|
**Kuiz ATW V10** kerja rumah di muka surat 97>.<
[Copy link]
|
|
esok aje ana wat soklan dan jawab soklan
mlm nie tenet lemau |
|
|
|
|
|
|
|
SIRI B003
a) Gadis sunti - Anak dara kecil yang belum balighAyat ~ Saira merupakan anak gadis sunti Encik Ahmad
b) Adu lengan - Lawan siapa yang lebih kuat
Ayat ~ Halim dan abangnya Malik selalu adu lengan dan bergaduh untuk menentukan siapa yang lebih kuat
c) Saudara anjing - Adik beradik satu ibu tapi berlainan bapa
Ayat ~ Liza baru mengetahui yang dia ada saudara anjing di Singapura setelah ibunya bercerita yang beliau pernah berkahwin dan melahirkan anak dan ditinggalkan dengan bekas suaminya disana.
d) Enau di hutan - Seseorang yang suka hidup bersendirian
Ayat ~ Untuk mencari ilham mengarang novel terbarunya, Eliza mengasingkan diri di resort terpencil itu bagaikan enau di hutan agar dia tidak mendapat gangguan dari sesiapa pun.
e) Kambing hitam - Orang yang dipersalahkan walaupun dia sebenarnya tidak bersalah
Ayat ~ Ali dijadikan kambing hitam demi menutup kesalahan yang dilakukan oleh YB tersebut.
f) Ayam jalak - Orang yang berani
Ayat ~ Kasim bagaikan ayam jalak kerana berani mengejar peragut yg meragut Makcik Esah
g) Kutu embun - Orang yang suka merayau pada malam hari
Ayat ~ Ayah memarahi adik yang suka menjadi kutu embun dan selalu pulang lewat malam
B004
1. Pinang tua merah ekor
2. Beban sudah dipintu
3. Nasi tersaji dilutut
4. Tutup lubang gali lubang
5. Jadi kuda beban
6. Itik diajar berenang
7. Belum beranak sudah ditimang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1679# adalia
sowi dada...tgh gigih mengarang  |
|
|
|
|
|
|
|
dah x mampu menjawab soalan riri..tenet lemau sgt ari ni |
|
|
|
|
|
|
|
nk try jwb soklan riri |
|
|
|
|
|
|
|
B004
1. Pinang tua merah ekor
Maksud: Perempuan yang sudah berumur, tetapi kelakuannya masih seperti gadis.
Ayat: Milah malu dengan karenah ibunya yang seperti pinang tua merah ekor
2. Beban sudah dipintu
Maksud: Anak gadis yang sudah besar.
Ayat: Bahagia sempat melihat anak membesar seolah-olah beban sudah di pintu
3. Nasi tersaji dilutut
Maksud: Keuntungan yang diperoleh dengan mudah.
Ayat: Pelabur mendapat untung berganda seperti nasi tersaji di lutut
4. Tutup lubang gali lubang
Maksud: Berhutang untuk membayar hutang
Ayat: Mamat dibelenggu masalah hutang yang tidak berkesudahan kerana asyik tutup lubang gali lubang.
5. Jadi kuda beban
Maksud: Jadi orang suruhan
Ayat: Raudah sudah muak kerana asyik jadi kuda beban
6. Itik diajar berenang
Maksud: Membuat pekerjaan yang sia-sia.
Ayat: Dari pagi sampai petang mereka berlatih tetapi tiada hasilnya seperti itik diajar berenang.
7. Belum beranak sudah ditimang
Maksud: Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya.
Ayat: Bobby berhenti kerja setelah mendapat tawaran temuduga di tempat baru seperti belum beranak sudah ditimang
B005
1.Bunga raya kembang pagi.
2.Takut akan lumpur, lari ke duri.
3. Pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak.
4. Daun nipah dikatakan daun labu.
5.Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar.
6.Enggang lalu ranting patah.
7.Tak ada ribut masakan daun bergoyang.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nak jawab soalang cici .. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1688# zadzamusa
jawablah zaza...tenet dia tgh slow...xleh tembus kot |
|
|
|
|
|
|
|
Reply zadzamusa
jawablah zaza...tenet dia tgh slow...xleh tembus kot
cleef Post at 5-4-2012 22:06 
tetiba tenet pun lemau... soalan dibuka... siapa nak jawab silakan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalam dan samat pagi jemahat |
|
|
|
|
|
|
|
B005
1.Bunga raya kembang pagi.
maksudnya : muka yang merah padam kerana marah
Ayat: Akibat sindiran pedas yang tidak berasas dari rakan baik dan saudara maranya telah menyebabkan Nasha seperti muka raya kembang pagi.
2.Takut akan lumpur, lari ke duri.
maksudnya : menghindarkan diri daripada kesukaran yang kecil, jatuh dalam kesukaran yang lebih besar
Ayat: Perbuatan Pak Maun melarikan diri keluar negara kerana malu akan berita mengenai rasuah yang dilakukannya ibarat Takut akan lumpur, lari ke duri.
3. Pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak.
maksudnya : hendaklah insaf bahawa sekelian yang hidup akan mati
Ayat: Kata-kata ustaz Azhar dalam ceramahnya mengenai kehidupan manusia ini telah menyentuh hati kecik Pak Abu dan beliau kini telah membuat perubahan drastik dalam kehidupannya untuk menjadi muslim yang lebih baik seperti Pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak.
4. Daun nipah dikatakan daun labu.
maksudnya : Kalau segan bertanya tentulah salah faham
Ayat : Fateh suka bertanya kepada guru-gurunya pabila beliau tidak memahami akan subjek yang diajarkan kepadanya untuk mengelakkan salah faham ibarat Daun nipah dikatakan daun labu.
5. Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar.
maksudnya : kelebihan seseorang suka muafakat antara satu sama lain
Ayat: Para perwakilan telah sebulat suara menerima usul ekonomi dan sosio yang dikemukakan perwakilan dari Johor ibarat kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar dalam merealisasikan impian Rakyat di negara ini.
6.Enggang lalu ranting patah.
maksudnya : sebab yang secara kebetulan menjadi penyebabnya
Ayat : Industri pelancongan di Langkawiterjejas teruk ibarat Enggang lalu ranting patah berikutan bencana tsunami yang melanda.
7.Tak ada ribut masakan daun bergoyang.
maksudnya : Sesuatu itu terjadi dengan sebab musababnya
Ayat: Hairi amat mengenali perwatakan si Murad dan tahu bahawa apa yang telah Murad lakukan kepada Aini kerana masakan Tak ada ribut masakan daun bergoyang.
B006
1. Minyak setitik di laut timbul juga
2. Awak hendak ke hilir dia sudah hanyut
3. Asal dfitugal adalah benih
4. Asalnya kuda itu kuda juga dan keldai itu keldai jugak
5. Asing maksud asing sampai
6. Sampah hanyut
7. Seperti katak disimbah air
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ok dah siap kijer umah
berpeluh membuatnya, harap2 tepatlah  |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum dan selamat pagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply tudung_bawal
susahnya soklan....... olehyang demikian, carly nak ponteng kelas lah. ...
carly_lah Post at 5-4-2012 16:40 
jangan nak ponteng kelas:@...sila hantar kerja rumah |
|
|
|
|
|
|
|
Assalammualaikum... TB, nnt soalan TB biar BG jawab ek? Hehehe, tak sabar dah nih... huahuahua... |
|
|
|
|
|
|
|
slmt pagi sumer........... 
ingat masuk nak jwb soklan..... tapi susah lak...... lari dulu laaaa........ japgi masuk balik....  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1695# tudung_bawal
carly mmg kena ponteng... rasa cam x sihat jer hari nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by tudung_bawal at 6-4-2012 10:51
B006
1. Minyak setitik di laut timbul jugaMaksudnya: Orang baik tetap mulia walaupun di mana sahaja berada
Ayat: Seperti minyak setitik di laut timbul juga, Haji Ahmad amat dihormati dan disegani oleh semua penduduk kampung kerana beliau suka menderma.
2. Awak hendak ke hilir dia sudah hanyut
Maksudnya: Kecewa kerana orang lain sudah memperolehinya dulu
Ayat:Sejak kekasih hati dirampas oleh kawan sendiri Ali bagaikan awak hendak ke hilir dia sudah hanyut.
3. Asal ditugal adalah benih
Maksudnya: Mulakan kerja dahulu nanti adalah orang membantu
Ayat:Nasihat ibu asal ditugal adalah benih adalah benar kerana sejak dia menguasahakan ladang tebu dihujung kampung, bermacam-macam jenis bantuan yang telah diterima.
4. Asalnya kuda itu kuda juga dan keldai itu keldai juga
Maksudnya: Sekiranya bakanya baik, anaknya pun baik; sekiranya bakanya buruk, anaknya pun buruk
Ayat:Asalnya kuda itu juga dan keldai itu keldai juga kerana anak-anak Pak Samad telah mewarisi sikap panad baran dan kaki kelentong beliau.
5. Asing maksud asing sampai
Maksudnya: Lain yang dihajat, lain yang diperoleh
Ayat:Seri hanya mampu menerima jodoh yang telah ditetapkan oleh keluarganya walaupun asing maksud asing sampai kerana ibunya tidak merestui pilihan beliau.
6. Sampah hanyut
Maksudnya: Orang miskin yang hidup melarat
Ayat: Golongan bergelandangan bagaikan sampah hanyut yang mencemari pandangan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
7. Seperti katak disimbah air
Maksudnya:Seorang yang tidak dapat menjawab soalan yang dikemukan
Ayat: Dia terpinga-pinga seperti katak disimbah air bila di soal oleh pihak polis kerana tida mempunyai lesen dan memandu secara berbahaya.
B007
1.ombaknya kedengaran, pasirnya tiada kelihatan
2. bulan naik, matahari naik
3. laut madu berpantaikan sakar
4. Samar muka
5.Terang-terang tanah
6. Seperti kambing dimandikan pagi
7.Seperti kerbau runcing tanduk |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|