CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hijau88

AKASIA: SOFFIYA [MULAI 21 SEPT 2011, ISNIN HINGGA KHAMIS, 7 MLM] - TV3

   Close [Copy link]
Post time 12-10-2011 08:23 AM | Show all posts
aku dok cari jg nape bila fiona tu bercakap @ marah mcm pelik je..... maybe dia ckp seketul2 tu kot .
yg cite smlm bengang jg time dia sound sofi dlm tandas tu... pastu dok marah kt meja mkn, yg si ayah plk x tau nk buat apa, nsb baik ada ilyas tukang sound.
kesian sofi baru nk rs happy.... tp xnklh sofi lemau2 nnti kena buli dgn fiona tu lg,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2011 08:43 AM | Show all posts
Tidak kejar  popular

TIZ  tidak terlalu mengejar populariti.



KETAWA menjadi teman setia pelakon muda, Tiz Zaqyah dalam banyak bicaranya. Barangkali dia senang begitu untuk menutup rasa malu dan menyembunyikan perasaan kekok setiap kali ditemu bual.
Berulang kali juga dia menekankan dia masih baru dalam bidang lakonan. Baru mahu mencecah usia lima tahun dan ilmunya masih terlalu cetek jika dibandingkan dengan barisan pelakon sedia ada. Begitu Tiz meletak kedudukan dirinya dalam industri.
Namun sama ada dia suka atau tidak, usia setahun jagung pada pandangan matanya itu sebenarnya sudah cukup matang untuk memperkenalkan Tiz kepada industri.
Lebih-lebih lagi apabila dia kerap mendapat karakter yang berjaya dijiwai dengan cukup berjaya. Paling mengesankan audiens tentulah watak Nur Amina yang dimainkan dalam drama dan filem fenomena, Nur Kasih.
Jujur juga, biar Tiz menyatakan dia sudah lama meninggalkan Nur Amina dan bermain dalam pelbagai gelanggang baharu, namun watak itu juga yang selalu menghantui peminatnya. Tiz - Nur Amina bagai satu item.
"Saya sudah lama bergerak ke depan dan peminat harus ikut sama sebab saya sudah banyak memainkan karakter lain yang tidak kurang hebat dalam produk-produk saya selepas Nur Kasih," katanya yang mahu peminat tidak terperangkap dalam karakter lamanya itu.
Kini nama Tiz kembali hangat seiring kemunculan drama rantaian yang mengisi slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam berjudul Soffiya. Membawa watak Soffiya, seorang gadis yang dirogol bapanya sendiri, gambaran awal cerita itu dikecam segelintir khalayak yang melihat isu tersebut sebagai satu tabu pada masa kini.
Bagaimanapun seiring dengan perkembangan plot, ternyata babak tersebut hanya sedikit dan kini Soffiya berkembang menjadi satu kisah yang lebih berat dengan bebanan emosi dan konflik cinta.
"Sebab utama saya mengambil watak Soffiya adalah kerana mahu mencabar kemampuan sendiri. Watak dirogol bapa sendiri dan bebanan emosi yang ditanggung selepas itu membuat saya tidak berfikir panjang untuk memberi persetujuan. Soffiya adalah cabaran baharu buat saya sebagai seorang pelakon.
"Sebab itu saya mahu peminat saya bergerak bersama saya kerana setiap masa saya akan meneroka watak-watak baharu untuk mencabar dan mempertingkatkan kualiti saya sebagai seorang pelakon," ujar Tiz mengenai drama rantaian 28 episod itu.

TIZ ZAQYAH lebih senang mengambil hanya satu pekerjaan pada satu-satu masa.



Biar suka mencabar diri dengan 'permainan' terkini, ia tidak membuat anak kelahiran Kuala Lumpur ini terlalu ghairah menerima semua tawaran. Dia sedar, banyak orang memegang prinsip selagi laku dan muda, harus merebut peluang yang datang, tetapi tidak baginya.
Prinsip yang dipegang Tiz adalah hanya mengambil peluang yang dia benar-benar yakin, selesa dan paling penting kata gadis bermata galak ini, dia tidak mahu audiens bosan melihat wajahnya terlalu kerap muncul di kaca televisyen.
"Benar, orang kata masa muda dan laku ini kita patut guna kesempatan yang ada dengan sebaiknya. Tapi saya bukan jenis pelakon yang lepas satu, satu dan terkejar-kejar bekerja. Saya jenis pelakon yang suka lepas satu produk, saya berehat sebentar, mencari momentum semula dan bila dapat watak yang bagus, saya akan mula berlakon semula.
"Walaupun mungkin ada yang berpendapat ia akan memberi kerugian kepada saya kerana setiap hari banyak muka baharu muncul, namun saya percaya, jika kita punya kualiti, Insya-Allah akan ada tawaran dan rezeki buat kita," jelasnya.
Tambah Tiz lagi, bukan dia tidak sedar bahawa dia perlu rajin bekerja dan mengumpul duit kerana lakonan adalah satu-satunya bidang yang memberi dia kelangsungan hidup, namun buat masa ini dia selesa dengan cara kerjanya.
Katanya: "Saya masih muda. Baru 21 tahun, mungkin sebab itu saya rasa tidak terlalu berkejar-kejar bekerja. Bukan saya menafikan wang itu penting untuk masa depan, tapi saya memang jenis yang tidak suka terburu-buru. Saya suka buat apa yang saya nak buat dan dalam masa yang sama saya kini sedang cuba mengumpul aset."
Sementara ditanya bagaimana dia mengawal gosip yang sering menerpa seiring popularitinya, ringkas Tiz yang dikait mempunyai hubungan istimewa dengan aktor Remy Ishak ini memberitahu dia lebih gemar mendiamkan diri dan membiarkan gosip berlalu pergi daripada kerap memberi kenyataan kerana dia percaya gosip akan mati sendiri apabila ia tidak dilayan.




kredit: kosmo online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 08:44 AM | Show all posts
Reply 1700# cikara

well said...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 09:56 AM | Show all posts
Aduh!!! foto itu yg lamakan? Ambillah foto dalam lakonan Soffiya yg sewaktu dgnnya.
Dasar wa_t_w_n malas.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 10:09 AM | Show all posts
Semalam spoil sikit la bila Fiona dtg umah Ilyas memalam buta...
boleh wat syak wasangka ...
next time drama melayu tolong abis peduli sikit scene2 gini...w/pun nampak remeh..

Sib baik ada scene Ilyas tido kat opis..
so kita leh agak derang tak tido serumah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 10:23 AM | Show all posts
Reply 1731# kejora10


    kurasa apa kau rasa. Fakta sama digoreng2 (ada tambah perasa tiruan tak?) tak baca lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2011 10:34 AM | Show all posts
Reply 1731# kejora10


    kurasa apa kau rasa. Fakta sama digoreng2 (ada tambah perasa tiruan tak?) tak baca lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 10:35 AM | Show all posts
Reply 1731# kejora10


    kurasa apa kau rasa. Fakta sama digoreng2 (ada tambah perasa tiruan tak?) tak baca lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2011 10:43 AM | Show all posts
Kenapa Soffi tak ackap terus terang jerk ngan Kamal pasal kes bunuh tu
takut jer kalau salah faham nnt
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 10:44 AM | Show all posts
Reply 1733# cikara

Kebanyakan fakta2 lama, usia Tiz pun salah tulis.
Why can't they update berita about Soffiya, her effort in handling the character?
Coz the way I see it, teamwork to success (like Tiz always mention) is not found in this drama unlike NK.
I feel Soffiya (Tiz) is moving on her own, pardon me, yang lain cam kayu je,
Dan wartawan bagi sajian yg sudah basi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2011 10:47 AM | Show all posts
adei. Tiz tu kan umur 23 thn. mmm.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 10:51 AM | Show all posts
Post Last Edit by kejora10 at 12-10-2011 10:53

Reply 1738# hijau88

Namanya w_rt_wa_ Cut and Paste.
   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2011 10:58 AM | Show all posts
kannnnnnnnnn... sabar je la. pic pun... alahai... cuba la guna pic yg latest. mmg dasar pemalas la. mmm.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 11:00 AM | Show all posts
nape aku rasa nanti fiona dapat korek rahsia soffiya drpd ilyas je..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 11:03 AM | Show all posts
ahahhaha...
mmg copy & paste la wartawan smpi umo pun x update...
diorang nk wat cite tp malas nk arrange utk photoshoot baru
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 11:05 AM | Show all posts
Kenapa Soffi tak ackap terus terang jerk ngan Kamal pasal kes bunuh tu
takut jer kalau salah faham  ...
songeh_jer Post at 12-10-2011 10:43


pada akal aku la kan.. soffi ni nak memulakan idup baru dengan melupakan kisah2 lama..mesti trauma punya bila kisah2 lama tu asyik nak dimengadu kat semua orang.. lama2 lagi nak dilupakan, bila disebut2 makin lekat dalam ingatan..
pastu maybe dia taknak kamal berfikiran bukan2 kalau tau sejarah lama soffi tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2011 11:17 AM | Show all posts
kan. bleh jd fiona dpt info dr ilyas je. tup2 ilyas terbgi info tu, coz sakit hati tgk kamal-Soffiya... tak pun fiona selongkar almari ilyas.
mmm.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 11:19 AM | Show all posts
Reply 1744# hijau88

pilih yg ke2.. fiona kaki selongkar..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2011 11:42 AM | Show all posts
Reply  hijau88

pilih yg ke2.. fiona kaki selongkar..
Yen_Aireena Post at 12-10-2011 11:19


kuikuikui. tak pun fiona tu soal siasat muiz kot. huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 01:23 PM | Show all posts
Bagi iols plak, Soffi perlu cerita kisah silam dia memandangkan bakal anak tiri yg sgt kuang hajar tu khen boleh melakukan apa saja utk memisahkan soffi ngan kamal....
Sungguh bahaya kalo fiona tu yg lebih dulu cite kat kamal... Nanti mesti dia hasut baik punyer kat bapak dia.... :@

At least soffi cite benda yg benar.... kalo si fiona yg cite, mesti cite tu dah jadi mcm cite hindustan nanti...


iols rasa mcm nak lempang barang sedas dua jer kat fiona nan hado tu....
dah lar berlagak, sombong, cantik, manja, bengis, panas baran etc... species package 10 + 1 nih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.139572 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list