|
~♥~SHANO - PeAcE MuaH AgOgo!~♥~'SaLaM LeBaraN"
[Copy link]
|
|
Reply #1704 tirasha's post
smgat neh![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dapatkan PANCAINDERA hari ni ye! |
|
|
|
|
|
|
|
Noni muntah hijau di bulan RamadanOleh NIEZAM ABDULLAH
Bukan calang-calang punya muntah. Tapi hijau warnanya. Begitulah "seksanya" bekas pelajar Akademi Fantasia (AF), Noni apabila bercerita pengalamannya berpuasa pada bulan Ramadan tahun ini.
Muntah hijau selalunya sering dikaitkan kalau seseorang itu pening ketika di laut ataupun menaiki roller coaster.
Tetapi pengalaman yang dianggap ngeri bagi Noni itu dialami setiap kali menjelangnya bulan Ramadan.
Bukan mahu mengelak untuk tidak berpuasa tapi penyakit yang dialami Noni atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin,19,
ini sudah berlarutan sejak dia umur sembilan tahun lagi.
Tentu sahaja penyakit yang mendatangkan masalah kepada mereka di bulan Ramadan ini ialah gastrik.
Bercerita penyakitnya kata Noni, gastrik yang dihadapinya itu pada tahap kronik. Malah dia sendiri pernah dimarahi oleh doktor kerana seringkali lewat mendapatkan rawatan dan juga tidak mengikut waktu ketika makan.
Pengalaman menghadapi gastrik pada bulan Ramadan kali ini kata Noni berlaku apabila tiba-tiba perutnya memulas. Ketika itu dia hadir ke studio Utusan untuk mengadakan sesi fotografi dengan sebuah majalah.
Tiba-tiba perutnya rasa sakit ketika beberapa jam lagi umat Islam hendak berbuka puasa. Ketika itu dia rasa bagaikan hendak
pengsan tetapi dapat juga diteruskan sesi fotografi kerana sudah berada di studio.
Ketika habis fotografi itu kata Noni, dia terus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun penyakit tersebut tidak habis di situ sebaliknya berulang kembali pada keesokkan hari ketika berada di rumah menyebabkan dia muntah dalam keadaan yang teruk.
Tiada sisa-sisa makanan yang keluar sebaliknya muntah itu berwarna hijau.
"Masa tu saya rasa begitu seksa. Sakit yang teramat sangat. Kalau boleh meraung, memang saya akan menjerit sekuat hati. Saya tak boleh bangun tetapi hanya terbaring ketika itu," katanya.
Nasib Noni agak baik kerana pada ketika itu makciknya dapat membantu menghantarnya ke Hospital Serdang, Selangor untuk mendapatkan rawatan.
Bercerita mengenai penyakit itu, ujar Noni ketika belum menjadi artis dan tinggal di kampung (Kota Kinabalu), neneknya akan
menyediakan ubat-ubatan tradisional untuk mengurangkan risiko penyakit itu.
Selain ubat, neneknya sering memicit Noni bagi membolehkan angin dalam badannya keluar supaya penyakit itu tidak menjadi
lebih teruk.Tetapi sejak datang ke Kuala Lumpur, tiada siapa yang dapat melakukan kerja-kerja itu termasuklah menyediakan
makanan mengikut waktu membuatkan penyakit itu menjadi lebih serius.
Dek kerana kesibukan, Noni akui kadangkala dia tidak sempat menjamah makanan apatah lagi setiap kali diundang untuk mengadakan persembahan pentas.
"Mungkin kerana selalu sangat lewat makan, penyakit saya ini menjadi serius terutamanya sejak awal Ramadan
lalu," katanya.
Seperti terkena tusukan jarum, ujar Noni dia cuba mengelak daripada menjamah makanan pedas dan juga meminum susu sebaliknya hanya boleh makan bubur nasi setiap kali hendak berbuka puasa.
Berterus-terang sudah beberapa hari terpaksa meninggalkan puasa, Noni agak sedih kerana tidak dapat untuk berpuasa penuh
apabila datangnya Ramadan.
Menganggap ia sebagai satu ujian berat ketika orang lain menahan lapar dan dahaga, tetapi Noni berusaha untuk membolehkan
dia berpuasa penuh setiap tahun.
Bagi merawat penyakit itu Noni sudah membuat temujanji untuk mengadakan rawatan susulan dengan pihak hospital pada 22 September ini. Katanya doktor akan membuat satu rawatan khas dengan memasukkan sesuatu melalui mulutnya untuk melihat kesan luka di dalam perut.
"Saya harap selepas rawatan ini nanti, penyakit ini tidak akan terus berpanjangan," ujarnya. Mengenai persiapan
menyambut lebaran tidak lama lagi, Noni akan pulang ke Kota Kinabalu untuk beraya selama seminggu.
Walaupun masih tiada album baru tetapi akui Noni dia tetap gembira kerana banyak menerima undangan pertunjukan pentas termasuklah persembahan yang dianjurkan oleh Astro sebagai sumber pendapatan untuk pulang beraya.
[ Last edited by chikuyotei at 14-9-2008 02:31 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by britney_sapiah at 14-9-2008 09:33 AM ![](http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
dapatkan PANCAINDERA hari ni ye!
merah menyala bibir kakak jepung ku tw!
hhehhe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1713 britney_sapiah's post
wakakaka...
mempopularkan gaya mamarazi ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1713 britney_sapiah's post
tawu x per..
femes style kak eyla tw..![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1715 juliazafri's post
alolololo..
sian nye dierr..
jaat r nurse tuhh..kaco kakak org lk..da r die nga saket..aisehh
[ Last edited by loligirl at 14-9-2008 02:50 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1719 juliazafri's post
haha..
kalo tak, x psl2 je ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|