|
SiNGGaHSaNa PrinCE CharMinG AZRI II <Niskala Cinta Kami> .:MANTAPPPPPP:.
[Copy link]
|
|
so actually diary ada lg ke x arini..?
intuitable Post at 10-6-2011 15:02
adalah...laporan yg terakhir utk minggu terakhir...lps ni tgk azri kat utube je la.... |
|
|
|
|
|
|
|
desperate sgt ke..
amemiya Post at 10-6-2011 15:05
kalau perasan, sbnrnya masa nera ada lg si gajah lekat ni dh nyendeng skit2 dgn azri tuh.. korg tgk diary lps2.. sure ada je tepi azri. {:1_125:} tp azri cam xnpk laaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
desperate sgt ke..
amemiya Post at 10-6-2011 15:05
agaknya kot sbb azman pun da tk selalu dtg tgk dia kan...smbung belajar katanya...tu yg tegedik2 nk
melekat je keje dia....
amemiya,kau baca paper hari ni?ramai yg ramal antara fina dan hazama bakal juara kan?
kat opis aku ni ada paper BH dari spore pun tulis mcm tu....siap letak gmbr fina sorang besar2 pd
artikel tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau perasan, sbnrnya masa nera ada lg si gajah lekat ni dh nyendeng skit2 dgn azri tuh.. ...
intuitable Post at 10-6-2011 15:29
o ye ke..nanti aku try marathon balik diari dr awal..
die dh aim dr mula kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
agaknya kot sbb azman pun da tk selalu dtg tgk dia kan...smbung belajar katanya...tu yg tegedik2 ...
fruitella Post at 10-6-2011 15:29
kt BH msia ni tkde pon cite psl AF..
motip reporter tu sume sokong 2 org tu? ade yg suruh ka? |
|
|
|
|
|
|
|
from Murai.com.my
Juara AF9: Persaingan 2 Artis Realiti VS 2 Freshies
Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Mazlan Yunos Photography
KUALA LUMPUR, 10 JUN 2011: Setiap kali menjelang konsert final Akademi Fantasia, ramalan pasti akan dibuat tentang siapakah yang bakal memegang gelaran sebagai juara program realiti tersebut. Tidak terkecuali Akademi Fantasia Musim 9 (AF) yang bakal menyaksikan persaingan sengit di antara peserta Top 4 yang sedia ada iaitu Fina, Hazama, Azri dan Lena.
Sama ada ramalan itu tepat atau pun tidak, ianya turut bergantung kepada keputusan muktamad yang akan diumumkan oleh pengacara AF9 iaitu Aznil Nawawi atau Pak Nil pada malam konsert final AF9 yang bakal diadakan di Dataran Putrajaya pada 12 Jun 2011 ini.
Sebagai seorang yang mengikuti perkembangan AF9 dari awal hingga akhir, agak sukar sebenarnya untuk menilai siapakah yang benar-benar layak untuk bergelar juara AF9 bagi musim yang terakhir ini.
Namun, penulis berpendapat, peringkat akhir AF9 ini bukan saja menyaksikan persaingan di antara 2 peserta lelaki dan 2 peserta wanita semata-mata, namun ia turut menyaksikan pertarungan di antara 2 artis realiti TV dengan 2 peserta yang masih lagi baru. Kedua-dua artis realiti yang dimaksudkan ini adalah Hazama dan Azri, manala kedua-dua peserta yang baru ini pula adalah Lena dan Fina.
Melihat penglibatan Hazama sebagai penyanyi, ia lebih kepada seorang yang profesional kerana sebaik saja Hazama gagal menempatkan diri di dalam konsert prelude AF4, anak kelahiran ibu kota ini tidak putus-putus meneruskan cita-citanya untuk bergelar penyanyi dengan mencuba apa jua cara. Tidak salah rasanya apabila mengkategorikan Hazama sebagai artis.
Bagi yang mengikuti perkembangan Hazama, finalis ini sememangnya acakpkali teraju utama bagi kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH). Namun, ia tidak diumumkan secara sah oleh Hazama dan dia lebih menganggap penglibatan bersama kumpulan MUH sebagai penyanyi sandaran saja. Senario Hazama ini juga sama keadaannya dengan bintang AF8 iaitu Shah yang kini semakin aktif menjadi penyanyi sandaran baru bagi kumpulan MUH.
Di sebalik penglibatan sebagai selebriti, Hazama juga pernah menjadi artis naungan bintang AF4 bernama Farhan. Namun, usaha Hazama masih kurang menyerlah tetapi dia tetap melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan konsert Gempak Selebriti Astro.
Selain Hazama, Azri juga mempunyai persamaan dengan Hazama kerana bakat Azri pernah mendapat perhatian apabila dia menyertai program Mystar LG. Pun begitu, penyertaan Azri dalam program tersebut berhenti di tengah-tengah jalan kerana undian tidak menyebelahinya.
Sungguhpun gagal, Azri terus mengejar cita-cita sebagai penyanyi dengan menubuhkan kumpulan Breakfast. Pencapaian yang baik bagi kumpulan ini apabila lagu mereka tercalon dalam program Muzik-Muzik 2011 dan bertahan untuk tempoh yang agak lama. Jadi, sama seperti Hazama, Azri juga dianggap sebagai artis yang pernah menyertai program realiti TV popular.
Dalam pada itu, 2 finalis wanita yang berjaya ke peringkat final AF9 iaitu Fina dan Lena juga ada persamaannya kerana mereka berdua masih belum pernah melibatkan diri dengan mana-mana pertandingan realiti TV yang bertaraf komersil. Oleh itu, sekiranya salah seorang daripada wanita ini berjaya menjadi juara, ia boleh dianggap mengikuti jejak juara AF yang sebelum ini yang mana masih lagi berstatus segar dan bukan artis sewaktu mengikuti pengajian AF.
Apapun, mengikut ramalan, Hazama mempunyai peluang yang sangat cerah untuk bergelar juara AF9. Ini kerana dari awal lagi Hazama bagaikan mengulangi fenomena AF yang pernah dicetuskan oleh Mawi semasa AF3. Sesungguhnya, Hazama seorang yang mempunyai suara yang baik, personaliti yang menarik dan mudah didekati.
Begitu juga dengan Fina yang disifatkan sebagai bakal juara yang boleh mencipta satu warna baru. Ini kerana, tiada lagi penyanyi di Malaysia yang mempunyai vokal sepertinya. Begitupun, sekiranya benar Finaadalah juara, dia perlu memantapkan lagi vokal, personaliti serta penampilannya agar tidak dilihat terlalu kebudak-budakkan. Pokoknya Fina perlu belajar untuk menjadi lebih profesional.
Namun, kemampuan Lena dan Azri tidak boleh dipandang rendah kerana kedua-dua mereka mempunyai daya tarikan yang ada pada mereka. sendiri. Sebab itulah, sehingga saat ini mereka masih kekal di dalam AF9. Mereka adalah pilihan peminat dari awal konsert Tirai sehinggakah ke saat ini.
Apapun, dalam waktu yang sama, Lena juga sering dikaitkan mempunyai persamaan vokal dengan Ratu Rock Ella manakala Azri pula senada dengan Faizal Tahir. Pun begitu, Azri dilihat mempunyai pakej lengkap kerana dia memiliki vokal yang mantap , komunikasi yang baik serta rupa yang tampan. Lena pula layak kerana amat konsisten setiap minggu walaupuan ada ketika dia berada di tangga yang terbawah.
Berdasarkan kepada penulisan artikel ini, pastinya pembaca dapat membuat kesimpulan bahawa tumpuan peminat AF9 kini memang lebih banyak tertumpu kepada Hazama dan Fina. Namun, siapakah di antara kedua-dua ini yang akan menyandang gelaran Juara AF9? Adakah Azri dan Lena mampu untuk memintas mereka. Jari menjadi juri. Lakukan tugas anda untuk terus mengundi! |
|
|
|
|
|
|
|
at diz moment, haku dh thp redha je.. haku nk senyum jee.. xlarat haku nk spe ...
intuitable Post at 10-6-2011 15:55
aku pon dh redha..just nak die perform best je ahad ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini kerana dari awal lagi Hazama bagaikan mengulangi fenomena AF yang pernah dicetuskan oleh Mawi semasa AF3.
monotone Post at 10-6-2011 16:14
please la..die ade aura ke |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1709# amemiya
stujuk...skang nak pokus kat persembahan dier ahad ni jer.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply amemiya
stujuk...skang nak pokus kat persembahan dier ahad ni jer....
monotone Post at 10-6-2011 16:18
yup, doakan die bleh perform paling best.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada beberapa hari lagi nak final...harapnye azri gunakkan peluang yang ada ni utuk perbaiki performance dier masa sesi pernilaian tuh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1708# monotone
aku nak muntah baca
hazama mengulangi fenomena mawi la sangat ............... kat celah maner tak tahu. harap2 tak la ikut kejatuhan mawi pastu sampai kena jual reta sikit demi sikit!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
suke pic nih... |
|
|
|
|
|
|
| |
|