CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Elizad(Kyra Lydia) mengaku dah kawin secara rahsia #pg3 pic majlis resepsi #pg8

[Copy link]
Post time 8-4-2015 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
skymania replied at 7-4-2015 12:46 PM
pundek btol ko neh...

jadahnyer posting to triple dabel segala jadah neh???

Sebenanye ko jeles kan sebab aku pemes 1 page.. hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2015 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
munchkin replied at 8-4-2015 12:48 AM
aku confuse lah dengan nama depa ni semua. yang hari tu pelakon ke retis utara yang kata dia cipta f ...

Tu kan faezah elai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2015 01:39 AM | Show all posts
munchkin replied at 8-4-2015 12:48 AM
aku confuse lah dengan nama depa ni semua. yang hari tu pelakon ke retis utara yang kata dia cipta f ...

Tu kan faezah elai
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Rahsiakan majlis nikah tp bila di tanya dia mengaku juga kan...ok la tu....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 02:02 AM From the mobile phone | Show all posts
X kenal elizad ni. But congrats!
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah lerrr
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2015 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah ejad... Suka tengok ejad ni berlakon. Feeling tu sampai je. Serasi sgt ngan ungku dlm TLU tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 08:45 AM | Show all posts
Utk adik ejad
ok je bila u dah kawin
i still akan support u
4 the first time i suka heroin melayu
pndai berlakon &yg penting tinggi...
u nmpak sgt anggun &ade class yg tsendiri
aura tu susah nk ada pd retis2 baru skang ni
Kipidap ok..
sajikan kami psembahan bmutu lagi..
always support u..
cerita tlu tu drama terbaik yg penah d tonton..
syabas tlu team..
syabas juga utk partner u ungku ismail..
hrp ade lg drama yg gndingkn uolss bdua
luv both....muahhhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2015 09:16 AM | Show all posts
ok la tu elizad ni ngaku dh nikah lgpun dia mmg nk jemput reputz g majlis dia kan..
dr nikah senyap2 pastu ngandung pastu nikah semula pastu blk kg kata kena buatan org.. dh kantoi segala baru nk buat press conference..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 11:00 AM | Show all posts
Gambar nikah Elizad

SHAMSUL nampak tenang ketika dinikahkan bapa Elizad.




ELIZAD memeluk bapanya selepas selesai majlis pertunangan pada September lalu. -



cc: @maxim boleh update tajuk. da ada gambar


Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 11:02 AM | Show all posts
Elizad dah bergelar isteri


Selepas tiga bulan mengunci mulut, akhirnya pelakon Siti Elizad, 31, tampil membuat pengakuan dirinya sudah pun bernikah dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman, 43, pada 11 Januari lalu. 4 petang
Majlis pernikahan Siti Elizad dan Shamsul yang bertugas di sebuah syarikat permotoran itu berlangsung secara tertutup dengan dihadiri ahli keluarga terdekat kedua belah pihak saja.
Dengan sekali lafaz, Elizad sah bergelar isteri kepada Shamsul pada majlis pernikahan yang disempurnakan bapanya, Mohd Sharifuddin Baharuddin di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada jam 4 petang.
Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM777, tujuh dulang hantaran dan berbalas sembilan dari pihak perempuan. Manakala, wang hantaran pula dirahsiakan.
Selain majlis pernikahan, majlis pertunangan mereka juga berlangsung secara tertutup pada 6 September tahun lalu.
Ketika dihubungi, pelakon yang mengecapi populariti dalam drama bersiri Teman lelaki Upahan bergandingan dengan Ungku Ismail untuk slot Akasia TV3 ini berkata, dia terpaksa merahsiakan majlis pertunangan dan pernikahannya itu atas permintaan keluarga.
“Saya memohon maaf kerana berahsia mengenai majlis pernikahan kami itu. Semuanya kerana menghormati permintaan keluarga terutama bapa yang kurang sihat dan uzur serta meminta supaya majlis pernikahan hanya untuk ahli keluarga terdekat saja.
“Bapa saya tidak selesa dikerumuni ramai orang kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
“Namun, untuk majlis resepsi, saya turut mengundang rakan rapat dan pihak media yang menyokong karier seni untuk sama-sama meraikan hari bersejarah kami pada 11 April ini,” katanya.
Berkongsi lanjut mengenai statusnya sebagai isteri, kata Elizad, dia sangat bahagia dengan fasa baru kehidupannya sekarang.
“Saya bertuah kerana dikurniakan suami yang cukup memahami. Doakan rumah tangga kami bahagia hingga ke akhir hayat.
“Saya juga dalam proses menyesuaikan diri dengan status sebagai isteri ini. Apa yang pentig, saya perlu bijak membahagikan masa antara karier seni dan rumah tangga.
“Setiap kali, selepas selesai solat subuh berjemaah, saya sediakan sarapan untuk suami sebelum dia ke tempat kerja,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai majlis resepsinya bertemakan pernikahan dalam taman Sabtu ini, Siti Elizad berkata, ia juga bakal berlangsung secara sederhana pada jam 8 malam di Kampung Pengantin, Setapak, Kuala Lumpur.
“Saya akan menggayakan busana pengantin rekaan Jimmy Couture dan solekan dari Epie Temerloh.
“Soal destinasi bulan madu pula, Insya Allah, kami merancang untuk menunaikan umrah nanti,” katanya.

Suami tidak halang teruskan karier seni
Pelakon filem Coverina ini mengakui dia juga tidak menang tangan memenuhi undangan berlakon ketika ini.
Terbaru, Elizad sibuk di lokasi penggambaran drama Dia Isteri Luar Biasa dan Isteriku Bukan Tukang Masak.
“Saya terpaksa menunda majlis perkahwinan sebanyak dua kali kerana terikat dengan tawaran berlakon. Malah, saya terpaksa mengambil cuti selama tiga hari semata-mata untuk membuat persiapan majlis resepsi nanti sebelum kembali ke lokasi penggambaran seperti biasa,” katanya.
Ditanya sama ada dia tidak bimbang populariti merudum bila berkahwin, Elizad percaya setiap pelakon ada rezeki mereka masing-masing.
“Saya berehat seketika dari bidang seni kerana menjaga arwah mama, Nazariah Mohd Salleh yang sakit dan menjalani pembedahan membuang cyst sebelum ini.
“Selepas mama meninggal dunia dan tahap kesihatan saya kembali pulih, saya kembali aktif berlakon. Alhamdulillah, nama kembali menyinar selepas berlakon dalam drama Teman Lelaki Upahan tahun ini. Pada masa sama, saya percaya ia juga rezeki selepas berkahwin,” katanya.
Bagaimanapun, kata Elizad, dia bertuah kerana suami tidak menghalang minatnya dalam bidang lakonan.
“Suami seorang yang cukup memahami dan penyabar dengan kerenah saya. Dia juga tidak campur dengan urusan kerja saya sebagai anak seni kerana yang penting saya pandai menjaga diri
“Dia juga sentiasa menyokong minat saya dan ingin melkihat saya menjadi pelakon yang berjaya,” katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
toxicated replied at 8-4-2015 01:37 AM
Tu kan faezah elai

Ha betul tqtq
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
maxim replied at 8-4-2015 01:39 AM
Tu kan faezah elai

Tqtq max
...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ms ml2 tlu abis mmg terbawak2 gak la nak dia kawin gan mael tp bL dah lama2 tgk mael berlakon gan org lain, eliza berlakon gan org lain br terfkr knp tlu berkesan coz dia org serasi.. Tp lm2 x kisah je kalo mael kawin gan sape2.. Ko tunggu la janda ku mael.. Hehehe mungkin ini la yg mael tujukan tuk eliza ms menyanyi ari tu.. Kekasih ku.. Ku simpan satu rahsia.. Ni la kot rahsia dia
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 11:28 AM | Show all posts

Berkat kesabaran. Dulu2 berlakon filem, taklah sefamous skrg. Makin cantik Elizad ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 12:39 PM | Show all posts
tahniah elizad dan suami..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2015 02:09 PM | Show all posts
suka dia berlakon dalan TLU...walaupun sebagai kekasih ngan ungku tu tapi takde lah watak sampai peluk memanjang..pegang tangan  pun aku rasa takde..riak wajah je dah boleh feel dia berlakon sebagai kekasih.. biasanya drama melayu kalau berlakon..banyak adengan peluk lah...pegang tangan lah...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 02:12 PM | Show all posts
lawa jad.

tengok jad ni iols teringat avaa vanja, sebab dia jenis tinggi2 jugak.

apa la khabar dia? nak tanya kt thread di mana nana nurgaya malas nak gali benang tu dah tertimbus
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg sgt berkesan lakonan dorg dlm TLU. Nmpk keserasian.siti elizad nmpk makin cntik.dedulu tgk dia x berserj mcm skrg.mybe btul la org kata seri pengantin tuj
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tv3 tlg buat ulang tayang TLU kat tv.x puas tgk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.302835 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list