CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: petola

BERSIH 3.0 - Polis kata tak boleh

  [Copy link]
Post time 24-4-2012 01:28 PM | Show all posts
Reply 138# Mawlay

Rasain...orang x da senjata pun boleh pukul..polis pondan pakai senjata tapi teruk kene piyak
   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2012 02:05 PM | Show all posts
hoke...nt i tepek lak gambar insp yg baru k
cayunk Post at 24/4/2012 07:52
sila bekalkan si dia dgn sunblock skali.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 02:30 PM | Show all posts
buat kat Georgetown atau Kota Bharu sajalah......gerenti dapat permit.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 02:36 PM | Show all posts
tak best lah kalau kat stadium.
tak boleh nak capture polis sembur air kat hospital.
tak boleh nak ambik gambar polis bantai pendemo.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 02:36 PM | Show all posts
celaka ponya bershit...aku nk makan cendoi nnti kat kolumpo...babi
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 02:59 PM | Show all posts
Reply 139# hzln


    Nak buat atas jalan pon tak bleh... Depa ingat duit depa jek ke yg bayar buat kemudahan tu semua??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2012 03:06 PM | Show all posts
CI tanak buat gath ke kat Dataran?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 03:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by Manami at 24-4-2012 15:17



BERSIH 3.0: PKR Selangor kerah 80 ribu anggota dan jentera parti   
Shuhaimi Shafiei | Apr 24, 2012 02:33:14 pm

KEADILAN Selangor memandang serius akan ketempangan yang semakin memberat sebelah dan cubaan putar belit oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) termasuk Pengerusinya baru baru ini yang mendakwa senarai pengundi negara ini sebagai yang "terbersih" di dunia.

Sekian lama mengharap dan menunggu pembaharuan pasca BERSIH 2.0 didapati ia masih belum diselesaikan oleh SPR bahkan tindakannya semakin mengarut apabila pilihanraya semakin hampir.

KEADILAN Selangor melihat tindakan oleh SPR seperti "Pengerusi Perhubungan UMNO negeri ke-15" dan apabila ditinjau penggubahan dan pemansuhan beberapa seksyen kritikal dalam Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 kami berpendapat bahawa SPR jelas tidak serius malah bertindak mengelirukan rakyat dalam usaha yang tidak diragukan lagi, memenangkan UMNO-BN pada pilihanraya umum yang mendatang.

KEADILAN Selangor merasakan bahawa desakan lebih 80 NGO di bawah naungan BERSIH khususnya demi memastikan negeri Selangor mendapat pilihanraya yang bersih dan adil untuk rakyat Selangor tidak mungkin tercapai dengan tindakan terbaru SPR yang terkini.

Manakala UMNO dan BN dilihat sengaja menguji kesabaran dan daya juang rakyat apabila sengaja menerobosi kelulusan bil undang-undang di Parlimen tanpa mengambil peduli tempoh yang sesuai untuk memperdebatkannya.  Pindaan terhadap akta tersebut dilakukan semberono, tanpa ditapisi hujahan intelek dan keputusan berdasarkan kajian, dan memperlihatkan perancangan lemah Menteri Undang-Undang Malaysia, Nazri Aziz, dalam mengurus perjalanan perdebatan bil di Parlimen.

Kami di KEADILAN Selangor, sesungguhnya dan dengan sejujurnya merasakan bahawa Rakyat Selangor perlu bangkit untuk turut serta mengambil bahagian dalam perhimpunan aman BERSIH 3.0: Duduk dan Bantah, berdasarkan hujah-hujah yang berikut:

1. Peningkatan pendaftaran undi yang mencurigakan di beberapa kawasan Parlimen dan DUN di negeri Selangor, khususnya yang diwakili wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR);

2. Pemberian kad pengenalan untuk mengundi kepada warganegara asing sepertimana yang berlaku dalam insiden di Sepang baru-baru ini adalah benar benar terjadi;

3. Pemindahan lebih daripada 31,294 bakal pengundi tanpa keizinan pengundi itu sendiri, bahkan ada yang didaftar sebagai pemilih tanpa pengetahuan mereka seperti kes yang barlaku pada individu dari Taman Sri Muda baru baru ini;

4. 42,000 pengundi ragu yang masih belum dibersihkan oleh SPR, bahkan alasan lemah dihujah bagi memesongkan minda rakyat;

5. Daftar pengundi yang masih penuh dengan senarai yang mencurigakan seperti satu alamat tetapi memiliki lebih dari 10 orang pengundi dan lebih 1000 bakal pengundi berumur 100 tahun ke atas termasuk yang lahir pada tahun 1853
;

Dan pelbagai lagi kelemahan yang telah dihantar sebagai Laporan Minoriti namun ditolak oleh UMNO dan BN di Parlimen.

KEADILAN Selangor amat kesal ribuan bantahan yang diadukan berkenaan senarai nama daftar pengundi, namun sehingga kini, masih belum dapat dilihat sebarang reaksi positif daripada SPR untuk memastikan Suruhanjaya ini dilihat bebas dan adil dari kongkongan parti pemerintah.

Ini ditambah dengan beberapa kenyataan dari Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Najib Razak yang telah mengistiharkan untuk BN Selangor merampas Selangor dengan "apa cara sekalipun".  Kami menduga, inilah "cara haram" yang akan digunakan!

Berdasarkan kepada penemuan-penemuan perkara jelek di atas, maka tidak salah sekiranya saya membuat telahan bahawa penipuan yang dahsyat dalam daftar undi dan perjalanan proses pilihanraya merupakan salah satu cara jahat utama dan tidak beretika yang bakal dilakukan oleh UMNO dan BN demi meraih kemenangan haram.

Kejayaan pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor dalam mencatat rizab wang negeri melebihi RM 1.9 billion dan keuntungan memberangsangkan anak-anak syarikat kerajaan negeri menjadikan negeri Selangor ini sebagai lubuk emas yang diidami oleh BN Selangor dan konco-konconya.

Setelah PR bersusah-payah mengumpulkan kekayaan untuk dinikmati rakyat, kini UMNO dan para kroni mereka "terliur" melihat prospek kekayaan jutaan yang bakal dibolot, disonglap dan digunakan untuk kegiatan "joli katak" dan pembelian banglo ala Bali.

Kalau dilihat pada sentimen rakyat Selangor, ternyata Pakatan Rakyat Selangor telah mendapat tempat di hati rakyat kerana kejayaan program Merakyatkan Ekonomi Selangor yang telah berjaya dimanfaatkan oleh jutaan rakyat Selangor.

Melihat kepada sejarah pilihanraya di Malaysia ini, parti yang mendapat tempat di hati rakyat belum tentu lagi akan dapat mempertahankan negeri yang dikuasai; sebagai contoh Terengganu di bawah pemerintahan PAS akhirnya kecundang kerana "Ops Terengganu" dan "Gelombang Biru" dalam memanipulasi pendaftaran pengundi dan perjalanan proses pilihanraya termasuk tindakan haram pemberian "wang ehsan" kepada ejen haram kerajaan pusat bernama UMNO tanpa menghiraukan Dewan Undangan Negeri yang dinaungi Sultan Terengganu.

Adakah tindakan pada waktu itu dilihat sebagai menjunjungi kedaulatan Sultan?

KEADILAN Selangor turut juga memberikan sokongan dan solidariti bersama adik-adik Mahasiswa dan Mahasiswi di menara gading yang menuntut pemansuhan PTPTN; juga bersama bersatu hati dengan rakan-rakan pergerakan Anti-Lynas dan pergerakan Asal Bukan UMNO (ABU), ayuh kita bersama-sama berganding bahu, yang tua dengan yang muda; yang miskin mahupun yang kaya, bersama-sama ke medan perjuangan menuntut keadilan yang dilupuskan oleh UMNO dan BN!

Ahli parti dan jentera KEADILAN Selangor sedar akan hal ini, maka dengan penuh rasa tanggungjawab KEADILAN Selangor akan mengerahkan seluruh ahli parti berada di barisan hadapan mengemudi kemaraan rakyat Malaysia yang bakal turun pada 28 April ini di Dataran Merdeka.

Justeru, seramai 80,000 anggota KEADILAN dan jentera parti dari Selangor diseru hadir ke BERSIH 3.0: Duduk & Bantah.

Sebagaimana kejayaan KEADILAN Selangor berjaya menghimpunkan hampir keseluruhan ahli parti pada himpunan aman BERSIH 2.0 dan himpunan BEBAS ANWAR 901, saya berasa amat yakin tahap disiplin dan prinsip perjuangan yang jitu akan menjadikan BERSIH 3.0 sebagai satu lagi medan kepada jentera dan ahli parti untuk berhimpun dalam menghadapi PRU 13 yang berbaki beberapa bulan sahaja lagi.

KEADILAN Selangor menyahut seruan ke arah pilihanraya yang bersih dan adil, akan menggerakkan seluruh kekuatan jentera dan ahli parti negeri ini untuk turun dengan aman bagi memastikan segala tuntutan BERSIH 3.0 akan dipenuhi oleh SPR sebelum PRU 13.

KEADILAN Selangor bertegas, jika cara aman; Duduk dan Bantah sudah tidak mahu dilayani secara adil oleh SPR, mungkin telah tiba masanya agar "buku bertemu ruas" digunakan supaya maruah rakyat dikembalikan.  Jangan sampai SPR dihumban ke dalam api kemarahan rakyat di jalanraya!  Waktu itu "jalanraya" yang banyak "mengajar pimpinan kuku besi dalam sejarah dunia" wajar dipertimbangkan sebagai pilihan akhir.


*Kenyataan media oleh Shuhaimi Shafiei (gambar kanan) selaku Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Selangor, merangkap ADUN Sri Muda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2012 04:02 PM | Show all posts
Reply  dainese


    Again, polis tu maksom ke sampai takleh dimaki hamun? Hanya Umngok jek yg b ...
Manami Post at 24-4-2012 12:54


dah org dok berhimpun tuh macam samseng..perangai macam kena rasuk dek hantu..nko nak maki polis suka ko la.aku x larang pun..sebab kengkadang aku pun aku maki jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 04:11 PM | Show all posts
Polis cam sial nak tunjuk perasaan pun tak boleh,camne citer nya isa pi dah di tarik ckckckck...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 04:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by Manami at 24-4-2012 16:19
dah org dok berhimpun tuh macam samseng..perangai macam kena rasuk dek hantu..nko nak maki polis ...
dainese Post at 24-4-2012 16:02



    Tang mana yg rasuk dek antu tuu?? Senjata happa yg rakyat bawak nak lawan polis2 tu?? Ada depa bwk mcm apa yg pulis ni bwk utk belasah rakyat yg bayaq gaji depa??

[Edisi imbas kembali : BERSIH II]


PErlu ke buat sampai mcm nih?? Mana x kena maki??



Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 04:52 PM | Show all posts
Tang mana yg rasuk dek antu tuu?? Senjata happa yg rakyat bawak nak lawan polis2 tu?? Ada  ...
Manami Post at 24-4-2012 16:15


nko ingat, polis tuh bertindak ikut suka hati je ke..bukan depa tak tau yg puak2 nih selalu je ambik peluang nak hentam polis2 nih..
macam nko, kalau orang terajang muka nko..nko nak gelak sengih2 je lagi ke??
kurang2 nko terajang balik kaki dia ke..tak pun jentik telinga ke..biasa la manusia kan..kot2 ada jugak rasa marah...
kalau nko jadik polis tuh, tetiba ada mangkuk hayun melompat belakang nko sambil pegang besi..sure nko bertindak ala2 samseng jugak..lepas tuh, datang mangkuk hayun mana ntah ambik gambar..post kat tenet...
cakap..
polis jahat...polis jahat..zalim giler...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 06:17 PM | Show all posts
sila bekalkan si dia dgn sunblock skali.....
Acong Post at 24-4-2012 14:05


prihatin nye apek cong





Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 06:47 PM | Show all posts
ai, nak lawan DBKL nanti pun nak bersungguh ka?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 06:47 PM | Show all posts
stadium shah alam dalam proses pembaikan laa... kalu berani kasi stadium bukit jalil laa.. nak t ...
totokreturn Post at 24-4-2012 09:20



    aku dengar bukit jalil mungkin boleh...untung sikit LRT haritu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 07:09 PM | Show all posts
aku dengar bukit jalil mungkin boleh...untung sikit LRT haritu...
abgboroi Post at 24-4-2012 18:47



   habis lah carrefour indah parade rugi berbilion ringgit pada hari tuh...kah....kah...kah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2012 07:23 PM | Show all posts
kalau aku jadi polis...aku bagi jelah nak berhimpun.....buat tak faham aje...nak tonggang terbalik kat dataran tu lantak dema lee....nak merompak ke suka hati demalah....dia org sebenarnya sesaja nak main2 air ngan polis pastu tuduh polis zalim hehehe tengok kan aje ada tak 80 ribu monyet berhimpun....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 07:42 PM | Show all posts
Polis kata tak boleh, jurucakap Allah ta'ala di muka bumi pula kata wajib.

Nik Aziz: Hadir BERSIH wajib
5:21PM Apr 24, 2012       
Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hadir ke perhimpunan BERSIH pada 28 April ini wajib kerana ia diadakan untuk menentang ketidakadilan proses pilihan raya yang tidak selari dengan Islam.

"Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang," ujarnya kepada akhbar rasmi PAS Harakah di pejabatnya di Kota Baharu hari ini.

Setiausaha akhbar kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga hari ini berkata, pemimpin nombor satu dalam parti Islam itu akan turun bersama dalam perhimpunan pada Sabtu ini.

Malah, kata Nasaie Ismail, PAS juga telah mengeluarkan arahan kepada semua ahli untuk turun beramai-ramai ke himpunan tersebut.

Mengulas soal pengundi hantu, yang termasuk dalam tuntutan BERSIH, Nik Aziz berkata ia jelas perbuatan kotor dan bercanggah dengan kehendak Islam.

"Andainya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya akan datang dan mentadbir negara akan melakukan sebagaimana BN buat sekarang, setuju atau tidak sekiranya kami bawa pengundi hantu untuk kekal mentadbir negara pada pilihanraya berikutnya.

"Tentu saja Umno dan BN tidak mahu sebab perkara ini perbuatan mungkar yang tentu saja berdosa besar bila melakukanya," beliau dipetik sebagai berkata.

Kemenangan 'haram'

Justeru, tambahnya ‘wajib' rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai menjayakan BERSIH 3.0 untuk menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara lain.

Beliau seterusnya memberitahu, sekiranya wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya itu kerana dibantu oleh pengundi hantu, kemenangannya ‘haram' di sisi Islam.

"Malah segala elaun bulanan atau segala bentuk yang diperolehi sebagai wakil rakyat, gaji, kereta dan semuanya haram serta tidak sah di sisi Islam.

"erkara ini bukan perkara main-main dan kena ingat Allah dan balasan akhirat,"ujarnya lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 08:11 PM | Show all posts
apa pasal aku tengok bershit kali ni macam tak dapat perhatian aje...tinggal lagi 4 hari aje...sunyi sepi. Polis tu tak ada jumpa bom , parang ke apa hahahaha

macam tak dapat sambutan aje...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 08:22 PM | Show all posts
.....
weekend pekene nasi briyani lagi bagus.......
bengap punye olang....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.149295 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list