CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shanew3stgalz

MAYA KARIN

[Copy link]
youngest This user has been deleted
Post time 26-11-2006 12:39 AM | Show all posts
Originally posted by kimmyrie at 16-11-2006 10:07 PM
btoi ker maya karin ade affair ngan khairy menantu pak lah tue???



takda aar, nih semua khabar angin je....khairy bukannya handsome pun....boleh blah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2006 03:31 PM | Show all posts
Originally posted by youngest at 26-11-2006 12:35 AM



cun kan diorang nih....:love:


sebenarnya muke diorang ni seiras..
tp bila masing2 wat muka cam 'toyer' tu jadi tak lawa tu..
Reply

Use magic Report

youngest This user has been deleted
Post time 26-11-2006 09:50 PM | Show all posts
Originally posted by dunkin^donuts at 26-11-2006 03:31 PM


sebenarnya muke diorang ni seiras..
tp bila masing2 wat muka cam 'toyer' tu jadi tak lawa tu..



masa nih mood tak ok kot....
Reply

Use magic Report

youngest This user has been deleted
Post time 26-11-2006 10:01 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 03:46 AM | Show all posts

yeah

Originally posted by midyie at 6-6-2004 11:22 PM
walaupun maya malas nak mandi ... akan tetapi tetap maintain cun babas.. dan menjadi pojaan hatiku..:clap::pompom:


leh la jadi jurucakap DEodrant
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 11:07 AM | Show all posts
sama cantik... sama comel....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2006 05:15 PM | Show all posts
saper kata Maya KArin malas nk mandi?
cuma muka dia kadang2 nmpak sebam jer maybe dia penat sgt kut..
kau tau kenapa artis wanita lain tak selalu nmpak sebam?
pasal diorang tu cucuk tang sana..tang sini..
kalau perempuan 'neutral' memang kadang2 nmpak camtu..
sebab tu lah maya ni neutral beauty..!
walaupun apa pun tak jemu pandang muka dia..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 05:19 PM | Show all posts



latest*


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2006 05:23 PM | Show all posts
kenapa muka dia makin lama makin nampak kebudakan ?

road tour PHSM2(last year)



majlis Waris Jari HAntu(2006)



tapi makin lama makin sweet lor..

[ Last edited by  dunkin^donuts at 27-11-2006 05:28 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 04:34 PM | Show all posts
Aura Maya
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff


Pelakon Wanita Terbaik FFAP rancang bercuti, jumpa bapa di Vietnam selepas penat cari rezeki

APA ada pada nama? Mungkin ada yang tak berapa mengambil kira tetapi ada juga yang menyimpul kenangan tersendiri dek nama itu. Nama Maya umpamanya, memberi peluang kepada empunya diri untuk berada di bawah satu bumbung yang juga menggunakan nama serupa.


Baru-baru ini Hotel Maya di ibu kota menghimpunkan beberapa individu yang bernama Maya untuk majlis sambutan ulang tahun pertamanya baru-baru ini. Lalu, ini memberi peluang kepada aktres Maya Karin sebagai tetamu istimewa untuk beramah mesra dengan beberapa Maya yang lain.



SAMA MENAWAN: Maya Karin
dan si kecil Maya
ketika hadir menceriakan
majlis sambutan ulang tahun
pertama Hotel Maya.



Tetapi bersama Hotel Maya, dia tidak mengikat sebarang kontrak, sebaliknya kerjasama dijalin atas dasar persefahaman. Maya akan tampil mempromosikan hotel berkenaan menerusi beberapa agenda yang sudah diaturkan.

Paling bertuah adalah si kecil bernama Abigail Maya Surin berusia 18 bulan yang sempat didukung artis dan model cantik itu sambil memeluk patung beruangnya. Beberapa Maya yang lain juga mengambil peluang untuk bergambar dengan artis yang wajahnya kelihatan di mana-mana.

Kebetulan bertemu Maya, soalan berkisar kepada filem barunya, Waris Jari Hantu. Biarpun bentuk cerita dan wataknya belum jelas diperinci, namun dek kepercayaannya yang cukup utuh pada pengarah Shuhaimi Baba maka Maya sanggup menerima tawarannya.

Lalu, pada Januari nanti, sekali lagi pelakon ini akan beraksi di bawah telunjuk Shumi setelah menimba pengalaman serupa bersama pengarah wanita berkenaan menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM) I dan II serta filem Waris Jari Hantu yang kini menjalani proses akhir memasukkan skor muziknya.

揝aya amat mempercayai Shumi. Kerana itu, saya sanggup menerima pelawaan untuk muncul dalam filem terbaru arahannya, Januari ini. Saya sendiri belum tahu bagaimana ceritanya, begitu juga bentuk watak saya dalam filem berkenaan,
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 03:12 PM | Show all posts
maya ni kan klu betul2 jd pontianak pun aku rase aku nak lg...paku je blkg tengkok die jd cun la :love:
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 04:45 PM | Show all posts
lawanya maya pakai tudung..pakai terus pun takper,lagi laa minat aku bertambah2.. :love::love::love:
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 02:03 PM | Show all posts
Selamat hari jadi Maya!
Oleh Zubir Mohd Yunus


BARU saja sejuk gosip Maya Karin dengan seorang kenamaan dan tokoh korporat, timbul pula desas-desus mengatakan duta Celcom itu memiliki saham terbesar, selain dilantik menjadi ahli lembaga pengarah di sebuah firma gergasi.

Kononnya syarikat berkenaan memperoleh kontrak membina sebuah bangunan mega dengan harga jutaan ringgit, sekali gus mengenepikan beberapa syarikat lain yang turut bersaing mendapatkan kontrak berkenaan.

Justeru, peluang bertemu Maya pada majlis sambutan ulang tahunnya di Hotel Maya, Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini, membuka ruang untuk penulis bertanya mengenai gosip yang tersebar menerusi Internet itu.

"Ini satu lagi cerita dongeng! Saya tak pernah pun dilantik sebagai ahli lembaga pengarah di syarikat berkenaan. Karutlah! Tapi, saya tak nafikan saya sudah ada sebuah syarikat sendiri, Maya Karin Creative yang mengendalikan aset perolehan daripada kerjaya seni saya.

"Saya tahu, cerita terbaru ini mungkin akan jadi perbualan sedikit masa lagi dan saya harus mempersiapkan diri. Kita ada pendaftar syarikat, saya akan menyemak nama syarikat berkenaan, milik siapa dan profil ahli lembaga pengarahnya.






Tapi, saya tak faham kenapa perkara yang tak pernah wujud, diperbesar-besarkan? Insya-Allah kebenaran akan terbukti satu hari nanti dan saya pasrah," ujar Maya memberikan penjelasannya.

Sementara itu, hari jadi Maya ke-27 yang jatuh pada 29 Oktober lalu, hanya sempat diraikan bersama rakan media dan teman rapat pada 12 Disember.

"Memang dah lama saya merancang hendak buat majlis makan-makan untuk kawan-kawan, tapi masa selalu tak mengizinkan. Saya baru saja selesai penggambaran filem Anak Halal dan Waris Jari Hantu. Jadi kesempatan ini saya gunakan untuk meraikan kawan-kawan, terutama pihak media yang banyak membantu saya.

"Saya amat bersyukur kerana ibu ada bersama saya untuk meraikan saat bahagia ini memandangkan ayah sedang bertugas di Vietnam, adik perempuan, Irina, bekerja di London dan adik lelaki, Armin, belajar di Mexico. Jadi, untuk kami berkumpul satu keluarga memang susah," katanya.

Selain teman media, tetamu Maya termasuklah wakil Pesona Pictures, Tayangan Unggul, Celcom dan L'Oreal Paris, selain bekas bos pertamanya, David Teo serta isteri, Jane, dari Metrowealth Movies Productions (MMP).

INFO: Maya Karin


Maya Karin atau Maya Karin Roelcke dilahirkan pada 29 Oktober 1979. Berdarah campuran Jerman-Melayu, ayahnya, Gottfried Roelcke berasal dari Jerman, manakala ibunya, Che Zan dari Pulau Pinang.


Anak sulung dari tiga beradik ini memperoleh pendidikan terakhirnya di Institut Lim Kok Wing dalam bidang media dan pemasaran.


Antara filem lakonan Maya termasuklah Sri Dewi Malam, Mr Cinderella 2, Tujuh Perhentian, Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM) dan Pontianak Harun Sundal Malam 2 (PHSM2). Filem terbarunya ialah Waris Jari Hantu dan Anak Halal. Menerusi PHSM Maya dijulang sebagai Aktres Terbaik di Fukuoka pada Festival Filem Asia Pasifik Ke-49 (FFAP49).


Pernah merakamkan dua album solo, Maya Karin dan Bukan Qalamaya. Lagu popularnya ialah Erti Cinta. Kenangan manis bagi Maya apabila menggenggam anugerah pertamanya iaitu Artis Baru Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2001.


Siri TV yang mengangkat nama Maya sebagai pengacara ialah Wavelength (TV3), Ratu Sehari (Astro Ria), Channel [V] dan Beauty Secret From The East (TV3). Maya turut menjadi model komersial. Antaranya Pantene, Wella, Halle, Yishion dan L'Oreal, sekali gus sebagai dutanya. Maya juga duta syarikat telekomunikasi terkemuka, Celcom.


Maya juga pernah dinobatkan sebagai Pelakon Filem Wanita Popular pada ABPBH 2005, Pelakon Terbaik di Festival Filem Seram & Fantasi Estepona 2005 di Sepanyol serta Aktres Filem Pilihan Anugerah Oskar Malaysia Ke-5.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 04:24 PM | Show all posts
manis nengok muka Maya Karin ni...sejuk jer mata memandang!hik..hik..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 07:21 AM | Show all posts
Maya Karin bercuti mencari ketenangan
Oleh: SHAZRYN MOHD. FAIZAL

SEPANJANG tahun ini, nama 憄ontianak alaf baru
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 11:34 AM | Show all posts
aku rasa kalau Maya Akrin ni pakai tudung,boleh jd macam Inneke Koeshwraeati(Cikgu Arini dalam cerita Mutiara Hati)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2006 11:37 AM | Show all posts
lor tak payah la sibuk nk buat album,sore pon tak best..memalukan jer...
Maya,anda sudah cemerlang dalam bidang lakonan,jgn jatuhkan nama sendiri!
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2006 09:42 AM | Show all posts
慡aya akan kahwin bila usia 30 tahun抂/b]Oleh Zul Husni Abdul Hamid


Maya bimbang berlaku perceraian, tidak berani tamatkan zaman bujang

CANDA tawanya masih seperti dulu. Luhur jawapan yang terbit daripada hati ikhlasnya, memancar sinar pada paras jelita yang dimiliki Maya Karin. Dia tidak pandai berselindung, jauh sekali menjauhi media tatkala gosip panas menerjah dirinya.

Masih ada senyum biar berulang kali persoalan itu dibangkitkan. Bosan, mungkin iya kerana terpaksa mengulangi jawapan sama. Namun, Maya tidak mungkin menarik muka masam hanya kerana kurang selesa dengan soalan dilontarkan.

揝aya tidak suka ambil serius gosip yang diperkatakan. Memang ia gosip terburuk sepanjang lima tahun saya bergelar artis. Tetapi, saya tidak perlu takut kerana semuanya tidak benar,
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2006 09:38 AM | Show all posts
Buah hati Maya Karin bukan ahli politik!
13-12-2006 01:56:42 PM
Radin Sri Ghazali


Maya kini mengakui bahawa dirinya kini mempunayi buah hati
(Foto The Star Oleh T.K Lim)

2006 merupakan tahun yang cukup mencabar buat pelakon jelita Maya Karin.

Bukan sahaja sibuk dengan bidang lakonan dan dunia pengacaraan, imej bersih Maya cuba dicalarkan dengan gosip panas dan liar. Aktres jelita ini pernah digosipkan menjalin perhubungan dengan seorang personaliti politik popular yang sudah berkahwin di Malaysia.

Mungkinkah desas desus itu akan mati dengan sendirinya apabila empunya diri membuat pengakuan yang dirinya sudah berpunya.

Pelakon berkacukan Jerman-Melayu membuat pengakuan itu di majlis sambutan Hari Lahirnya yang ke 27 tahun baru-baru ini.

"Terlalu awal untuk saya klasifikasikan perhubungan ini. Saya hanya boleh katakan yang kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing," ujar pelakon jelita itu ketika majlis harijadinya di Hotel Maya baru-baru ini.

Sayangnya kelibat orang tersayang tidakpun kelihatan di majlis Maya. Namun gelagat Maya yang sering bergayut di telefon bimbitnya seolah-olah memberi gambaran yang dia sedang bercakap dengan buah hatinya. Dan pilihan hatinya adalah bukan orang Melayu.

Bila diusik, tanpa disedari Maya tercakap bahawa buah hatinya sedang bercakap dalam bahasa Melayu.

"Dia sedang belajar bercakap bahasa Melayu..," ujar Maya tersenyum lebar setelah menyedari yang dia sudah terlepas cakap.  

Ketika ditanya adakah lelaki itu daripada sektor koprat mahupun politik, Maya hanya tersenyum dan menjawab," Tidak. Dia bekerja dalam sektor pembangunan sosial. Bukan politik ya!"


Maya bersama-sama ibunya ketika sesi potong kek di Hotel Maya
(Foto The Star)

Dilahirkan dengan paras rupa yang cukup menawan, tambahan pula terdedah dengan kehidupan dunia artis, ianya sedikit sebanyak membuat pelakon dan penyanyi popular ini senantiasa menjadi buruan pihak  media.

Dan sudah pastinya sesiapapun lelaki yang bertakhta di hati Maya masa ini, akan gusar dengan perhatian yang diberikan oleh pihak media ataupun mana-mana pihak VVIP terhadapnya.

"Pada peringkat ini, dia belum lagi menunjukkan perasaan gusar mahupun takut terhadap perhatian yang saya terima. Maklumlah, kami masih berada di tahap awal perkenalan.

"Semua pendedahan ini agak penting untuk dia mengenali serta menyelami kehidupan saya sebagai seorang artis agar dia boleh belajar menerimanya," jelas duta syarikat telekomunikasi CELCOM ini lagi.

Tidakkah pengacara Channel V ini ingin melangsungkan perkahwinannya secepat mungkin?

"Umur  27 tahun masih muda lagi untuk bernikah. Daripada segi emosi, saya masih tidak stabil lagi. Bagi saya, usia yang ideal untuk mendirikan rumahtangga adalah 30 tahun. Jadi, saya ada tiga tahun lagi untuk menyediakan diri ," katanya lagi.

Jelitawan yang turut menjadi wajah produk kecantikan L'oreal ini juga tegas menyuarakan bahawa dia mengambil masa bertahun-tahun untuk mengenali hati budi seseorang itu sebelum dirinya jatuh cinta apatah lagi untuk berkahwin.

"Kes cerai di kalangan orang Melayu kini amat dahsyat. Saya tidak kisah kahwin lambat asalkan rumahtangga saya kekal," katanya lagi.




Maya Karin menerima kucupan dari ibu tersayang di majlis sambutan Hari Lahirnya yang ke 27 baru-baru ini
(Foto The Star)

Bakal Primadona filem Malaysia?

Pelakon yang sudah menempah kejayaan sebagai Pelakon wanita terbaik di Asia Pasifik pada tahun 2005 ini tidak mahu terburu-buru untuk mendapat gelaran primadona filem Malaysia.

Maya tidak kisah dengan kuantiti filem lakonannya yang sedikit berbanding dengan pesaing-pesaingnya seperti Erra Fazira yang sudah pun berlakon sebanyak 30 buah filem dan Fasha Sandha yang sudah membintangi 14 buah filem.

"Saya tidak mahu terburu-buru untuk bergelar primadona," tegasnya ketika ditanya jika dia risau mengenai pembabitan filemnya yang sedikit berbanding dengan Erra dan Fasha.

Walaupun Maya kini mendapat tujuh tawaran berlakon filem, dia cuma ingin menerima dua ataupun tiga tawaran sahaja.

"Saya pentingkan kualiti daripada kuantiti. Jika saya mengambil tawaran yang banyak pada satu masa, kemungkinan besar saya tidak akan melaksanakan tugas saya dengan baik.

"Biarlah sediikit asalkan saya dapat memberi komitmen kerja dengan sepenuhnya. Saya tidak kisah kalau saya hanya bergelar primadona filem pada usia 40 tahun," tegas pelakon wanita terbaik Festival Filem Malaysia 16 menerusi filem Pontianak Harum Sundal  Malam 1 ini lagi.

Pelakon yang menjadi tunggak utama filem arahan Osman Ali 'Anak Halal' ini ingin sekali mengikut jejak langkah dan cara kerja idolanya, iaitu pelakon filem Indonesia Christine Hakim, yang cukup berjaya dalam 'Cut Nyak Dien'.

"Dia hanya menerima satu tawaran berlakon dalam masa setahun. Namun hasil lakonannya sungguh menakjubkan. Saya mahu jadi seperti dia," ujar Maya lagi mengenai pelakon yang sudah berkecimpung dalam industri lakonan di Indoenesia selama 30 tahun itu.


Maya diapit oleh rakan-rakan media yang banyak memberi sokongan moral dan publisiti kepadanya
(Foto The Star)

Sambutan harijadi ke-27  yang cukup bermakna

Walaupun hanya ditemani ibunya, Che Zan Bt Hassan di majlis harijadinya, sambutan tetap meriah.

"Saya memang sedih kerana ayah saya serta adik-beradik saya tidak dapat menghadiri majlis ini.

"Namun, saya bersyukur kerana saya mempunyai sebuah keluarga yang penyayang, sahabat-sahabat yang baik serta pekerjaan yang baik. I have a great life!," ujar Maya ketika sesi pemotongan kek harijadi bersama-sama ibunya.

Ketika ditanya apakah hajat yang masih tersimpan sempena hari lahirnya, Maya menjawab, "Saya tidak pernah mempunyai sebarang birthday wish kerana saya merupakan seorang yang realistik. Saya takut saya akan hampa jika saya gagal mengecapi hajat atau cita-cita saya.

"Cuma saya berharap agar saya dapat menjadi seorang insan yang baik dan dapat perbanyakkan lagi kerja-kerja amal. "
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2007 11:43 PM | Show all posts
  idop lg x benang nih ek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.051102 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list