CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hijau88

NUR KASIH[PART IX]

   Close [Copy link]
Post time 31-1-2011 01:59 PM | Show all posts
masih berjauhan ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2011 04:48 PM | Show all posts
mungkin la.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2011 09:03 PM | Show all posts
weh...sape yg berjauhan ni...
wakaka....sebok jek kan??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2011 12:15 AM | Show all posts
he'eleh. bwat2 tanya la plak.
wakkakakakakkaka.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 10:32 AM | Show all posts
dah x berjauhan lg dah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 12:26 PM | Show all posts
oo..skang dah dekat2 ek....
boleh lah pegang2....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-2-2011 02:53 PM | Show all posts
kenot... kenot.
wakkakakakkaka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2011 02:58 PM | Show all posts
NK tgh tayang kat spore kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2011 10:31 PM | Show all posts
a'ar.....kat SURIA..
tiap2 mlm sabtu & ahad...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 12:51 PM | Show all posts
Ramai peminat Tiz kat Singapore now.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2011 01:35 PM | Show all posts
Ramai peminat Tiz kat Singapore now.
kejora10 Post at 2-2-2011 12:51


yeszaaaaa... selain tu, peminat trio NK jgk kan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 07:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by Yen_Aireena at 6-2-2011 08:42

Klasik cara Tiz

DIULIT populariti, Tiz Zaqyah juga berdepan sensasi dan gosip  yang tidak berkesudahan. Ada sahaja nama lelaki yang dikaitkan ke dalam kisahnya.



BINTANG Tiz Zaqyah menyinar bersama kualiti kerja dan sensasi yang menghimpitnya. Barangkali itulah pakej yang harus ada pada  selebriti jelita sebelum membentuk nama, harus ada aneka warna yang melingkari perjalanan mereka.
Mula-mula mengukir nama, ada yang cepat melabelkannya gadis nakal yang suka bersosial, kemudian terkait pula dalam drama ‘cinta’ Fasha Sandha, Jejai dan Fizz Fairuz sebelum digosip bercinta dengan heronya sendiri, Remy Ishak.
Tidak habis, ada angin berbisik kononnya Tiz sedang mengenali anak seorang Ahli Parlimen, Aizat Fikri  namanya.  Kisah hati Tiz diintai-intai dan dalam masa yang sama, gosip itu tetap dinafikannya.
“Ramai yang bertanyakan saya sama ada benar saya sedang bercinta dengan anak seorang Ahli Parlimen.
“Sebenarnya saya berkawan dengan pelbagai golongan orang. Saya  tidak kisah berkawan dengan sesiapa.
“Tetapi jujurnya saya tidak mengenali  Aizat Fikri. Mungkin saya ada menemaninya ke majlis-majlis tertutup.
“Mungkin juga orang tersilap pandang, ataupun wanita bersama Aizat Fikri itu ada iras-iras saya, sebab itu ramai yang fikir saya bercinta dengannya,” jelas Tiz.
Begitu juga dengan Remy Ishak, kerap benar sudah dijelaskan bahawa dirinya dan Remy tiada hubungan berpaksikan perasaan selain bersahabat serta mempunyai keserasian di luar dan semasa di lokasi.
Citra pesona wanita bernama Siti Zaqyah Abd Razak itu dikesan menerusi Nur Kasih.
Pesona Nur Amina yang dikendalikan masih melekat walaupun bertahun drama itu meninggalkan lokasi.
Tiz membesar di bawah telunjuk Khabir Bhatia dengan judul-judul lain seperti Keabadian Cinta dan 7 Lagu, menjadikan namanya semakin manis untuk disebut.
Jika Nur Amina menjadi bunga Nur Kasih, watak Cikgu Asma, yang sedang menjalarkan pengaruh di Institut Gemilang menerusi slot Zehra di TV3 sejak  mula bersiaran pada 24 Januari lalu, tetap tidak kurang hebatnya.
Sepintas lalu, judul Gemilang sangat patriotik bunyinya. Sungguh ia bertiangkan nusa dan bangsa yang jarang-jarang digunakan lagi untuk sesebuah program televisyen yang mahu menambat hati  penonton.
Memeranjatkan, baru dua episod disiarkan, Gemilang sudah menunjukkan taring. Bisa Khabir Bhatia selaku pengarah dan Mira Mustafa sebagai penulis skrip drama berkenaan, segera menawan mata penonton.
“Saya  selesa membawa watak Asma, dia guru yang ada matlamat yang jauh untuk  pelajarnya.
“Watak Asma sendiri berbeza, dia seorang yang cepat membuat kesimpulan dan kuat prasangka terhadap Saifullah (Shahz Jaszle),” seronok cerita Tiz yang   berkebaya sepanjang penggambaran.
Bagi Tiz juga, Gemilang sebuah judul yang banyak definisi.
“Judulnya sangat biasa, tapi penceritaan, latar masa dan suasana zaman 70-an serta dipersembahkan dengan cara yang berbeza. Ini drama era klasik pertama lakonan saya,” ujarnya.
Disiarkan setiap Isnin, pukul 9 malam di TV3, drama terbitan Filmscape itu diperkuatkan lakonan Datuk Jalaluddin Hassan, Shahz Jaszle, Kamal Adli serta Tasha Shilla.

kredit:kosmo online
**highlight word yg ada nurkasih.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 07:43 AM | Show all posts
Post Last Edit by Yen_Aireena at 6-2-2011 08:43

Remy ditemani ke lokasi
AMBOI, amboi! Seram juga Diva nak usik pelakon kegemaran wanita Malaya ini. Takut ada yang makan hati pula.
Tapi untuk memanaskan suasana dan berkongsi kegembiraan dengan kehidupannya sekarang yang semakin murah rezeki dalam lapangan seni ini, Diva ingin tumpang mengusik duta produk Dashing ini.
Seorang teman Diva yang sekarang jadi sumber tetap Diva melaporkan bahawa Remy Ishak kini ditemani kawan mesranya ke lokasi penggambaran filem Barajiwa di Terengganu baru-baru ini. Siapa lagi kalau bukan Tiz Zaqyah!
Khabarnya Tiz dengan besar hati menemani Remy hingga ke Terengganu semata-mata untuk memberi sokongan moral.
Alasannya, dia tidak sibuk dengan penggambaran ketika ini. Jadi tidaklah salah dia menemani Remy sambil menghirup udara segar di negeri Penyu Bertelur tersebut.
Mesti lebih bersemangat Remy melakonkan wataknya dalam filem arahan Osman Ali itu kalau sudah ditemani bunga hati.
Tapi Diva nak tanya juga, kalau sudah jauh-jauh berteman sampai ke Terengganu, takkanlah sekadar kawan?


kredit:kosmo online
**ehem..ehem.. x berjauhan la cik nur & adam kita nie
**sian derang asyik digosipkn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2011 08:23 AM | Show all posts
wah. thanks yen. kasi highlight gitu kan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 10:56 AM | Show all posts
La..diva ni, krew kan ramai kat situ...
ternyata diva jeles...w/p teman tp mesra
yang pergi senyap2 berduaan sahaja sensasikanlah diva.
itu gosip lagi syioookkk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2011 11:52 AM | Show all posts
yuhuuuuuuuu... Bi-Pop, Tiz ngan Zizan jd cover la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2011 04:35 PM | Show all posts
Reply 1635# kejora10

ntah betul ke tidak gosip ni.
wakakkakakakkakakakkakaka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2011 04:39 PM | Show all posts


credit to: www.bharian.com.my

Tak peduli gosip
Oleh Zaidi Mohamad

2011/02/06


Zizan, Tiz tidak kisah jadi sasaran kontroversi



ZIZAN Raja Lawak di sisi Tiz Zaqyah! Apa relevannya, tanya teman mengenai gandingan mereka buat julung kali untuk muka depan B*POP ? Adakah Zizan pula menjadi arjuna yang bertakhta di hati Tiz saat ini? Apakah masing-masing sedang mengisi kekosongan hati?
Jawapannya, selain dicalonkan sebagai finalis dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, mereka juga sinonim dengan cerita sensasi terutama membabitkan soal peribadi. Kononnya, masing-masing menjalinkan dengan si polan itu dan ini.
Zizan, 26, pernah bercinta dengan pelakon, Leez Rosli, namun hubungan itu tidak kesampaian. Ia kemudian diikuti beberapa siri gosip yang mengaitkan pemenang tempat kedua program realiti Raja Lawak musim pertama itu dengan Fida (Pantene), Diana Amir dan terbaru pula dikaitkan dengan pelakon baru, Juliana Evans.

Tiz, 23, pula panas dengan kontroversi yang mengaitkannya dengan beberapa orang lelaki terkenal seperti Fizz Fairuz, Rizal Ashram Ramli (Jejai), Remy Ishak dan anak seorang wakil rakyat dikenali dengan nama Aizat. Hingga kini gosip yang dilalui Tiz dan Zizan masih berbekas.

Secara kebetulan juga, Tiz bakal ke lokasi penggambaran filem Cinta Kura-Kura terbitan KRU Studios sekitar bulan ini. Zizan juga difahamkan masih dalam peringkat awal untuk memberi maklum balas membintangi filem arahan Nizam Zakaria itu dengan menyumbangkan suaranya saja bagi karakter Kura-Kura.

Kata Tiz yang kini menyerlah menerusi lakonannya dalam drama Gemilang arahan Kabir Bhatia di TV3, kontroversi akan terus datang tanpa diundang. Kontroversi katanya, diibaratkan seperti cili potong atau sambal belacan yang menjadi kemestian sesetengah orang apabila menjamah nasi bersalam ulam-ulaman.
“Saya hanya mampu mengikut aturan perjalanan hidup ini selepas memilih untuk bergelar pelakon sejak 2006. Orang kata gosip dan kontroversi itu asam garam dunia hiburan. Memang benar, kita tidak mampu mengelaknya lagi dan hanya mampu menerimanya dengan tangan dan hati terbuka.

“Ada yang kata gosip dan kontroversi itu mempopularkan diri artis. Ia terpulang. Tapi saya tidak memilih untuk popular cara begitu. Baik atau buruk, natijahnya diri sendiri saja yang tahu. Kadang-kadang tertekan juga kenapa dalam sesetengah gosip hanya satu pihak saja bersuara dan pihak yang lagi satu berdiam saja,” katanya yang cukup diingati dengan watak Nur Amina di dalam drama Nur Kasih yang disiarkan di TV3 pada 2009.

Kata Tiz, dia tidak sesekali akan berputus asa atau lemah semangat dengan setiap ‘pertuduhan’ atau ‘hukuman’ yang dijatuhkan kepadanya tanpa usul periksa. Sambil berseloroh, Tiz mendendangkan bait lirik lagu Beautiful nyanyian Christina Aguilera berbunyi ‘Yes, words can't bring you (Tiz) down’.

“Saya tidak akan sesekali meninggalkan dunia seni ini hanya kerana gosip dan kontroversi yang dihadapi. Tidak semestinya apabila memegang status single, saya akan terus-terusan dikaitkan sewenang-wenangnya dengan lelaki itu dan ini. Dengan Remy pun seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, dia memang antara teman akrab yang saya selesa bersama. Kami banyak berkongsi banyak benda. Ada masa kami selalu melepak dengan teman masing-masing. Ia satu persahabatan yang sihat,” kata yang akan melaram rekaan Alia Bustaman untuk malam kemuncak ABPBH 2010 3 April nanti.

Malas jawab soalan remeh

Ditanya mengenai sikapnya yang dikatakan sering menjawab soalan dengan sikap main-main kepada sesetengah pihak media, Tiz melihat perkara itu bukan isu yang perlu diperbesarkan.

“Kalau isu diajukan itu tidak betul dan tidak sahih kebenarannya, mengapa perlu saya menjawabnya dengan serius. Kalau serius, saya akan menjawabnya dengan penuh diplomasi. Cuma saya jadi malas nak menjawab soalan yang sama berulang kali. Ia sekali gus akan memanjangkan isu diperkatakan,” katanya yang bakal muncul dengan filem sulung Nur Kasih dijangka 19 Mei ini.

Mengenai Zizan, Tiz berkata, dia sangat meminati lawak dan idea spontan jejaka itu saat berlakon dan mengacara. Katanya lagi, Zizan mempunyai bakat yang cukup semula jadi.

“Tengok sajalah bagaimana perjalanan fotografi ini berlangsung. Dia (Zizan) memang kuat menyakat. Saya pula jenis yang senang gelak apabila ada orang buat lawak. Saya pernah berlakon telefilem Suzana bergenrekan komedi dengan Along Raja Lawak dan disiarkan di TV3 sebelum ini,” katanya.

Mengenai pencalonannya tahun ini dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular yang dimenangi tahun lalu, Tiz tidak berharap apa-apa. Tahun lalu pun, kata Tiz, dia tidak meletakkan sebarang harapan, namun tuah menyebelahi dirinya untuk mencatat kejayaan di ABPBH 2009.

Sedia terima artis sebagai jodoh

Sementara itu, Zizan menegaskan bahawa dirinya masih single. Ungkapnya lagi, gosip kebelakangan ini membabitkan dirinya boleh disifatkan liar. Namun menyedari dirinya sebagai figura awam, jejaka kelahiran Dungun, Terengganu ini tidak sesekali melatah dengan apa yang melatari kanvas seninya.

“Saya sedar kalau selalu kisah sebegini, masyarakat akan jadi jelak. Tapi sebagai manusia biasa sekali pun, soal hati ini sering menjadi topik persoalan hidup kita. Ada yang kita harapkan berakhir dengan baik tetapi ia terjadi sebaliknya.

“Jujur ada juga hati saya kepada seseorang (merujuk kepada wanita yang pernah dikaitkan dengannya) tapi apakan daya ia tidak kesampaian. Kita hanya merancang, Tuhan juga yang menentukan. Selepas apa yang terjadi, saya lebih suka memilih orang biasa. Tapi kalau datang jodoh dengan artis, saya tak mampu menghalang,” katanya yang pernah memenangi trofi Favourite TV Personality Award di Shout! Awards tahun lalu.

Empat tahun melayari arena seni, Zizan boleh berbangga dengan apa yang dicapainya. Tahun ini namanya disenaraikan lagi untuk kali ketiga dalam kategori Artis Komedi Lelaki Popular bersaing dengan semua bakat yang dilahirkan daripada program Raja Lawak iaitu Nabil, Along, Angah dan Johan.

Malah, lebih membanggakan Zizan turut disenaraikan buat pertama kali dalam kategori Pengacara TV Lelaki Popular. Kebangkitan Zizan turut dikatakan sebagai isyarat mengambil tempat Aznil Nawawi yang selama ini cukup kental dalam kategori terbabit.

Melihat kepada populariti yang diraih hos program Raja Lawak musim kelima itu, ada ramalan yang mula bertebaran mengandaikan posisi Bintang Paling Popular itu bakal menjadi miliknya. Selain itu, nama Lisa Surihani dan Shaheizy Sam turut menjadi sebutan.

Zizan berhenti merokok

“Bagi saya Aznil Nawawi masih seorang pengacara yang hebat. Beliau sangat mantap dalam aspek pertuturan, peribadi dan pesona diri. Saya mengikuti perjalanan seninya. Jika saya menang sekali pun dalam kategori itu, Aznil tetap nombor satu di mata saya.

“Soal menang atau tidak, saya hanya mampu berserah. Bagi saya berada di kelompok top 5 itu sebenarnya sudah menjadi kemenangan besar buat diri ini. ABPBH sendiri menjadi anugerah Malaysia kepada bakat orang Malaysia. Saya sendiri diangkat daripada program yang diundi peminat,” kata Zizan yang sedang menanti tayangan filem Hantu Bonceng, KL Gangster dan Baik Giler.

Gemerlapan yang dilaluinya kini juga bukan alasan untuk terus mendabik dada, malah Zizan sentiasa terbuka untuk sebarang kritikan, komen dan pandangan membina sekali gus untuk mengukuhkan legasi seninya. Zizan juga bersyukur dia tidak naik mendadak.

“Saya tidak ralat lambat naik. Malah saya bersyukur banyak belajar dengan menimba pelbagai pengalaman selama ini. Ada bagusnya saya meniti perjalanan seni dengan bertatih. Kalau saya naik mendadak dan mengejut, barangkali saya akan menerima kejutan budaya. Siapa tahu, saya mungkin lupa diri.

“Saya masuk dunia seni ini pun untuk mencari glamor sementara. Saya mahu bertahan. Kalau ada kelemahan, tegurlah saya dan saya akan perbaiki. Saya hanya mahu membuat peminat senang dan terhibur dengan kerjaya yang saya pilih,” katanya yang aktif berinteraksi dengan peminat menerusi medium Twitter dan Facebook.

Mengakhiri temubual, Zizan turut ditanya mengenai Tiz. Kata Zizan yang sudah setahun lebih berhenti merokok, dia mula meminati wanita putih gebu itu menerusi drama Nur Kasih. Tiz baginya seorang pelakon yang bijak bermain dengan emosi hingga mampu membuat dirinya terpaku di depan TV tanpa mengalih ke saluran lain.

“Oh ya, sebelum terlupa, kalau ada mana-mana pihak ingin mendapatkan kerjasama saya untuk kempen Katakan Tidak Kepada Merokok, saya amat berbesar hati untuk turut serta,” ungkapnya bersemangat.


Profil Tiz Zaqyah

NAMA: Tiz Zaqyah Abdul Razak
PANGGILAN KOMERSIAL: Tiz
TARIKH LAHIR: 25 Oktober 1988
USIA: 23 tahun
ASAL: Kuala Lumpur
KELUARGA: Anak bongsu daripada dua beradik
STATUS: Bujang
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
DRAMA: Gol & Gincu, Impian Illyana, Nur Kasih, Asmaradana, Spa Qistina, Gemilang
TELEFILEM: Bernafas Dalam Lumpur, Puaka Topeng Putih, Keabadian Cinta, 7 Lagu
FILEM: Nur Kasih dan Cinta Kura-Kura
PENCAPAIAN: Pelakon TV Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 09)


Profil Zizan

NAMA PENUH: Mohd Razizan Abd Razak
TEMPAT LAHIR: Dungun, Terengganu
TARIKH LAHIR:15 April 1984
PENCAPAIAN: Naib Juara Raja Lawak Astro musim pertama, Favourite TV Personality Award di Shout! Awards
FILEM: Hantu Bonceng, KL Gangster dan Baik Giler.


wah... mmg hot la Tiz ni. i like.
mmm... shooting film ek? Cinta Kura-Kura... harap crita jgn mcm crita putera katak la.
k. btw. gud luck ye Tiz.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 07:50 PM | Show all posts
Reply 1638# hijau88

fizz fairuz ada gak kan berlakon dlm cinta kura2...
xleh tinggal abg aidil die...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2011 07:55 PM | Show all posts
Reply  hijau88

fizz fairuz ada gak kan berlakon dlm cinta kura2...
xleh tinggal abg aidil die.. ...
Yen_Aireena Post at 6-2-2011 19:50



ye ke? wah. menarik la. tp... abg adam nya mana? aku speku abg adam film lain.
mmm.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.229001 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list