Post Last Edit by azzu_me1 at 2-2-2012 12:17
nangis guling2 tengok ciskek ni!
Achik-Yaya Post at 2-2-2012 11:57
wehhh..jgn buat lagu tu ehhh..malu dek org nengok nyer...{:4_181:}
nanti kita share resipi...moh pakat2 cuba..teman ni telupa nk guna loyang loose..tu yg ruper dia hbis comot2..telangkup gitu je kuar kn kek wakakkaka
Ni slh 1 dr koleksi resipi sya utk Tofee Cheese cake..nanti sya try Banana Tofee lak hahhaha
Toffee Caramel Cheese Cake Bahan base:
150 gm biskut marie
130 gm butter cair
Cara:
1- Campur semua bahan, tekan pada dasar loyang yang dialas dengan kertas minyak kemudian sejukkan.
**saya hanya gunakan potongan sponge kek sebagai base Tofee
Bahan:
40 gm almond nib
60 gm gula kastor
Cara:
1- Masakkan gula dalam bekas caserol sampai kuning, masukkan almond nib, gaul. Tutup api dan ratakan atas loyang sebentar.
2-Bila sejuk patah-patahkan kecil. Bahan Cheese
200 gm cream cheese
20 gm gula kastor
8 gm gelatin
60 gm air
200 gm whipped cream (whisk dahulu)
Cara:
1-Putar cream cheese sampai gebu, masukkan gula dan pukul sampai smooth. Kemudian tapiskan.
2-Dalam bekas lain, curah gelatin dalam air, biar seketika double boiled sampai gelatin hancur. Campurkan pada adunan cream cheese, gaul rata
3-Akhir sekali kacau dengan whipped cream, masukkan dalam loyang 7', berselang seli tabur toffee tadi. o
4- Sejukkan dalam peti ais
Topping
1/2 cawan brown sugar
1 cawan anchor whipping
1 tsp butter
Cara:
1-Campur semua bahan, panaskan sampai pekat. Kemudian sejukkan dalam suhu bilik
Hiasan
100 gm walnut (imported) di tos dan cincang
Cara:
1- Keluarkan kek tadi dan tabur walnut kemudian letak topping tadi. Hidangkan |