CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: EVERYDAY IS A FRESH START

 Close [Copy link]
Post time 6-12-2024 04:06 PM | Show all posts
Tashu replied at 5-12-2024 07:30 PM
Ooo rajin mama teman dia...ngekor je?

hi syg

saja je nak ikut
dh dia ajak
x de la memeram lam rumah je kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2024 04:06 PM | Show all posts
Tashu replied at 5-12-2024 07:31 PM
Sha dh kait kat pg 2 tp mama lom cekin lg time tu so mama x dpt la notis.

ada ke
knapa x dapat noti??
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 04:07 PM | Show all posts
Tajuk : PENANTIAN
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 04:07 PM | Show all posts
Tashu replied at 5-12-2024 07:31 PM
Belum plan.
Mama pulak?ngekor uncle lg x?

mama berjimba dgn kekawan tadi
baru balik ni
masuk japnnti stop asar pulak
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 04:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 04:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2024 04:29 PM | Show all posts

sabar je la
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 04:36 PM | Show all posts
Pendedahan RCI Batu Puteh bukti wujud pengkhianatan besar kepada negara – Anwar


Anwar ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat jumaat di Surau Al-Manar Presint 14, Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!


PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pendedahan dibuat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan membuktikan wujud pengkhianatan besar kepada negara.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, proses undang-undang bagi menyiasat semula perkara itu harus dihormati semua pihak.
“Kita tengok proses berikutnya,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Manar, Presint 14, di sini, hari ini.

Katanya, beliau turut menyifatkan pendedahan dibuat RCI itu bukan perkara ringan termasuk apa-apa kesalahan yang terlibat dalam soal menyerahkan kedaulatan negara.
Jelasnya lagi, setiap inci tanah kita itu patut diperjuangkan habis-habisan namun, sebaliknya ada sedikit kegagalan.

Sebelum ini, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Prosiding diusulkan itu susulan Malaysia kehilangan Batu Puteh kepada Singapura selepas Jemaah Menteri yang diketuai Dr Mahathir pada 2018 menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). – KOSMO! ONLINE



https://www.kosmo.com.my/2024/12/06/pendedahan-rci-batu-puteh-bukti-wujud-pengkhianatan-besar-kepada-negara-anwar/





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2024 04:37 PM | Show all posts
Zii Jia, jurulatih akhirnya berpisah

ZII JIA bakal mendapat sentuhan jurulatih baharu selepas Tat Meng tidak menyambung kontraknya yang berakhir 31 Disember ini. - AFP


JAGUH perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia sedang mencari jurulatih baharu selepas Team LZJ mengumumkan pengarah kejurulatihannya, Wong Tat Meng sah tidak lagi bersama mereka musim depan.
Perkara itu diumumkan Team LZJ bahawa Tat Meng memutuskan untuk meneruskan fasa baharu dalam kerjaya kejurulatihannya dan akan meninggalkan pasukan tersebut selepas kontraknya tamat pada 31 Disember 2024.
Sejak menyertai Team LZJ pada Julai tahun lalu,Tat Meng memainkan peranan penting dalam memulihkan prestasi Zii Jia sehingga kembali ke kelompok 10 pemain terbaik dunia.
Sepanjang tempoh tersebut, Tat Meng turut membantu Zii Jia meraih beberapa kejuaraan dan membawa pulang pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024.
“Jurulatih (Tat Meng) akan terus berkhidmat bersama Team LZJ sehingga kontraknya tamat secara rasmi pada 31 Disember 2024 dan kini sedang mempersiapkan Zii Jia menghadapi Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) di Hangzhou, China akan datang.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Tat Meng atas kerja keras, dedikasi, serta kebijaksanaan dan bimbingannya sepanjang bersama Team LZJ,” menurut kenyataan itu.
Team LZJ turut mendedahkan mereka bakal melantik jurulatih baharu dan pengumuman tersebut akan dibuat tidak lama lagi.
“Pengumuman mengenainya akan dibuat pada masa yang sesuai. Pasukan juga sedang membuat persiapan bagi musim 2025 dengan mengambil kira Sukan Olimpik yang akan datang,” katanya. – KOSMO! ONLINE



https://www.kosmo.com.my/2024/12/06/zii-jia-jurulatih-akhirnya-berpisah/






Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 04:38 PM | Show all posts
34 ajaran sesat dikenal pasti di Pahang


SYED IBRAHIM ketika menjawab soalan pada Mesyuarat ke-3 Penggal ke-3 Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di Kuantan hari ini.




KUANTAN – Kerajaan negeri sentiasa memantau kewujudan dan mengenal pasti terdapat sebanyak 34 ajaran sesat di Pahang setakat ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, pemantauan dan penguatkuasaan terus dilakukan bagi memastikan ajaran tersebut tidak terus disebarkan.
“Kita akan buat pemulihan, setiap individu yang disiasat terlibat dalam ajaran sesat memang kita akan kaunseling, beri amaran dan teguran supaya balik ke pangkal jalan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas-Cheka) mengenai jumlah ajaran sesat di Pahang pada Mesyuarat ke-3 Penggal ke-3 Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini

Dalam pada itu, menjawab soalan Datuk Rosli Jabar (Pas-Tanjung Lumpur) mengenai perkembangan GISB Holdings, beliau berkata, Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang yang bersidang pada 2 Oktober lalu memutuskan pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.

Katanya, ini kerana mereka meneruskan kepercayaan dan amalan dalam Aurad Muhammadiah yang dibawa oleh al-Arqam yang telah diwartakan sesat dan menyeleweng pada 1994.
“Mereka juga mempercayai bahawa Ashaari bin Muhammad yang telah meninggal dunia pada 2010 tidak mati sebaliknya ghaib.
“Sistem ekonomi yang dibangunkan oleh pengikut GISBH juga tidak diiktiraf sebagai ekonomi Islam dan tidak menepati syarak,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/12/06/34-ajaran-sesat-dikenal-pasti-di-pahang/





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 04:39 PM | Show all posts
Mangsa banjir di 7 negeri kini 21,039 orang


Gambar hiasan


PETALING JAYA – Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri menurun kepada 21,039 orang daripada 6,630 keluarga setakat pukul 3 petang ini.
Negeri yang terjejas adalah Kelantan, Kedah, Johor, Melaka, Terengganu, Perak, dan Pahang.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan mencatat bilangan mangsa tertinggi iaitu seramai 15,004 orang daripada 4,747 keluarga.

Kedah berada di tempat kedua dengan 4,819 mangsa daripada 1,527 keluarga diikuti Johor dengan 800 mangsa daripada 231 keluarga.
Melaka pula mencatatkan 140 mangsa daripada 36 keluarga, manakala Terengganu merekodkan 135 mangsa daripada 41 keluarga.
Perak mencatatkan 126 mangsa daripada 43 keluarga, sementara Pahang merekodkan bilangan mangsa paling rendah iaitu 15 orang daripada lima keluarga.
“Sebanyak 98 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi setakat pagi ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE.



https://www.kosmo.com.my/2024/12/06/mangsa-banjir-di-7-negeri-kini-21039-orang/





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 04:46 PM | Show all posts
Syamer Kutty, Syafiq dilantik kapten Harimau Malaya

Syafiq Ahmad (tengah) bersama rakan-rakan sepasukan selamat tiba di Phnom Penh, Kemboja sebentar tadi. - Foto ihsan FAM


KETUA jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente mengesahkan lilitan kapten bakal dikongsi tiga pemain berpengalaman, Syamer Kutty Abba, Dominic Tan dan Syafiq Ahmad pada kejohanan Piala Asean 2024 nanti.
Sebagai rekod, Syamer selaku tonggak utama Penang FC telah mengumpul 38 kaps sepanjang bersama skuad senior negara dan berjaya menjaringkan dua gol sejak membuat debut pada 2017.
Selain Syamerk, ugasan kapten bakal dikongsi bersama Dominic Tan yang telah meraih 33 kaps dan pemain penyerang, Syafiq Ahmad (41 kaps) bagi mengharungi kejohanan berprestij Asia Tenggara itu.
Skuad kebangsaan telah berlepas ke Pnhom Penh, Kemboja pagi tadi dan bakal memulakan aksi Kumpulan A menentang tuan rumah di Stadium Olimpik pada Ahad ini.
Kemudian, pasukan Harimau Malaya bakal melayan kunjungan Timor Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil (11 Disember) disusuli Thailand di Bangkok (14 Disember) dan Singapura di laman sendiri (20 Disember).
Sejak dianjurkan pada 1996, skuad Harimau Malaya hanya pernah bergelar juara sekali pada edisi 2010 manakala kali terakhir bergelar finalis pada edisi 2018. – KOSMO! ONLINE



https://www.kosmo.com.my/2024/12/06/syamer-kutty-syafiq-dilantik-kapten-harimau-malaya/





Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 04:48 PM | Show all posts
Mereka diugut, tidak bebas dan asrama pula adalah kontena – Hakim


Mahkamah Klang


KLANG – Seorang penyelia kilang dan tukang jahit masing-masing dijel lima tahun dan denda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana mengekploitasi enam warga kemboja.
Hakim Zulqarnain Hassan menjatuhi hukuman itu selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan terhadap Diong Yeou Chin dan Ith Eamy yang merupakan wanita kemboja berusia 45 tahun.
Mahkamah turut memerintahkan bayaran pampasan masing-masing sebanyak RM77, 500 yang perlu dijelaskan dalam tempoh sebulan. Sekiranya gagal mereka boleh dipenjara selama 36 bulan.
Kedua-dua tertuduh juga dibenarkan menangguhkan hukuman penjara sehingga rayuan selesai di Mahkamah Tinggi, namun jaminan dinaikkan kepada RM36,000 terhadap Yeou Chin dan RM60,000 ke atas Eamy.
Hakim Zulqarnain berkata, mangsa secara umumnya merupakan orang susah yang dijanjikan masuk ke Malaysia menggunakan laluan sah dan mendapat pekerjaan serta layanan yang baik.
Tegasnya, apa yang berlaku sebaliknya apabila mangsa dibawa secara tidak sah dengan perjalanan selama empat hari merentasi sungai dan darat dari Kemboja selain bekerja tanpa permit dengan pasport dipegang dan gaji dipotong.Mereka juga diugut dan tidak bebas akhirnya terjerat dengan hutang. Malah tempat tinggal yang dikatakan asrama adalah kontena yang menempatkan 15 individu bercampur lelaki dan perempuan selain dihadangkan dengan kain.
“Mereka tidak tahan dan akhirnya lari dari kilang. Kesalahan ini merupakan kesalahan berbentuk ekonomi dan moden. Ia terbentuk kerana proses globalisasi di dunia ini dengan orang sanggup kerja di luar negara setelah dijanjikan kerja yang baik,” katanya.
Mengikut pertuduhan, Eamy dan Yeou Chin didakwa memperdagangkan enam warga Kemboja bagi maksud eksploitasi dengan kesalahan dilakukan di tepi Jalan Yadi, Kampung Sungai Udang antara 2020 dan 9 Ogos 2022.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migrann (ATIPSOM) 2007 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.
Secara pecahan, mahkamah menjatuhi hukuman masing-masing lima tahun penjara dan denda RM4,000. Sekiranya gagal mereka perlu menjalani hukuman penjara tambahan enam bulan.
Seorang lagi mangsa adalah lima tahun penjara dan denda RM5, 000 serta tambahan penjara enam bulan jika gagal membayarnya. Mahkamah bagaimanapun membenarkan hukuman penjara berjalan serentak.
Peguam Tham Weng Kin dan P. Visnuvarman dalam mitigasinya memohon hukuman ringan susulan kedua-dua tertuduh menanggung anak selain ia merupakan kesalahan pertama.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Anisah Pisol berharap mahkamah mengambil kira bahawa Malaysia baru sahaja dinaikkan kedudukan Tahap 2 (Tier 2) berbanding sebelum ini berada tujuh tahun dalam Watchlist kes pemerdagangan orang.
“Poland berjaya naik ke Tier 1 dengan hukuman panjang terhadap pesalah (kes pemerdagangan manusia). Kedua-dua tertuduh juga mengaut keuntungan (hasil aktiviti ini). Jenayah ini juga telah menjejaskan hubungan kedua-dua negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE



https://www.kosmo.com.my/2024/12/06/penyelia-kilang-penjahit-dijel-eksploitasi-6-warga-kemboja/












Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 04:49 PM | Show all posts
Pemuda menangis dipenjara 30 tahun, 12 sebatan edar dadah di KLIA

Bretley kelihatan menangis selepas prosiding keputusan di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. -Foto SADDAM YUSOFF / KOSMO!


SHAH ALAM – Seorang bekas penuntut Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) menangis selepas dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi hari ini kerana  mengedar syabu seberat 4.29 kilogram (kg) empat tahun lalu.
Tertuduh, Bretley Letu Anak Micheal Gambit, 23, kemudian dipeluk ahli keluarganya selepas hukuman diputuskan Hakim Datuk Seri Latifah Mohd. Tahar.
Keputusan dibuat selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Hakim Latifah dalam penghakimannya menegaskan pembelaan tertuduh hanya bersifat penafian dengan mahkamah mendapati tertuduh seperti sudah biasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“(Dan) secara jelas tertuduh mempunyai kaitan dengan beg (berisi dadah) itu. Ia turut mengambil kira jumlah dadah yang banyak dan semestinya bukan untuk kegunaan sendiri. Tertuduh juga jelas mahu membawa dadah itu ke Miri, Sarawak,” katanya.
Bretley yang menuntut dalam jurusan Penyelenggaraan Jentera Berat di IKBN Miri sebelum ini didakwa mengedar methamphetamine seberat 4.29kg di Pejabat Bahagian Jenayah Narkotik Daerah, Aras 3, KLIA Sepang, kira-kira pukul 5 petang, 22 Julai 2020.
Terdahulu, Peguam Nik Muammer Hurrie Mohamad Sukri memohon hukuman diringankan kerana anak guamnya merupakan pesalah muda berusia 19 tahun ketika kejadian selain tidak mempunyai rekod jenayah.- KOSMO! ONLINE






https://www.kosmo.com.my/2024/12/06/bekas-penuntut-dipenjara-30-tahun-12-sebatan-edar-dadah/






Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 04:52 PM | Show all posts
my ears keep popping
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 04:52 PM | Show all posts
crawling
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2024 04:52 PM | Show all posts
sedapkan hati
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 04:52 PM | Show all posts
dog yg start awal
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 04:53 PM | Show all posts
pop quiz
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 04:53 PM | Show all posts
what seems off
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.126386 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list