak ada nya. Ok... Saya silap bukan ribu tapi ratusan tahun. Maka, semua buku masih tidak dikumpulkan dlm zaman Paulus. Jadi, camna nak tukar?? Kan ada manuskrip yg wujud lebih lama daripada semua pengumpulan alkitab tu?
Pembukuan bible berlaku 200 AD. Pengumpulannya mesti berlaku sebelum itu. Justeru tidak mustahil pengumpulan berlaku setelah penulis autograph sudah tiada iaitu lama sebelum pembukuan dilakukan. Kita harus ingat, penyalinan memakan berapa lama? Walaupun ini menjelaskan Paulus tidak mengubah bible, tetapi warisannya iaitu pengikutnya berkebolehan berbuat sedemikian. Malah Paulus juga memainkan peranan kepada pengubahan tersebut melalui tulisan-tulisannya untuk mengubah ajaran sebenar yang ditulis oleh penulis asal autograph itu. Bukti ini ada yang mana kamu dapat lihat perbezaan hukum antara PB dan PL. Manuscript yang wujud lebih lama? Maksud kamu manuscript PL? Justeru sila pertimbangkan pertembungan ajaran yang dibawa oleh Jesus dan imam kepala yang merujuk kepada manuscript PL itu. Lihat John 18:19-40. Justeru jika manuscript Pl itu tiada bermasalah, maka kenapa wujud pertembungan antara ajaran Jesus dan imam kepala yahudi itu?
bersambung... |