CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ahnafnia

SETIA HUJUNG NYAWA[SLOT AKASIA]PART VIIII

 Close [Copy link]
 Author| Post time 23-4-2013 01:19 PM | Show all posts
rosmawari posted on 23-4-2013 10:36 AM
skrg ni nampak sgt pacik qi tgh berusaha nak melamar nely

nely tolonglah jgn terima lamarannya tu ...

hati tgh sedih..

macam-macam yg boleh jadi..

sesiapa pun.. kalau tgh sedih camni..

nak cari teman pengganti..

harap sangat nely tabah..

jangan kawen dulu... kalau ngan org laen lah..

kalau ngan amar... la ni pun cik senah setuju..

tarikh pun dah makin dekat..

sabar dan doa itu ajaib..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2013 01:33 PM | Show all posts
jozanfan posted on 23-4-2013 10:37 AM
betul tu cik senah..
walaupun kak bedah x tgk bideo edisi puji pujian amar utk cik tett..
kak be ...


cik senah pun mmg x koser nak tengok...

dah boleh bayangkan sendiri..

puji2 sangat nanti jadi menantu cik senah..

bak kata nely x mo tunjuk sangat

kalau x jadi malu..

ecece... mana tahu ni.. mmg x jadi pun..

kalau ngan amar baru jadi..


Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 02:11 PM | Show all posts
mycute posted on 23-4-2013 12:38 PM
best scene tu..
sambil zain tongkat dagu tgk el..
el suam kt mulut zain..

kannn..sweet sgt scene tu..
sweet jer..
masa nk buat pavlova pun sweet scene..
notty giler zain min ho masa tu..




Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 02:24 PM | Show all posts
ahnafnia posted on 23-4-2013 12:54 PM
kak bedah boroi 9 bulan.. ada isi..

lepas 9 bulan slim balik..

ayoooo..dalam makna kak bedah boroi 9 bulan..
ehemmm..malu terasa kak bedah..



chomeyy angatt x..??hasil after 9 bulan kot..hahahahahaha gediksszz kak bedah dg smpi..

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 02:27 PM | Show all posts
tak suka tp nak tempek gak..

Harap jodoh berpanjangan
Qi, Nelydia sedang ingin bercinta

QI sudah bersedia untuk berkahwin, sementara Nelydia menyerahkan segala ketentuan dan jodoh kepada Allah.

KEMESRAAN yang ditampilkan oleh pelakon Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen dan Qushairi Mohammed Razali atau Qi Razali semasa menjayakan acara Liga Juara Hot FM baru-baru ini seperti mengesahkan kedua-duanya sedang dilamun cinta.

Sebelum ini gambar mesra pasangan tersebut yang dimuat naik ke dalam laman sosial Instagram masing-masing menjadi tatapan peminat sehingga ramai yang mengandaikan sudah terjalin ikatan cinta antara mereka berdua.

Ketika diminta mengulas tentang status hubungan mereka sekarang ini, Qi dan Nelydia menyatakan bahawa mereka kini masih belum menjalinkan hubungan percintaan, sebaliknya hanya rapat sebagai seorang teman.

Menurut Qi, sebelum ini dia atau Nelydia tidak pernah membuat kenyataan yang mereka kini sedang bercinta. Bagaimanapun, mereka juga tidak menyembunyikan hubungan yang sekarang ini semakin erat dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

"Sebelum ini kami tidak pernah membuat kenyataan tentang status hubungan kami. Ya, kami memang berkawan dan saya akui hubungan dengan Nelydia sekarang bertambah rapat. Saya boleh melabelkan hubungan kami kini berada dalam peringkat proses mengenali hati budi masing-masing," jelas Qi tanpa berselindung.

Qi bagaimanapun memberitahu dia tidak mempunyai jawapan apabila ada yang bertanya sudahkah dia melamar pelakon baharu tersebut sebagai kekasih. Sebaliknya, bekas pemain dram grup OAG ini berkata: "Saya tak pernah luahkan perasaan cinta kepadanya sehingga sekarang."

Diminta bercerita tentang detik awal perhubungan mereka, Qi memberitahu semuanya bermula apabila mereka sama-sama berlakon dalam drama Friday I'm In Love pada tahun lalu.

Ujarnya, selepas membintangi drama berkenaan, mereka mula menjalinkan hubungan sebagai teman biasa. Bagaimanapun, sejak empat bulan lalu, hubungan dia dengan Nelydia mula menjadi lebih rapat.

"Saya berasa cukup selesa sepanjang berkawan dengannya. Walaupun dia baru berusia 19 tahun, namun saya dapati Nelydia seorang gadis yang cukup matang dan berfikiran jauh. Dia juga seorang yang periang," ujarnya yang begitu menyenangi sikap Nelydia.

Ditanya tentang jarak usia mereka yang cukup berbeza iaitu sebanyak 16 tahun, Qi yang kini berusia 35 tahun memberitahu dia tidak mempunyai masalah dengan jurang perbezaan tersebut. Malah, katanya dalam nada serius, dia juga tidak menjadikan faktor usia sebagai halangan buat mereka menjalinkan hubungan dengan lebih rapat.

Terlanjur bercakap tentang jurang usia, Qi kemudian ditanya tentang perancangannya menamatkan zaman bujang kerana usianya yang sudah melewati angka 30-an.

Sambil tersenyum, pelakon yang cukup popular sebagai seorang pengacara itu memberitahu dia memang mempunyai hasrat untuk berkahwin memandangkan usianya yang bukan lagi muda.


QI dan Nelydia mengaku sudah mengenali keluarga masing-masing.

Ketika ditanya bila dia akan menamatkan zaman bujangnya memandangkan usia yang semakin bertambah, Qi menjelaskan perancangan untuk berkahwin memang ada, tetapi dia mahu mengenali Nelydia dengan lebih dalam lagi.

"Harus saya akui, sejujurnya, saya memang meletakkan harapan yang tinggi agar hubungan saya dan Nelydia menjadi lebih serius memandangkan kami juga sudah bertemu keluarga masing-masing. Bagaimanapun, itu semua terserah kepada jodoh," jelasnya.

Sementara itu, diminta mengulas tuduhan segelintir pihak yang menyatakan Nelydia menjadi punca kepada perpisahannya dengan Yuna sebelum ini, Qi menegaskan ia satu tuduhan yang tidak adil.

Tegas Qi: "Saya ingin jelaskan bahawa punca utama perpisahan saya dan Yuna adalah disebabkan jarak kami yang berjauhan. Ia tidak berkaitan langsung dengan Nelydia. Dia (Nelydia) bukan orang ketiga yang menyebabkan hubungan saya dan Yuna dahulu putus.

"Lagipun hubungan kami (Yuna) sudah tinggal sejarah dan rasanya tidak perlu lagi mengaitkan diri saya dan Yuna kerana masing-masing sudah mencari haluan hidup sendiri."

Tarik diri

Selain dikenali sebagai seorang pelakon, nama Qi turut menjadi sebutan ramai apabila dia menjadi pengacara sebuah program masakan iaitu Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) yang disiarkan di TV3.

Bagaimanapun, Qi yang menarik diri daripada mengacarakan rancangan tersebut telah kembali semula bagi menggantikan tempat Iqram Dinzly selaku pengacara untuk musim terbaharu program tersebut.

Sebelum ini, Qi pernah membuat kenyataan bahawa tidak mahu lagi terbabit dalam program tersebut sehingga TV3 terpaksa memilih Iqram sebagai pengganti.

Menjelaskan keadaan, Qi mengaku dia memang pernah membuat kenyataan demikian. Bagaimanapun, kata Qi, ia hanya bersifat sementara dan apabila pihak produksi memerlukan khidmatnya semula sebagai pengacara program tersebut, dia bersetuju memandangkan tidak terikat dengan komitmen lain.

"Saya memang ada menyatakan tidak mahu lagi mengacara JJCM, tetapi bukanlah buat selama-lamanya. Lagipun saya pernah memberitahu kepada pihak produksi yang saya sedia kembali sekiranya khidmat saya diperlukan semula.

"Dahulu saya ambil keputusan untuk menarik diri kerana jadual kerjaya saya yang sangat padat dan mempunyai komitmen lain yang perlu diuruskan. Kini, saya kembali semula kerana melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh pihak produksi," ujarnya yang turut popular sebagai pengacara program Destinasi Bajet.

Jelas Qi, sebelum ini, sudah dua kali dia ditawarkan untuk kembali mengacara program JJCM, namun dia terpaksa mengambil masa yang cukup lama sebelum membuat keputusan bersetuju mengemudi semula program tersebut.

"Saya ambil keputusan dan bersetuju apabila mereka membuat tawaran kali ketiga, dengan syarat, saya diberi kelonggaran untuk melakukan pekerjaan yang lain," ujarnya yang mengikat kontrak selama dua musim bersama program berkenaan.


QI kembali mengacarakan program Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) dengan syarat dia diberi kelonggaran untuk terbabit dengan projek lain.

Fokus kerjaya

Mengalih bicara kepada Nelydia, dia yang hadir serentak bersama Qi pada majlis tersebut melontarkan bicara yang sama tentang hubungannya dengan lelaki itu.

Kata Nelydia, hubungannya dengan Qi belum sampai kepada tahap bercinta. Malah, dia sebenarnya berasa kurang selesa apabila ramai pihak yang sering memperkatakan hubungan cintanya dengan Qi.

"Saya tidak berani untuk mengulas sejauh mana hubungan dengan Qi kerana apa sahaja boleh berlaku. Walaupun saya tak berani untuk melabelkan bentuk hubungan kami, namun saya tidak mahu menyembunyikan fakta bahawa hubungan yang terjalin antara kami sekarang ini bertambah erat.

"Kalau boleh saya tidak mahu orang mengenali saya kerana kisah cinta kerana pada masa ini saya perlu lebih fokus kepada kerjaya lakonan yang semakin berkembang dengan pelbagai tawaran yang diterima," ujarnya penuh sopan.

Bagaimanapun, pelakon yang semakin dikenali semenjak membintangi drama Setia Hujung Nyawa itu mengakui dia juga kini sedang mengenali hati budi Qi sebelum mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan yang serius.

Malah, Nelydia yang ditanya tentang kesediaannya berkahwin awal memandangkan Qi mengaku dia berharap agar hubungan mereka mampu melangkah ke tahap tersebut memberitahu, dia menyerahkan segala ketentuan takdir kepada Allah SWT.

"Saya tidak mempunyai masalah untuk berkahwin awal kerana soal jodoh ini kerja Tuhan. Bagaimanapun, sejujurnya, buat masa ini, jika berfikir secara realistik, untuk usia saya yang baru mencecah 19 tahun, saya 100 peratus belum bersedia untuk menjadi seorang isteri," katanya tanpa berselindung.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya berhubung perpisahan Qi dan Yuna, pelakon itu enggan ambil kisah kerana sedar dia langsung tidak bersalah.

Ujarnya, dia menganggap segala tuduhan tersebut dibuat oleh segelintir peminat yang masih tidak boleh menerima kenyataan bahawa hubungan Qi dan Yuna sudah berakhir.

Katanya: "Saya melihat isu ini sebagai perkara yang remeh dan saya tidak tertekan dengan tuduhan yang dilemparkan.

"Bagaimanapun, saya akui, perasaan saya akan terguris sekiranya ada mana-mana pihak yang mengeji dan mengutuk saya dengan cara yang melampau dan tidak beretika kerana saya juga memiliki perasaan."


kredit: kosmo
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 02:28 PM | Show all posts
mycute posted on 23-4-2013 02:27 PM
tak suka tp nak tempek gak..

Harap jodoh berpanjangan

harap nely sedar cepat2...
jangan..jangan...jangan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2013 02:31 PM | Show all posts
ahnafnia posted on 23-4-2013 01:33 PM
cik senah pun mmg x koser nak tengok...

dah boleh bayangkan sendiri..

dgr citer geng2 lain amar memuji melangit cik tett..
tetiber kak bedah rasa menyampah giler kat amar nie..sorry cik senah..

motip nk menunjuk2 sgt npe..??
org lain pun bertunang gak..
sakit pulak hati kak bedah petang2 ari nie..



Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 02:43 PM | Show all posts
kalau ikut statement nely kat qua.com katanya belum 100% bersedia nak kawin...
Nely abiskan study dulu tau....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2013 02:48 PM | Show all posts
ahnafnia posted on 23-4-2013 01:33 PM
cik senah pun mmg x koser nak tengok...

dah boleh bayangkan sendiri..

cik senah dh tgk ig krew?

tambah lg sorang bebenzo...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 03:14 PM | Show all posts
jozanfan posted on 23-4-2013 11:33 AM
geng juyah meh makan kek besday abam ikram..
kak bedah buat ice cream cake ngan pavlova..
spec ...

laaaa iols baru jeee in ni, ada lagi ke besday kek abamIkram??

nak gak ice cream kek ngan pavlova!!!!!

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 03:21 PM | Show all posts
mycute posted on 23-4-2013 10:55 AM
skrg ni nely lak hilang telpon..

dah berjangkit dr amar..

agaknya sekrg ni trend artis kot
asal sesiapa tak dpt contact aje...hilang telefon


Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 03:26 PM | Show all posts
aunira posted on 23-4-2013 03:21 PM
agaknya sekrg ni trend artis kot
asal sesiapa tak dpt contact aje...hilang telefon

kan...nape tak jaga betul...
mcm2 maklumat pun ada...
klu jumpa handset nely & amar, mau gak nak sekodeng..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 03:30 PM | Show all posts
loveakfe posted on 23-4-2013 03:14 PM
laaaa iols baru jeee in ni, ada lagi ke besday kek abamIkram??  

nak gak ice cream kek ng ...



eh..kak bedah ade simpan nie..
meh makan meh..

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 03:30 PM | Show all posts
ahnafnia posted on 23-4-2013 01:08 PM
kalau betul perangai cam tu.. alhamdulillah

untunglah..

setuju sangat dgn cik senah....

belum kahwin mmg semuanya 'wangi'...
lagipun orang tua selalu pesan...
...kita hanya akan kenal  siapa pasangan kita sepenuhnya, selepas 10 tahun kahwin
sepanjang 10 tahun tu... satu persatu topeng kita dan pasangan akan terbuka... percaya lah
sebab tu zaman sekrg... ramai yg bercerai awal walaupun usia perkahwinan tu belum menjangkau 10 tahun...
sebab time bercinta segalanya indah...

so, amar... kalau pun nak jaga hati cik tunang...
tak perlu la nak puji melangit sangat...
takut nanti puj-pujian tu makan diri....

lagi satu... menantu cik senah ni cakap...
keputusan dia nak bertunang ni tiba-tiba aje..
dia bangun pagi dan kata 'eh, aku rasa nak kahwin'...
terus ajak bertunang...eewwwwww

kalau auni la.....takut dgn org yg mcm ni...
risau, esok, esok....tiba2 dia bangun pagi 'eh, rasa nak couple dgn org lain la pulak'...
tetiba break...tak ke parah!!!


Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 03:34 PM | Show all posts
mycute posted on 23-4-2013 03:26 PM
kan...nape tak jaga betul...
mcm2 maklumat pun ada...
klu jumpa handset nely & amar, mau gak nak ...

tu la....
si amar tu dah byk kali hilang hp kot

kalau tengok ig cik tunang...
ada tunjuk gambar amar tangkap gambar kat JPN
katanya....dah 4 kali hilang i/c...
careless sungguh !!
haihhhh


Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 03:37 PM | Show all posts
jozanfan posted on 23-4-2013 03:30 PM
eh..kak bedah ade simpan nie..
meh makan meh..

tq so much, lap u laaa kakBedah

sib baik kakBedah simpankan iols, dapat gak merasa ice cream kek and pavlova abamIkram

wah!! kakBedah and cikSenah bermesra mesra dgn makmie nampak kat twitter
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2013 03:44 PM | Show all posts
mycute posted on 23-4-2013 01:27 PM
tak suka tp nak tempek gak..

Harap jodoh berpanjangan

baca rasa cam biasa jer..

kata x kisah kawen muda.. pastu x ready 100 peratus pulaks..

mestilah.. belum lupakan menantu mak lagi..

ok.. belajar dulu sampai habis..

pak cik nanti dia akan jumpa jodoh yg sesuai..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 03:48 PM | Show all posts
loveakfe posted on 23-4-2013 03:37 PM
tq so much, lap u laaa kakBedah   

sib baik kakBedah simpankan iols, dapat ga ...

kak bedah ingat sume kesygan kak bedah kat umah nie..

xkan tgk jer kak bedah ngan cik senah twit2..
moh la join..i followwwwww



Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 03:57 PM | Show all posts
jozanfan posted on 23-4-2013 03:48 PM
kak bedah ingat sume kesygan kak bedah kat umah nie..

xkan tgk jer kak bedah ngan cik senah twi ...

seganlaaa nak join twit twit kakBedah ngan cikSenah
ada makmie lak tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 04:02 PM | Show all posts
loveakfe posted on 23-4-2013 03:57 PM
seganlaaa nak join twit twit kakBedah ngan cikSenah  
ada makmie lak tu ...

hisshh..makmie ok best..sporting giler..
meh la tmbh2 sket karangan setiahujungnyawa kitaorg..
janji pasal nelamar @ zainel..



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.259641 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list