PADA peringkat awal memasuki industri hiburan, Janna Nick menganggap gosip dan kontroversi hanya satu perkara remeh temeh yang tidak perlu diperbesar-besarkan.
Namun ternyata, baru setahun jagung melayari kehidupan sebagai artis, satu demi satu gosip melingkari kehidupan seninya malah kisah panas dilihat seolah-olah ‘berjalan’ seiring dengan kerjaya gadis berusia 20 tahun ini.
“Kali pertama saya berdepan dengan gosip apabila dikatakan seorang diva, saya tak ambil kisah sangat. Saya ingat perkara itu tak ada apa-apa. Jadi tidak ada yang perlu dikecohkan. Mungkin perkara itu berlaku disebabkan salah faham pihak tertentu kepada saya.
“Kali kedua ‘terkena’ ketika berlakon dalam drama Kau, Aku Kita dengan Syarul Ridzwan. Masa itu saya mula rasa bengang apabila dituduh menjadi punca yang menyebabkan Syarul tidak berlakon dengan Mia Ahmad.
“Dan terkini apabila saya dikatakan tidak mahu memakai baju yang sudah disediakan pereka untuk satu sesi fotografi,” katanya mengulas mengenai kisah panas yang menerjah kerjayanya.
Mengakui semakin arif dengan permainan industri, pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner ini bagaimanapun merasakan kepentingan gosip sebagai sesuatu yang mampu untuk memperkenalkan nama artis terutama bagi orang baharu seperti dirinya.
Cuma yang membuatkan Janna kurang senang sekiranya gosip itu direka semata-mata menjatuhkan maruah diri menyebabkan Janna lebih senang untuk tidak mencetuskan sebarang masalah dalam kerjaya seninya.
Itu semua dilakukan demi menjaga nama dan lebih penting, khuatir perkaratersebut mampu menjadi bahan gosip.
“Tak apalah, nak buat macam mana kalau nama saya sudah terpalit dengan cerita panas. Perkara itu di luar kemampuan untuk mengawalnya.
“Asalkan gosip itu bukan tercetus daripada saya sendiri, sudahlah. Kalau macam itu, saya sengaja cari pasal, betul tak?
“Sebab itu awal-awal lagi saya sudah perlu bulatkan niat. Saya tak boleh terlalu leka dalam pekerjaan saya ini.
“Takut-takut ada orang yang mengambil kesempatan di atas kelekaan saya itu,” kata pelakon yang dikenali menerusi drama Syurga Nur ini.
Menjadi penyanyi
SELEPAS menempa nama dalam bidang lakonan, Janna kini mengorak langkah dengan menjadi penyanyi tidak lama lagi.
Menjadi artis rakaman di bawah bumbung Hikayat Records Sdn. Bhd. yang dimiliki Rudy Kunci Demak, Janna mempertaruhkan bakat terpendam dengan menceburi bidang baharu.
Biarpun pada peringkat awal Janna tidak yakin dengan kemampuan diri namun segala-galanya bertukar selepas dia memperoleh keyakinan daripada pemuzik itu.
“Sekarang ini saya sedang mengikuti kelas vokal, koreografi dan memperlengkapkan diri dengan ilmu dalam bidang nyanyian.
“Saya tahu masih ramai yang mempertikaikan kemampuan saya. Mungkin sebab mereka masih belum menerima profesion baharu saya ini.
“Tapi sebenarnya saya yakin dengan bakat saya,” katanya yang pernah menjuarai pertandingan nyanyian kadet polis peringkat kebangsaan sewaktu di Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota, Kuala Lumpur pada 2011.
Berkongsi cerita tentang saat awal pembabitannya dalam bidang nyanyian, semuanya bermula apabila dia sering menyanyi di lokasi penggambaran ketika di set Jodoh sebelum ini.
Tanpa disengajakan, nyanyiannya itu didengari pengarah drama berkenaan, Syed Khairul Fariz Syed Khairuldin yang merupakan rakan baik kepada Rudy Kunci Demak.
Pertemuan kali pertama sewaktu sama-sama menghadiri pra tonton filem Love Supermoon itu mencetuskan idea untuk menggilap bakat nyanyian Janna tidak lama kemudian.
“Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar, saya bakal melancarkan sebuah single pada awal Januari depan. Harap-harap menjadi,” katanya di hujung perbualan.
Pelik betul ngan fans sebelah sana... pasal harga lelong brg pun nak banding2... w/pun JN punya brg lelongan x ribu2 tp tengok la sapa yg beli... bos hotfm kot... lg satu ramai ja staf2 media prima ni suka ngan JN... dia jenis yg sempoi n gila2...
Yg kes jd duta DFKL tu... sibuk ja dok kutuk tv3 abik SR n JN... ckp if abik yg sorang lg mesti gempaq... helloooo now JN n SR tengah hot kot... yg minat diaorg bkn makcik2 ja tp yg lelaki pun dah terjebab gara2 KAK.. tv3 mesti dah fikir habis kot why pilih bdk dua ni... jangan sampai nnti tv3 x nak abik princess kesayangan korang sebab kes2 mcm ni... tp i sokong tv3 abik bdk berdua ni... diaorg bila berdua nampak cool... gila2... x da control2... ni baru ok nak jd duta
Lg satu yg fans2 sana dok banding2 event yg SR buat pa hal... ehhh lantak la dia nak wat mcm manapun... biar la... lg pun ni mcm satu penghargaan buat JN yg banyak MEMBERI dlm KAK... hidup giler kot lakonan SR dlm citer ni... x da dah kayu kayan bagai.. udah2 la.. HQ punya citer udah berlalu... this time for KAK... bkn dah da ka event HQ masa last ep tu... now bg kitaorg lak feeling sampai tahap potong kaki lak
Lg satu kan... ni bkn nak banding2 k... w/pun x dpt join event semlm just tengok update org lain... tp nampak sangat yg SR sangat happy n selesa ja dgn event semlm... x perlu berbie bie pun sweet giler kot.. SR nampak cool... relax... x da control2 macho... JN memang pandai salur aura positif dlm diri dia ke SR
For SR n JN... x yah layan langau2 n fans2 sebelah sana yg tengah GILER MEROYAN tu... lantak kat diaorg... jd ja diri sendiri... if hilang follower kat ig no hal la bro...ramai lg org kat luar sana yg minat... now org dah x nilai la berapa followers... bakat lg penting... if ada sampai 1M followers pun if berlakon x da perubahan x guna pun...
P/S : sorry uollls semua panjang esei aku kali ni... dah banyak kali nak post tp x dpt...huhu
alamatnya kita semua akan berkampung kat sini sampai thn depan la kan... banyak lg gabungan bdk dua org ni.... rasa mcm nak request kat hottv la buat akustika JN n SR
chuols tepek video. tetiba iols teringat bideo janna keringan rambut nun, lagu kat bideo tu lagu Rapuh-agnes monica, ala2 lgu adel dgn nera jugak... JN tgh amek feel ke atau tu lagu dari radio