|
poyo lah... x habis2 nak ambil kesempatan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai ct..biar la isu dia ngan KJ tu reda dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
August posted on 23-11-2013 12:01 AM
Kalau tak silap saya Khairul Azman Mohamed sakit skrg, mcm lumpuh ke apa..baik tok ti gi tolong ve ...
Lps tu buat PC... |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm betul nk merudum je hakak CT..smpi mintak ihsan komposer
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagu bola la plak.. hrmmm |
|
|
|
|
|
|
|
♫...beribu bola di laut kini menghilang...♫ |
|
|
|
|
|
|
|
Perasan tak cara tokti nk kekal dlm industri. Dia sll menempel kt mana2 topik hangat.time aizat glamer dia nk duet dgn aizat. Time palestin pon dia yg plg terawal. Time masyarakt suke artis btudung dia pon btudung sekerat tp skrg dh fully covered ler. Bolantgh hangat..dia pon menempel. Maybe tu strategy team dia kot. Aku tak bermaksud pkataan menempel tu dlm bentuk negetif aper yer pkataan yg sesuai.mcm ambil peluang la kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau penyanyi nombor satu pastu dah lama dalm industri, ct x boleh ke nak tembus pasaran antarabangsa? Setakat indon, brunei n singapore. Sampai bila? Kta nomo satu..
Bg aku die cuma nombo satu kat peminat2 tegar die je. Pasni kte tgk la isu ape yg hangat, tgk die menempel x?
Xde ke forumer nk wt list artis yg ct penah menempel ni.
Letak skali video.. lagu org je die nyanyi. Cmtu baik xpayah jadi penyanyi nomo 1, penempel nomo 1 bole.. |
|
|
|
|
|
|
|
hzln posted on 23-11-2013 01:52 AM
Jumaat Mac 16, 2012
...
album inggeris kedua?? apa kisah yg pertama tak pernah dgr pun
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni kan, sumer nak sebat....org kalu nak nyanyi lagu bola ni mesti energetic & fresh. Kalu setakat nynayi nak melentok2 bagai, baik lupakan aje la
|
|
|
|
|
|
|
|
Minat lagu dia yg lama. Suara ct sedap jgk...tp terlalu ramai suara mcm dia skrg....jd mcm boring... |
|
|
|
|
|
|
|
cuba lah nyanyi
mana tau meletop pasnie
cuma make sure cari komposer yang betol dan muzik arragement yang power
mesti terbaik ok |
|
|
|
|
|
|
|
Hoho..apsal mcm sengal je menah ni..:Q |
|
|
|
|
|
|
|
hzln posted on 23-11-2013 01:52 AM
Jumaat Mac 16, 2012
...
Tulah pasal.. Kite tunggu gak perkembangan berita tu.. Tp bruno mars tu cerewet skit bab2 sore artis.. Klu dia rasa x sedap dia x berminat.sabar je la ko tok ti.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila pahang menang bola dan dan nk berkolibrasi lak... |
|
|
|
|
|
|
|
jetrofa posted on 22-11-2013 08:59 PM
Rahimah Rahim rakam lagu bola
dia pun nak rakam lagu bola juga
trend follower sangatlah kak hajj ...
pergh....rahimah rahim tu sapa? artis baru ker? aku search kat google cam nenek2 jer xkn nyanyi lagu bola n xkn ct yg gojes gler tuh nak beat.....ngn nenek tuh......hahahah kelaka MLM2013 lar korunk
btw.....go ct go.......janji peminat selalu di belakang......
|
|
|
|
|
|
|
|
bungarose posted on 23-11-2013 08:41 AM
Perasan tak cara tokti nk kekal dlm industri. Dia sll menempel kt mana2 topik hangat.time aizat glam ...
kalau aku tegur kang org kata aku ni peminat CT asyik nak beking dia ajer.. tapi kadang2 tu bila fakta tu macam melalut.. i think i have to get it right..
kadang2 tu aku pun bingung bercakap salah.. tak bercakap pun salah.. apapun nak puaskan hati org mmg la takkan boleh kan.. btw aku rasa aku kene bgtau jugak apa yang aku tau.. mungkin org lupe.. just to ingatkan..
siapa kata CT menempel ngan aizat bila dia glamer? itu tidak benar.. siti meminati aizat sejak aizat di af lagi.. (dan mungkin kenal aizat lebih awal lg since ada gambo aizat masa budak bergambar dgn siti yg ditayangkan konsert satu siti).. ketika ramai yang memandang rupe dan anggap aizat tidak boleh pergi jauh walaupun mereka akui dia seorg yg sgt berbakat.. Ct tetap percaya pada bakat aizat.. bahkan kalau masih ingat.. sejak aizat tersingkir dari af lagi Ct sudah tunjuk minat kpd aizat.. takkan la korang nak kata masa aizat tersingkir tu aizat da glamer? glamer tara mananya? kalau glamer takde la tersingkir.. mesti ramai peminat undi kan??
bahkan, lepas aizat kuar af saje, ada ura-ura yg mengatakan siti nak melamarkan aizat sebagai artis SNP.. yg seingat iols ada juga peminat CT yg tak puas hati kat forumm cari ni bila dgr berita macam tu.. bg mereka rupa penting.. aizat yg masa tu seorang yg berimej besar tu selalu jadi bahan kutukan.. ada jugak yang tak suke hanya kerana gemuk atau isu lain seperti aizat dikatakan bermulut lazer.. dan status keluarga berada..
tup tup akhirnya.. aizat jadi nama besar dengan bakat dan kesungguhannya dan perubahan imej.. dan ternyata CT can smell star in the making right from the beginning!
ok la.. kalau tak percaya apa yg iols ckp.. iols tepek balik artikel2 berkaitan sejurus aizat tersingkir dan aizat mungkin masa tu such a nobody..belum bergelar penyanyi pun.. uols bacalah sendiri.. dan buatlah pertimbangan..
---
mSTAR Isnin April 30, 2007
Aizat bakal artis SNP?
Radin Sri Ghazali
Aizat redha dengan penyingkirannya
(Foto The Star Oleh TK Lim) Jika lagu Perpisahan yang dibawakannya pada konsert ke-6 mampu menyentuh perasaan ribuan penonton yang menyaksikan persembahannya di Dewan Sivik MBPJ, begitulah jua pemergian Mohammad Aizat Amdan pada konsert yang lalu melihatkan kesayuan panel pengkritik serta Aznil Haji Nawawi.
Bagaimana sayu hati Aznil, begitulah sayunya hati pemuda dari Kuala Lumpur itu memikul kesedihan penyingkirannya.
"Sebenarnya saya tidak terkejut apabila Abang Aznil meyebut nama Aizat sebagai peserta yang tersingkir. Sewaktu dia menerima keputusan, saya terlihat kad yang dipegangnya mempunyai huruf seakan-akan seperti nama saya iaitu A I Z....
"Apatah lagi bila Abang Aznil menekankan perkataan 'berat' sebelum membuat pengumuman, saya sudah menduga bahwa saya yang terkeluar," ujar Aizat ketika diwawancara di pejabat Astro baru-baru ini.
Namun persembahan dua minggu berturut-turut melihatkan betapa mantapnya vokal Aizat sehinggakan panel pengkritik memberikannya empat butang biru.
"Mungkin rezeki saya bukan dalam AF tetapi di luar. Saya yakin dengan masa hadapan saya bahawa saya akan membina kerjaya saya sebagai soerang penyanyi," ujarnya lagi.
"Bagi saya, minggu yang lalu merupakan minggu yang sukarnya untuk diri saya. Ramai yang mengatakan bahawa persembahan pada minggu keenam merupakan persembahan yang terbaik saya dan ianya sukar untuk mengatasi prestasi pada konsert tersebut," ujarnya yang menyanyikan lagu Ada nyanyian M.Nasir.
Aizat mendapat markah terendah dalam undian Sistem Pesanan Ringkas (SMS) walaupun telah memberikan persembahan yang terbaik pada malam tersebut.
Namun, kata puji panel pengkritik tidak mampu mengubah keputusan yang dibuat secara mutlak oleh pengundi AF5.
"Para penonton mempunyai hak untuk mengundi dan saya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang pemilihan mereka.
"Namun, saya tetap berterima kasih kepada mereka yang mengundi saya serta memberi kepercayaan kepada bakat saya selama ini.
"Sukar juga untuk saya percaya bahawa saya mampu bertahan selama tujuh minggu di akademi," katanya lagi.
Namun, gimik yang dikenakan pada konsert tersebut diandaikan sebagai salah satu punca mengapa Aizat tidak menerima undian yang banyak.
Ketika setiap peserta menerima kunjungan ibu bapa mereka ke atas pentas, Aswad pula terpinga-pinga tanpa kunjungan sesiapa. Peserta dari Terengganu itu rupa-rupanya sudah kehilangan kedua-dua orang tuanya.
Aizat dikelilingi para wartawan di pejabat Astro
(Foto The Star Oleh TK Lim) Ramai mengandaikan spekulasi yang tercetus membuat Aswad berjaya meraih undi simpati dan situasi tersebut menyekat penggemar AF5 untuk mengundi Aizat.
Ini terbukti apabila ramai penonton terutamanya di saluran @15 bagai merelakan pemergian Aizat untuk mempertahankan Aswad yang dilihat sebagai seorang insan yang amat memerlukan bantuan SMS mereka berbanding dengan Aizat.
"Yang paling penting di sini adalah betapa kita harus mengenangkan nasib Aswad yang sudahpun kehilangan kedua-dua ibubapanya.
"Saya tidak beberapa setuju dengan gimik tersebut yang meyebabkan ramai menyalurkan undian kepadanya dan bukan saya," tegas Aizat lagi.
Bakal bergelar sebagai artis rakaman SNP?
(Foto The Star Oleh TK Lim) Bakal disunting SNP? Sudah semestinya setiap pelajar yang tersingkir mempunyai jadual yang padat untuk satu minggu yang akan datang termasuk Aizat.
"Buat sementara waktu, saya akan mengikuti Maestro serta perancangannya," ujar Aizat yang akan diikat dengan syarikat tersebut untuk enam bulan.
Namun terdapat jua desas-desus mengatakan bahawa Siti Nurhaliza Productions (SNP) sudahpun memasang niat untuk menyunting Aizat sebagai artis rakaman mereka.
"Ye ke? Saya sendiri pun tidak tahu mengenainya. Jika betul, sememangnya saya terharu sangat dengan tawaran Datuk Siti. Siapa yang tidak mahu bekerja dengannya?," ujar Aizat yang terkejut mendengar khabar berita itu.
Ketika ditanya jika kemungkinan besar Aizat akan meninggalkan Maestro, dia menjawab, "Jika tawaran ini betul-betul terjadi, saya akan rujuk kepada Maestro untuk jawapannya. Jika mereka mengiyakan, saya akan ikut sahaja."
Bukan itu sahaja, pengkritik tetap Hattan turut melahirkan minatnya untuk berkoloborasi bersama-samanya.
"Dia memang ada kata begitu. Kita tunggu dan lihat sahaja," ujarnya yang menerima selendang daripada Hattan pada malam penyingkirannya.
Dalam masa yang terdekat ini jua, Aizat sudahpun menanamkan cita-cita untuk meneruskan pelajarannya dalam bidang muzik.
"Kalau boleh saya mahu belajar teori muzik kerana saya masih belum mengenali nota-nota muzik.
"Saya mahu menjadi penyanyi yang serba boleh, baik menyanyi mahu menulis," ujarnya yang kini sibuk mencari institusi yang sesuai untuk melanjutkan pelajarannya.
"Saya ingin menjadi Ahmad Dhani (Dewa 19). Dia merupakan idola saya," ujarnya lagi yang turut giat mengambil kelas piano.
Last edited by eddysheddy on 24-11-2013 01:31 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
sambungan.....
18/05/2007
“Yang terbaik, tidak semestinya jadi juara” - Siti Nurhaliza
“Aizat antara pelajar yang berbakat cuma rezekinya sahaja tak ada untuk meneruskan perjuangan di Akademi Fantasia 5 (AF5),” lafaz Datuk Siti Nurhaliza tentang Aizat AF5 yang ditemui pada majlis meraikan kelab peminat Aizat iaitu Aizone di Saloma Bistro, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambah Siti, Aizat telah mempamerkan bakat semula jadinya ketika berada di AF5. Lantas penyingkirannya pada konsert minggu ketujuh program itu diharapkan tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjaya dalam industri seni.
“Yang terbaik, tak semestinya jadi juara. Jadi saya harap Aizat tak akan putus asa. Malah saya berharap sangat supaya Aizat terus-menerus belajar untuk memperbaiki dirinya,” kata Siti yang hadir bersama suaminya dan anak-anak tirinya.
Mengakui dirinya juga antara peminat Aizat, Siti yakin Aizat mampu bersinar jika jejaka berusia 18 tahun itu bekerja keras.
Mengenai desas desus mengatakan Siti Nurhaliza bakal mengambil Aizat untuk menjadi artis Siti Nurhaliza Productions (SNP), sambil ketawa Siti berkata: “Perkara tersebut belum ditentukan lagi. Sebab sehingga ke hari ini SNP belum pernah ambil mana-mana individu sebagai artis, cuma menguruskan saya sahaja.”
Malah kata penyanyi jelita ini, kedatangannya pada majlis tersebut bertujuan untuk memberi semangat kepada Aizat.
“Walaupun saya ada empat acara lain untuk dihadiri pada hari ini tetapi saya tetap luangkan masa untuk datang ke majlis ini. Lagipun saya memang dah kenal lama dengan ayah Aizat, Datuk Amdan,” ujarnya.
Pada majlis tersebut Siti telah diberi penghormatan membuat persembahan pembukaan menerusi lagu Joget Pahang.
*Mahu Aizat jadi macam Sudirman - Ayah
Sementara itu ayah Aizat, Datuk Amdan Mat Din pula mengharapkan anaknya menjadi seorang penghibur yang bukan sahaja mampu menghiburkan kaum Melayu tetapi untuk semua kaum.
“Saya yakin dia berbakat dan saya mahu dia terus belajar untuk menjadi yang terbaik. Saya mahu dia menjadikan Sudirman dan Siti sebagai ikonnya. Sebab itu saya akan tetap menyokongnya dari belakang,” katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.
Bercerita tentang sifat Aizat, kata Amdan, khalayak terkeliru mengenai sifat sebenar anaknya.
“Dia bukanlah seorang yang celupar atau mulut laser. Cuma dia tidak tahu untuk cakap belakang. Dia jenis yang berterus terang. Ramai yang salah faham tentang dia,” katanya.
Mengulas tentang penyingkiran Aizat yang dikatakan berpunca daripada status keluarganya yang berada, kata Amdan, “Ini semua melibatkan minda. Apabila kita mengundi kita sepatutnya menyokong bakat dan kesungguhan seseorang peserta itu. Bukan memandang yang sebaliknya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 2.htm#ixzz2lUQXvfLB
© Utusan Melayu (M) Bhd
Last edited by eddysheddy on 24-11-2013 01:29 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx posted on 22-11-2013 10:53 AM
Actually mcm nk cover cite pasal KJ tu la
Die nk tunjuk bukti yang die betul2 minat bola
Bukan pas ...
Cam samer je..cam same je..
Apa dalam otak kita ni...
Poyo lah siti..
Pulun nak buktikan konon dia peminat bola.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|