|
lipstickz posted on 4-7-2014 11:12 AM
maaf nak tanye
mimpi yg bagaimanakah dikatakan petunjuk? adakah mimpi yg sama berulang-ulang?
Ya berulang-ulang, kita disuruh pergi ke suatu tempat, ambil barang yang hendak diberi, pada suatu masa tertentu.
Saya jawab dalam konteks harta karun seperti yg ditanya sebelum ini, jgn disalahtafsir pada senario lain.
Lagi pun saya takut Mod marah jika soal jawab topik mimpi terlalu panjang sehingga dianggap sebagai borak atau OOT. Bukan soal terlalu sayang kredit, tetapi saya dan anda semua menumpang di sini, kita harus hormat pada peraturan Board.
Soalan2 berkaitan isi cerita Insha Allah saya cuba jawab sebaik yg mungkin, secara ringkas & padat. Less Is More. Mystery what makes life exciting.
|
|
|
|
|
|
|
|
saudagaralam posted on 3-7-2014 10:31 PM
Syukur kita semua dianugerahkan dengan mod @NaylaArisha yang baik hati. Sememangnya Janji Ditepati ...
Kebetulan sya online tu yg dapat rate |
|
|
|
|
|
|
|
menunggu episod seterusnya...
|
|
|
|
|
|
|
|
saudagaralam posted on 3-7-2014 03:48 PM
SERBA HIJAU
Rentetan kisah Pembebasan Putri Ratni
ni cerita ratu laut selatan
panglima dia nyi roro kidul
betul ka tuan?
|
|
|
|
|
|
|
|
leenaz posted on 5-7-2014 12:40 AM
ni cerita ratu laut selatan
panglima dia nyi roro kidul
betul ka tuan?
saya tak jawab ya atau tidak, pembaca2 yg bijaksana akan dapat menafsirkan clue yg diberi.
|
|
|
|
|
|
|
|
magpie5672 posted on 3-7-2014 11:02 PM
Tak yah laa.. cerita tuan saudagaralam kite lagi best.. cerita saya dah x misteri dah.... semua tuh ...
apa salahnya kongsi kat sini..or magpie ada citer ker kat MPS nun?..yang mana satu?
tumpang lalu ye saudagaralam..
*mod jangan marah haa...kaunter pertanyaan dibuka sementara saja
|
|
|
|
|
|
|
|
saudagaralam posted on 3-7-2014 03:48 PM
SERBA HIJAU
Rentetan kisah Pembebasan Putri Ratni
adakah dengan memberi sesuatu pada Arif tu..sudah dikira berkahwin dgn Putri Milofa? atau ada upacara tertentu?
wonder...macam mana pernikahan di alam sana?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo posted on 5-7-2014 08:12 AM
adakah dengan memberi sesuatu pada Arif tu..sudah dikira berkahwin dgn Putri Milofa? atau ada upac ...
telah dijelaskan pada episod Mawar Merah Bertuah
|
|
|
|
|
|
|
|
saudagaralam posted on 5-7-2014 09:34 AM
telah dijelaskan pada episod Mawar Merah Bertuah
oohh..ok...mawar merah tu ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo posted on 5-7-2014 07:12 AM
apa salahnya kongsi kat sini..or magpie ada citer ker kat MPS nun?..yang mana satu?
tumpang lal ...
Haha pi la cri kalau ada...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nyai Blorong & Nyai Roro Kidul ada dibuatkan filem Indonesia dgn watak utama dipegang Suzanna. Kalau ikut hikayat indonesia, mereka berdua ni ada kaitan dgn Sabdo Palon.
2 watak ni berdarah indonesia ker? Ada part sentencesnya guna ayat indonesia. |
|
|
|
|
|
|
|
saudagaralam posted on 6-7-2014 04:31 PM
struktur ayat hanya rencahnya sahaja, harap pembaca dapat menghayati mesej dan pengajaran yang ter ...
Hahaha. Betul ker tak lut?
Takpe TT, tak penting sebenarnya latarbelakang Salim & Arif tu. Lagikan siapa & real identity disebalik SBDJ tak banyak yg tahu.
Teruskan penceritaan. :-) |
|
|
|
|
|
|
|
Oh lupa nak tanya tuan @saudagaralam dia awal cerita ada menyebut salim dan arif adalah dua beradik.. tetapi, di dalam cerita ini dikatakan salim mencari seseorang lelaki setelah de perintah ayahandanya.. jadi, bagaimana pulak merwka menjadi 2 beradik? |
|
|
|
|
|
|
|
magpie5672 posted on 6-7-2014 06:59 PM
Oh lupa nak tanya tuan @saudagaralam dia awal cerita ada menyebut salim dan arif adalah dua beradik. ...
setelah Salim berjaya menemui Arif, hubungan mereka terlalu rapat bagaikan adik beradik.
Lebih-lagi lagi apabila mereka diuji dengan pelbagai isu alam ghaib.
|
|
|
|
|
|
|
|
saudagaralam posted on 6-7-2014 09:01 PM
setelah Salim berjaya menemui Arif, hubungan mereka terlalu rapat bagaikan adik beradik.
Lebih- ...
saya ingatkan betul2 adik beradik...
dua2 ada ilmu kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo posted on 6-7-2014 10:24 PM
saya ingatkan betul2 adik beradik...
dua2 ada ilmu kan?
Ilmu hisab? tak pasti matematik gred apa sbb sijil sekolah dah lama kena makan anai-anai.
On a serious note memang seronok kita baca/ dengar kebolehan mereka. Tapi pernahkah kita tahu mereka sering diuji pelbagai makhluk di alam nyata dan ghaib? Dipertanggungjawabkan untuk membantu golongan tertindas? Perlu sabar tidak boleh menyalahguna ilmu kurniaan Allah swt.
Amal ibadat seharian mereka luar biasa juga. En. Salim selalu berpesan sentiasa banyakkan selawat di bibir dan juga di hati pada Nabi Muhammad saw.
Last edited by saudagaralam on 6-7-2014 11:08 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
saudagaralam posted on 6-7-2014 10:58 PM
Ilmu hisab? tak pasti matematik gred apa sbb sijil sekolah dah lama kena makan anai-anai.
O ...
ya betul tu saudagaralam...
selawat ke atas Rasulullah...banyak kelebihannya..
saya ada kisah benar...seorang lelaki yang hitam kulitnya tetapi dia ni kerja kampung saja. Dia rajin ke surau dan menjaga kebersihan surau. Tiba masanya dia dijemput Allah..saat kematiannya..kulitnya bertukar jadi putih dan wangi badannya..subhanallah..
semua yang ada di situ semasa menguruskan jenazah lelaki itu terpegun dan terkejut. Mereka tanya pada ibu lelaki itu, ibu lelaki itu menjawab anak lelakinya tiada apa yang istimewa cuma dalam sehari anaknya berselawat pada nabi lebih dari seratus kali. Mulutnya basah dengan selawat dalam apa jua kerja dia lakukan..subhanallah..
|
|
|
|
|
|
|
|
CAHAYA MERUBAH HATI
Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Nabi dan Ramadan bulan ummah. Itulah makna di sebalik kalendar hijrah menurut syariat.
"Tuk, cucu nak puasa bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan" beritahu Salim ketika menemui Datuk Syeikh Karim.
"Bagus cu, kalau cu buat tu Atuk akan doakan" Datuk Syeikh Karim memberikan semangat pada Salim yang tidak pernah ragu-ragu dengan azamnya itu.
Salim turut memaklumkan niat puasanya kepada Arif. Sudah menjadi kebiasaan, saban malam Arif akan singgah di tempat kerja Salim. Walaupun jadual waktu kerja mereka berbeza siang dan malam, pertemuan sebegini lah yang membolehkan mereka saling bertukar-tukar cerita dan pengalaman hidup.
Kerana terlalu kerap Arif tidak sempat balik ke rumah dulu, bertemu Salim sehingga mencecah 2.00 pagi, satu ketika pernah beliau ditegur isteri ghaibnya.
"Abang dah malam ni, ayuh pulanglah kasihan kakak di rumah" ujar Putri Milofa merujuk kepada madunya.
"Saya balik dulu dah kena warning ni dah malam" kata Arif pada Salim yang tersenyum.
'Dah malam cu, cukuplah baliklah dahulu esok masih ada" sergah Datuk Syeikh Karim pada mereka berdua.
"Atuk pula ingatkan saya supaya balik" Arif memberitahu Salim.
Puasa Rejab dan Syaaban dapat dijalani dengan sempurna, sehinggalah tiba Ramadan. Setiap solat Salim tekun beramal, duduk berzikir dan berselawat. Datuk Syeikh Karim sentiasa memerhatikannya dari jauh.
Apabila hari semakin hampir malam ke sepuluh terakhir puasa, Arif mengingatkan Salim
"Malam ini lepas jam 12, duduklah di bilik sembahyang, berselawatlah banyak-banyak"
Sebelum tengah malam lagi, Salim sudah mula beribadat. Angin laut bertiup masuk dari celah jendela bilik yang tidak ditutup. Tiba-tiba entah datang dari mana, sebutir batu bercahaya putih kelihatan jatuh di atas sejadah.
Salim berdebar-debar tetapi memberanikan diri untuk terus mengamati cahaya tersebut.
"Oh cahaya putih berpecah menjadi warna pelangi" detik hati Salim.
Warna pelangi itu berpecah banyak bertambah berkali-kali ganda. Kemudian bertukar menjadi butiran bintik-bintik pelangi berwarna-warni. Butiran cahaya itu memenuhi seluruh ruangan bilik lalu mengelilinginya.
Salim terus mengamati bintik-bintik tersebut yang terus berputar-putar dan akhirnya membentuk semacam tubuh manusia yang latar belakangnya cahaya putih yang terlalu terang dan menyilaukan. Mata Salim tidak mampu untuk melihat tepat ke arah bentuk tersebut untuk mengecam siapakah di hadapannya. Tidak lama kemudian kedipan cahaya itu lenyap begitu sahaja sebagaimana ia muncul.
Salim bersyukur ke hadrat Allah swt diberi kesempatan menyaksikan peristiwa itu. Rahmat cahaya itu membuatkan hatinya semakin tenang, sabar serta yakin dengan erti kehidupan sebenar; bukan hanya berpaksikan kebendaan wang ringgit.
Salim teringat kata-kata hikmah. Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah Al Fatihah, hadiah terbaik untuk diri adalah kejujuran, hadiah terbaik untuk Rasullullah adalah Selawat dan lebih dari itu ketakwaan merupakan hadiah utama insan pada Al-Khalik.
Bersambung... 161# Last edited by saudagaralam on 10-7-2014 01:20 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|