CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kEk_KeL@d|

SEPET dari Yasmin Ahmad

[Copy link]
Post time 25-2-2005 04:03 PM | Show all posts
maybe it's really jason... kenapa? kadang-kadang bila kita sayangkan sangat seseorang, walaupun accident, tapi hati kita kuat nak jumpa dia or whatever... ada satu semangat yang kuat akan mendorong kita untuk terus hidup... ni ala-ala hindustan sikit.... ni pendapat saya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2005 06:10 PM | Show all posts
weih.. kat pyramid pukul baper tayangan sepet eh? aku dapat tiket wayang pree ni kompeni bagi.. tapi tatau nak tengok Hide n Seek ke Sepet.. disebabkan baca review korang yg best2 belaka ni.. rasa cam nak tengok sepet lak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2005 07:09 PM | Show all posts
ahaks..best rupanya ceta nih..
antr ada apa dengan cinta? and Sepet yng ne lebih best..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2005 08:37 PM | Show all posts
woohoo dia pasang kat MP City Square jb, besok bleh pi tengok!
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2005 12:13 AM | Show all posts
Originally posted by ashna at 2005-2-24 12:19 PM:



weh kau tgk kat hall berapa? aku kat hall 10. mmg banyak part yg penonton gelak je throughout the movie...mmg citer ni tak bosan..part yg last masa orked baca surat jason tu..minah tepi aku s ...
aku kat hall 9..
so yg nangis tu bukan aku la..
hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2005 12:29 AM | Show all posts
Originally posted by imf at 2005-2-24 04:17 PM:


summer, :setuju::setuju::setuju: sangat dengan your komen... best sangat cerita ni... something that we can learn from it... 'you love who you love'... 'if you hate someone because of races, th ...
terima kasih..
masa tayangan premier tu, summer perasan ada gak cina yg datang,
tp yg paling tak sangka, salah sorang kawan cina summer pun berminat tgk filem ni..
lepas je dia abis tgk, terus dia sms summer mengatakan yg dia betul2 terharu ngan cerita ni, , dia kata cinta yg ditunjukkan oleh Orked n Jason ialah cinta sejati...
Reply

Use magic Report

Follow Us
bug_vengeance This user has been deleted
Post time 26-2-2005 02:10 AM | Show all posts
mesmerize
tolong la gi tengok sepet
crite mat saleh tu lain tahun pun bleh tgk
kihkih

aku rela nangis demi Sepet daripada nangis utk AF
kihkih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2005 08:38 AM | Show all posts

some pics...




                                          


                                          




credits to cinema.com.my

[ Last edited by kEk_KeL@d| on 26-2-2005 at 08:39 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2005 10:31 AM | Show all posts
ermm.. aku dah tengok dah citer SEPET ni.

Keseluruhan citer aku amat berpuas hati..
Inilah kali pertama aku membeli tiket berharga RM10.00
untuk menonton filem melayu @ filem malaysia dengan
perasaan yang puas hati. kiranya duit yang aku keluarkan
tu berbaloi dengan cerita yang di paparkan.
salute pada director/script writer untuk filem ni
YASMIN AHMAD.....

Permulaan citer ni memang cantik sekali
untuk menunjukkan betapa muhibbah nya malaysia ni
pengarah  menggarap jalan cerita dengan cara yang lain
dari filem yg lain. memang berjaya dan membuka mata.

Pandangan cinta pertama di antara orked dan Jason
berlansung dalam suasana yang cukup mempesonakan..
Dunia seakan akan terhenti dan semua hiruk pikuk bunyi
dan suara manusia hilang serta merta.. yang tinggal
cuma mereka berdua sedang melayan perasaan
jatuh cinta pandang pertama... ermm... tepat sekali
gambaran yang di paparkan oleh pengarah tentang perasaan
dan suasana jika dua perasaan saling jatuh cinta pada
pandangan pertama. sungguh realistik rasanya...

saat
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2005 01:22 PM | Show all posts
Sepet oh Sepet

``Filem ini lahir dari hati saya dan terus ke hati penonton. Jika anda mahu menonton filem Sepet anda harus menontonnya dengan hati yang jujur. Sebabnya hanya dengan hati yang jujur anda akan dapat menghayati dan menilai cerita yang saya ilhamkan.''

Begitu kata pengarah filem Sepet, Yasmin Ahmad pada malam tayangan perdana filem itu Selasa lalu.

Maka dengan hati yang jujur, tulus dan ikhlas, Kak Tim menontonnya hingga selesai.

Kak Tim tidak berniat untuk memperkatakan filem ini sebagai seorang pengkritik yang layak bercakap tentang sudut kamera dan sebagainya. Tapi sebagai penonton biasa yang menonton dengan hati jujur, Kak Tim masih tidak faham, apa perlunya adegan keluarga seisi rumah berkemban dipertontonkan.

Bukan sekali tapi banyak kali.

Bayangkan pada satu sudut sebuah tangga di ruang tamu, duduk bertingkat sipembantu rumah (Adibah Nor) menyikat rambut puannya, Mak Inom (Ida Nerina). Pada masa yang sama, Mak Inom menyikat rambut anak gadisnya, Orked (Sharifah Amani), yang duduk pada anak tangga di bawah kakinya. Kemudian datang suami Mak Inom, Pak Atan (Harith Iskandar), duduk pada anak tangga di bawah kaki anak gadisnya, Orked.

Mungkin pengarah mahu menggambarkan kemesraan sebuah keluarga. Tapi Kak Tim tertanya, kenapa mesti dalam keadaan berkemban? Si pembantu rumah, Mak Inom, Orked dan Pak Atan, kesemuanya berkemban. Dan pada akhir adegan ini, Orked memeluk Pak Atan dari belakang dalam keadaan kedua-duanya berkemban.

Begitu juga pada adegan pasangan suami isteri, Mak Inom dan Pak Atan menari berpelukan di ruang tamu rumah. Si isteri berkemban batik dan si suami berpelikat tanpa baju. Tiba-tiba pelikat Pak Atan terlondeh. Penonton dapat menyaksikan keadaan Pak Atan hanya berseluar dalam.

Ada penonton yang ketawa. Mungkin merasa lucu. Tapi di saat itu Kak Tim sebenarnya sudah tidak mampu untuk tersenyum.

Begitu juga pada adegan Mak Inom yang berkemban tidur berpelukan di bawah ketiak Pak Atan yang hanya berpelikat.

Keluarga berkemban ini bukan sembarangan keluarga. Tapi keluarga guru bersara. Pak Atan adalah seorang guru bersara.

Filem kita wajah kita. Lalu Kak Tim tertanya sendiri apakah ada sebuah keluarga guru bersara melalui gaya hidup seperti itu?

Kata Yasmin, berkemban dalam rumah dan kemesraan suami isteri dalam Sepet adalah perlakuan biasa ibu bapanya. Betullah tu! Tapi perlukah dipertontonkan kepada khalayak?

Tapi keluarga Cina yang dipaparkan dalam Sepet, semuanya berpakaian lengkap. Wanita dewasa dalam keluarga ini dari keturunan nyonya Melaka. Lalu digambarkan pakaiannya siap berkebaya dan berbatik sarung. Sopan sehingga di akhir cerita. Begitu juga suami dan anak-anaknya. Tidak seorang pun wanita dalam keluarga ini digambarkan memakai seluar pendek seperti yang sering kita lihat pada dunia realiti kehidupan orang Cina.

Filem itu sebenarnya sudah ditayangkan di Singapura. Bagaimana agaknya penilaian masyarakat luar di saat menonton filem yang memaparkan gaya hidup seperti itu oleh sebuah keluarga Melayu dari sebuah negara di mana pemimpinnya sedang gigih memperkenalkan Islam Hadhari untuk memartabatkan Islam di mata dunia.

Memanglah filem Melayu melalui pembaharuan di tangan Yasmin. Kak Tim tidak mempertikaikan itu. Kita mungkin sudah jemu menonton filem cinta terhalang kerana berbezaan agama, bangsa dan darjat tapi Sepet merestuinya.

Begitu juga pada awal filem ini ditayangkan. Penonton diperlihatkan tulisan ayat Bismillah dalam tulisan jawi sebesar skrin. Kak Tim kira itu suatu daya kreatif yang belum pernah dilakukan oleh penerbit tempatan lain.

Yasmin mengetengahkan Sepet dalam tiga bahasa. Pelakonnya berdialog dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin. Satu perubahan yang berani diketengahkan oleh Yasmin bagi mengambarkan Sepet adalah filem Malaysia.

Kak Tim - Tabik hormat pada keberanian luar biasa Yasmin.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

aku blom tgk citer ni so tak bleh nak komen camana..:hmm: tp kalo betul mcm yg ditulis,aku rs si pengulas ni belom btol2 bersedia nak menerima filem2 yg 'berjiwa' mcm nih.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2005 01:27 PM | Show all posts
aku pun tergezuz gak ngn ulasan kak tim tuh..tp klu xder pengkritik..tentu kita x tau kelemahan sstu filem..jadi terpulang la kpd penuntun itu sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2005 01:46 PM | Show all posts
Originally posted by Nikotina at 26-2-2005 01:22 PM:
Sepet oh Sepet

``Filem ini lahir dari hati saya dan terus ke hati penonton. Jika anda mahu menonton filem Sepet anda harus menontonnya dengan hati yang jujur. Sebabnya hanya dengan hati y ...


sorry kak tim...maybe dlm your family takde yg berkemban kat rumah...tapi dlm family saya..mmg benda tu berlaku...it's normal in my house. dan bapa saya juga adalah  pesara guru, ada kalanye mmg pakai kain pelikat tanpa baju je kat rumah.

daripada kritikan akk tim...nampak benar kak tim menonton file ini dgn fikiran tertutup. maybe kak tim berasal drp keluarga yg high class, sebab itu kak tim tak pernah lihat situasi iut dlm keluarga. tetapi diingatkan bukan semua kelaurga di malaysia adalha dr golongan high class. yasmin pamer situasi itu adalha kerana ianye filem yg jujur..mmg benda itu ada berlaku dlm masyarakat kita. you to accept it and stop living on the cloud 9.

[ Last edited by ashna on 26-2-2005 at 01:49 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2005 06:31 PM | Show all posts
Originally posted by bug_vengeance at 2005-2-26 02:10 AM:
mesmerize
tolong la gi tengok sepet
crite mat saleh tu lain tahun pun bleh tgk
kihkih

aku rela nangis demi Sepet daripada nangis utk AF
kihkih


:setuju:

dan juga citer2 yg lain..paham2 jerlah..hehehe

anyway..joe nak tanyer..kat midvalley dia tayangkan sampai bila ?????
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2005 06:32 PM | Show all posts
Originally posted by ashna at 2005-2-26 01:46 PM:


sorry kak tim...maybe dlm your family takde yg berkemban kat rumah...tapi dlm family saya..mmg benda tu berlaku...it's normal in my house. dan bapa saya juga adalah  pesara guru, ada kalanye mm ...



rasanyer kita nih masih membicarakan hal2 adat ni sbg satu sensitiviti..tul kan
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2005 06:42 PM | Show all posts
Originally posted by juya79 at 2004-4-28 01:42 PM:
uih! tak sabar nak tgk citer nih... aku tertgk gazette citer nih sket kat wayang kita... nampak cam best jer... aku dah berzaman tak tgk cite melayu kat wayang nih... tapi cite nih mcm bole la nak  ...



betul tu..joe pun dah lama tak pi cinema..sebab banyak citer yg just make profit gile2..tp takde pe pun..just for hiburan hari mgu..kalau banyak kuar film2 independent kat mesia kan bagus..

tp ade ke peminat dia..takut2 panggung takmo kasik sebab ramai tak minat tgk..

biasler..org kita biasa didedahkan dan diajar menonoton cerita tak lawan arus
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2005 07:51 PM | Show all posts
hahhaa.. gi gak wayang aku akhirnya semata-mata sebab sepet... last skali tgk masa citer minority report, huhuhuhu.. memang layan giler citer ni... jason memang best (pandai diorang carik muka yang memang standard jual VCD haram..) Sharifah Amani was damn sweet.. (i can stand a giraffe on my face!!!).. sampai amoi cina sebelah aku pon terpegon ngan dia...

waktu keong ngan jason berborak pasal kenapa org dulu tak susah menerima hubungan campor cam org skarang.. alasan diorang munasabah.. sampai pakcik (atok to be exact?) yang berketayap depan aku teranggok-anggok cam setuju..

waktu kain harith terlucut lantas menampakkan bayangan ostrich egg nyer.. :lol makcik bertudung depan aku tak senang duduk.. aku lak terkekek kat blakang.. ntah malu ker.. ntah klaka...

itu maggie arrrrr.... wa lasa mau tampa sama lia punyer muker.... bak kata jason.. jadik cho-kai lagi bagos..

KUDOS to Yasmin... sambil tgk sepet... aku balik ke Memory Lane aku...

betol la pemikiran bebudak cina kat dalam sana.. kalo kawen melayu.. takleh makan char-siew lagi.... nanti kena sunat bla bla bla.... hehehhe...

[ Last edited by white01whale on 26-2-2005 at 07:52 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2005 08:03 PM | Show all posts
Originally posted by summer_snow at 26-2-2005 12:29 AM:
terima kasih..
masa tayangan premier tu, summer perasan ada gak cina yg datang,
tp yg paling tak sangka, salah sorang kawan cina summer pun berminat tgk filem ni..
lepas je dia abis tgk, terus d ...


saya dah ceritakan pasal filem ni kat member saya... yang chinese a... because my frenz datang daripada pelbagai bangsa dan agama... so, yang chinese ni biasanya jarang nak tengok... so, when i told them... diaorang macam berminat nak pergi tengok... tapi sebab masa, susah sikit nak aturkan... so, tengok minggu depan macam mana... saya suka sebab filem ni sweet sangat... and some part of their love, happened to me... dan saya dapat pelajari some thing dalam cinta mereka... and at least, fikiran saya tidak la memikirkan agama dan bangsa sebagai alasan utama lagi... because, orked and jason tiada pun kerana masalah ni berpisah, sedangkan masalah utama yang orked kecewa hanya la kerana jason seolah-olah mempermainkan kejujuran orked, itu saja... it's mean, orked tak boleh terima jason berzina di belakangnya... dan actually, itu semua perasaan perempuan apabila lelaki yang dicintai buat begitu padanya... itu normal... tidak kira bangsa apa pun, tidak sanggup dikecewakan sebegitu... dulu, masalah yang saya hadapi, kerana perbezaan agama... dan bila saya hampir bercinta dengan seorang muslim, saya terlalu memikirkan masalah ni... sedangkan, hakikatnya kami ok, kira serasi juga... and after that, kami decide juz jadi kawan... bagi diri dia, masalah agama dan bangsa dah bukan masalah utama... yang penting kasih sayang dan juga kesanggupan pasangan itu mengharungi suka duka saja... so... itu la yang pelajari daripada filem ni... so, filem ni membuatkan saya berfikir dari sudut yang berbeza... cinta tak semesti bersatu, tapi kita boleh berusaha menyatukannya... itu perasaan saya lepas tengok filem ni... good job...
Reply

Use magic Report

loukas This user has been deleted
Post time 26-2-2005 10:02 PM | Show all posts
dear ashna dear...

i'm still pissed at you for calling me bitch...

we all respect your opinion, and i think you should respect other people's opinion's too...

kak tim's opinion, and mine and others, and yourself too, is influenced by many things among others are what we go through in life...

i think it's very narrow minded for you (no pun intended) to say that kak tim's from a high class family... or her inability to relate to the movie...

i'm not going to comment on yasmin's work, because i've seen better.

but if you believe so strongly on your views, then, good for you. but do not impress your stupid views (again no pun (joke) intended) on other people, because all are not the same...

where tastes are concerned, there is no - i am right, and you are wrong!

loukas tsoukalis
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2005 11:32 PM | Show all posts
Originally posted by loukas at 26-2-2005 10:02 PM:
dear ashna dear...

i'm still pissed at you for calling me bitch...

we all respect your opinion, and i think you should respect other people's opinion's too...

kak tim's opinion, and mine a ...


then why are you in this thread?? :stp:
i would say whatever i want whether you like it or not. ;)
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2005 12:55 AM | Show all posts
Esok jasmine nak tengok citer ni.. memula ingat nak tolak ajerk ajakan member tak confident samada citer ni berbeza dari citer melayu yg lain.. Tapi bila ramai yang kata citer ni bagus, jas rasa jas kena pegi tengok!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.045304 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list