|
[Pulau Pinang]
'Rumah Sembang Pasemboq Utara V173'- Happy New Year 2023 -
[Copy link]
|
|
zura tengah reply kt page 61 skrg.
harap2 dpt byk mereply arini.
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg betul kata matt.
lg kuat seseorang pd agama lg kuat dugaan
sb tu tak heran ada kes ahli agama terpalit dgn khalwat dll
|
|
|
|
|
|
|
|
mgkn boleh mgkn tidak.
tengok pd ego org tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
sama-sama matt
klu jari jemari matt letih pun ada upahnya.
setiap kali matt masuk online tentu tengok kedit dah bertambah
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sfhzuraz at 4-1-2023 11:19 AM
ada eh yg jenis tak minta kad.
klu pegi bank kt kaunter bukan ke hanya utk pengeluaran 3k ke atas saja yg boleh
susah matt nk disiplin mcm pasangan tu.
dugaan sangat2 tinggi nk simpan duit cara mcm begitu.
|
|
|
|
|
|
|
|
samalah dgn zura.
zura dah bertahun takde azam.
sb azam2 akan ke laut bila dah pertengahan tahun.
|
|
|
|
|
|
|
|
GAMBAR HIASAN
Penangguhan sementara kenaikan kadar tambang bas sekolah melegakan ibu bapa. -
Ibu bapa lega seketika, kenaikan tambang bas sekolah tangguh hingga Mac
Oleh NOOR HASLIZA NUSI dan MARLIA ZAKARIA
4 Januari 2023, 8:00 am
PETALING JAYA – Sebahagian pengusaha bas dan van sekolah akan mengenakan kadar tambang baharu mulai Mac ini selepas menangguhkan keputusan yang dibuat sebelum ini untuk menaikkan kadar tambang itu bermula bulan ini.
Walaupun keputusan itu memberi kelegaan sementara kepada ibu bapa, namun mulai Mac ini, mereka tiada pilihan selain terpaksa ‘hadap’ bayaran tinggi untuk menghantar anak-anak ke sekolah terutama keluarga yang ramai anak.
Di George Town, Pulau Pinang, seorang pekerja swasta, Aina Husin, 39, berkata, ketika ini, dia mengeluarkan kos tambang bas sekolah sebanyak RM500 sebulan untuk tiga anaknya.
“Minggu lalu, pengusaha terbabit memaklumkan kenaikan tambang antara RM20 hingga RM40 seorang berkuat kuasa Januari ini, tetapi semalam (kelmarin) mereka mengatakan harga masih sama untuk tempoh dua bulan ini.
“Memang kami kena hadap juga dengan kadar tambang baharu itu nanti meskipun ketika ini saya sudah rasa terbeban apabila terpaksa membayar RM500 sebulan. Kami terpaksa terima hakikat dan tiada pilihan lain,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Seorang ibu, Norhayati Ahmad, 43, pula berkata, kadar tambang sedia ada yang dikenakan untuk seorang anak adalah sebanyak RM100 untuk jarak perjalanan dari rumah ke sekolah sejauh 4 kilometer.
“Ini kadar tambang lama untuk Januari ini dan belum sesi persekolahan baharu pada Mac nanti. Tak tahu lagi berapa kenaikannya. Sekarang susah nak cari pemandu bas sekolah.
“Ini kerana, banyak bas sekolah dan van sudah berusia hampir 30 tahun. Hendak cari van sekolah baharu memang payah dan mungkin lagi tinggi tambangnya kerana dilengkapi penghawa dingin,” ujarnya.
Di Shah Alam, Selangor, seorang pekerja swasta, Norhayati Othman, 46, berkata, biarpun agak terasa dengan kenaikan kadar tambang bas sekolah mulai Mac ini, perasaan itu perlu diketepikan asalkan keselamatan anak-anak terjamin.
“Bab-bab bayaran ini kadangkala mak ayah pejam mata sebab memikirkan pemandu van sekolah juga perlu menjaga keselamatan anak-anak sepanjang berada dengan mereka.
“Kenaikan tambang anak cuma RM10 sahaja, tetapi pada tahun ini bertambah seorang lagi anak yang naik van sekolah, jadi bebanan berat sikit.
“Kalau sebelum ini bayaran RM80 untuk dua orang, bermula Mac nanti telah menjadi RM150 sebulan untuk tiga orang,” katanya.
Bagi seorang perunding hartanah, Aida G, berkata, walaupun perit dengan segala kenaikan kos sara hidup, dia tidak akan sesekali mengabaikan keperluan anaknya yang perlu menggunakan perkhidmatan berkenaan setiap hari.
“Tambang sekarang pun saya rasa dah cukup tinggi, tak tahulah apabila naik lagi nanti bermakna makin bertambahlah perbelanjaan kami sekeluarga.
“Apa pun, perkara berkaitan pendidikan anak tak akan saya ketepikan lagipun susah nak cari perkhidmatan bas sekolah sekarang,” katanya.
Pada 30 Disember 2022, Kosmo! melaporkan golongan ibu bapa tidak berpuas hati apabila terdapat pengusaha perkhidmatan bas sekolah menaikkan lagi kadar tambang sehingga mencecah RM300 sebulan bermula 3 Januari lalu.
Majoriti ibu bapa berpendapat, kenaikan itu bersifat keterlaluan selain didakwa cuba mengambil kesempatan di sebalik kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barangan keperluan.
https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... g-bas-ditangguhkan/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
rasanya dah ada pencerahan kt nov.
|
|
|
|
|
|
|
|
diharap dapat mengurangkan beban ibu bapa |
|
|
|
|
|
|
|
Seorang penduduk tempatan berjalan di tepi benteng melihat ombak besar yang membadai benteng pemecah ombak di Pelabuhan Perikanan Chendering, Kuala Terengganu. FOTO PUTRA HAIRRY ROSLI
Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 perairan seluruh negara
Oleh NURUL IZZATI ZAINI
4 Januari 2023, 8:44 am
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 perairan seluruh negara sehingga pukul 9 pagi ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, perairan tersebut adalah di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah Barat dan Labuan dan Sabah Timur.
“Bagi perkapalan, situasi sama turut diramal di beberapa perairan seperti di Selat Melaka, Samui, Tioman, Condore, Reef North, Reef South, Palawan, Sulu dan Sulawesi.
“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” katanya.
Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori ketiga) di kawasan perairan timur laut Condore (barat laut Reef North).
Jelasnya, angin kencang timur laut melebihi 60 kmsj dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
“Kami turut menjangka angin kencang timur laut (kategori kedua) berkelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter terjadi di kawasan perairan barat Condore, utara Bunguran, timur Reef North, utara Reef South dan Layang-Layang.
“Situasi ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” katanya.
Dalam pada itu, angin kencang timur laut (kategori pertama) berkelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter juga dijangka berlaku di kawasan perairan perairan Tioman, Bunguran, Reef South, Labuan dan Palawan.
Ujar MetMalaysia, situasi tersebut berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi serta sukan laut. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... ran-seluruh-negara/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
waalaikumsalam nay.
baru arini kaka pasan post nay.
|
|
|
|
|
|
|
|
selamat tahun baru 2023 nay.
minggu ni nay free atau bz juga
|
|
|
|
|
|
|
|
nay masuk check in pun kaka dah happy.
paham nay bz.
|
|
|
|
|
|
|
|
takat ni masih aktif.
akan datang tak pasti lg.
|
|
|
|
|
|
|
|
setinggi mana teko tu kak.
|
|
|
|
|
|
|
|
berita arini dah semakin tipis nk selamatkan budak yg terjatuh kt dlm lubang tu.
kesian. tentu budak tu org susah
tu yg cari besi buruk.
|
|
|
|
|
|
|
|
kt rumah je mira.
tak pegi mana2.
tengok bunga api kt sekelilig rumah.
mira tengok bunga api kt mana
|
|
|
|
|
|
|
|
Nilai ringgit tinggi sedikit berbanding dolar AS
04 Januari 2023 09:58amMasa membaca: 1 minit
Nilai ringgit dibuka lebih tinggi sedikit berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Rabu. - Gambar hiasan
NILAI ringgit dibuka lebih tinggi sedikit berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Rabu, walaupun pasaran masih tidak menentu mengenai keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan AS (Fed) yang akan datang, kata peniaga.
Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4040/4100 berbanding dolar AS daripada 4.4050/4084 pada penutupan Selasa.
Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes memberitahu Bernama memasuki tahun baharu, masalah lama masih terus mempengaruhi pasaran yang lebih luas, khususnya ketidaktentuan berkisar kadar terminal Rizab Persekutuan dan sama ada dunia akan terjerumus ke dalam kemelesetan.
"Oleh itu, ringgit dibuka lebih tinggi sedikit hari ini berikutan dorongan penghindaran risiko daripada pasaran AS dengan hasil saham dan bon yang lebih rendah,” katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.2800/2871 daripada 5.2538/2579 pada penutup Selasa, susut berbanding euro menjadi 4.6497/6561 daripada 4.6460/6495 sebelum ini, dan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.2773/2822 daripada 3.2768/2798.
Bagaimanapun, ringgit meningkat nilai berbanding yen Jepun kepada 3.3616/3667 daripada 3.3755/3786 semalam. - Bernama
https://www.sinarharian.com.my/a ... berbanding-dolar-as |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
diharap mata wang malaysia akan terus mengukuh |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|