Originally posted by ain_lazerella at 10-6-2009 18:12
Guyz,
New info...tuk XTVT tomok SABTU ni kat SACC Mall shah alam di BATALKAN....
so tuk sabtu tuh ada KENDURI sahaja....so leh la dtg kenduri yer.......
Originally posted by ain_lazerella at 10-6-2009 09:51
ade sesape tak yg nak pegi tengok MENTOR ahad nie???
kalau ade sesape yg nak gi PM ain eh,sebab nak gitau kak nora..
ataupun sesape yg ade nom.contact kak nora,boleh berhubung terus ngan dier..
semalam lepas tgk matahari, ader clip mentor-protege....ada toms skali dlm program tu....hopefully toms akan perform before 10 pm. Sbb pukul 10 jerr tukar channel tgk Ghost 2!
the positive side of that negative news last week is that it will keep him grounded......
tapi paper jgn lah asyik nak kuar citer negative jerr ye tak......so far utusan/kosmo tak kuar lg cerita pasal mantera....and most negative news are from them....
Okke. I have finished my fanvid video of Toms. Everytime I listened to this song, Don't Stop Me Now by McFly (a cover version of Queen's song), it would remind me of Toms' kaku dance...
Originally posted by defeduck at 12-6-2009 21:25
Okke. I have finished my fanvid video of Toms. Everytime I listened to this song, Don't Stop Me Now by McFly (a cover version of Queen's song), it would remind me of Toms' kaku dance...
Tomok buktikan dia tidak sombong
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
Tomok dan Isma meraikan peminat mereka selepas kejayaan mereka dalam OIAM3 dan AF7 di kediaman mereka di Cheras baru-baru ini. -foto mStar oleh SITI AZIRA
BARU-BARU ini, juara One In A Million (OIAM) musim ke-3, Shah Indrawan Ismail atau Tomok mengaku kesilapannya yang dikatakan sombong oleh segelintir peminatnya.
Namun begitu, jejaka berusia 25 tahun ini tidak menyalahkan peminatnya semata-mata kerana akur dengan situasi dia tidak mampu memuaskan hati semua pihak apabila berhadapan dengan ribuan orang.
Malah, Tomok masih tidak lepas meraikan peminatnya apabila membuat majlis kesyukuran di kediamannya di Cheras baru-baru ini. KELUARGA AF7: Aril, Qhaud, Akim, Rini dan Cikgu Shafi turut dijemput memeriahkan majlis.
Majlis tersebut turut dilakukan untuk meraikan kejayaan kakaknya, Ismaliza Ismail, 30 selepas mendapat tempat ke-5 dalam Akademi Fantasia (AF) musim ke-7.
Menurut Tomok, majlis itu berlangsung sejak pukul 11 pagi sehingga pukul 8 malam dan mereka menerima kehadiran tetamu yang tidak putus-putus iaitu terdiri dari kalangan ahli keluarga, peminat dan rakan-rakan.
Kata Tomok, makanan yang dihidangkan dimasak sendiri oleh ahli keluarga dan sanak-saudaranya secara gotong-royong.
“Mula-mula nak tempah ‘catering’ tetapi apabila membuat mesyuarat dengan ahli keluarga, kami memilih untuk memasak sendiri sebab ia lebih mengeratkan hubungan antara kami,” katanya. Walaupun tampak letih, Tomok dan Isma tidak jemu melayan peminatnya.
Tomok dalam nada gembira turut meluahkan yang dia seronok apabila dapat meraikan peminat dan semua pihak yang menyokongnya selama ini.
“Alhamdulillah, selepas kejayaan saya baru-baru ini, sekarang baru saya mempunyai masa untuk meraikan peminat dan semua pihak yang menyokong saya sebagai tanda terima kasih saya kepada mereka.
“Saya berasa seronok apabila ramai yang hadir yang tak terkira jumlahnya sebab mereka datang tidak putus-putus dari pagi sampai malam.
“Selain keluarga, sanak-saudara, peminat dan kawan-kawan, ramai juga rakan artis yang hadir yang kebanyakannya alumni AF dan OIAM seperti Jaclyn Victor, Nine, Anith, Aril, Qhaud, Akim, Rini,” katanya dengan penuh teruja. Tomok melayan peminatnya mengambil makanan mereka.
Majlis itu berlangsung dalam suasana ceria dan meriah dengan hidangan lauk-pauk yang menyelerakan seperti Nasi Minyak bersama lauk ayam masak merah, rendang daging, acar, mi goreng, apam balik, dan sate.
Selain itu, tetamu turut dihidangkan dengan persembahan nyanyian karaoke oleh ahli keluarga Tomok termasuk ibu dan ayahnya, Isma, abang ipar Tomok, Zul 2 By 2, Akim dan rakan-rakannya.
Ibu dan bapa Tomok begitu ‘sporting’ mendendangkan lagu lama dendangan Broery Marantika manakala Isma dan Zul turut menyanyikan lagu popular ‘Mawarku’.
Tetamu yang hadir bukan sahaja berpeluang mendengar hiburan dan menikmati juadah yang disediakan, malah mereka turut merakamkan gambar dengan Tomok, Isma dan rakan artis yang lain.