View: 24229|Reply: 236
|
Bapa, anak bersekedudukan hingga lahir tiga zuriat!
[Copy link]
|
|
KOTA BHARU: “Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha).
“Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.
Abu Bakar berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap ayah dan anak selepas mengaku salah berkelakuan sumbang dan bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak masing-masing berusia enam, lima dan tiga tahun bermula dari 2004 sehingga ditahan kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.
Dalam penghakimannya, Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara setahun dan enam bulan serta denda RM2,500, terhadap tertuduh pertama berusia 45 tahun, yang juga seorang mekanik dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Bagaimanapun, tertuduh kedua, berusia 25 tahun yang juga anak tertuduh pertama bernasib baik kerana dikenakan hukuman denda RM2,000 dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Kedua-dua tertuduh juga dilarang tinggal serumah untuk selama-lamanya.
Hukuman berkenaan tidak diduga anak dan ayah itu kerana kedua-duanya tinggal bersama (bersekedudukan) sejak 2004 sehingga ditahan pada pagi semalam oleh anggota penguat kuasa agama Tumpat dalam operasi di rumah mereka di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu, Tumpat.
Dengan tangan bergari, anak-beranak terbabit ditahan di lokap sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini, kira-kira jam 3 petang, semalam, untuk berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan.
Sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, kedua-dua tertuduh mengaku salah bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak serta mengaku salah di atas sebab dan akibat daripada pengakuan salah berkenaan.
Pengakuan kedua-dua tertuduh, menyebabkan Abu Bakar yang mendengar kes berkenaan memberi peluang kepada anak beranak terbabit mengemukakan rayuan sebelum hukuman mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan diputuskan mahkamah.
“Saya minta hukuman denda dikurangkan kerana masih mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak, selain mahu memberi didikan sempurna kepada mereka. Kalau boleh tidak terjadi macam saya kerana saya bertaubat dan tidak akan melakukan zina dan dosa besar.
“Saya sudah berkahwin dengan dua isteri dan bercerai dengan mempunyai lima anak termasuk tertuduh kedua yang juga anak kedua dari isteri pertama. Saya sudah bercerai dengan isteri sejak tujuh tahun lalu,” kata si bapa ketika mengemukakan rayuan.
Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman dalam hujahan pemberatan hukuman sempat menyifatkan perbuatan dilakukan mereka keji kerana ketika anak-anak menyambut hari bapa, tiga anak pasangan berkenaan tidak kenal ayah mereka.
Zaini yang mencadangkan pasangan berkenaan dipisahkan dan tidak tinggal bersama turut memohon supaya mahkamah tidak memberi belas kasihan kepada pasangan berkenaan bagi memberi pengajaran kepada masyarakat.
P/S: huh... Jijiknyer pangai Bapa ngan anak nih...x hengat balasan Allah ker..:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Nauzubillah min zalik
cepat nya di bicara.. bagus mahkamah
tapi hukuman penjara terlalu ringan.. |
|
|
|
|
|
|
|
bnda cmni mmg salah dlm mana2 msyrakat, dlm bidang ilmu perubatan pun dikatakan zuriat2 tu akn byk mslah kesihatan nnti.
cmnela diorg leh sembunyikn, smpai 3 anak tu, apa jiran2 tu buat.
kalu cm kes cmni kt oversea, smpai buat biilik rahsia bwh tanah tu mmgla xde sape prasan , tapi ni kes duk rumah biasa, jiran2 xamik kisah agknye. |
|
|
|
|
|
|
|
hukuman yg lebih berat patut dikenakan.......mcm manelah sggup 'melakukannya' antara anak & ayah.....jijiksss sgt.....
Moga 3 anak kecil itu dilindungiNYA... |
|
|
|
|
|
|
|
anak-anak ini ada surat beranak ke tidak? parents particulars ntah apa dia tulis |
|
|
|
|
|
|
|
Betul2 dibawah dagu tok guru yg memimpin Serambi Mekah.. |
|
|
|
|
|
|
|
nauuzubillah~ tak terkata :re: |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by paler kembang at 20-6-2011 08:24
Tapi mengapa disalahkan sedangkan tanpa saksi 4 orang yang nampak masuknya kepala keretapi ke dalam terowong!.. ?.. mungkin pendakwa boleh rujuk fatwa baru!.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kelantan...... |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi mengapa disalahkan sedangkan tanpa saksi 4 orang yang nampak masuknya kepala keretapi ke dalam terowong!.. ?.. mungkin pendakwa boleh rujuk fatwa baru!..
paler kembang Post at 20-6-2011 08:23 AM
Abu Bakar berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap ayah dan anak selepas mengaku salah berkelakuan sumbang dan bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak masing-masing berusia enam, lima dan tiga tahun bermula dari 2004 sehingga ditahan kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.
x reti baca @ baca tajuk je terus komen @ mmg saje nak buat isu dgn komen2 gitu?
|
|
|
|
|
|
|
|
camane lah anak yg lahir tu ye? status cemane?
bapak dia tu datuk dia sebenarnye...
hhhmmm....
mmg le dunia akhir zaman dah... ish.. ish.. ish... |
|
|
|
|
|
|
|
Elok je budak perempuan tu pakai tudung labuh |
|
|
|
|
|
|
|
gilos |
|
|
|
|
|
|
|
melayu sudah terpengaruh dgn dakyah yahudi! |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi mengapa disalahkan sedangkan tanpa saksi 4 orang yang nampak masuknya kepala keretapi ke dalam ...
paler kembang Post at 20-6-2011 08:23
Kalau Nabi masih hidup Serambi Mekah la baginda akan lawati..gitulah kata2 seorang tok guru yg memimpin sebuah negeri isle yg bergelar Serambi Mekah.. |
|
|
|
|
|
|
|
tu la..yg si anak siap btudung labuh bagai...
ajaran ape la yg diorg amalkan,ank2 yg lahir jd mangsa
kesian sunggoh |
|
|
|
|
|
|
|
Elok je budak perempuan tu pakai tudung labuh
lasagnaklcc Post at 20-6-2011 08:30
kesimpulannya, jgn sesekali terpengaruh dgn pakaian yg dipakai. mungkin dia cuma berpakain 2 piece je tapi khatam quran tiap bulan! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 19# kenari2101
ai setuju....jgn menilai manusia dr pakaian......yg penting hati..........
tp kalo khatam quran tiap2 bulan x mungkin la kan nk pakai 2 piece...... |
|
|
|
|
|
|
| |
|