CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cemolot

[Tempatan] [Edisi Tunggu Jelah Bala Datang] Mahkamah Rayuan iktiraf hak transgender

[Copy link]
Post time 10-11-2014 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 9-11-2014 07:37 PM
Keputusan Mahkamah Rayuan Kes Lelaki Berpakaian Wanita Mengejutkan – Muhyiddin

  

kenapa Muhyiddin terkejut?

di Malaysia undang2 syariah mmg inferior to common law. Kalau judge follow betul2 mmg banyak kes syariah kena over rule.

Malaysia bakal berdepan dgn satu lagi krisis perlembagaan

kalau tak puas hati, review lah lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2014 04:14 PM | Show all posts
Mahkamah Rayuan hari ini mengisytiharkan peruntukan enakmen agama Islam Negeri Sembilan yang menghalang lelaki Islam yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah tidak berperlembagaan.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus berkata seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah melanggar Artikel 5, 8, 9, dan 10 Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan sebulat suara itu bermakna undang-undang yang sama di peringkat negeri dan Wilayah Persekutuan juga tidak sah dan batal.

"Kami membenarkan deklarasi yang diminta oleh (tiga) perayu dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi," katanya.
Hishamuddin dalam keputusannya berkata perlembagaan diwujudkan melindungi minoriti dari kezaliman majoriti.

Tiga lelaki transgender beragama Islam mencabar peruntukan itu kerana melarang mereka berpakaian silang jantina, dan mendakwa ia melanggar hak perlembagaan mereka yang menjamin kebebasan bersuara, pergerakan dan hak hidup secara terhormat.

Hishamuddin berkata panel hakim juga mendapati Hakim Mahkamah Tinggi membuat kenyataan dan dapatan yang bertentangan dengan bukti-bukti dan dicemari prasangka peribadi yang tidak saintifik.

"Kami risau kerana kami dapati hakim tampak seperti terlalu terkesan dengan isu hubungan homoseksual dalam penghakiman beliau.

"Kami ingin menegaskan di sini alasan tersebut tidak berasas dan tidak adil kepada para pemohon dan lelaki penghidap Gender Identity Disorder (GID)," katanya.

Hakim itu berkata Seksyen 66 dirangka untuk mencegah kesan negatif kepada masyarakat, yang antaranya membendung kegiatan homoseksual dan lesbian yang menyebabkan penyebaran HIV.

"Kes ini tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan homoseksual. Kes ini mengenai lelaki Islam dengan keadaan perubatan yang dikenali sebagai GID," katanya.

Hishamuddin berkata terdapat kesilapan di pihak hakim apabila tidak mengambil kira bukti perubatan yang tidak disangkal di hadapannya.

Beliau berkata pihak berkuasa negeri gagal menolak laporan perubatan yang dikemukakan oleh pakar psikiatri Dr Ang Jin Kiat dan pendapat pakar perunding psikiatri Dr Deva Dass.

Hishamuddin berkata mufti negeri memberikan pendapatnya apabila pertikaian ke mahkamah.

"Kami ingin menjelaskan sama ada atau tidak Seksyen 66 selaras dengan ajaran Islam atau tidak bukan satu isu dalam kes ini," katanya.

Peguam Aston Paiva Phillip berkata para pemohon ingin diakui sebagai seorang wanita dan berada dalam pakaian perempuan adalah manifestasi dari GID.

"Menurut pakar psikiatri, mereka sebenarnya berjiwa perempuan, terperangkap dalam tubuh lelaki lalu mereka berpakaian perempuan," katanya.

Paiva memberitahu mahkamah kajian perubatan menunjukkan golongan ini ingin menjadi perempuan sejak zaman kanak-kanak mereka.

Beliau berkata, ini bukan pilihan anak guamnya dan GID akan kekal dalam diri mereka sehingga ke akhir hayat.

"Kenapa hukum mereka untuk sesuatu yang mereka tidak pilih dan tidak boleh ubah," katanya ketika penghujahan.

Para pemohon, Muhammad Juzaili Mohd Khamis, Shukor Jani dan Wan Kay Yusof Wan Ismail yang merupakan wanita transgender ditangkap beberapa kali kerana melanggar enakmen negeri.

Mereka akhirnya memfailkan semakan kehakiman untuk mengisytiharkan tidak berperlembagaan sebuah fatwa syariah yang melarang lelaki daripada "memakai pakaian perempuan" atau "menyamar sebagai seorang wanita" di Negeri Sembilan.

Mahkamah Tinggi pada bulan Oktober 2012 memutuskan mereka perlu mematuhi undang-undang kerana mereka Muslim dan dilahirkan lelaki.

Mahkamah menolak tuntutan mereka undang-undang itu adalah tidak berperlembagaan, diskriminasi dan melanggar hak asasi dan kebebasan, dan memutuskan golongan ini dan wanita Islam tidak boleh dikecualikan daripada peruntukan undang-undang syariah.

Mereka bagaimanapun berpendapat ia melanggar hak asasi mereka yang termaktub dalam perlembagaan, iaitu larangan diskriminasi berdasarkan jantina, kebebasan bersuara, kebebasan bergerak, dan hak-hak untuk hidup dengan bermaruah dan berprivasi.

Di bawah Seksyen 66 Akta Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, mereka yang disabitkan berpakaian silang jantina boleh dihukum sehingga enam bulan penjara, denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.

Menurut dokumen mahkamah, pemohon adalah make-up artis yang ditangkap kerana berpakaian seperti perempuan dan mengalami diskriminasi yang mendalam, gangguan dan bahkan kekerasan kerana identiti jantina mereka.

Keempat mereka didiagnosis dengan GID, menjalani rawatan hormon dan menggunakan nama wanita dalam kehidupan seharian mereka.

Bagaimanapun, mereka dilarang daripada mengubah pengenalan mereka dan identiti jantina dan nama feminin.

Ia memberi kesan kepada kehidupan seharian, kerana dokumen rasmi diperlukan, misalnya, untuk mendapatkan pekerjaan.

Pemohon berpendapat mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan Seksyen 66 berdasarkan keadaan kesihatan tanpa menderita serangan psikologi dan trauma. – 7 November, 2014.

sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/enakmen-syariah-ns-langgar-perlembagaan-putus-mahkamah-rayuan#sthash.5IlyfITC.dpuf

p/s: apa yg teman faham...pertuduhan ini tersalah akta. maksud teman...akta seksyen 66 tuh lebih kepada tuduhan atas hubungan sejenis maksud dia lebih pada pertuduhan liwat meliwat. bukan tuduhan berpakaian. - mungkin ini maksud dia. atau akta seksyen 66 tuh tidak selaras dgn perlembagaan negara.

mungkin perlu ahli parliment utk mencadangkan rang undang tentang GID. GAJI dah naik bukan?


Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 04:28 PM | Show all posts
TANDA TANDA KIAMAT...PONDAN SEMAKIN RAMAI..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 04:29 PM | Show all posts
karang kalau dah kene bala korang ingat kaum songsang ni nak insaf...xde maknenyela...kite jugak yg terkene tempias bala tu nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 05:05 PM | Show all posts
Decaffeinated posted on 10-11-2014 03:39 PM
kenapa Muhyiddin terkejut?

di Malaysia undang2 syariah mmg inferior to common law. Kalau judge  ...

pasal tu nak reveal lagi lah ni..nampaknya ramai yg tak puas hati..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 05:09 PM | Show all posts
dah nama pun negara sekular bkn negara Islam..buat2 pelik plakkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2014 10:17 PM | Show all posts
Tapi zaman dolu dolu kan...kan...kan... Lagi secular. Murlayu boleh minum alchoal secara terbuka, melaryu boleh joget tongang tungkit sana sini .... Pakaian sexy gila dan nak jumpa murlayu yang bertudung pun susah. Tapi masa tu tak banyak pula bala bala macam sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 11:42 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 7-11-2014 01:42 PM
Yang baju itam tu macam ada iras Tok Ti...

a ah mmg..aku pun perasan masa dalam berita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2014 11:42 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 7-11-2014 02:17 PM
Tiga dari kanan ghupa arwah Yasmin Ahmad

hahah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 11:44 AM | Show all posts
haihla apa nk jadi..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 05:47 PM | Show all posts
Dunia Akhir Zaman
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 11:21 PM | Show all posts
Lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya dilaknat - Mufti Pahang
11 November 2014 1:56 PM


KUANTAN 11 Nov. - Lelaki yang menyerupai perempuan ataupun sebaliknya perempuan menyerupai lelaki merupakan perbuatan dilaknat Allah yang jelas menunjukkan perkara itu haram dalam Islam, kata Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abd Rahman Osman.

"Kalau lelaki menyerupai perempuan, kita halalkan, ertinya kita telah menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah.

"Hukumnya orang yang bercakap begitu kalau dia sedar dia boleh syirik kepada Allah, dia boleh terkeluar daripada Islam kerana dia telah mengubah hukum Allah ertinya tidak memperakui peraturan Allah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Melainkan, katanya, golongan 'khunsa muskhil' yang dilahirkan dalam keadan dua sifat lelaki dan wanita yang boleh dinasihatkan berjumpa doktor bagi membuat pengesahan identiti mereka.

Dalam pada itu, beliau turut menyokong supaya semua majlis agama Islam di negeri-negeri bersama-sama untuk mencelah dalam rayuan kerajaan Negeri Sembilan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan bahawa undang-undang jenayah syariah Negeri Sembilan yang memperuntukkan hukuman terhadap golongan lelaki berpakaian wanita di tempat awam, melanggar Perlembagaan Persekutuan.Pada Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan sebagai tidak sah ketetapan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan bahawa golongan lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah dan tidak sah di sisi Perlembagaan.

Panel tiga hakim mahkamah itu yang dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus membuat ketetapan tersebut selepas membenarkan rayuan tiga lelaki yang bekerja sebagai mak andam untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan yang menolak semakan kehakiman mereka bagi mencabar undang-undang syariah itu. BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 03:36 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 7-11-2014 08:23 PM
Gender dysphoria masih ada dalam ICD 10 ke? Or DSM IV...ada NGO  luar gigih melobi agar ini dikeluar ...


Corbett v Corbett (otherwise Ashley)
[1971] P 83. In Corbett v Corbett, Ormrod J applies a three-pronged test (the medical test) when definingsex: genitals, chromosomes and gonads test. It is the presence of these threefactors at birth which, according to Ormrod J, defines the gender of a person.Gender is then fixed and cannot be redefined by surgery or the psychologicalstate of the person. The Court therefore declared that the marriage between thePetitioner and Respondent to be void abinitio since the respondent was not a woman under English law.

Hormone punya treatment tak de ke nak bagi tune balik dia punya psychological state ikut dia punya biological state........




Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 03:38 PM | Show all posts
semua BALA nih bala
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
scholars.assist posted on 12-11-2014 03:36 PM
Corbett v Corbett (otherwise Ashley)[1971] P 83. In Corbett v Corbett,  Ormrod J applies a three ...

U see, itu mmg konkrit evidence , kan? Sekarang ni the questions are camner nak tackle issue yg gang gang yg suka guna alasan psychology psychiatric to define gender? Ni yg cabaran umat islam dlm konteks malaysia hadapi...yg hal hal bersifat biologikal, fine, itu maklum.

Sbb..sekarang dgn pihak pihak dok main isu hak asasi terbitan pemikiran depa yg x share dan hormat sistem nilai dlm konteks Msia, dok mainkan isu ini.

How badan seperti jakim or any facing this.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 04:03 PM | Show all posts
YANG MANA LEBIH JELITA? PILIHAN DI TANGAN ANDA




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2014 04:04 PM | Show all posts
Modngengade posted on 12-11-2014 04:03 PM
YANG MANA LEBIH JELITA? PILIHAN DI TANGAN ANDA

semua ni lahnatullah..



Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 04:13 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 12-11-2014 03:47 PM
U see, itu mmg konkrit evidence , kan? Sekarang ni the questions are camner nak tackle issue yg ga ...


Aku x follow federal counsel punya submission ari tu, x kan x argue pasal public policy kot.......

aku pun dah pening dah, kejap bidangkuasa jenayah Islam bawah mahkamah Syariah, kejap boleh review kat civil court.......bagi je testosterone booster, macam program methadone tu.......tapi klu testosterone level okay, tapi nak jadi transgen jugak, problem jiwa tuh....Itu sebab budak lelaki jangan suruh basuh pinggan, lipat baju keje2 pompuan (btw aku basuh pinggan, lipat baju tapi dah aku besar dok asrama dah aku tau role assignment utk gender, jadi xde kekeliruan)...bila dari kecik diorang dah terkeliru dengan role diorang tu jadi macam ni....

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
scholars.assist posted on 12-11-2014 04:13 PM
Aku x follow federal counsel punya submission ari tu, x kan x argue pasal public policy kot..... ...

Ini bukan hal pasal faulty learning u know, that means asuhan yg i think normallah budak lelaki bauh baju baduh pinggan, ade je professional lelaki yg boleh buat semua tu tak pun ada masalah kejiwaan i trap in a women's body.lagipun org lelaki yg allergik basuh pinggan ni semua payah pulak nak tolong isteri nnti. Not as easy as that to say faulty learning.ade je lelaki tahu masak but taklah merung raung cross dresser bagai, pi jadi transvestite bagai...




Ni depa ade gender dysphoria...find out about that ...not happy with gender..ni penyebab dia masih samar samar...thrn bila ditambah dgn lacking of spiritual input...hmm..time bomb.

Sebab tu i nak jskim perhalusi ni semua, know how to tackle it.

Yg pasal fed law overruled tu actually i sokong prof salleh buang...analiss dia tepat cumanya majlus agama islam tak aware kot ade clause dlm senarai 2 tu

Pi baca prf salleh buang nyer article...

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
scholars.assist posted on 12-11-2014 04:13 PM
Aku x follow federal counsel punya submission ari tu, x kan x argue pasal public policy kot..... ...

Sepatutnya tak jadi begitu..mahkamah syariah ni boleh on its own. Tapi bila pihak x puas hati depa challenge ke mahkamah sivil sbb masa u belajaq sejarah u know kan fungsi mahkamah rayuan, tinggi semua? Antara bidang da mentafsir perlembagaan or solving dispute.

Problemnya yg anggotai majlis agama islam tu may be ada tak digunakan hujah  senarai 2 yang disebut oleh Prof Salleh Buang dalam articlenya ? think, please rujuk article prof salleh buang ..keputusan mengejut mahkamah rayuan...bagus article itu.

So u know...banyak polemic kat situ. Apa apa pun..kena tackle dgn knowledge.
Last edited by mbhcsf on 12-11-2014 06:14 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.055132 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list