Originally posted by Hane at 14-1-2008 10:03 AM
buah saga buah pidada
di petik dengan si dara jelita
memang merah dia menyala
itu pasal mommy stylo mylo maaa
Pergi kerja berbekal Buah pidada
Untuk dimakan waktu pagi
Hane ini selalu ada ada saja
Mommy disini kembang sebab dipuji
Originally posted by Hane at 14-1-2008 10:11 AM
sedih giler bila Leman beristeri
hingga sanggup lupakan hane ini
nasib baik tak di turutkan hati
kalau tidak merana lah diri ini
Wahai Cik hane tak usah la sedih
Tinggalkan si Leman takde la Rugi
Walaupon rasa sangat pedih
Kan Sekarang hane sudah ada penganti
Originally posted by Hane at 14-1-2008 10:35 AM
mommy girang kerna di puji
kerana selalu voguey dimata
pujian hane itu ikhlas dari hati
bukannya rekaan semata-mata
Mommy sangat gembira
Ini semua kerna mak dara
Pujian dia memang ketara
Hinggakan mommy tak bule buat kerja
Originally posted by Hane at 14-1-2008 10:43 AM
burung kenari hinggap di pohon jati
singgah sebentar mencari makan
kini hati hane sudah di patri
tidak mahu ingatkan si Leman
Kayu jati dibuat kerusi
Dijual pula dengan harga tinggi
Cik hane gembira dihati
Sebab si dia tersangat la tinggi
Originally posted by Ratu_Lybeau at 14-1-2008 11:47 AM
Hutan rimba penuh semak
Mungkin didalam banyak ular tedung
Mommy teringin nak makan nasi lemak
Nasib baik tidak mengadung
terbang burung dgn girangnya
hinggap pula didahan yg rekah
kalau mengandung apa salahnya
anak sah taraf bukannya diluar nikah
Originally posted by Ratu_Lybeau at 15-1-2008 08:35 AM
Pergi ke pasar beli ikan tenggiri
Untuk dimasak tengah hari
Wahai aincoolz sudah makan ke pagi ini
Kalau sudah mesti la lagi happi
Sarapan pagi belum lah lagi
Perut keroncong minta diisi
Kalau Ain dan Ratu baik hati
Belanjalah Cintan pagi ini
Originally posted by Ratu_Lybeau at 15-1-2008 08:35 AM
Pergi ke pasar beli ikan tenggiri
Untuk dimasak tengah hari
Wahai aincoolz sudah makan ke pagi ini
Kalau sudah mesti la lagi happi
berat angkat tepung sekati
makin lemah badan yang lesu
perut ain dah beralaskan roti
juga dengan segelas susu