|
[Pulau Pinang]
'Rumah Sembang Pasemboq Utara V147'
[Copy link]
|
|
https://youtu.be/Fihlsw-cllU
British colonisation has had and continues to have a sinister effect in the acceptance of the English language as a secondary language in Malaysia. A national PTSD has created fears of Anglicisation among the more right winged in this country, to the point of banning the language among civil servants, today. I had insight to this answer when the journalist in the link asked why we have a problem with English as compared to Scandinavia. Well for 1, The Scandinavian countries were never colonised by Britain, and we were.
#historymatters
#malaysiaforenglish
#BahasaJiwaBangsa
#PTSD
#colonialism |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Are you selling vintage stuff? This is a call for you!Join us now at Rooftop Vintage Market and bring back yesterday once more.Time and tide wait for no man. For nostalgia's sake, let's make this happen! Drop us a dm today or email to [email protected]
Registration link:
https://forms.gle/j1sAWYEfxvwCCMy4A
Application closed: 17th June 2022
Adakah anda menjual barangan vintaj? Ini adalah panggilan untuk anda! Sertai kami sekarang di Rooftop Vintage Market sambil menggamit kenangan semalam sekali lagi. Jangan lepaskan peluang ini. DM kami dengan segera atau email ke [email protected]
Link pendaftaran:
https://forms.gle/j1sAWYEfxvwCCMy4A
Tarikh tutup: 17 Jun 2022 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sana sini terbaca orang cerita pasal kritikan filem fiksyen biopik sejarah Mat Kilau walaupun filem tu belum ditayangkan lagi.
Pada aku, ini publisiti yang bagus sebenarnya. Ini juga menunjukkan banyak pihak prihatin terhadap tokoh negara kita yang besar itu iaitu Mat Kilau.
Filem yg bagus mcm mana pun, kalau tak ada org cakap pasal filem tu, terperuk saja tak ada orang sembang tak guna jugak. Rugi. Apatah lagi kalau filem tu bajetnya RM8juta.
Jadi ,bagi aku isu ni sebenarnya positif. Lagi ramai orang akan tahu , teringin nak tengok filem ni. Biarlah isu kritikan ni melata. Jauh lagi baik dari isu artis muda bergaduh dengan pakwe.
Nak buat filem sejarah ni bukannya senang. Semua orang tahu. Dari seginya propnya saja dah pening kepala. Bajetnya akan jadi besar. Produksinya payah. Jadi secara tak langsung, filem berunsur sejarah sebenarnya mampu melonjakkan nama produksi tersebut.
Ini antara sebab tak banyak produksi filem sanggup buat filem sejarah. Untungnya belum tentu lagi. Dah tentu sebagaimana bisnes lain, taukenya mahukan untung. Itu yang paling utama. Sebab itu juga dekat Malaysia, produksi filem lagi suka buat filem yang berasaskan glamor semata dengan jalan cerita yang tak membina minda masyarakat. Janji duit masuk. Jauh beza nilainya dengan filem zaman hitam putih dulu.
Lagi satu, filem sejarah kita sukar dapat sambutan kerana di kalangan masyarakat kita kesedaran dan penghargaan sejarah negara sendiri masih nipis. Yang Melayu sekarang banyak yang terhegeh-hegeh jadi orang putih, jadi orang Korea Jepun. Buat tudung jual pada orang Melayu pun pakai nama orang putih, malu guna nama Melayu.
Yang Cina India pulak lagi suka filem sejarah kampung masing2. Agak pedas, tapi itulah realitinya yang kita kena ubah tentang negara kita. Bercakap bahasa kebangsaan Malaysia pun ada yg gagap, mana datang pulak nak sokong filem tempatan Malaysia ? Jiwanya berkiblatkan negara China, India sana.
Kenapa dulu2 banyak filem hitam putih yang kuat nilai kemelayuannya? Sebab zaman tu orang Melayu masih kuat jatidirinya. Pengarah veteran keturunan India L.Krishna pun buat filem 'Keris Sempena Riau' tahun 1961. 15 filemnya yang lain semuanya filem Melayu. Sekarang ni, pelakon kita pun ada yang rasa bodoh bila bercakap bahasa mak bapak sendiri iaitu Bahasa Melayu.
Produksi dan pengarah yang bagus tak akan fikir tentang keuntungan dalam bentuk duit semata. Nak tak nak, seorang pengarah filem mesti ada nafsu seninya ; mahu karyanya jadi agung, mahu karyanya jadi rujukan , jadi inspirasi sepanjang zaman macam filem P.Ramlee, filem Jins Shamsuddin. Filem adalah suatu medium berbentuk visual dan audio yang sangat penting dalam membentuk minda masyarakat. Kesannya boleh berpanjangan hingga berpuluh-puluh tahun.
Filem sejarah macam Sarjan Hassan tahun 1958 lakonan P.Ramlee, walaupun filem itu fiksyen sejarah, tapi propnya tetap terbaik. Ada perkara yg boleh dimaafkan kerana kesukaran sediakan prop filem sejarah, tapi ada juga perkara yg tak boleh dimaafkan.
Contohnya macam jenis senapang yang digunakan tentera Jepun masa tu. Kalau jenisnya tak betul, tak ada masalah sangat. Orang tak perasan. Tak mengganggu filem sangat. Tapi cuba bayangkan kalau askar Jepun dlm filem tu pakaiannya macam komunis. Ada bintang 3. Mestilah kena kritik.
Kalau buat filem yg ada sejarah pasal kereta pertama Malaysia, tak bolehlah letak kereta Myvi pulak. Takkan salah letak prop nak bagi alasan ini filem adaptasi, bukan dokumentari.
Pasal ketepatan sejarah dalam filem, perkara ni agak subjektif. Bergantung pada isunya apa.
Quentin Tarantino melalui filem The Inglorious Basterds pun ubah ketepatan sejarah dengan bunuh terus Adolf Hitler. Dia ada matlamat dan mesej melalui filemnya. Adakah isu filem Mat Kilau prop keris Jawa / Melayu itu mempunyai matlamat tertentu macam Quentin atau memang suatu kesilapan dari produksi?
Bab reaksi waris pulak, dah tentulah perkara sebegini akan timbul. Apa2 filem biopik sejarah akan ada reaksi daripada pihak waris. Hollywood ke, Bollywood ke, wayang Melayu ke sama je. Ini sifat manusia. Bukan susah pun rujuk waris dulu, bagi diorang senang hati. Diorang senang hati, lagilah awak senang nanti. Lainlah kalau pihak waris tu buat tuntutan melampau. Itu pun boleh dijadikan modal untuk publisiti filem. Tak rugi pun rujuk waris.
Kalau satu masa nanti Yusof Haslam dah tak ada, kemudian ada pengarah filem nak filemkan kisah hidup dia dengan guna Aliff Syukri pegang watak sebagai Yusof Haslam tanpa rujuk waris dia pun waris dia akan melenting jugak.
Maka dengan ini, aku berharap kritikan terhadap filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof ni diambil secara positif.
Filem itu bajetnya besar RM8juta. Diarahkan oleh seorang pengarah yang pernah merangkul anugerah pengarah terbaik yang paling muda pada FFM ke 25. Tak patut jadikan alasan filem sejarah susah nak buat bla bla untuk tutup kesalahan2 produksi yang tidak sepatutnya dibuat.
Barisan pelakon filem Mat Kilau pun bukan calang-calang. Semua orang tahu Beto Kusyairy, Jalaludin Hassan dan Rahim Razali ni antara seniman yang sangat kuat semangat Melayunya. Mereka dahagakan watak2 sebegini untuk martabatkan identiti Melayu dalam karya seni mereka.
Jadi kepada kita semua, janganlah diboikot filem tu. Sama2lah kita sokong filem ni dan perkasakan identiti Melayu. Biar filem sebegini dapat sambutan dan membuka ruang untuk seniman Melayu kita terus berkarya.
Macam mana nak luaskan pengaruh seni negara kita macam demam KPop kalau orang kita sendiri malu nak martabatkan identiti kita sendiri ye tak? Kerajaan patut bantu filem2 sebegini, bukannya pergi bagi dana buat filem identiti asing macam Vikingdom tu. Tak guna punya pegawai dan produksi.
Lepas tayang dan tonton nanti, kita sambung kritik lagi. Kritikan untuk membina.
Aku juga berharap produksi dan pengarah filem tak jadikan kritikan filem Mat Kilau ni sebagai alasan untuk tak terus berkarya bikin filem sejarah.
Bukan senang nak letak nama sebaris dengan seniman agung Melayu P.Ramlee. Tak lekang dek zaman pulak tu. Mestilah pengorbanannya tinggi.
BERSAMA PERKASAKAN SENI TANAH MELAYU.
+ Tajuk tu saja je bagi panas. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
PROGRAM LAWATAN KPSM SIRI 51/22 KE MK 8 BGD
KELANTAN: Seramai 106 penuntut Kursus Pemerintah dan Staf Malaysia (KPSM) Siri 52/2022 terlibat dalam Taklimat Northen Region Capabilities Operations Studies (NRCOS) di Dewan Tan Sri Hamid Bidin pada 14 Jun 2022.
Penuntut didedahkan dengan pelbagai pengetahuan dan pengenalan kepada Struktur Organisasi serta Pengoperasian 8 Bgd dan Batalion Kelapan Pasukan Gerakan Am (Bn 8 PGA) yang disampaikan oleh Pegawai Memerintah Batalion Ke-21 Rejimen Askar Melayu Diraja (21 RAMD) dan Pegawai Memerintah 8 PGA.
Program Lawatan KPSM di Negeri Kelantan ini dilaksanakan selama dua hari bermula pada 13 sehingga 14 Jun 2022.
Terdahulu, penuntut telah diberi taklimat Operasi MERPATI oleh Pegawai Memerintah Batalion Ketiga Rejimen Sempadan (3 RS) di Markas Taktikal Pos Renap pada 13 Jun 2022.
Pelaksanaan taklimat dan lawatan ini selaras dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi.
Kursus dan taklimat ini juga sejajar dengan Tonggak Keempat Kata Kunci Perintah Ulung Panglima 8 Bgd Ke-27 iaitu Organisasi Yang Unggul.
Oleh: Kapt Muhammad Syazwan Rosani
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tak apa lah zura bz tu
settlekan hal2 zura dulu
matt cuba tolak yang termampu
|
|
|
|
|
|
|
|
bz tu biasa lah
sambil2 tu matt mencelah juga
free jer mat terus moyan
|
|
|
|
|
|
|
|
memang matt sentiasa sabar
ada rezeki tak kemana
cuma cepat atau lambatnya saje
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus lah tu zura
buat apa nak membazir elektrik
kalau tak guna tutup kan saje...
|
|
|
|
|
|
|
|
ooo ada juga yg gitu?
tapi matt rasa andai matt dapat medal pink tu matt tetap akan masuk tepek juga...
sekarang dah top 5, matt target nak top 3
|
|
|
|
|
|
|
|
pasal tak bersyukur tu yg rasa tidak pernah cukup
nak tambah lagi dan lagi harta dunia tu
dah jadi tamak haloba
|
|
|
|
|
|
|
|
matt ada free terus jer masuk
zura jangan bimbang
zura settlekan hal2 zura tu
|
|
|
|
|
|
|
|
moga2 dia masuk cepat dan tengok post matt tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus lah kalau zura sentiasa ingat berjimat cermat tu
in shaa Allah zura sekeluarga akan sampai ke sana nanti
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau petir atau kilat kuat sangat, memang boleh effect ke lappy atau pc atau tv dll
dah banyak kes org kena
tapi kalau petir/kilat perlahan tu rasanya masih ok tak off pun
untung lah zura owner pertama
kalau zura beli di tangan org mesti harga dah naik banyak
|
|
|
|
|
|
|
|
pasal amerika di kuasai oleh puak2 yahudi
mereka tak senang nak tengok negara Islam maju
mereka akan cuba nak hancurkan supaya negara islam tunduk kepada dia
china negara kuat pun mereka cuba nak tundukkan, tapi china tetap tidak akan sekali tunduk
|
|
|
|
|
|
|
|
betul tu
oleh itu jangan lah kita bermegah atas dunia ini
hebat mana pun kita semuanya akan ditinggalkan juga
tapi matt tak jadi mana2 ahli parti politik pun
tapi matt suka cara rafizi tu
dia ada masa depan yg cerah
walau pun ramai yg suka dia comeback, tapi ada juga yg anti atau tidak suka dgn dia
biasa lah adat politik gitu, masing2 nak naik atas
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|