CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ctcheery

Kenapa Tak Cakap Bahasa Tamil? YouTuber Masakan Mula Curi Hati Rakyat Malaysia

[Copy link]
Post time 15-5-2020 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 15-5-2020 03:39 PM
Yeah Pavi boleh jadi Ikon Perpaduan. Dan popularity-nya dah merentas sempadan, jauh sehingga ke ne ...

Masa kat thread kak oggy pes kari i penah kata end up depa ni bergasak jugak..dan telah pun terjadi..kak sri who?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2020 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols follow dia sblm dia viral lg. Starting dia viral tu psl kuali yg dia berkilat. And-yes video dia mmg biasa2 je tp rasa nk tgk. Ade satu episod tu dia tunjuk cara masak tosai. Harini dia tunjuk cara buat. Pastu esok baru dia tunjuk cara masak sbb tosai kan kena tgu semalaman baru masak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 16-5-2020 01:18 AM
MadameOnion replied at 15-5-2020 11:33 PM
Yang penting knife skills laki dia tahap dewa..hiris cili panjang2 tanpa guna cutting board is ano ...


Teknik macam potong kacang panjang dalam video ni ka?



Teknik ni, mak akak, mentua, adik ipar akak terer buat. Cuma deyol hiris ke depan, bukan ke belakang. Laju pula itu. Kalau akak buat, memang berejam la sebab tak terer. Potongan pun huduh tak cantik. If nak guna teknik ni, pisau mesti kecik dan tajam. If chuol nak blaja, chuol prektis guna pisau yang jual kat kedai stationery tuh sebab yang tu tajam. Cantik, halus potongan. Teknik ni, chef kampung biasa buat. Pernah nampak gak ummah negara lain buat, macam street food sellers kat India haibat gila buat chopped onion tak guna cutting board pun. Memang pisau deyol guna, jenis kecik dan tajam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 16-5-2020 01:13 AM
Teknik macam potong kacang panjang dalam video ni ka?



Yup lebih kurang la..tapi guna cili hijau..tak silap i kat video kari ayam tak tumis tu..tapi yg tu potong julienne kot orang panggil..i tak berapa pro bab memasak and preparation ni..takat masak bg kenyang je
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 10:35 AM | Show all posts
Memula dulu iols selalu tengok kat seri punya youtube...tetiba ada sugu...so followlah merka berdua ni..tapi lama2 kak seri ni dah mula cerita pasal adik beradik, mertua, mak dia and iols dah mula rasa tak best...terus iols follow Sugu dan sekarang baru tahu mereka ni berjiran rupanya..ada tengok satu video dari seorang youtuber ni bagitahu Kak Seri dok datang serang si Sugu ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 10:45 AM | Show all posts
youtuber indon nih memang suka cerita kisah dlm kain sendiri kah? mak ai pernah follow youtuber indon kawen kokesen, bukan setakat ajar masak2 saja, hal ehwal korga yg dok kat indon pun cerita sekali. pastuh mak ai pun cerita balik kat ai, dan ai terpaksa tadah telinga sambil buat2 muka interested

apapun, syabas Puan Pavithra. Semoga terus maju jaya suka baca kisah org yg bermula dari bawah nih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2020 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Nurul8001 replied at 14-5-2020 06:13 PM
Apa yg copy paste nye? Dah tentu, dia masak sendiri. Tunjuk cara masak satu persatu. Asli lah cont ...

Haah konsepnya sama je ngan channel Liziqi dan  Dianxi Xiaoge. Xde istilah copy & paste pun. Content je lebih kurang .. Tp content tu dorg buat hasil usaha sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 11:58 AM | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 16-5-2020 12:28 AM
MadameOnion replied at 15-5-2020 11:33 AM
Yang penting knife skills laki dia tahap dewa..hiris cili panjang2 tanpa guna cutting board is ano ...

PM bagi hadiah kat Sugu & Pavi.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2020 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
I pun suka tengok channel youtube sugu pavitra ni. Maybe sebab dia soft spoken kot pastu i memang suka sangat tengok dapo dia stail2 rakyat marhaen so rasa macam dekat la di hati masyarakat. Dapo dia pun walau dapo biasa2 tapi kemas dan paling i suka kuali dia berkilat. Lenguh jugak tangan jenuh nak bagi hilang hitam2 tu. So dari situ boleh nampak sugu laki bini ni pembersih dan rajin. Kalau tengok bekas bahan2 dia pun macam mak2 kita letak je atas pinggan mana main sauk je
Dia takde la pakai tefal ke dessini ke kuali telinga je dia pakai. Tu pun nampak dia masak sangat menyelerakan walaupun dia berbangsa india.

Kalau kat tiktok i suka tengok alfred waterdaddy. Tiktok dia lawak jugak. Dia chinese tapi dia bt tiktok semua dalam bm. Mak dia bini pun join sekali. Lawak la tiktok dia. Nampak bm dia takde pelat pun

Actually kita bukan nak sanjung pun bangsa cina india ni cakap bm. Mmg sepatut pun dorg ckp bm since dorang dah dah jadi warganegara malaysia. Tapi bila dorg cakap bm nampak la usaha dorang untuk ambil hati kaum melayu ni yang mostly majoriti rakyat malaysia. Masyarakat jadi respect la sebab ni baru betul2 1malaysia. Bahasa tu menyatukan kita lagi2 utk negara berbilang kaum macam malaysia ni. Bahasa jugak lambang perpaduan kita.

Sekian i membebel pada hari sabtu ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 12:43 PM | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 16-5-2020 12:47 AM
dua_chzy replied at 15-5-2020 09:47 AM
Toksiknya keling2 yang baru kenal channel ni. Choih.

Ada berita terbaharu.

PM bagi banyak hadiah kat Sugu & Pavi. Dapat tripod, microwave, rice cooker serta barangan memasak. Pavi kata setiap hari dia terima sekurang-kurangnya 20 panggilan telefon, samada utk interview atau nak bagi hadiah.


BERNAMA
"KAMI hanya orang biasa, tidak pernah berharap akan dapat hadiah daripada Perdana Menteri, terima kasih," demikian dikongsi pasangan YouTuber suami isteri yang menggunakan nama 'Sugu Pavithra.'

S Pavithra, 28, berkata dia dan suami M Sugu, 29, menerima hadiah istimewa daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin lima hari lalu, antaranya tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik serta barangan memasak.

Menurut Pavithra yang tinggal di kuarters ladang swasta di Sungai Siput, mereka turut menerima sekeping kad ucapan daripada pemimpin nombor satu negara itu dan ia diabadikan dalam bingkai gambar.

Ucapan pada kad itu yang bertulis tangan dan dikongsikan kepada Bernama tertera: "Dengan ingatan tulus ikhlas daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Keep up the good work, just stay at home" (Teruskan usaha yang baik, duduk di rumah sahaja).

"Semasa ada orang datang hantar ke rumah, saya tidak percaya kerana siapalah saya, sampailah akak (wartawan Bernama) telefon saya untuk bertanya hadiah telah diterima atau belum," katanya ketika dihubungi Bernama di Ipoh, hari ini.

Pavithra yang berasal dari Buntong di sini berkata, dia dan suami menggunakan tripod itu untuk temu ramah secara panggilan video terutama ketika 'live', namun untuk memasak di dapur mereka masih menggunakan cawan.

"Saya selesa gunakan cawan sebab dah biasa, lagipun ruang dapur terhad. Tapi untuk perkara lain memang gunakan tripod dan ia sangat membantu, terima kasih Perdana Menteri," katanya.

Menurut Pavithra, penghargaan yang diterima daripada Perdana Menteri serta pengikut akaun YouTube beliau akan dijadikan sebagai perangsang untuk terus memuat naik kandungan video memasak bagi manfaat bersama.

Katanya, selepas memuat naik rakaman temu ramah bersama Bernama semasa Hari Wesak pada 7 Mei lalu, jumlah pelanggan YouTube 'Sugu Pavithra' terus melonjak daripada 160,000 kepada 441,000 setakat 10.30 pagi ini.

Selain itu, ibu kepada dua anak itu juga mengakui 'agak sibuk' melayan sekurang-kurangnya 20 panggilan telefon setiap hari sama ada untuk temu ramah atau menghantar barangan berupa bahan makanan mahupun perkakasan elektrik.

Pasangan itu yang memuat naik video memasak pelbagai menu dalam bahasa Melayu di akaun YouTube 'Sugu Pavithra' bejaya menambat hati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat umur dan kaum.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mei 2020 @ 11:56 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
azie5zoe replied at 16-5-2020 10:35 AM
Memula dulu iols selalu tengok kat seri punya youtube...tetiba ada sugu...so followlah merka berdua  ...

Kak Sri ni kenalah faham. Org unsubscribe dia bukan pasal SuguPavi, tapi org malas nak tengok drama. Saya suka subscribe youtube sbb free je. Bila dah meluat, unsubscribe pulak.
Harap2 SuguPavi takde drama2. Kalo tak saya akan unsubscribe channel dia pulak. Hahhaaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 15-5-2020 05:04 PM
nasibbaik ko x ckp bahse tamil kalau x ramai yg tengok,sbb kaum lain x faham,

org mcm ni la conto ...

Kalo dia cakap tamil, memang idokle saya tengok. Dengan kena tengok subtitle, nak tengok cara masak, stress.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 01:47 PM | Show all posts
wenza replied at 16-5-2020 12:07 AM
I pun suka tengok channel youtube sugu pavitra ni. Maybe sebab dia soft spoken kot pastu i memang su ...

Iya, kesederhanaan mereka jadi tarikan penonton.


Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 02:44 PM | Show all posts
Nurul8001 replied at 16-5-2020 12:53 PM
Kak Sri ni kenalah faham. Org unsubscribe dia bukan pasal SuguPavi, tapi org malas nak tengok dram ...

betul..betul..kita nak belajar cara memasak..bukan nak tahu hal peribadi dia pun..asal yang boleh jadi contoh kita follow..rasa annoying kbabai ler..

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 16-5-2020 11:58 AM
PM bagi hadiah kat Sugu & Pavi.

Makin merentan la kak sri whoryus lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 16-5-2020 12:43 PM
Ada berita terbaharu.

PM bagi banyak hadiah kat Sugu & Pavi. Dapat tripod, microwave, rice coo ...

Hopefully sugu n pavitra ni kekalkan cara dorang sekarang..semua org malaysia sayang sugu n pavi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2020 04:56 PM | Show all posts
Nurul8001 replied at 16-5-2020 01:13 PM
Kalo dia cakap tamil, memang idokle saya tengok. Dengan kena tengok subtitle, nak tengok cara masa ...

sbb tu la dia ckp bahasa melayu,
mmg utk semua warganegara malaysia,
kalau dia ckp tamil hanya utk populasi india je lah x ramai yg tengok,
kalau english mcm la 1 dunia nak tengok,
show hanya utk rakyat malaysia sbb tu kena guna bahasa melayu,ramai melayu yg boleh nengok
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
susukambingbest replied at 14-5-2020 11:03 PM
iol tgok sugu pvitra ni msa subcriber sheol seribu lbih. Lps viral bbrapa hari ni kurg dr sminggu  ...

Oooo baru faham citer. Iols tengok vid dia mintak maaf tegur youtubers lain tapi pavi tak citer tegur pasal apa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 06:44 PM | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 16-5-2020 06:45 AM
MadameOnion replied at 16-5-2020 03:28 AM
Hopefully sugu n pavitra ni kekalkan cara dorang sekarang..semua org malaysia sayang sugu n pavi

Ye, ramai sayang mereka. Harap gang toxic tak provoke mereka lagi...

  


Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 16-5-2020 12:43 PM
Ada berita terbaharu.

PM bagi banyak hadiah kat Sugu & Pavi. Dapat tripod, microwave, rice coo ...

Abeslaaaa makin la Kak Sri jelos.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.104926 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list