|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Daripada Abdullah bin Muhammad bin 'Abdurrahman Az Zuhri, daripada Sufyan, daripada Az Zuhri, daripada Sa'id, daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Jika kalian mendatangi solat, jangan dengan lari tergesa-gesa.
Datangilah dengan berjalan dan tenang.
Apa yang kalian dapati, solatlah,
dan yang ketinggalan maka sempurnakanlah."
(Hadith Nasa'i no. 852)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 4-9-2019 12:15 PM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Daripada 'Abdullah bin Yusuf, daripada Malik, daripada Hisyam bin 'Urwah, daripada ayahnya ('Urwah), daripada Aisyah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Jika salah seorang daripada kalian mengantuk ketika solat
hendaklah dia tidur hingga hilang ngantuknya,
kerana apabila solat dalam keadaan mengantuk
dia tidak menyedari,
mungkin dia bermaksud beristighfar
namun boleh jadi dia mencaci dirinya.”
(Hadith Bukhari no. 205)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 5-9-2019 10:47 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Daripada Muhammad bin Al Mutsanna & Muhammad bin Basysyar, daripada Muhammad bin Ja'far, daripada Syu'bah, daripada Al A'laa bin 'Abdur Rahman, daripada bapanya ('Abdur Rahman), daripada Abu Hurairah,
Seorang lelaki pernah berkata, "Ya Rasulullah, saya mempunyai kerabat.
Saya selalu berusaha untuk menyambung silaturahim dengan mereka, tetapi mereka memutuskannya.
Saya selalu berusaha untuk berbuat baik dengan mereka, tetapi mereka menyakiti saya.
Saya selalu berusaha untuk berlemah lembut dengan mereka, tetapi mereka bersikap dingin dengan saya."
Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jika benar seperti apa yang kamu katakan, maka kamu seperti memberi mereka makan debu yang panas,
dan selama kamu berbuat demikian maka pertolongan Allah akan selalu bersamamu.”
(Hadith Muslim no. 4640)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Daripada Malik, daripada Abu Az Zinad, daripada Al A'raj, daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Jika seseorang di antara kalian memakai sandal, mulailah dengan sebelah kanan.
Jika melepaskannya (membuka), maka mulailah dengan sebelah kiri.
Jadikanlah yang kanan itu pertama kali saat memakai,
dan terakhir kali saat melepas (membuka).”
(Hadith Malik no. 1429)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 10-9-2019 10:12 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Daripada Muhammad bin Utsman Ad Dimasyqi Abu Al Jamahir, daripada Abu Ka'b Ayyub bin Muhammad As Sa'di, daripada Sulaiman bin Habib Al Muharibi, daripada Abu Umamah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Aku akan menjamin rumah di tepi syurga bagi seseorang yang meninggalkan perdebatan meskipun benar.
Aku juga menjamin rumah di tengah syurga bagi seseorang yang meninggalkan kedustaan meskipun bersifat gurau,
dan aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi seseorang yang berakhlak baik."
(Hadith Abu Daud no. 4167)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 11-9-2019 02:50 PM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Daripada Abu Nu'aim, daripada Sufyan, daripada Abdullah (Ibnu Utsman bin Khutsaim), daripada Isma'il bin Rifa'ah, daripada bapanya (Rifa'ah), daripada datuknya,
Rasulullah s.a.w. keluar menuju Baqi', kemudian bersabda, "Wahai para peniaga!"
Ketika mereka mengangkat kepala,
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Para peniaga akan dikumpulkan pada Hari Kiamat sebagai orang yang berbuat dosa,
kecuali orang yang bertakwa, berbuat kebaikan dan berkata jujur."
(Hadith Darimi no. 2426)
Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 12-9-2019 11:38 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Daripada Ishaq bin Ibrahim, daripada An Nadhr bin Syumail, daripada Kahmas bin Al Hasan, daripada Abdullah bin Buraidah, daripada Yahya bin Ya'mar, daripada Abdullah bin Umar, daripada Umar bin Al Khathab,
"Pada suatu hari ketika kami bersama Rasulullah s.a.w. tiba-tiba muncul di hadapan kami orang yang sangat putih pakaiannya, hitam rambutnya, tidak terlihat padanya bekas perjalanan, dan tidak ada seorang pun di antara kami yang mengenalnya, hingga dia duduk di hadapan Rasulullah s.a.w. dan menyandarkan lututnya kepada lutut Rasulullah s.a.w. dan meletakkan kedua-dua telapak tangannya pada kedua-dua paha Rasulullah s.a.w. kemudian berkata,
"Wahai Muhammad, beritahukan kepadaku mengenai Islam."
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Engkau bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa Ramadhan dan melakukan haji di Kaabah apabila mampu pergi ke sana."
Orang tersebut berkata, "Tuan benar."
Maka kami pun hairan kepadanya, dia bertanya dan dia pula yang membenarkannya.
Kemudian dia berkata, "Beritahukan kepadaku mengenai iman."
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Engkau beriman kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya dan hari akhirat serta seluruh takdir yang baik dan yang buruk."
Dia berkata, "Tuan benar."
Dia berkata, "Beritahukan kepadaku mengenai ihsan."
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Ihsan adalah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya dan apabila engkau tidak melihatNya maka sesungguhnya Dia melihatmu."
Dia berkata, "Beritahukan kepadaku mengenai Hari Kiamat."
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Orang yang ditanya tidaklah lebih mengetahui daripada yang bertanya."
Dia berkata, "Beritahukan kepadaku mengenai tanda-tandanya."
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jika ada hamba wanita yang melahirkan tuannya, dan engkau melihat orang yang tidak beralas kaki, telanjang dan tidak berkhatan serta menggembalakan kambing saling berlumba meninggikan bangunan."
Tiga (3) hari kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepadaku, "Wahai Umar, apakah engkau mengetahui siapakah yang bertanya?"
Saya menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui."
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya dia adalah Jibril a.s., datang kepada kalian hendak mengajarkan kepada kalian perkara agama kalian."
(Hadith Nasa’i no. 4904)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 13-9-2019 04:10 PM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Daripada Abu Kuraib, daripada Abu Mu'awiyah, daripada Al A'masy, daripada Isma'il bin Raja’, daripada bapanya (Raja’), daripada Abu Sa'id,
Marwan mengeluarkan mimbar pada hari raya dan memulai khutbah sebelum melaksanakan solat,
maka seorang laki-laki berdiri dan berkata, "Wahai Marwan, engkau telah menyalahi sunnah!
Engkau keluarkan mimbar padahal ia belum pernah dikeluarkan sebelumnya,
dan engkau memulai dengan khutbah padahal itu belum pernah dilakukan sebelumnya."
Lalu Abu Sa'id berkata, "Ada pun orang ini, sungguh dia telah melaksanakan apa yang aku dengar daripada Rasulullah s.a.w.,
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Barangsiapa melihat kemungkaran dan mampu untuk mengubah dengan tangannya, hendaklah dia ubah dengan tangannya.
Jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya,
jika tidak mampu dengan lisan, hendaklah dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah iman.”
(Hadith Ibnu Majah no. 1265)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 18-9-2019 11:01 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Daripada Abu Bakar bin Abu Syaibah, daripada Yazid bin Harun, daripada Abdul Malik bin Qudamah Al Jumahi, daripada Ishaq bin Abu Furat, daripada Al Maqburi, daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Akan datang tahun-tahun penuh dengan kedustaan yang menimpa manusia,
pendusta dipercayai, orang yang jujur didustakan,
amanat diberikan kepada pengkhianat, orang yang jujur dikhianati,
dan Ruwaibidhah turut berbicara."
Lalu Rasulullah s.a.w. ditanya, "Apakah Ruwaibidhah itu?"
Rasulullah s.a.w. menjawab, "Orang-orang bodoh yang menguruskan urusan perkara umum."
(Hadith Ibnu Majah no. 4026)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Daripada Abul Yaman, daripada Syu'aib, daripada Az Zuhri, daripada Abu Salamah bin Abdurrahman, daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Akan terjadi fitnah,
orang yang duduk pada saat itu lebih baik daripada orang yang berdiri,
orang yang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan,
orang yang berjalan lebih baik daripada yang berlari,
barangsiapa berusaha menghadapi fitnah itu, maka fitnah itu akan mempengaruhinya,
maka barangsiapa mendapat tempat berlindung atau kem pertahanan, hendaklah dia berlindung diri di tempat itu."
(Hadith Bukhari no. 6555)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 19-9-2019 11:29 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Daripada Yahya bin Ayyub, Qutaibah dan Ibnu Hujr, kesemuanya daripada Ismail bin Ja'far, daripada Ibnu Ayyub, daripada Ismail, daripada al-Ala', daripada bapanya, daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Segeralah beramal sebelum datangnya fitnah seperti malam yang gelap gelita.
Pada pagi hari seorang lelaki dalam keadaan mukmin, lalu kafir pada petang harinya.
Pada petang hari seorang lelaki dalam keadaan mukmin, lalu kafir pada pagi harinya.
Dia menjual agamanya dengan barang kenikmatan dunia."
(Hadith Muslim no. 169)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Daripada Sa'id bin Amir Abu Maryam, daripada Muhammad bin Ja'far, daripada Humaid bin Abu Humaid Ath Thawil, daripada Anas bin Malik r.a.,
“Ada tiga (3) orang mendatangi rumah isteri-isteri Nabi s.a.w. dan bertanya tentang ibadah Nabi s.a.w.
Dan setelah diberitakan kepada mereka, sepertinya mereka merasa hal itu masih sedikit bagi mereka.
Mereka berkata, "Ibadah kita tidak ada apa-apanya dibandingkan dengan Rasulullah s.a.w.,
bukankah Rasulullah s.a.w. sudah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan juga yang akan datang?"
Salah seorang daripada mereka berkata, "Sungguh, aku akan solat malam selama-lamanya."
Kemudian yang lain berkata, "Kalau aku, maka sungguh, aku akan berpuasa Dahr (setahun penuh) dan aku tidak akan berbuka."
Dan yang lain lagi berkata, "Aku akan menjauhi wanita dan tidak akan menikah selama-lamanya."
Kemudian datanglah Rasulullah s.a.w. kepada mereka seraya bertanya, "Kalian berkata begini dan begitu?
Ada pun aku, demi Allah, adalah orang yang paling takut kepada Allah di antara kalian, dan juga paling bertakwa.
Aku berpuasa dan juga berbuka, aku solat dan juga tidur serta menikahi wanita.
Barangsiapa yang benci sunnahku, maka bukanlah daripada golonganku."
(Hadith Bukhari no. 4675)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Daripada Yazid bin Harun, daripada Bahz bin Hakim, daripada ayahnya (Hakim), daripada datuknya, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Celakalah orang yang bercerita, lalu berdusta untuk membuat orang-orang tertawa.
Celakalah dia, celakalah dia."
(Hadith Darimi no. 2586)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Daripada Muhammad bin Abdul A'la Bashri, daripada 'Atstsam bin Ali, daripada Al A'masy, daripada 'Atho` bin As Saib, daripada ayahnya (As Saib), daripada Abdullah bin 'Amr,
Aku melihat Rasulullah s.a.w. menghitung tasbih menggunakan tangannya.
Daripada Syu'bah dan Ats Tsauri, daripada Al A'masy, daripada 'Atho` bin As Saib, daripada Yusairah binti Yasir, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Wahai para wanita, hitunglah menggunakan ruas-ruas jari,
kerana sesungguhnya ruas-ruas tersebut akan ditanya dan diminta untuk berbicara."
(Hadith Tirmidzi no. 3408)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Daripada 'Abdullah bin Ar Rumi Al Yamami, 'Abbas bin 'Abdul 'Azhim Al 'Anbari dan Ahmad bin Ja'far Al Ma'qiri, ketiga-tiganya daripada An Nadhr bin Muhammad, daripada 'Ikrimah (Ibnu 'Ammar), daripada Abu An Najasyi, daripada Rafi' bin Khadij,
“Ketika Nabi s.a.w. datang ke Madinah,
para penduduk Madinah sedang menyerbukkan bunga kurma agar dapat berbuah yang hal itu biasa mereka sebut dengan 'mengahwinkan',
maka Nabi s.a.w. pun bertanya, “Apa yang sedang kalian kerjakan?”
Mereka menjawab, “Dari dahulu kami selalu melakukan hal ini.”
Nabi s.a.w. berkata, “Seandainya kalian tidak melakukannya, nescaya hal itu lebih baik.”
Maka mereka pun meninggalkannya, dan ternyata kurma-kurma itu jatuh dan berguguran.
Rafi' bin Khadij berkata, “Lalu hal itu diadukan kepada Nabi s.a.w.
dan Nabi s.a.w. pun berkata, “Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa, oleh kerananya,
apabila aku memerintahkan sesuatu daripada urusan agama kalian, maka ambillah (laksanakanlah)
dan jika aku memerintahkan sesuatu kepada kalian berdasarkan pendapatku semata-mata, maka ketahuilah bahawa sungguh aku hanyalah manusia biasa.”
(Hadith Muslim no. 4357)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 26-9-2019 09:52 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Daripada Muhammad bin al Mutsanna, daripada Abdurrahman bin Mahdi, kedua-duanya daripada Syu'bah, daripada Khubaib bin Abdurrahman, daripada Hafsh bin Ashim, Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Cukuplah seseorang (dianggap) berbohong
apabila dia menceritakan semua yang dia dengar.”
(Hadith Muslim no. 6)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Daripada Suwaid bin Nashr, daripada Abdullah bin Al Mubarak, daripada 'Abdul Wahhab bin Al Ward, daripada seorang penduduk Madinah,
Mu'awiyah menulis surat kepada Aisyah Ummul Mu`minin r.a. meminta Aisyah membalas surat yang berisi wasiat kepadanya dan isinya tidak panjang-panjang,
Aisyah menulis surat kepada Mu'awiyah, سَلَامٌ عَلَيْكَ
aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa yang mencari keredhaan Allah sekalipun memperoleh kebencian manusia, Allah akan mencukupkan dia daripada kebergantungan kepada manusia
dan barangsiapa yang mencari keredhaan manusia dengan mendatangkan kemurkaan daripada Allah, maka Allah akan menjadikannya bergantung kepada manusia,
وَالسَّلَامُ عَلَيْكَ
(Hadith Tirmidzi no. 2338)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Daripada Muhammad bin Basysyar, daripada Muhammad bin Ja'far, daripada Syu'bah, daripada Umar bin Sulaiman, daripada Abdurrahman bin Aban bin 'Uthman bin 'Affan, daripada ayahnya (Aban bin 'Uthman bin 'Affan), daripada Zaid bin Tsabit, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa menjadikan dunia sebagai tujuannya, maka Allah akan mencerai-beraikan urusannya, dan Allah akan menjadikannya miskin. Tidaklah dia akan mendapatkan dunia kecuali apa yang telah ditetapkan baginya.
Dan barangsiapa menjadikan akhirat sebagai tujuannya, maka Allah akan memudahkan urusannya, menjadikan kekayaan di hatinya, dan dunia akan mendatanginya sekalipun dalam keadaan hina.”
(Hadith Ibnu Majah no. 4095)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Daripada Ahmad bin Mani' dan Ali bin Hujr, daripada Sufyan bin 'Uyainah, daripada Ja'far bin Khalid, daripada bapanya (Khalid), daripada Abdullah bin Ja'far,
"Ketika tiba khabar kematian Ja'far,
Nabi s.a.w. bersabda, “Persiapkanlah makanan buat keluarga Ja'far
kerana telah datang urusan yang menyibukkan mereka."
(Hadith Tirmidzi no. 919)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 2-10-2019 03:03 PM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Daripada Syuja' bin Makhlad Abul Fadll, daripada Husyaim, daripada Isma'il bin Abu Khalid, daripada Qais bin Abu Hazim, daripada Jarir bin Abdullah Al Bajali,
“Kami berpandangan bahawa
berkumpul-kumpul di keluarga mayat
dan membuat makanan
adalah sebahagian daripada Niyahah (ratapan kematian). "
(Hadith Ibnu Majah no. 1601)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|