|
/ Presidential Suite 21/ AHMAD SHAHIR /CHE AHMAD hoi hoi hoi / JUARA AF8 /
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by _19788 at 5-9-2010 10:25
Lelaki perlu jadi KhalifahOleh SYED MUSSADDAD MAHDI
[email protected]
Foto FATAH SULAIMAN
Pakaian biru JEDAN (03-55128121)
Pakaian jalur SALIKIN SIDIK (019-2121936)
MENONGKAH arus populariti, langsung tidak membuatkan jejak yang menginjak usia 22 tahun hari ini besar kepala. Baginya populariti yang dikecapi hari ini cukup indah sehingga ada kalanya gelodak hatinya cukup takut dibuai populariti.
Bagi Ahmad Shahir Ahmad Zawawi melihatkan sejarah lalu membuatkan hatinya kecut. Melihat ramai figura yang diangkat seperti dirinya tersungkur menyembah bumi, dia mula berfikir apakah jalan terbaik buatnya.
Shahir tidak mahu terus diulit mimpi indah. Katanya dalam pertemuan baru-baru ini jangan terlalu menyanjung dirinya sedangkan perjalanannya masih terlalu jauh. Langkah yang dimulakan masih baru.
Tanpa putus-putus meminta doa dan restu peminat agar perjalanan yang dibinanya itu berkekalan, Shahir mahu membuktikan bintang realiti sepertinya mampu menyinar seandainya jalan yang dipilih itu betul.
"Saya perlu berusaha dengan lebih keras. Mungkin ini jalan terbaik buat saya. Platform yang diberikan cukup indah dan menjadi batu loncatan kepada saya terus memacu kejayaan.
"Tapi dalam kegembiraan di sana sini, saya cukup takut andainya perjalanan saya tidak seperti yang diharapkan. Janji saya, akan berkerja dengan lebih keras bagi memastikan impian yang disemai menjadi kenyataan pada masa hadapan," jelas juara Akademi Fantasi musim kelapan ini lagi.
Sejujurnya ramai yang melihat Shahir sebagai artis baik yang cukup bersih imejnya. Biarpun ada pihak yang kurang senang dengan kebaikan dirinya, dia yakin telah melakukan yang terbaik buat semua.
Tidak mahu berlagak alim, Shahir seboleh-bolehnya mahu menjadi dirinya. Selamat hari lahir untuk Shahir dari Pancaindera. Semoga Allah S.W.T sentiasa memberkati perjalanan hidupmu.
petikan utusan arini
Paksi Shahir Oleh MURSHID EUNOS
[email protected]
2010/09/05
BUKAN lagi malu-malu hingga sukar membalas bicara seperti awal kemunculannya, kini juara program realiti Akademi Fantasia (AF) musim ke-8, Ahmad Shahir Zawani bijak menyusun jenaka, menerpa soalan dan semakin berani mengusik. Namun dalam pada keceriaan itu, anak jati Kampar, Perak ini masih berdiri teguh pada paksi ketimuran yang menjadi identiti dirinya. ![](http://www.hmetro.com.my/articles/PaksiShahir/pix_middle)
SHAHIR... punya pesona lelaki Melayu terakhir.
“Alhamdulillah, peminat masih setia menyokong dan itu sudah memadai bagi membakar semangat saya untuk terus ke depan memperjuangkan apa yang diimpikan selama ini. Sandaran juara memang banyak membantu dan sekarang apa yang menjadi keutamaan adalah usaha sendiri bagi menguatkan lagi jalur kerjaya.
“Ada yang kata saya pemalu dan kurang berinteraksi namun sebagai pendatang baru, ini cabaran pertama untuk saya membiasakan diri dengan persekitaran dunia seni hiburan. Saya akui masih dalam proses pembelajaran dan pastinya dalam sedikit masa lagi jika diberikan peluang, saya akan tampil dengan peningkatan. Mungkin sebelum ini tidak pernah pula saya terfikir akan menjadi selebriti dan itu yang sedikit memberi tekanan. Namun ia bukan masalah besar dan saya berjanji ia tidak lagi menjadi beban kepada saya.
“Belum pun lagi setahun bergelar penyanyi, banyak perkara saya pelajari. Baik yang positif mahupun yang ada kalanya menakutkan saya, namun itu semua rencah hidup. Saya simpulkan semua pengalaman itu sebagai penawar setiap kali berdepan dgan apa saja halangan mendatang.
“Kini saya semakin menerima yang hidup sebagai selebriti, kebebasan selama ini akan tersekat. Saya pasrah dan melihat perkara itu satu pengorbanan dan transformasi dalam diri Shahir,” katanya yang sebelum ini pernah menyertai kumpulan nasyid, Saujana.
Bersembang dengan bintang yang kini melakar nama menerusi melodi berhantu Kebahagiaan Dalam Perpisahan ini ketika majlis berbuka puasa bersama Astro, Meriahnya Raya baru-baru ini memberi peluang kepada Shahir untuk menceritakan perasaan gementar bercampur gembiranya menjelang Aidilfitri ini. Pertama kali meraikannya sebagai bintang memberi seribu satu cerita kepadanya. Baik pada aspek persiapan mahupun rancangan rayanya, Ikon Belia Perak 2010 ini merencana sejak awal lagi supaya segala-galanya berjalan lancar.
“Memang berbeza sambutan Aidilfitri tahun ini memandangkan logikal dan hakikatnya jelas yang kehidupan saya sudah berubah. Saya perlu memikirkan banyak perkara, terutama peminat kerana ada yang merancang untuk beraya di kampung saya nanti. Namun cuti seminggu yang diberi sepanjang raya ingin saya sumbatkan dengan masa untuk berehat sepuas-puasnya. Mungkin masa raya ini juga saya berpeluang mendekati peminat.
“Bagaimanapun, memang sedihlah tahun ini kerana saya tidak lagi punya masa untuk berbuka puasa dan bersahur bersama keluarga. Malah saya tidak lagi sempat berkunjung ke bazar Ramadan kerana jadual kerjaya terlalu ketat dan membataskan saya untuk berbuat demikian. Bayangkan, sepanjang bulan puasa saya sibuk dengan rangka promosi dan aktiviti seni lain seperti undangan nyanyian dan rakaman program raya.
“Itulah pengorbanan saya. Ini keputusan saya dan tidak sesekali saya menyesal. Setidak-tidaknya tercapai juga impian saya untuk membantu keluarga. Inilah masa untuk saya meraikan mereka selepas berjaya hingga tahap sekarang. Walaupun perjalanan masih jauh, saya percaya rezeki itu tetap ada jika kita berusaha dan ikhlas melakukannya. Insya-Allah,” katanya yang menggemari kuih tart nanas.
Bintang yang menjadikan penyanyi tersohor, M Nasir dan Jamal Abdillah sebagai inspirasi dan paksi ilhamnya ini sekarang mula meninjau arah kerjayanya untuk terus sampai ke destinasi yang dituju. Walaupun pihak pengurusannya menyarankan untuk mencuba pelbagai lapangan lain termasuk lakonan dan pengacaraan, Shahir tetap memandang dunia nyanyian sebagai keutamaannya.
“Orang baru macam saya mana boleh terlalu cerewet. Apa yang dirasakan baik oleh pihak pengurusan, itulah juga baik buat saya. Setakat ini memang ada juga pembabitan saya yang cenderung pada lapangan lakonan dan pengacaraan, namun itu semua bukan satu cabang yang terpaksa dilakukan, sebaliknya saya menyifatkan ia pemangkin kepada kerjaya nyanyian juga.
“Kadangkala saya tidak sedar rupa-rupanya boleh juga saya mengacarakan program televisyen seperti Duniaku Shahir dan boleh juga saya mendalami skrip drama atau filem. Itu adalah sisi bakat yang tersembunyi dan memerlukan sesetengah pihak untuk menyelongkar. Namun tidak pernah pula saya memikirkan soal itu secara serius kerana saya utamakan nyanyian.
“Saya idamkan untuk memiliki sebuah album sendiri dan bekerjasama dengan beberapa komposer yang benar-benar berbakat dan mampu memberi saya sebuah lagu yang boleh menguji kemampuan saya.
“Semuanya masih dalam rancangan dan saya akan berusaha keras bagi merealisasikan pelan peribadi itu,” katanya.
Bintang muda ini bakal muncul bergandingan dengan penyanyi kegemarannya sempena Aidilfitri ini iaitu Konsert Lebaran Diva Datuk Siti pada 11 September jam 4 petang. Malah lakonan Shahir juga boleh ditonton menerusi telefilem Lawaknya Fantasia Raya di samping Rozita Che Wan pada 12 September jam 9 malam serta Lemang, Lebaran dan Labuci! bakal menemukannya dengan dua pengacara popular, Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley pada 10 hingga 12 September jam 8.30 malam. Semuanya di Astro Ria.
petikan harian metro arini |
|
|
|
|
|
|
|
Shahir af8 selamat hari lahir DIRI SENDIRI!!!!
hehehe... thanks semua..
doakan kesejahteraan & kesihatan saya bersama kamu semua na..
insyaAllah mudah-mudahan ada rezeki kita akan bertemu..
jom sahur.. This emoticon has been enhanced by Facicons
5 hours ago · Comment · Like
|
|
|
|
|
|
|
|
rasa kan mesti shahir baca pantun korang..sbb waktu dia online tu....pantun korang x tenggelam lg dgn mesej org lain.......kat atas lg...mesti shahir baca sambil tersenyum....
ye lah kan ucapan kan byk...maybe die ade yg terlepas baca....x baca sume...![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rorine at 5-9-2010 09:58
Assalamualaikum Sha2 Sume![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
Salam 26 Ramadhan & gud moning. |
|
|
|
|
|
|
|
selamat ari rayer...mohon maaf zahir & batin tuk korg sume |
|
|
|
|
|
|
|
selamat hari raya semua
dan selamat hari lahir buat SHAHIR tersayang![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
pagi smlm tbukak ch radio gegar kat astro...ada kmpulan saujana jd artis undgn kat carta radio tu...dj tanya ttg pnglibatan shahir dlm kmpln tu...salah sorang ahli pun explen shahir skjp je kat kmpln dorang dan tarik diri sbb nak teruskan pljrnnya dan akhirnya bjaya mnymbung pljrn di akademi fantasia.....kalau shahir dgr statmen ahli saujana ni apala perasaan dia agaknya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by CikKyra at 5-9-2010 13:20
pagi smlm tbukak ch radio gegar kat astro...ada kmpulan saujana jd artis undgn kat carta radio tu... ...
mimifa Post at 5-9-2010 12:53 ![](http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
Salam Mimi!
Klau shahir dengar mesti dia senyum aje sbb mungkin dia pikir rakannye skadar melawak..
Tp klau niat diorg nk menyindir...mmg hoccayyyy lah..poyos jew..
Tp shahir tak suke buruk sangka ngan org..anggap saje sbgai gurauan..
Sian shahir klau ade rakannye yg menikam dr belakang..btabahlah adikku shahir...kejayaan pasti milikmu!
Yeehaaaaaaaaaaaaaa..... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by CikKyra at 5-9-2010 13:31
Out dulu..nak smbung operasi kemas umah..
Haishh...x sah klau x jengah suite ni...
JANGAN LUPE VOTE KDP OK!!!!!
PLZZZZZZZZZZZ....... |
|
|
|
|
|
|
|
SALAM SHAHIRIANZ...![](static/image/smiley/default/smile.gif)
PUN JENGUK SEKEJAP..
HAPPY BIRTHDAY SHAHIR SKS.. ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
satu hari satu page je hari ni..mana semua org ni...dah balik kg ke......:re: |
|
|
|
|
|
|
|
pagi smlm tbukak ch radio gegar kat astro...ada kmpulan saujana jd artis undgn kat carta radio tu... ...
mimifa Post at 5-9-2010 12:53 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
ai x dengar radio tu tp pada ai mungkin kumpulan saujana sekadar nak melawak kot...mcm shahir suka melawak...![](static/image/smiley/default/1.gif)
tp klu org dengar mesti fikir waktu keluar saujana dia bg alasan sbb nk smbung blaja tp lps kluar saujana...tup2 berhenti blaja n maybe mengganggur sekejap n tak lama lps tu trus mencuba nasib masuk akademi fantasia.....
ade sebab yg kita tak tau knpa shahir berhenti blaja..hanya shahir je yg tau..kita hormat keputusan dia..mungkin dia rasa itu terbaik utk diri die....kita tak tau masalah yg dia hadapi..dan kita tak berada di tempat dia...
agak2 geng saujana pun terkejut dia masuk AF...tp lama2 dorang dh leh trima...entah la yg penting hubungan shahir ngan dorang ok..tak de sengketa...
hu2....panjang plak celoteh tgh malam2 buta ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
satu hari satu page je hari ni..mana semua org ni...dah balik kg ke......
mimifa Post at 5-9-2010 23:52 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
maybe la kot ....sunyi je kan forum ni....u kat kampung ke ni mimifa? |
|
|
|
|
|
|
|
alamak x de org..sume dh gi ke kubu... |
|
|
|
|
|
|
|
out dulu...![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
out dulu...
_19788 Post at 6-9-2010 00:42 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Salam Shnumber....ai br check in...bile balik kampong
Selamat hari raya maff zahir batin... |
|
|
|
|
|
|
| |
|