Taken from Official Website Kau & Aku
EPISOD 3: Itulah Perlunya Kawan
![](http://media3.mit.net.my/astro/media/shared/kda2009/highlights/images/res1_1152009110716.jpg)
Akim dan Fitri hairan dengan perubahan sikap Mila kerana salah anggap terhadap Akim. Apabila keluar dari bilik muzik, Aril datang secara tiba-tiba lalu bertanyakan tentang sikap Mila yang tidak kena tetapi Mila cepat-cepat meninggalkan Aril. Aril mula mensyaki Mila mempunyai hubungan dengan orang lain.
Lisa akan mengadakan konsert sulungnya di Kuala Lumpur dan merancang untuk mencari seorang penyanyi untuk membuat persembahan pembukaan di konsertnya nanti dan dengan bantuan Farish, Akem, Wenny dan Nadia, mereka mula sibuk membuat persiapan uji bakat tersebut.
Pujukkan Fitri, Wenny dan Nadia ditolak baik oleh Mila untuk mengikuti uji bakat tersebut dan akhirnya atas sokongan dan kemaafan dari Akim, Mila bersetuju untuk menyertainya. Apabila Farah mendapat tahu bahawa Mila akan turut serta dalam uji bakat tersebut, dia mula mencari cara untuk menghalang Mila dari menyertainya.
Pada malam Farah dan kawan-kawannya bertindak untuk mencuri borang pendaftaran uji bakat Mila, mereka terkejut kerana borang Mila tiada. Adakah ada orang lain yang mencurinya? Siapakah yang cuba menghalang Mila selain Farah? Untuk mendapatkan jawapannya jangan lupa saksikan episod ketiga Drama Kau dan Aku Sabtu ini jam 10.00 malam hanya di Astro Ria (saluran 104) dan jangan lupa nantikan kemunculan Akim dan Nonny jam 6.00 petang ini di Radio ERA Rentak Muzik Terkini. |