Salam n morning sumer....tolong tepekkan article di bawah utk tatapan di pagi hari ini...
Credit to Edan Coba Blog
AKIM CEMERLANG DLM WATAK 'CHOWDER' MONSTER HOUSE.
Mata Pena Dari ~ edan coba
. 07 June 2010
Meraih tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian no.1 negara "Akademi Fantasia" bukanlah beerti dia hanya berada dikelas ketiga. Jika mahukan yang lebih baik lagi hanya dengan kesungguhan yang optimum mampu menempatkan seseorang itu pada peringkat lebih selesa dan itulah yang dilakukan Akim atau nama sebenarnya Afiq Akim Ahmad. Setelah meletup dengan lagu "Bengang" dan terbaru pula "Inilah Cinta" yang dicipta sepenuhnya oleh Akim sendiri, tidak disangka rupanya Akim punya bakat dalam lakonan. Tidak mahu hanya berkelompok dalam 1 bidang kini Akim mencuba pula dalam bidang yang lain iaitu lakonan. Bijak mengatur jadual membuatkan Akim mampu meraih peluang yang ada. Akim mula menjinakkan diri dalam dunia lakonan melalui drama muzikal "Kau Dan Aku" disaluran Astro Ria bersama Mila Af5 dan Aril Af7, Akim mengasahkan lagi bakat sebenar lakonannya yang dipelajarinya dalam Akademi Fantasia dari tenaga pengajar seni persembahan iaitu Ida Nerina dengan menyumbangkan suaranya untuk sebuah watak kartun dalam filem "Monster House".
Akim sebagai Chowder
Pertama kali penulis mendengar suara Akim dalam watak Chowder memang mengkagumkan. Akim cemerlang menjiwai watak dengan pembawakan mood watak yang pelbagai. Sangat seiring dan tiada sedikit pun kepincangan berlaku. Akim sememangnya berbakat besar dan tidak mustahil Akim adalah pelapis baru yang dinanti2 sekian lama. Jutaan terima kasih juga harus diberikan kepada pihak Astro kerana berjaya mencungkil bakat terpendam Akim hingga pada saat ini dia sudah mula menjadi siulan ramai. Filem "Monster House" yang telah dialih ke bahasa malaysia itu telah ditayangakn di Astro Ceria bersempena musim cuti sekolah. Turut bersama Akim dalam menyumbangkan suara adalah pengacara dan pelakon muda yang berbakat besar iaitu Zoey memegang peranan utama untuk watak bernama DJ. Zoey juga tiada kurangnya, hebat menjiwai watak DJ hingga membuat penulis leka menghayati watak DJ. Syabas buat Akim dan Zoey diatas kejayaan anda berdua membawakan watak kartun tersebut dengan sepenuh jiwa raga....
Edan : Akim kini banyak peningkatan dan bertambah kacak pula..;)
selamat pagi semua warga istana dan akim tersayang
"Credit to Edan Coba Blog
AKIM CEMERLANG DLM WATAK 'CHOWDER' MONSTER HOUSE.
Mata Pena Dari ~ edan coba
. 07 June 2010"
waaa seronoknya dengar pujian untuk AKIM ... haritu keje ... jadi tak dapat nak tengok chowder ... frust betul ... hopefully ada ulangan ... nak sangat dengar sore AKIM yang cute tu
program bintang baru tue bila yer ?????
bestnyer dpt tengok akim ... sometimes rasa rindu kat soltan tu kalau satu hari takder berita die ...
ade kowt ulangan..tp kne rajin belek guide larh..hehe
seronok gk cite tuh..
zuranura Post at 10-6-2010 12:36
Ni akak dah tlg belekkan Astro Guide tu ( gigih tau... ) utk Iwanis tersayang...sian dia tak tgk lg...;)
Td ada bgtau ulangan sblh mlm pun ade...tp bila refer guide...takde pun...sowi la salah info agaknya dlm mimpi la tu kot...
Rasenya Iwanis bole stanby AHAD 13/6 kol 12:30pm( Ulangan Monster)