nahhh.. his stupidity in the 1st minute almost cost us the game..awal2 lagi dah tekel macam tu : ...
Dzeko Post at 24-6-2011 01:04
The first half tackle was a yellow card offense but the second yellow card he received was not a serious foul. That dumb referee should have just awarded a free kick.
ingat lagu lama ' JIKA KAU FIKIR BOLEH...KAU BOLEH MELAKUKAN...JIKA FIKIR RAGU-RAGU...
ceewahhh...ehhh sape nyanyi lagu haa rase nak donlod laapulok...hehehe
foxs Post at 24-6-2011 00:27
sabbas player harimau muda malaya !!
gol pertama, half volley yang MANTAP !!
puas hati aku tengok slow motion punya replay..
bukan senang nak buat tu weii..
gol kedua, through pass macam barcelona !!
finishing cool macam barcelona gak ! hahaha..
TIKI TAKA style !!
PEMAIN-pemain Malaysia memberi penghormatan kepada penonton di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi selepas mengalahkan Lebanon 2-1 pada pertemuan kedua Kelayakan Olimpik 2012. - BERNAMA
KUALA LUMPUR - Jurulatih Skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee semakin yakin memasang cita-cita yang lebih besar dengan melihat anak buahnya mencipta kejutan pula dalam saingan kumpulan Kelayakan Olimpik 2012 ekoran persembahan cemerlang mengatasi Lebanon 2-1, semalam.
Katanya, ia diperkukuhkan dengan komitmen dan semangat juang tinggi anak buahnya terutama dalam babak kedua perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil apabila terpaksa bermain dengan 10 orang selama 40 minit.
"Jika aksi sebegini dipaparkan lagi pada pusingan seterusnya, saya percaya pasukan kita mampu mencipta kejutan walaupun mungkin diundi sekumpulan dengan lawan seperti Jepun, Korea Selatan dan Australia.
"Saya juga tidak berfikiran negatif walaupun Lebanon merapatkan jurang gol, malah jika mengikut jangkaan saya, kita sebenarnya mampu beroleh sehingga empat gol.
"Gary Steven Robbat (dibuang padang pada minit ke-51) baru berusia 19 tahun dan dalam perlawanan antarabangsa sebegini, dia memang cenderung untuk melakukan kesilapan.
"Namun, ia satu pengajaran buatnya dan seluruh pasukan di mana anda akan dihukum atas kesilapan sebegitu," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan yang dimenangi Malaysia dengan agregat 2-1 selepas terikat 0-0, Ahad lalu.
Mengenai percaturan yang meletakkan penyerang, Izzaq Faris Ramlan di bangku simpanan dan Syahrul Azwari Ibrahim, katanya: "Tidak bererti apabila penyerang gagal menjaringkan gol, kita sudah gagal apatah lagi dengan kita beroleh dua gol awal menerusi pemain tengah.
"Kedua-duanya mempunyai ciri dan kualiti yang berbeza. Syahrul lebih pantas dan Izzaq mempunyai ketinggian tetapi yang lebih penting juga ialah barisan pertahanan mampu dibantu semua orang apabila diasak lawan."
Kim Swee turut berterima kasih kepada pengurusan pasukan kerana membenarkannya berkunjung ke Asia Barat untuk mengintip kekuatan Lebanon pada perlawanan persahabatan menentang Turki menjelang kelayakan.
"Selama dua hingga tiga bulan saya melakukan persediaan bagi kelayakan ini dan ia ternyata berbaloi, malah persahabatan dengan Kemboja dan Qatar apabila kalah, ia masih memberikan petunjuk yang membantu pasukan.
"Saya sudah masak dengan tipu helah pasukan dari Asia Barat yang kadangkala sengaja tidak menunjukkan semangat permainan bersih walaupun ketika pemain kita tercedera. Mereka akan berbuat apa sahaja untuk menang."
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai pangkal lengan. kita cuba yang terbaik kat peringkat kumpulan nnt disamping menimba pengalaman beraksi dengan pasukan terbaik asia.
pemain sudah membuktikan semangat juang mereka. penyokong kita bila lagi? sokong lah dengan sorakan semangat bukan dengan laser dan mercun. Malaysia sudah beranjak ke tahap lebih tinggi di Asia. Penyokong juga perlu menganjakkan tahap mentaliti mereka ke tahap lebih baik.
Yang dok mengutuk selama ni takpe. tapi jangan hanya pandai mengutuk, berilah kritikan yang membina.
kita kurang dari segi passing & ball domination je, lain ok la....kalau nak buat ball domination (mcm belanda, sepanyol, german) hantaran pendek dan pantas dah memadai, yang penting setiap pemain kena la tau position masing2....yang aku nak puji, team malaysia sekarang ni dah berani x macam dulu, ada la skill2 keluar dan team sekarang memang x "hormat" lawan bila dipadang itu la yg sepatutnya, kat padang kita "musuh" nak "hormat" lawan kat luar padang bukan dalam padang (maksud aku x main takut2 dan berani buat gerakan)...
teringin nak tengok manchester united yang dipuja berjuta rakyat malaysia tu tewas di tangan pasukan malaysia masa diorang buat tour perlawanan persahabatan diorang suatu hari nanti
mana makhluk tuhan paling seksa yang kata "kalau pemain Malaysia lawan pemain perempuan Lubnan pun b ...
rayyanrafael Post at 24-6-2011 09:10
Gol Irfan Fazail yang membuka semangat pemain Negara untuk terus berjuang!
[
Gol through pass oleh Wan Zack yang buatkan pemain Lebanon tergamam! Mantap!!!
Tahniah Harimau Malaya! Anda membanggakan kami rakyat Malaysia!!!
8:45 AM MymassaVoice
Tahniah Harimau Malaya! Anda telah membuktikan bahawa bangsa Malaysia mampu menundukkan kuasa bolasepak Asia Barat hanya dengan 10 orang pemain!!! Anda telah membuktikan Malaysia BOLEH jika kita fokus untuk mencapainya!!! Tahniah Harimau Malaya! Kami amat berbangga denganmu! Mari kita hidupkan semula saat-saat gemilang itu!!!
MyMassa: Gerun juga melihat lautan Kuning di stadium malam tadi, ingatkan yang datang ramai-ramai itu nak sokong BERShIt 2.0, rupa-rupanya 30 ribu rakyat pelbagai peringkat kehidupan itu hadir ke stadium tanpa perlu diupah (malahan datang melalui inisiatif dan duit sendiri lagi) demi menunjukkan semangat patriotik dan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pejuang-pejuang negara! Tahniah semua! Anda secara tidak langsung telah membuktikan bahawa MAJORITI rakyat Malaysia sememangnya patriotik dan pastinya menolak perhimpunan HARAM yang boleh menghancurkan negara!