CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lucero

SAMARINDA - ASMARADANA [TIZ ZAKYAH,IKRAM DINZLY,SHAHEIZY SAM]

 Close [Copy link]
Post time 2-4-2010 08:07 AM | Show all posts
Adakah scene pegang tgn mlm pertama tu yg iqram dakwa 'serasi' bebeno dgn tiz
ek eleh tu je
kancil_hitam Post at 2-4-2010 07:19 AM

no more FG for him
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2010 08:47 AM | Show all posts
1585# fistik

baby dio laki ker pompuan...?
logy Post at 2-4-2010 00:46



logy...ko agak2 kalo nam ababy tu Aiman, lelaki ke pompuan...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 08:48 AM | Show all posts
no more FG for him
eddlisa_uyuk Post at 2-4-2010 08:07



Fg di cutikan sementara oleh iqram...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 09:00 AM | Show all posts
aku baru baca kat tweeter iqram...dia berangan alangkah bestnya kalau scene dia kahwin dan jadik bapak adalah kenyataan dlm dunia realiti....part yg dia paling suka mlm tadi, part ehem..ehem dgn tizzz....sah iqram angau dgn tizz....jgn marah daaaa...mmg iqram kemaruk nak kawin sekarang ni kaedahnya....tak caya gi skodeng & tweet dia
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 09:04 AM | Show all posts
so..., aper plak adegan next week?
iqram ni cam kureeeeng sket la nak feeling2x.
masih prefer RI.

calling for shortie))))
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 09:06 AM | Show all posts
by the way, merembes sgt ke u olls part mlm pertama tu?...aku tak tengok pun episod mlm semalam...ngantuk dowh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2010 09:07 AM | Show all posts
citer ni cam laju giler..
tup tap dah beranak..

tup tap fariz mati tak bernisan masa flight jatuh ke indonesia..
tup tap tiz kawen ngan amran..
pastu fariz mncul semula..
citer korea sgt..
nashrudean Post at 2-4-2010 00:50


alamak?!
mcm tu ker criternyer?
cam citer korea pon ya.
cam citer hindustan pun ya gaks!!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 09:11 AM | Show all posts
berasap FG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2010 09:15 AM | Show all posts
1591# nashrudean

ooooo...camnikah ceritanya. takpe ar..aku layan jek.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 09:15 AM | Show all posts
aku baru baca kat tweeter iqram...dia berangan alangkah bestnya kalau scene dia kahwin dan jadik bapak adalah kenyataan dlm dunia realiti....part yg dia paling suka mlm tadi, part ehem..ehem dgn tizzz ...
greydove Post at 2-4-2010 09:00


tolonglahhhh....wakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 09:19 AM | Show all posts
by the way, merembes sgt ke u olls part mlm pertama tu?...aku tak tengok pun episod mlm semalam...ngantuk dowh.
greydove Post at 2-4-2010 09:06


biase2 je...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 09:19 AM | Show all posts
t'bahak² aku ngan laki aku mlm td pegang tangan pas tu ehem² kot tup da beranak kah²..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 09:20 AM | Show all posts
1609# nazihamrun

phewiiiiiiiiiiiiiiiit... temenung jauh nmpk.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 09:21 AM | Show all posts
1613# hijau88


hepppssss....banyak pk ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 09:23 AM | Show all posts
1612# cemp

ko kena terima kenyataan bahawa cerita ni 'drift'....haha
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 09:27 AM | Show all posts
1614# nazihamrun

he'eleh.

mmg crita pantassssss yg amat la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2010 10:32 AM | Show all posts
Tiz, Sam meniti tangga populariti
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
[email protected]
2010/04/02      

BUKAN mudah menggandingkan dua pelakon yang sedang memanjat tangga populariti ketika ini, Tiz Zaqyah, 22, dan Shaheizy Sam, 28, dalam satu sesi fotografi.

Hakikat mereka terlalu sibuk dengan jadual lakonan memang tidak dapat disangkal lagi. Namun, sebagai memenuhi permintaan Harian Metro, kedua-dua mereka sedia meluangkan sedikit waktu, baru-baru ini.

Popularnya Tiz dan Sam dibuktikan apabila kedua-duanya terbabit dalam acara besar yang paling ditunggu-tunggu peminat hiburan iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009).

Tiz dicalonkan menerusi dua kategori iaitu Pelakon TV Wanita Popular serta Artis Baru Wanita Popular manakala Sam pula akan menjadi penyampai trofi bagi kategori Artis Komedi Lelaki dan Wanita Popular.

Pelakon genit yang meledak menerusi drama bersiri Nur Kasih di TV3 itu semakin mendapat tempat di kalangan peminat dan menjadi rebutan ramai produksi dan produser tempatan.

Sam yang juga adik pelakon sensasi Zizie Ezette pula sedang menuju puncak sesudah filem lakonannya, Adnan Sempit mendapat sambutan paling hangat.

Dia turut dikenali melalui filem Jangan Pandang Belakang Congkak, Niyang Rapik dan terbaru, Evolusi KL Drift 2 yang sedang rancak ditayangkan di pawagam tempatan. Walaupun mula dikenali dengan watak Pa'e bersama aktor Latif Borgiba menerusi drama TV dengan judul yang sama pada era 1990-an, baru sekarang Sam mengumpul jutaan peminat.

Menariknya, dalam Evolusi KL Drift 2, Sam memegang peranan sebagai gangster dan pengedar dadah bersama aktor Aaron Aziz. Imejnya bukan lagi Mat Rempit, sebaliknya tampak ganas dengan rambut panjang dan solekan ekstrem.

Ketika ini, Tiz dan Sam digandingkan bersama buat pertama kalinya dalam slot Samarinda - Asmaradana yang disiarkan di TV3 setiap Selasa hingga Khamis jam 10.30 malam.

Melakonkan watak Azizah dalam drama arahan Feroz Kader sebanyak 25 episod itu, Tiz yang membabitkan diri dalam lakonan sejak tiga tahun lalu, memikul satu cabaran baru. Dia perlu membawakan watak yang bermain emosi berbeza dengan Nur Amina dalam drama Nur Kasih arahan Kabir Bhatia.

"Memang watak dalam Asmaradana berbeza dan memerlukan penghayatan emosi yang berlebihan. "Saya melihat perubahan dari segi karakter lakonan yang disampaikan mengikut kemahuan pengarah. Saya juga sentiasa mahu memberikan persembahan yang terbaik untuk memastikan lakonan saya berbekas di hati penonton.

"Bukan mudah untuk membawa watak penuh emosi, tapi saya cuba melakukan yang terbaik dengan bantuan pengarah dan rakan artis. Saya sedar saya masih baru dalam dunia lakonan dan banyak yang perlu dipelajari," ujarnya.

Anak jati Kuala Lumpur ini gembira digandingkan dengan pelakon berbakat seperti Sam dan ia memberi peluang kepadanya untuk mendalami penghayatan karakter dengan berkesan.

Tambah Tiz, dia seronok dapat bergandingan dengan pelakon seperti Sam yang cukup komited dan rajin berusaha. Secara tidak langsung ia membuatkan mereka serasi berlakon demi menghidupkan watak masing-masing Mengulas mengenai peluang meraih gelaran buat julung kali di ABPBH09, Tiz tidak meletakkan harapan tinggi menjulang, malah mengakui saingannya sengit-sengit belaka. "Kita tunggulah keputusan Ahad ini untuk melihat ia berpihak kepada siapa yang paling bertuah. Menang kalah, saya tidak kisah," katanya. Sam yang sibuk menjalani penggambaran drama Adnan Sempit The Series pula tidak pernah melabelkan dirinya sebagai hero dalam pembikinan, malah menganggap lakonan satu tanggungjawab untuk menghidupkan sesebuah cerita.

"Saya lebih suka menjadikan kerjaya lakonan sebagai satu karier yang serius dan sumber pendapatan. Saya tidak pernah melabel diri saya sebagai selebriti atau bintang. "Saya semakin aktif berlakon sejak 2007. Minat yang mendalam membuatkan saya nekad menjadikan lakonan sebagai kerjaya tetap. "Saya perlu komited dan serius dalam setiap tugas yang diberikan. Tiada istilah main-main atau kejar glamour.

"Syukur kerana ramai produser memberi kepercayaan kepada saya membawakan pelbagai watak dalam drama dan filem akhir-akhir ini. Ini membuatkan ramai penonton TV dan filem tempatan mula mengenali diri saya.

"Biarpun baru pertama kali digandingkan dengan Tiz. Saya rasa cukup selesa dan berpuas hati dengan lakonan Tiz. Malah, Tiz sangat berbakat dan berpotensi besar menjadi artis yang berjaya satu hari nanti," katanya.

>Profil
NAMA SEBENAR: Siti Zaqyah Razak
NAMA KOMERSIAL: Tiz Zaqyah
TARIKH LAHIR: 25 Oktober 1988
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
ADIK-BERADIK: Anak kedua daripada dua beradik
KARIER: Pelakon
DRAMA: Antaranya, Impian Ilyana II, Impian Sunsilk, Spa Q 3, Nur Kasih, Asmaradana


NAMA SEBENAR: Shaheizy Sam
NAMA KOMERSIAL: Shaheizy Sam Samad
TARIKH LAHIR: 4 September 1982
TEMPAT LAHIR: Petaling Jaya, Selangor
ADIK-BERADIK: Anak kelima daripada lima beradik
KARIER: Pelakon
DRAMA: Lebih 20 antaranya Pa'e Legasi 43 Karat, Jangan Pandang Belakang The Series, Asmaradana, Adnan Semp-It The Series
FILEM: Evolusi KL Drift 2, Jangan Pandang Belakang Congkak, Adnan Sempit, Niyang Rapik, Bohsia
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 10:57 AM | Show all posts
1598# kancil_hitam

tu arr...ingat mcm maner arr dia nak buat...setakat pegang tangan jer....ekeekekek
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 11:09 AM | Show all posts
alaaaa..ofis ni xde metro ..nk tgk gbmonyer
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 11:11 AM | Show all posts
logy...ko agak2 kalo nam ababy tu Aiman, lelaki ke pompuan...hehehe
cloudnine_mm Post at 2-4-2010 08:47


laaaaa name dia Aiman ker? cutenya....

sorry tak follow dlm tv... hanya follow kat cnie jer...!


btw saper yg nak ambik si tiz nie jadi duta tissues....

mesti laris cam goreng pisang kalo jadi duta nie almaklumlah byk scene dia berlakon ader scene sedih.....

bakal Ratu Air Mata?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.071853 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list