|
/Presidential Suite II/SHAHIR Lambert FC/most marketable-klubkidd/
[Copy link]
|
|
Nazirah Johan Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi..SHAHIR BERJAYA MARA KE PERINGKAT SETERUSNYA(FINAL)..smg dia akan buat yg habis baik di final nti..happy sgt2 ;-)antara 5pelajar yg ke final ialah :SHAHIR,adira,daus,iwan n maulana..ALL THE BEST!!!jutaan terima ksh juga kpd semua SHAHIR FC dan peminat2 shahir yg menyokong shahir selama nie..kita doakan kejayaan dia di final plak k..smg dia juara af8..amin
from pengerusi fan shahir fb |
|
|
|
|
|
|
|
astro reset ke undian utk final?
illa Post at 16-5-2010 22:36 
itu lar pasal...produksi AF8 ni memang teruk lar...leh reset balik 0.... |
|
|
|
|
|
|
|
*sambil peluk*waaa...tp siyes aku sedih ain xdpt pegi final....ingatkan si m tu yg k ...
shiraloveyou Post at 16-5-2010 22:48 
tu ar..huhuhuhuhuhuhhuhuhuh |
|
|
|
|
|
|
|
samela..ingat mau kuar mlm ni...
dax_wdw Post at 16-5-2010 22:43 
tu la...aku pn ingat si m tu yg kuar... astro x pndai nilai bakat org... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rorine at 16-5-2010 23:37
Gegaran Shahir!
by Ashraf Abd Manaf | 16 May 2010

Selepas kembali ke Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) menggunakan tiket AF MASUK minggu lalu, Shahir membuktikan keunggulannya apabila memberikan persembahan menarik semasa konsert minggu kesembilan semalam.
Menyanyikan lagu "Tak Mungkin Berpaling" dan "Tamal Li Maak" yang masing-masing pernah dipopularkan oleh Zamani dan Amr Diab, Shahir tampil menyakinkan sehinggakan Adlin Aman Ramlie, yang sebelum ini selalu memberi kritikan pedas kepada peserta, mengucapkan selamat datang ke pentas akhir AF8 kepada Shahir.
Sementara itu, Adibah Noor yang menjadi pengkritik undangan pada malam tersebut, menyifatkan persembahan Shahir sebagai sangat menghiburkan dan berjaya mencuri tumpuan penonton.
"Orang ramai seronok lihat awak bergelek. Suara awak sedap dan awak ada pakej untuk menjadi seorang penghibur. Selain bersuara merdu, awak ada rupa dan ketika awak membuat persembahan, orang dapat merasai kehadiran awak di atas pentas.
"Kalau nak diikutkan, persembahan pertama awak saya tak dapat 'rasa' apa yang awak cuba sampaikan. Tetapi melalui lagu kedua awak sudah tutup semua kelemahan awak," ujarnya ceria.
Sementara itu Aznil Nawawi menyatakan, penantiannya untuk melihat persembahan hebat dan bertenaga daripada Shahir telah berakhir pada malam tersebut. Ini kerana katanya, Shahir telah menonjolkan keupayaan sebenarnya dan wajar menjadi pilihan penonton.
Mengimbau kembali perjalanan konsert tersebut, tirai persembahan dibuka oleh Adira yang menyanyikan dua buah lagu iaitu "Mercy" yang pernah dinyanyikan oleh Duffy dan "Dua" (KRU). Persembahan Adira disifatkan oleh Adlin masih baik cuma susunan lagu agak kurang tepat.
"Ketika awak menyanyikan lagu "Mercy", pada saya semuanya berjalan lancar. Suara awak baik dan sebutan awak juga bagus. Namun apabila awak menyanyikan lagu kedua, saya rasa ianya ibarat anti klimaks.
"Secara peribadi saya rasa kalau awak menyanyikan lagu "Dua" di awal persembahan dan "Mercy" sebagai penutup, ia pasti akan jadi lebih baik," ujar Adlin.
Bagi Adibah pula, sebutan dan intonasi Adira ketika menyanyikan lagu Inggeris sangat bagus jika dibandingkan dengan para peserta lain. Namun katanya, jika Adira dapat menghayati lebih mendalam lagu-lagu yang dinyanyikan, pasti impaknya lebih dirasai.
Tambah Aznil, "Suara awak bagus. Cuma saya lihat pergerakan awak di atas pentas masih kecil dan teragak-agak. Saya lihat awak pegang rambut awak sebanyak 11 kali dan saya terpaksa memberitahunya kerana saya tidak mahu awak terikat dengan gaya tersebut sekiranya awak layak ke pentas akhir AF8.
"Selain itu, ketika awak menyanyikan lagu secara medley, pastikan transisi yang awak pilih dibuat dengan baik."
Persembahan buruk Maulana
Usai Adira, Maulana cuba menarik perhatian penonton dengan gaya bersahajanya ketika menyanyikan lagu "Better Man" (Robbie Williams) dan "Inilah Cinta" yang pernah dipopularkan oleh Akim.
Walau bagaimanapun menurut juri, persembahan Maulana agak mengecewakan jika dibandingkan dengan persembahan hebat yang pernah ditampilkannya sebelum ini. Malah Adlin meminta Maulana agar mempelajari lagi pergerakan-pergerakan yang berkaitan dengan muzik jazz agar persembahannya menjadi lebih cantik di pentas.
"Ketika awak menyanyikan lagu "Better Man", mula-mula okay. Tapi selepas itu awak seperti malas untuk menyebut perkataan tersebut dengan betul. Saya pernah melihat persembahan awak sebelum ini dan persembahan pada malam ini agak mendukacitakan. Suara awak sedap tetapi tak sampai kepada saya," ulas Adibah.
Namun Aznil ternyata mempunyai pendapat yang berbeza apabila memberitahu dia menyukai gaya persembahan Maulana. Katanya, persembahan anak muda berusia 22 tahun itu menghiburkan dan tidak terlalu terikat ketika di pentas.
Daus menghangatkan pentas apabila tampil bertenaga ketika menyanyikan lagu "Masa" (Estranged) dan "Mission Impossible" (Limp Bizkit). Walaupun usahanya itu disukai oleh penonton, namun menurut Adlin, apa yang diberikan oleh Daus sememangnya sudah dijangka.
"Untuk lagu pertama, persembahan awak wajar dipuji. Tetapi untuk lagu kedua, apabila awak sudah melompat dan sebagainya, saya tak faham langsung apa yang awak cuba sampaikan," ujar Adibah.
Ain semakin menyerlah
Sementara itu, persembahan peserta dari Sandakan, Sabah, Ain sememangnya sangat dinanti-nantikan oleh peminatnya. Menyanyikan lagu "Lukai Dilukai" yang pernah dipopularkan oleh Shima dan "Falling For You" milik asal penyanyi Colbie Caillat, persembahannya dilihat begitu menyakinkan.
Malah ketiga-tiga juri berpendapat persembahan Ain sangat bagus dan suaranya yang serak-serak basah pastikan akan menjadi trademark peserta bertubuh langsing itu.
"Apa yang menarik tentang persembahan awak ialah ketika awak menyanyikan korus lagu pertama. Suara awak yang serak-serak basah membuatkan orang menantikannya. Tetapi saya lihat tiada kesannya apabila awak menyanyikan lagu kedua sambil bermain gitar," ujar Adlin.
Adibah ternyata bersetuju dengan Adlin sambil menyifatkan persembahan lagu pertama Ain yang tampil bersahaja tanpa gitar jauh lebih baik berbanding lagu keduanya itu. Oleh itu, Ain perlu mengambil berat aspek tersebut agar persembahannya mampu menjadi lebih baik pada masa yang akan datang.
Usai Ain, Iwan muncul menyanyikan lagu "21 Guns" (Green Day) dan "Berlari" (Tomok). Gaya bertenaga dan bersahaja Iwan berjaya mengundang sorakan peminat di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
"Saya akui persembahan Iwan sangat menghiburkan. Namun secara jujurnya, suara Iwan sudah banyak kita dengar di luar sana. Oleh sebab itu, Iwan perlu mencari kekuatan agar Iwan mampu bertahan apabila berada di luar kelak," ujar Adibah memberikan nasihat.
Bagi Aznil pula, Iwan telah menunjukkan kemampuan serta membuktikan bahawa dia boleh berdiri di pentas dengan sendiri tanpa ditemani oleh teman-teman yang lain.
"Saya cabar awak minggu lepas dan ternyata awak berjaya melakukannya. Iwan, awak jangan terkejut apabila ada peserta lain yang gagal ke pentas akhir gara-gara persembahan awak pada malam ini," ujarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rorine at 16-5-2010 23:46
Adira & Shahir Juara Pilihan Juri
by Ashraf Abd Manaf | 16 May 2010
Adira sememangnya sejak awal lagi menjadi peserta kegemaran ramai, lantaran kehebatan vokalnya serta persembahan menariknya saban minggu. Sokongan peminat kepada gadis manis berusia 19 tahun itu juga tidak pernah surut.
Malah Adlin Aman Ramlie dan Adibah Noor ketika ditanya tentang juara pilihan peribadi masing-masing, berterus terang memberitahu Adira mempunyai kualiti sebagai seorang juara.
"Saya memilih Adira bukan berdasarkan persembahannya pada malam ini sahaja. Tetapi saya melihat vokal serta persembahannya yang konsisten setiap minggu. Selain itu, Ain juga berpotensi tetapi saya mahu lihat Adira yang menjadi juara," kata Adlin.
Bagi penyanyi yang popular dengan lagu "Terlalu Istimewa", Adibah pula memberitahu, Adira menjadi pilihannya kerana kekuatan vokal, kawalan suara serta persembahannya pada malam konsert kesembilan.
"Saya akui jarang melihat persembahan kesemua peserta kerana saya bukan pengkritik tetap AF8. Namun berdasarkan persembahan pada malam ini, saya lihat Adira lebih berpotensi jika dibandingkan dengan peserta lain," katanya jujur.
Sementara itu, Aznil kurang bersetuju dengan pendapat yang diutarakan oleh Adlin dan Adibah. Ini kerana, katanya, Shahir perlu menjadi juara kerana telah membuktikan kehebatannya pada malam tersebut.
"Adlin pernah beritahu Adira menjadi peserta kegemarannya. Manakala saya pula tidak pernah sebut siapa peserta kegemaran saya. Tetapi pada malam ini, saya lihat Shahir mampu menjadi juara kerana penonton dah nampak kebolehannya serta dia mempunyai auranya yang tersendiri.
"Aura tidak dapat diukur tetapi dirasai dan saya dapat merasakannya pada malam ini," ujar Aznil yang lebih mesra disapa Pak Nil.
Peserta patut tersingkir pilihan juri:
Adlin: Daus
Adibah: Maulana
Aznil: Ain |
|
|
|
|
|
|
|
KEPUTUSAN AFUNDI
NO NAMA UNDI (%)
1 Shahir 30
2 Daus 27
3 Adira 15
4 Iwan 15
5 Maulana 13
Kamon ulos. Daus kurang 3 % jer dari Shahir......  |
|
|
|
|
|
|
|
afundi terkini
shahir 30 %
daus 27 %
adira 15 %
iwan 15 %
maulana 13 % |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rorine at 16-5-2010 23:44
Shahir Bakal Juara AF8?
by Ashraf Abd Manaf | 16 May 2010

Apabil lima finalis AF8 diumumkan, semua pihak mula berteka-teki siapakah agaknya yang bakal mengikut jejak Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy dan Hafiz, bergelar juara Akademi Fantasia.
Melihat senarai finalis yang berjaya melangkahkan kaki ke peringkat akhir, ternyata masing-masing mempunyai kekuatan dan keistimewaan yang tersendiri. Paling penting mereka semua mempunyai peminat setia yang tidak jemu-jemu mengundi bagi memastikan peserta kegemaran beroleh kejayaan.
Mengikut senarai nama yang diumumkan oleh Sarimah semasa program Debaran AF malam tadi, Shahir ternyata berjaya mendahului carta. Walaupun pernah tersingkir di minggu ketujuh, namun itu bukan penghalang buat anak muda kelahiran Kampar, Perak itu untuk kembali mencuri tumpuan.
Persembahannya semasa di konsert minggu kesembilan ternyata berjaya membuka mata juri serta para penonton. Hinggakan Aznil tidak teragak-agak untuk menyatakan Shahir sebagai peserta yang diharapkannya menjadi juara AF8.
Ramalan Aznil mungkin ada benarnya apabila setiap kali nama Shahir diumumkan, Dewan Sri Putra, Bukit Jalil akan bergegar dengan sorakan daripada peminatnya.
Namun keupayaan peserta tunggal wanita, Adira jangan sekali-kali dipandang ringan. Walaupun mempunyai tubuh yang kecil, namun kelantangan vokalnya ternyata berjaya mencuri tumpuan.
Persembahan yang paling diingati sudah tentu ketika Adira menyanyikan lagu Jaclyn Victor, "Bertamu Di Kalbu" serta "Seri Mersing" yang pernah dipopularkan oleh Datuk Sharifah Aini.
Selain itu, Adira juga menjadi peserta tunggal yang tidak pernah tersenarai sebagai antara tiga peserta terlemah saban minggu. Lebih menyakinkan, Adira menjadi peserta pilihan Adlin Aman Ramlie dan Adibah Noor untuk menjulang trofi juara pada malam kemuncak kelak.
"Saya lihat Adira mempunyai potensi untuk menjadi juara. Daripada aspek vokal, kawalan suara dan semua aspek nyanyian yang lain, dia lebih baik daripada peserta lain," ujar Adibah.
Namun di pentas akhir AF8, semuanya boleh berubah. Mungkin Daus dan Iwan bakal membuat kejutan dengan menampilkan persembahan yang hebat, sekaligus menukar rentak undian pada malam tersebut.
Apatah lagi kedua-dua peserta ini selalu tampil dengan persembahan yang menghiburkan dan bertenaga, sekaligus menutup kelemahan mereka daripada aspek nyanyian.
Persembahan yang menghiburkan sering kali dinantikan oleh penonton yang hadir bukan untuk menilai kekuatan vokal peserta sebaliknya mahu mencari hiburan. Jika Daus dan Iwan berjaya memancing mata penonton, tidak mustahil sesuatu yang di luar jangkaan bakal terjadi.
Peserta terakhir yang terselamat daripada disingkirkan bersama Ain ialah Maulana. Persembahan buruk Maulana semasa di konsert minggu kesembilan ternyata memberikan kesan yang buruk kepada pola undiannya.
Untuk itu, Maulana perlu bekerja keras untuk membuktikan kepada penonton bahawa sememangnya dia juga layak untuk bergelar juara AF8. Apapun, persoalan siapa yang bakal menjadi juara AF8 bakal terjawab pada 22 Mei depan. |
|
|
|
|
|
|
|
setuju ngan pak nil..shahir ni ada aura ... |
|
|
|
|
|
|
|
adehhhhhhh
silap umh
Rorine Post at 17-5-2010 00:02 
napa ni..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|