CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ibnur

Soal Jawab Agama Islam (3)

[Copy link]
Post time 21-12-2018 02:44 PM | Show all posts

terima kasih banyak-banyak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2019 01:38 PM | Show all posts
As salam,

saya nak tanya,

bagaimana harta2 isteri setelah isteri meninggal dunia? (rumah2, aset2 isteri)

adakah menjadi hak suami sepenuhnya atau masih ada hak utk ibu bapa isteri?

terima kasih.

lagi satu, macam mana saya nak cari ustazah untuk belajar ilmu tasawuf? boleh saya pergi ke pejabat agama ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 02:43 AM From the mobile phone | Show all posts
jika kita akad jual beli bundle pakaian tu,kita akad jualbeli apa yang ada didalamnya dan menjadi hak milik kita.apakah hukumnya apabila terjumpa duit didalamnya tanpa id pengenalan,,adakah duit itu patut dihantar ke baitulmal,atau adakah urusan jual beli kita tebatal.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 09:08 AM | Show all posts
MrJuan replied at 16-1-2019 02:43 AM
jika kita akad jual beli bundle pakaian tu,kita akad jualbeli apa yang ada didalamnya dan menjadi ha ...

Salam...

Jika akad jual-beli (dengan membeli) berlaku, maknanya kita dah ada berhubung dengan penjual...

Bila akad untuk bundle pakaian, maknanya hak kita untuk bundle pakaian. Apabila ada barang lain selain pakaian, sewajarnya kita berhubung balik dengan penjual, tanya (dapatkan) kepastian adakah semua brg termasuk yang bukan pakaian sebagai akad jual-beli untuk kesemua barang dlm bundle tersebut.... jika penjual sedar ada barang lain dan minta balik, selayaknya dipulangkan balik (kerana barang itu tidak termasuk dalam akad).

apakah hukumnya apabila terjumpa duit didalamnya tanpa id pengenalan,,adakah duit itu patut dihantar ke baitulmal,atau adakah urusan jual beli kita tebatal.

Cuba berhubung balik dengan penjual. Jika penjual sudah tidak dapat dihubungi, usaha dan cari kenalan penjual (tanpa beritahu dulu kandungan lain/duit dalam bundle pakaian).

Sekiranya tidak juga dapat cari jalan untuk berhubung, ada saranan duit itu sebaiknya diserahkan ke baitulmaal (saranan ini untuk jalan selamat). Untuk kegunaan sendiri, perkara ini ada khilaf (sekiranya dah usaha sedaya upaya untuk berhubung dengan tuan punya brg/duit itu tidak berhasil), ada juga yang pendapat yang membolehkan guna untuk keperluan.... (macam jumpa emas dalam perut ikan).

Urusan jual beli tidak terbatal (sebab dah akad, ada jualan dan belian - untuk bundle pakaian).

Semoga Allah tambah rezeki mereka yang ikhlas dalam urusan perniagaan....

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 09:16 AM | Show all posts
mel18 replied at 11-1-2019 01:38 PM
As salam,

saya nak tanya,

Salam...

bagaimana harta2 isteri setelah isteri meninggal dunia? (rumah2, aset2 isteri)

adakah menjadi hak suami sepenuhnya atau masih ada hak utk ibu bapa isteri?

Pembahagian ikut faraidh (boleh semak dengan pejabat Agama)

lagi satu, macam mana saya nak cari ustazah untuk belajar ilmu tasawuf? boleh saya pergi ke pejabat agama ke?


Boleh, sekiranya ada pegawai pejabat agama yang tahu ustazah yang mempunyai ilmu tasawwuf.

Sebaiknya suami/ayah/abang terlibat belajar ilmu ini dan sampaikan kepada ahli keluarga (yang mahram). Boleh juga cari madrasah tahfiz/alim (alimah) untuk wanita, dari situ boleh cari ustazah yang sesuai...

WAllahu a'lam




Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2019 10:29 PM | Show all posts
salam. kroit nak tanya tentang derma organ bagi orang Islam.
apa hukum menderma organ? apa pandangan Islam mengenai derma organ?

kedua, sebelum ni pernah dengar, ustaz kata, sebenarnya
lepas kita mati, apa yang dilakukan kepada jasad kita tu, kita masih boleh rasa. tapi sebab ruh dah keluar, dah mati, kita tak boleh bergerak. tapi masih boleh rasa.

tak tau la post-mortem macam mana.
tapi, kalau daftar derma organ, lepas kita mati, organ-organ, tisu semua dikeluarkan untuk didermakan. kita dah mati, masih sakit? soalan yang tak masuk akal, maaf, tapi dah berbulan tertanya-tanya. agak confuse sikit.

terima kasih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2019 01:57 PM | Show all posts
Salam.

Saya nak bertanya tentang hukum memakan makanan yang digunakan cina dalam upacara sembahyang halau hantu.


Adakah ianya haram atau halal untuk dimakan?
Contoh makanan yang diterima ialah makanan kering seperti beras, sos cili, air kotak, megi, nescafe etc.

tq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2019 09:58 AM | Show all posts
kroit92 replied at 15-4-2019 10:29 PM
salam. kroit nak tanya tentang derma organ bagi orang Islam.
apa hukum menderma organ? apa pandanga ...

Wassalam...  dihuraikan dengan detail oleh mufti WP

http://muftiwp.gov.my/en/artikel ... 16-pendermaan-organ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-8-2019 10:04 AM | Show all posts
MoonRise replied at 8-8-2019 01:57 PM
Salam.

Saya nak bertanya tentang hukum memakan makanan yang digunakan cina dalam upacara sembahy ...

Boleh rujuk di sini:

http://tanyalahustaz58.blogspot. ... -55-makan-buah.html
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2019 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalam

Saya nk tanya tgt pemberian zakat kpd golongan mualaf. Sekiranya mualaf tersebut bukan golongan yg susah sampai nk makan pun kena bercatu adakah perlu kita beri zakat pada dia?

Cth:
Mualaf seorang perempuan sudah berbelas tahun kawin dgn lelaki muslim sbg isteri ke2. Beliau mempunyai seorg anak perempuan dgn suami tersrbut. Anak2 dgn isteri pertama semuanya dah besar dan kebanyakannya dh berkawin. Si suami mempunyai harta yg cukup spt tanah getah, simpanan epf. Semasa isteri pertama sakit, insuran company si suami yg cover. Jadi kiranya kehidupan mrk ni sederhana la wpun tak kaya( kalau papa kedana, buatpe poligami kan).
Baru baru ni anak saudara si suami ada keluarkn zakat tp tak diberi kpd mualaf tersebut(sy pun tak tahu apa sbbnya), hal ini tlh menyebabkn si mualaf berkecil hati dan mengutuk si pengeluar zakat tersrbut.
Jadinya sy nk tahu apa hukum nya beri zakat pd mualaf yg tidak hidup susah. Suami pun masih mampu menyara beliau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2019 05:58 PM | Show all posts
krustykrab replied at 2-9-2019 12:22 PM
Assalam

Saya nk tanya tgt pemberian zakat kpd golongan mualaf. Sekiranya mualaf tersebut bukan go ...

Wassalam

Ikut contoh tersebut, mualaf tu seperti bukan golongan asnaf.  Boleh bagi sedekah atau hadiah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2019 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ibnur replied at 14-9-2019 05:58 PM
Wassalam

Ikut contoh tersebut, mualaf tu seperti bukan golongan asnaf.  Boleh bagi sedekah atau ...

Thanks..
Sy baru google dan dpt info yg ada sesetengah negeri menghadkn status mualaf ni utk beberapa tahun sahaja bg tujuan zakat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 12:50 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 03:27 PM | Show all posts
salam...semuga kita semua didalam rahmat Allah

nak tanya tentang imam yg suka baca surah panjang2 ketika solat berjemaah

kadang2 buat hati saya terfikir, adakah imam ni nak tunjuk skill,dan bila bacaan dia tersangkut saya ketawa dlm hati (hati saya tak bersih)

dan saya rasa bacaan surah pjg juga menyebabkan jemaah lain berkhayal dan berangan sementara tunggu bacaan dia habis
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 02:18 PM | Show all posts
c===8 replied at 10-10-2019 03:27 PM
salam...semuga kita semua didalam rahmat Allah

Salam...

Tak perasan pulak ada pertanyaan di sini...

nak tanya tentang imam yg suka baca surah panjang2 ketika solat berjemaah

kadang2 buat hati saya terfikir, adakah imam ni nak tunjuk skill,dan bila bacaan dia tersangkut saya ketawa dlm hati (hati saya tak bersih)

Perihal imam yang baca surah panjang, ia bergantung pada niat imam tu sendiri. Jika memang dia kebiasaan baca surah panjang, dan makmum di surau/masjid situ menyukainya, maka itu menjadi harus. Ada riwayat para sahabat (Umar RA) baca surah panjang waktu Subuh.

Secara umumnya, maghrib surah pendek atau ringkas. Isyak boleh pilih untuk baca lebih panjang sikit. Bacaan lebih panjang dalam solat Subuh, dengan ambil tahu situasi ahli jemaah.

Namun dianjurkan imam supaya meringkaskan solat agar tidak membebankan jemaah ketika mengimami solat fardhu, kerana mungkin juga ada ahli jemaah yang uzur. Contohnya di masjid jamek yang biasa menjadi persinggahan musafir, adalah lebih baik imam pilih untuk tidak membaca surah yang panjang-panjang.

dan saya rasa bacaan surah pjg juga menyebabkan jemaah lain berkhayal dan berangan sementara tunggu bacaan dia habis

Ini boleh jadi kelemahan imam dan makmum.... Saya pernah dengar seorang ahli jemaah berkata selepas selesai solat berjemaah, dia sangat suka bacaan imam sehinggakan dia harap imam terus sambung, sambung dan sambung (jangan berhenti).... pada waktu yang lain saya dalam safar yang panjang, kemudian masuk waktu Subuh yang awal (musim panas Subuh awal), imam baca cukup panjang, sehingga ada seseorang kata dia hampir jatuh nak tunggu bila imam nak ruku'....

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2020 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum.. saya ada soalan . Apa hukum seorang perempuan yg memakai scented body lotion + body mist.. ( cthnya lepas mandi , kdg2 ambik wudhuk sekali pastu pakai scented lotion + body mist pastu pakai baju.. ) adakah solat perempuan tu sah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2020 04:53 PM | Show all posts
Lavender85 replied at 7-1-2020 05:08 PM
Assalamualaikum.. saya ada soalan . Apa hukum seorang perempuan yg memakai scented body lotion + bod ...

Tulah saya pakai mositurizer dkt muka and minyak rambut tak sah juga eh?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 04:54 PM | Show all posts
c===8 replied at 10-10-2019 03:27 PM
salam...semuga kita semua didalam rahmat Allah

nak tanya tentang imam yg suka baca surah panjang2 ...

kadang kadang panjang sgt surah tu hilang tumpuan nak solat hmm mcm mana eh nak stay focus?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 02:22 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 02:27 AM | Show all posts
c===8 replied at 10-10-2019 03:27 PM
salam...semuga kita semua didalam rahmat Allah

nak tanya tentang imam yg suka baca surah panjang2 ...

Wslm

ada 1 hadis SAW sahih

"Apabila kamu solat bersama jemaah,maka pendekkanlah.Jika solat sendirian,panjangkanlah sebagaimana kamu kehendaki"

Apabila menjadi imam ,kena lihat kepada jemaah

Ada warga emas,org lemah,berpenyakit,kanak2 DLL

Nabi SAW pernah memendekkan solatnya apabila mendengar bayi menangis.

Mengenai imam baca panjang dan tak khusyuk,itu kena belajau ilmu dan praktikal mendapatkan kekhusyukan .

Ada 1 buku ditulis Almarhum Tuan Guru Nik Aziz,bagus bukunya.Tips khusyuk solat.

Wallahua'lam .......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.100642 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list