CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kubus

Petikan dari Akhbar online

[Copy link]
Post time 14-9-2007 08:51 PM | Show all posts

Reply #1600 adala's post

sakan la raya nanti... 80k tuuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2007 09:01 PM | Show all posts

Reply #1601 jj's post

kalo la aku tau sapa.. pagi2 lagi aku nk p beraya umah dia...
kalo dia tak kena tgkp lagi la time tu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2007 09:32 PM | Show all posts

Reply #1602 adala's post

kita pi beraya pakai uniform polis... muahahahaha....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2007 09:34 PM | Show all posts

Reply #1603 jj's post

mau terpacak pisau rambo kat dahi aku....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2007 06:19 AM | Show all posts
LANGKAWI 14 Sept.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2007 06:23 AM | Show all posts

Reply #1605 adala's post

nama hang tak dak ka jadi saksi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2007 06:26 AM | Show all posts

Reply #1606 jj's post

syyyyy..... aku ni ketaq sikit kalo polis tanya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2007 06:28 AM | Show all posts

Reply #1607 adala's post

choihhhhhhhhhhhh........ erk... laki ka pompuan hang nie...
mokata laki .. aku nak kata laa... hang tak dak teloq kaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2007 06:33 AM | Show all posts

Reply #1608 jj's post

syyyyy.... malu awek2 dengaq...    
aku bknnya apa, nnt tak pasai2 kena masuk lokap... utk membantu siasatan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2007 06:34 AM | Show all posts
Originally posted by adala at 15-9-2007 06:33 AM
syyyyy.... malu awek2 dengaq...    
aku bknnya apa, nnt tak pasai2 kena masuk lokap... utk membantu siasatan..


bantu siasatan tak masuk lokap aihhhh.........
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2007 06:42 AM | Show all posts

Reply #1610 jj's post

mana p tau...
buatnya penyamun tu mai semboq serbok cabai ke muka aku pulak...
silap2 blh kena bedah siasat..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2007 06:46 AM | Show all posts

Reply #1611 adala's post

teruih buat gulai muka hang ... hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 06:12 AM | Show all posts
aku ada berita pasal org jumpa topi kononnya milik laksamana cheng ho kelmarin... beratnya smpai 40kilo... pakcik wartawan tu la ceghita kt aku.. aku tak baca pun lagi ceghita yg dia tulih.. tp dan la aku copy..
nak paste teruih kt sini tkt pakcik tu pacak pisau rambo kt dahi aku plak..
tapi kalo betoi la topi dia smpai 40 kilo, kepala batu ke apa dia tu...
blh pecah medula oblongata aku kalo pakai....
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 06:20 AM | Show all posts

Reply #1613 adala's post

adala...hangpa kerja kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 06:27 AM | Show all posts
Penganjur buruk siku
Oleh Rahmat Othman


Cuba 憆ampas
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 06:30 AM | Show all posts

Reply #1613 MsCinderella's post

kami keja kat.. kat.. ada la!...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2007 03:54 PM | Show all posts
Ujian DNA sah mayat dalam beg Nurin Jazllin  

Ujian DNA yang dijalankan ke atas mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya Utama Isnin lalu, mengesahkan bahawa dia adalah Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang sejak sebulan lalu.

Ibubapa Nurin Jazlin telah dimaklumkan tengah hari tadi mengenai keputusan DNA yang mendapati ujian darah mereka dan mayat tersebut, mengesahkan hubungan antara kedua-dua pihak.
Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed, demikian menurut laporan Bernama.

Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang pada 20 Ogos setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam yang berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini.

Mayat budak perempuan yang tidak berbaju yang dipercayai menjadi mangsa deraan seks ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1 pada pagi Isnin lalu.

Sementara itu, Bernama juga melaporkan, bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil, 33, seorang pemandu teksi enggan menerima keputusan DNA itu.

"Saya ayah Nurin... Saya lebih mengenali anak saya dari semua orang. Dalam hati saya berkata mayat itu bukan anak saya.

Terus cari Nurin

"Jika polis suruh saya ambil mayat tersebut, saya akan terima, saya akan mandikan dan akan mengebumikannya. Tetapi saya hendak polis teruskan usaha mencari Nurin kerana saya tahu Nurin masih berada di luar sana dalam keadaan selamat," kata Jazimin kepada pemberita di perkarangan bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Jazimin juga berkata beliau pasti mayat itu bukan anaknya berdasarkan keadaan gigi dan parut yang dipunyai oleh Nurin.

Nurin, katanya, mempunyai kedudukan gigi yang rapat dan mempunyai parut akibat luka di pangkal pehanya

Jazimin berkata beliau dimaklumkan mengenai keputusan DNA tersebut pada jam 12.30 tengah hari oleh polis daerah Petaling Jaya dan diminta datang ke bilik mayat HKL untuk membuat pengecaman semula mayat tersebut.

Sebelum ini, Jazimin dan isterinya Norazian Bistaman, 35, telah dipanggil untuk proses pengecaman di HKL pada Isnin lalu dan tidak mengaku mayat itu anaknya, Nurin berdasarkan kepada keadaan fizikal kanak-kanak yang ditemui itu.

Norazian yang kelihatan sugul ketika ditemui pemberita berkata beliau rela menerima sebarang keputusan pihak berkuasa.

Ibu reda

"Apa lagi yang boleh saya kata. Keputusan DNA menunjukkan itu anak saya. Saya reda dengan kehendak Ilahi.

"Sebagai seorang ibu saya masih berharap bahawa itu bukan anak saya, ibu mana yang sanggup terima kenyataan bahawa anaknya diperkosa dan dibunuh begitu kejam. Hanya Tuhan sahaja tahu perasaan kesedihan yang saya alami," katanya dengan linangan air mata.

Norazian berkata sekiranya Nurin Jazlin selamat ditemui, perayaan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini adalah yang paling bermakna dalam hidupnya.

Malah pakaian raya untuk Nurin Jazlin sudahpun dibeli dan "saya tetap akan menunggu kepulangannya," katanya sebak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 12:17 PM | Show all posts
Bahana makan siang Ramadan
Oleh Zuliaty Zulkiffli


ALOR STAR: Akibat ponteng berpuasa, seorang lelaki cedera di dahi dan terseliuh kaki kiri ketika cuba melarikan diri daripada diberkas penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), apabila dia dikesan sedang makan di sebuah kedai di Simpang Empat, dekat sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 10 pagi itu, empat lelaki sedang makan di sebuah kedai bukan Islam bertempiaran ke belakang kedai sebaik melihat kehadiran penguat kuasa yang melakukan rondaan semalam.

Tiga daripada mereka sempat melarikan diri, manakala seorang lagi berjaya ditahan dalam serbuan itu.

Lelaki berusia 43 tahun itu jatuh tertiarap beberapa kali ketika penguat kuasa mengejarnya menyebabkan selipar yang dipakainya putus selain kakinya luka kecil.


Dia cedera di dahi berjaya ditahan beberapa minit kemudian apabila dia terperangkap dan panik melihat beberapa penguat kuasa mengepung kawasan itu

Sementara itu, dalam serbuan di Tebengau, dekat sini, seorang lelaki yang terkejut melihat penguat kuasa cuba menepis tangan penguat kuasa untuk melarikan diri ketika mereka menahannya kerana sedang makan di sebuah kedai tetapi gagal melarikan diri.

Lelaki berusia 51 tahun itu kemudian ditahan dan dibawa ke pejabat agama Islam untuk diambil tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Unit Penguat kuasa Agama, Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) Negeri, Sheikh Alwi Othman, berkata operasi itu dilakukan bersama Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) serta dibantu pejabat daerah termasuk Kota Star, Kuala Muda, Padang Terap dan Kubang Pasu.

Beliau berkata, operasi yang bermula jam 9.30 pagi itu tertumpu di 21 lokasi termasuk di sekitar Alor Star, Simpang Empat, Alor Janggus, Pokok Sena, Langgar dan beberapa kawasan lain untuk menahan mereka yang makan di khalayak ramai.

Katanya, dalam serbuan itu seramai tiga lelaki berusia 40 hingga 55 tahun ditahan kerana makan di khalayak ramai dan akan didakwa mengikut Seksyen 26(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 1988.

"Kita turut menahan lapan peniaga di beberapa kawasan kerana menjual makanan bermasak sebelum jam 3 petang selain membenarkan orang Islam membeli makanan di kedai mereka sebelum waktu yang ditetapkan.

"Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 26(1) EKJSK 1988 dan sabit kesalahan boleh didenda RM500 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya sekali," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, mereka yang ditahan akan dibicarakan di mahkamah.

Sheikh Alwi berkata, walaupun amaran melarang peniaga berniaga awal sudah dimaklumkan, namun masih ada peniaga yang masih berdegil.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 10:22 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by MsCinderella at 16-9-2007 06:27 AM
Penganjur buruk siku
Oleh Rahmat Othman


Cuba 憆ampas
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 11:13 PM | Show all posts
Originally posted by noret at 20-9-2007 03:54 PM
Ujian DNA sah mayat dalam beg Nurin Jazllin  

Ujian DNA yang dijalankan ke atas mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya Utama Isnin lalu, mengesahkan b ...

My deepest condolense to adik Nurin's family...
I  m so so sad
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.069570 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list